Sie sind auf Seite 1von 3

Di Dewan Tun Fatimah kita bersua

Suburkan budaya cinta sekitar;


Lafaz bismillah pembuka bicara
Salam dihulur berkat ikhtiar

Assalamualaikum w.b.t.
Salam bahagia, salam satu Malaysia dan selamat datang.

Yang Berusaha,
Tn. Haji Amad Bahri Bin Mardi, Pengetua SMK Seri Aman

Yang Dihormati,
Tn. Haji Daud Bin Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hjh Salmah Binti Madun, Penolong Kanan HEM
En. Mohd Salim Bin Tumin, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dialu2kan, Pn Noor Marita Ibrahim dari Tetrapak Sdn. Bhd selaku penceramah
jemputan bersama rakan2

Guru2 serta pelajar2 yang dikasihi sekalian

Selamat datang ke Dewan Tun Fatimah SMK Seri Aman untuk sama-sama
menjayakan salah satu program ceramah Kesedaran Alam Sekitar di bawah projek
Lestari sekolah. Ini sangat bertepatan dengan slogan sekolah iaitu Sekolah Lestari
Guru Berbudi Pelajar Beraspirasi. Pepatah lama ada berkata Sayangkan isteri,
tinggal-tinggalkan Sayangkan anak, tangan-tangankan Sayangkan alam sekitar,
ingat-ingatkan Tidak lupa mengucapkan syukur dan puji ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpahrahmatNYA maka kita dipanjangkan usia dan diberi
kekuatan untuk terus bersama mengikuti program ceramah pada hari ini.

BACAAN DOA
Sesungguhnya, setiap langkah yang kita hayun, setiap gerak denyut nadi adalah
ketentuan Ilahi. Marilah kita realisasikan rasa syukur dan memohon keberkatan
agar majlis kita diberkati Ilahi.

Untuk itu, dipersilakan


YANG BERUSAHA al Fadhil Ustaz Amir Bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

. Bacaan doa..
Amin Ya Rabbalalamin

Moga kita mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t hendaknya. Insya-Allah.


Warga dewan Keindahan alam sekitar bukan sahaja boleh dieksploitasi untuk
kegiatan riadah dan rekreasi malah menjadi penyumbang utama kawalan ekosistem
terutama bagi keperluan manusia sejagat. Sehubungan itu tugas semua pihak
menjaga alam sekitar agar tidak tercemar dan pada masa yang sama peranan
golongan belia dan murid sentiasa ditagih bagi meneruskan kesinambungan
penjagaan khazanah alam ini.
UCAPAN ALU-ALUAN
Sebagai pembuka majlis, marilah sama-samalah kita ikuti ucapan alu-aluan yang
akan disampaikan oleh Tn Hj Amad Bahri Bin Mardi, Pengetua SMK Seri Aman.
Majlis dengan rasa hormat mempersilakan.

..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Amad Bahri Bin Mardi.

CERAMAH

Hadirin yang dimuliakan, tanpa melengahkan masa dijemput penceramah


jemputan Pn Noor Marita Binti Ibrahim, dari tetrapak sdn .bhd untuk
menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Program Kitar Semula Kotak Minuman.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Mohon semua pelajar untuk memberi sepenuh perhatian dan bersedia dengan buku
catatan masing-masing.

..ucapan.

Terima kasih dan moga-moga sari ilmu yang kita dengar dan hayati menambahkan
lagi rasasedar dan menumbuhkan cinta akan alam sekitar.

Tiada harapan lain kecuali kita semua akan sama-sama menjaga alam sekitar
secara terurus sejajar dasar kerajaan untuk mendekatkan pelajar dengan alam
sekitar dan tidak mudah menuding jari menyalahkan mana-mana pihak berkaitan
isu-isu alam sekitar.

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa


Di sini ada guru-guru yang prihatin penuh jiwa
Di sini ada penceramah yang tidak pernah kenal erti putus asa
Di sini ada pentadbir yang berjasa berjiwa mulia

Besar harapan agar seluruh warga dewan bersatu hati dan berpadu tenaga untuk
sama-sama menanamkan nilai murni terhadap alam sekitar ini secara berhemah
dan penuh bijaksana. Mudah-mudahan perkongsian ilmu sebentar tadi mampu
memberi manfaat dan kesedaran kepada masyarakat terutamnya golongan belia &
pelajar.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih pihak sekolah,
majlis mempersilakan Tn Haji Amad Bahri Bin Mardi Pengetua SMK Seri Aman untuk
menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan

Dipersilakan Pn. Noor Marita Ibrahim


Seterusnya dijemput juga En Sabril Shafiq Bin Khazali

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Amad Bahri Bin Mardi atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.
Akhir kata, Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dan diharap akan terus menjadi pemangkin ke
arah kecemerlangan dalam pengurusan alam sekitar.

Sekian wabillahitaufik walhidayah


Wassalamualaikum waraoh matullahiwabarokatuh

Para tetamu dijemput untuk jamuan di kantin; sementara pelajar terus berada di
dewn tun Fatimah. Salam seharum kasturi, semoga bertemu lagi.

Das könnte Ihnen auch gefallen