Sie sind auf Seite 1von 3

MINAT melukis sejak berusia lapan tahun menyuntik semangat Zulkifli Yasin untuk

mengembangkan bakat yang dianugerahi Allah SWT itu.

Zulkifli, 40, atau lebih dikenali sebagai Abey Zoul mahu dikenali dengan identiti tersendiri
apabila menggunakan cat air sebagai medium utama dalam setiap penghasilan karya
lukisannya.

Namun, arkitek itu terpaksa merangkak sendirian untuk menghasilkan karya kerana dia tidak
mendapat pendidikan khusus dalam bidang berkaitan.

Berpegang pada minat dan usaha yang gigih, dia berjaya mendapat tempat dalam arena seni
lukis negara dengan menggunakan medium cat air dalam setiap karyanya.

Ini kerana, pada masa kini tidak ramai yang menggunakan medium tersebut kerana mereka
menganggap ia sesuatu yang sukar untuk dipelajari.

Medium cat air sangat istimewa kerana ia sebati


dengan keindahan alam semula jadi, bangunan
dan manusia. Selain itu, ia boleh menghasilkan
lukisan yang spontan dan sesebuah karya itu
dapat dihasilkan dengan pantas.

Melukis menggunakan medium ini sangat


menyeronokkan kerana ia telus untuk
menyampaikan sifat sebenar dunia di sekeliling
tanpa perlu mengawalnya semasa berkarya,
katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Atas dasar kesedaran yang tinggi untuk


mempertahankan medium tersebut, Abey Zoul
tekad membuka galerinya sendiri. Ia merupakan
satu-satunya galeri di negara ini yang
mempamerkan semua karya lukisan
menggunakan medium cat air.

Sangat rugi kalau mengetepikan lukisan yang MEDIUM cat air sangat istimewa kerana sebati dengan
menggunakan cat air kerana karya tersebut keindahan alam sekitar.
sangat popular di negara Barat dan mendapat
permintaan tinggi. Malah, karya ini juga lebih
mahal berbanding medium lain.
Tidak ramai orang Melayu yang menguasai medium ini. Kira-kira 20 orang sahaja di seluruh
negara dan ia sangat mengecewakan, jelasnya.

Tambahnya, lukisan menggunakan medium cat air mempunyai nilai sangat tinggi kerana
mampu menghadirkan sesuatu emosi dalam lukisan dan menggamit nostalgia kepada setiap
mata yang memandang.

Emosi berbeza
Abey Zoul menjadikan lukisan sebagai aktiviti pada setiap hujung minggu dan masa lapang
bersama kawan-kawan serta menerapkan budaya melukis di lapangan atau lukisan langsung
kerana ia memberikan emosi yang berbeza
kepada sesebuah hasil karya.

Antara karya yang dihasilkan di lapangan ialah


edisi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lukisan
tersebut menceritakan keadaan dan suasana di
kampung itu yang akan menjadi nostalgia
bermakna kepada generasi akan datang.

Salah sebuah karya lukisan edisi Kampung


Baru itu bertajuk Sampai Usianya. Lukisan
tersebut menjadikan sebuah basikal tua yang
ditutupi dengan zink sebagai subjek utama.

Ia menterjemahkan usia kampung tersebut dan


apabila tiba suatu masa nanti, ia akan hilang
kerana arus pembangunan yang sedang rancak
dijalankan pada masa ini, katanya.

Abey Zoul berkata, minatnya pada landskap dan


seni bina memberikan inspirasi kepada karya-
ZULKIFLI
karya cat air. Malah, idea untuk berkarya hanya
berdasarkan pemerhatian dan ia datang secara
spontan tanpa perlu dipaksa.

Pengalaman selama 15 tahun sebagai arkitek banyak membantunya dalam mempercepatkan


proses pembelajaran dan menterjemahkan idea kreatif ke atas kertas putih kosong. Karya-
karyanya banyak melibatkan reka bentuk bangunan, landskap dan potret.

Mengulas mengenai karyanya, Abey Zoul meletakkan dirinya sebagai pejuang karya cat air dan
berharap ia akan menjadi medium yang popular pada masa akan datang. Selain itu, dia
berharap ia akan mempunyai generasi pelapis yang mampu menyemarakkan karya-karya
lukisan di negara ini.

Abey Zoul bakal ke Paris pada pertengahan bulan April ini sebagai pelukis jemputan sempena
Minggu Budaya Malaysia di bawah kelolaan Balai Seni Visual Negara dan Kementerian
Pelancongan. Dia akan mempamerkan hasil karyanya.

Dalam pada itu, dia sempat mengingatkan pelukis-pelukis baharu agar tidak mudah berputus
asa dalam berkarya.

Jangan sesekali berhenti berkarya dan libatkan diri dalam setiap pameran lukisan agar anda
dikenali. Ia mempunyai peminat yang tersendiri kerana kejayaan tidak datang dalam masa yang
singkat, ia memerlukan kesabaran dan ketabahan, katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2015&dt=0413&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm#ixzz4nbFzNdDa
Hakcipta terpelihara

Das könnte Ihnen auch gefallen