Sie sind auf Seite 1von 7

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2016/2017

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK/SVM

KOD / KURSUS ETE1024 SINGLE PHASE WIRING

KOMPETENSI 01 CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD


(DB)(METALLIC OR INSULATED) INSTALLATION

1. Distribution Board (metallic or insulated).


2. Tools and equipment for single phase Distribution Board
(metallic or insulated) installation.
3. Wiring drawing.
KOMPETENSI UNIT
4. Standard Operating Procedures (SOP) for testing
instrument.
5. Types of electrical system testing, such as: Insulation
resistance test, Polarity test and Continuity test.

Trainee must be able to:


Select and use correct wiring materials.
Select and use wiring tools and equipment needed.
Carry out various method of consumer surface single phase
HASIL PEMBELAJARAN
wiring: Domestic surface wiring, Concealed wiring, Conduit
wiring and Trunking wiring.
Carry out wiring work according to wiring drawing.
Execute electrical testing on wiring system.
TARIKH 13/07/2017

MTA 2012/K 01/PP


NO KOD 01-03 KOD JPK TP-333-1:2014-C04
EDISI MEI/2017
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD PENGENALAN ANGKA


GILIRAN
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:


(KETUA JABATAN/KETUA PROGRAM/
(PENTAKSIR) PENYELARAS KURSUS)
TARIKH: TARIKH:
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 2 drp : 7

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan persediaan yang diperlukan oleh
setiap pelajar untuk menjalani pembelajaran yang akan dipelajari. Selain itu juga ia dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kemahiran.

PENERANGAN :

Kertas penerangan ini akan menjelaskan mengenai definisi bagi papan agihan elektrik satu
fasa. Di samping itu, ciri-ciri dan fungsi-fungsi bagi setiap komponen-komponen papan
agihan elektrik satu fasa diterangkan bagi memberi pemahaman & pengetahuan di dalam
bidang pendawaian elektrik satu fasa.

1.0 Papan Agihan (Distribution Box)

Papan agihan (distribution board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir.
Binaan papan agihan dibuat daripada pvc atau logam. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres,
rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak
akan mengganggu litar yang lain

Perkara-perkara yang perlu diambilkira semasa membeli sebuah papan agihan ialah :-

a) Bilangan hala
b) Jenis binaan (logam atau pvc)
c) Jenis MCB, ELCB dan suis fius
d) Jenis bekalan (1fasa dan 3 fasa)

1.0.1 Jenisjenis papan agihan

a) Papan agihan terlitup logam kutub tunggal dan neutral lengkap dengan
pemutus
litar kecil (MCB).

2
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 3 drp : 7

b) Papan agihan terlitup pvc kutub tunggal dan neutral lengkap dengan pemutus
litar kecil (MCB).

2.0 Komponen komponen pada papan agihan (distribution board)

i. Suis utama (Suis fius)


ii. Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)
iii. Pemutus litar kecil (MCB)
iv. Busbar

2.1.1 Suis Utama (Suis Fius)

Gambarajah Gambarajah
Fungsi Dan Ciri Ciri
Suis Utama Skematik
- Suis utama berfungsi untuk mengawal
pengaliran arus elektrik ke seluruh litar
elektrik di dalam rumah.

- Wayar hidup dan neutral dari meter kWj


disambungkan ke suis utama.

- Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu


arah (DSPT) yang mengandungi fius.

- Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu


apabila hendak memperbaiki sebarang
kerosakan pada litar elektrik atau menukar
fius.

- 63 A SPN (Single pole and neutral)

3
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 4 drp : 7

2.1.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB, RCCB, RCD)

Gambarajah Gambarajah
Earth leakage Residual Current
Fungsi Dan Ciri Ciri
circuit breaker Circuit Breaker
(ELCB) (RCCB)
- Pemutus litar bocor ke bumi berfungsi sebagai
alat pemutus bekalan elektrik secara automatik
apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi
atau litar pintas.

- Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke


Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB).

- Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk


memastikan ianya berfungsi dengan baik.

- Cara menguji ialah dengan menekan butang


berwarna kuning/putih, iaitu punat tekan uji.
Apabila punat tekan uji ditekan, bekalan elektrik
ke rumah akan terputus. Keadaan ini
menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan
baik. Jika tidak, ELCB perlu digantikan.

2.1.3 Pemutus Litar Kecil (MCB).

Gambarajah Gambarajah
Fungsi Dan Ciri Ciri MCB SP MCB SP (Single
(Single Pole) Pole and Neutral)
- Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB)
adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang
mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi
yang disambung kepada pendawaian soket plug dan
pendawaian lampu / kipas.

- Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik


sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti
MCB.

- Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau


pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya.

- Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak


diperbaiki.

4
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 5 drp : 7

2.1.4 Busbar

- Busbar diperbuat daripada kuprum

3.0 Fius Perkhidmatan Dan Meter Kilowatt Jam (kWj)

3.1 Fius Perkhidmatan

Fungsi Dan Ciri Ciri Gambarajah


- Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik
jika berlaku arus berlebihan.

- Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya


berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di
rumah.

- Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di luar rumah


dan dihubungkan dengan wayar hidup bekalan.

5
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 6 drp : 7

3.2 Meter Kilowatt Jam (kWj)

Fungsi Dan Ciri Ciri Gambarajah


- Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan
merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan
oleh pengguna setiap bulan.
- Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah
untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan
penggunaan meter tersebut.
- Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad
- (TNB)

- Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :-

a) Jenis analog
b) Jenis digital

SOALAN :

1. Jelaskan apakah definisi papan agihan (distribution board).


.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
..........................................................................................................................

2. Komponen komponen yang terdapat pada sesebuah papan agihan satu fasa ialah : -

a.
b.
c.
d.

6
NO. KOD MTA 2013/K 01/PP 01-03 Muka : 7 drp : 7

RUJUKAN :

1. A Samad Hanif (2004), Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi ke 2, Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Haji Mohd Nasir Haji Abdul Manan (2005), Panduan Pendawaian Elektrik Domestik
Edisi ke 2, IBS Buku Sdn. Bhd, Selangor.

Das könnte Ihnen auch gefallen