Sie sind auf Seite 1von 4

PERATURAN SEKOLAH

KETIDAKHADIRAN / PONTENG SEKOLAH

Prosedur tindakan yang diambil oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang tidak
hadir ke sekolah tanpa sebarang kenyataan adalah seperti berikut:

BILANGAN HARI BILANGAN HARI


TINDAKAN TIDAK HADIR TIDAK HADIR
(BERTURUT-TURUT) (TIDAK BERTURUT-TURUT)
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas Amaran Pertama
Pertama (Pada hari ke- (Pada hari ke-20)
10)
Amaran Ketiga 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas Amaran Kedua
Kedua (Pada hari ke-17) (Pada hari ke-40)
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari selepas Amaran Ketiga
Ketiga (Pada hari ke-30) (Pada hari ke-60)
Jumlah Hari Tidak Hadir 30 hari berturut-turut 60 hari tidak berturut-turut

a) Ibu/bapa/penjaga hendaklah memastikan anak/jagaan tuan/puan yang telah mendaftar


sebagai pelajar SMK Kempas wajib hadir belajar di sekolah ini sepanjang hari
persekolahan rasmi serta lain-lain aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa.

b) Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu-satu masa, maka ibu/bapa/penjaga
wajib memberitahu Pengetua atau wakilnya secara LISAN (datang ke sekolah atau
melalui telefon) dan BERTULIS (Surat : maksimum sebanyak 3 kali sahaja).

c) Sekiranya seorang pelajar jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah maka surat
akuan sakit dikemukakan kepada pihak Pengetua atau wakilnya oleh pelajar tersebut
apabila telah hadir semula ke sekolah.

d) Jika pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang makluman LISAN dan
BERTULIS atau lain-lain dokumen sokongan yang sahih, ia akan dikira PONTENG
SEKOLAH pada jangka masa tersebut.

e) Surat-surat peringatan/amaran tentang ketidakhadiran pelajar ke sekolah akan


dikeluarkan dan dihantar kepada ibu/bapa/penjaga dari semasa ke semasa apabila
difikirkan perlu selaras dengan prosedur atau peraturan yang mengawal bidang
berkaitan seperti dalam jadual di atas.

f) Ibu/bapa/penjaga wajib memberi respon yang positif dan akur dengan sebarang
keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak Pengetua sekolah ke atas
anak/jagaan tuan/puan.
5. Kasut
a) Kasut kanvas berwarna putih.
b) Kasut kanvas berjalur belang atau bercorak tidak dibenarkan.
c) Kasut tidak melebihi paras buku lali.
d) Kasut mestilah berlidah atau bertali atau berflap.
e) Kasut kulit track / sukan, boot, kasut high-cut (mengena buku lali atau kasut
bermuncung panjang (long-cut) tidak dibenarkan).

6. Pakaian Pendidikan Jasmani


a) Kemeja T rumah sukan (ada dijual di koperasi sekolah).
b) Seluar track-bottom hitam (ada dijual di koperasi sekolah).

7. Pakaian Aktiviti Luar Darjah/Kegiatan Kokurikulum/Kelas Tambahan


a) Semua pelajar mesti berpakaian seragam sekolah apabila berada di kawasan
sekolah untuk menghadiri kegiatan mingguan atau kelas tambahan.
b) Pakaian kokurikulum yang dikhaskan oleh pihak sekolah untuk kegiatan
kokurikulum.
c) Bagi Unit Beruniform, ahli-ahli berkenaan diwajibkan berpakaian seragam seperti
yang ditetapkan oleh badan-badan berkenaan.
d) Pelajar hanya dibenarkan memakai pakaian rumah sukan masing-masing semasa
menjalani latihan rumah sukan dan semasa kelas Pendidikan Jasmani.
e) Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai telekung mini berwarna putih atau
tudung putih untuk menghadiri aktiviti luar darjah/kegiatan kokurikulum/kelas
tambahan.

8. Peraturan Rambut dan Kekemasan Diri

8.1 Pelajar Lelaki


a) Tidak dibenarkan mempunyai rambut berfesyen jenis caca/rambut berfesyen
seperti ala punk dan rambut diwarnakan.
b) Dilarang menindik telinga.
c) Tidak dibenarkan berjambang, berjanggut dan bermisai.
d) Pelajar dikehendaki sentiasa memakai tali leher, tanda nama dan lencana sekolah.

8.2 Pelajar Perempuan


a) Tidak dibenarkan rambut berfesyen atau diwarnakan.
b) Tidak memakai anting-anting melebihi sepasang.
c) Tidak menggunakan mekap seperti celak, pewarna pipi, gincu, pembayang mata,
mencukur kening, mewarnakan kuku. Pelajar perlu berkuku pendek.
d) Tidak memakai aksesori kecuali jam tangan yang tidak berfesyen.
e) Pelajar dikehendaki sentiasa memakai tanda nama dan lencana sekolah.
Atas : Tengah : Tepi
Di depan : Rambut di
Rambut hendaklah
depan tidak menutup
pendek dan kemas
garisan tengah dahi.
berukuran 6 : 3 :1

Di sebelah :
Rambut disebelah tepi
tidak menyentuh kedua- Di belakang :
dua telinga dan Rambut mestilah nipis dan
sudeburn tidak melebih jatuh tidak melebihi garisan
tengah cuping/anak di bawah cuping dua
telinga. telinga.

Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti punk, diwarnakan, berekor, dikeraskan atau botak.

Das könnte Ihnen auch gefallen