Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
Majlis memohon hadirin kekal berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Wilayah dan Lagu
Dunia
......................................................
Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk
Bismillahirahmanirahim.
Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aspirasi, setulus hati,
atas kehadiran tetamu kehormat
1. Yang dihormati puan toh wooi wah ketua pesuruhjaya pandu puteri malaysia cawangan
kuala lumpur
2. Yang Berusaha, Cik Sharmini a/p Manokeran
Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas, WPKL
3. Yang Berusaha Puan Mastura bt omar, pesuruhjaya pandu puteri tunas zon keramat
4. Yang dihormati en syaiful amri b abdullah, gpk kokurikulm sk setiawangsa
5. Yang dihormati en shahpandi b abd manan, ydp pibg sk setiawangsa
Yang Berbahagia Dato-Dato, Datin-Datin, pesuruhjaya pesuruhjaya zon, guru2 pengiring dan
peserta2 yang mengambil bahagian
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke pertandingan ekspresi bakat pandu puteri tunas peringkat negeri 2017.
Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan majlis saya dengan berbesar hatinya mempersilakan yang dihormati puan toh
wooi wah ketua pesuruhjaya pandu puteri malaysia cawangan kuala lumpur untuk memberikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan pertandingan ekspresi bakat pandu puteri
tunas peringkat negeri 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas perasmian penutupan sebentar tadi.
4. Tarian Pembukaan
Dipersilakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas persembahan sebentar tadi.
5. Penyampaian Hadiah
Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan lagi dengan upacara
penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan.
Untuk makluman hadirin, pertandingan yang telah dijalankan ialah Pertandingan memasak,
pertandingan gubahan bahan terbuang, pertandingan nyanyian dan juga pertandingan tarian
tradisonal kontemporari.
1. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha,Cik
Sharmini a/p Monakeran, Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas, WPKL untuk menjemput dan
mengiringi Yang dihormati puan toh wooi wah ketua pesuruhjaya pandu puteri malaysia
cawangan kuala lumpur untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyempurnaan acara sebentar tadi.
2. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Tarian.
Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En
Yusof b Mohammad, GPK Ko Kurikulum Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, untuk menjemput
dan mengiringi, Yang Berusaha En Mohd Najib b Ab Rahman Timbalan Pegawai Pendidikan
PPW Keramat untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan, En Yusof b Mohammad,
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha En Mohd Najib b Ab Rahman.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyempurnaan acara sebentar tadi.
3. Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi
Pertandingan Memasak dan juga Pameran. Untuk menyempurnakan lagi acara ini, majlis
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru
Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, Pn
Asiah Bt Husin,
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seni gubah indah bermadah
Jambangan bunga harum mewangi
Rasmi sudah, penyampaian hadiah pun sudah,
Tibalah masanya membalas budi
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diatas penyempurnaan
acara sebentar tadi.
4. Bacaan Doa
Bagi memberkati lagi majlis pada hari ini, maka dipersilakan Al Fadhil Ustaz Haszriman b Othman
untuk mengharfiahkan bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas bacaan doa itu tadi..
Bismillahirahmanirahim.
Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh aspirasi, setulus hati,
atas kehadiran tetamu kehormat
Yang Berbahagia Dato-Dato, Datin-Datin, Dif-Dif Jemputan, Guru Besar- Guru Besar sekolah
yang mengambil bahagian,
Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru Pengiring, Para AJK PIBG, Jawatankuasa Pelaksana, Ibu
bapa serta Murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, Tuhan yang
Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita
diberikan ruangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan
akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan
Datuk Ruslan Madon ini bagi melaksanakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pandu Puteri
Tunas Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2015 ini.
Kami mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis ini, melahirkan salam sanjungan budi atas
sokongan, cakna padu dan karisma, khusus buat Yang Berusaha, Pn Asiah Bt Husin serta para
hadirin sekalian ke majlis ini.
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Siti Rokiah binti Salleh, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis akan diteruskan dengan mempersilakan Cik Sharmini a/p Manokeran, Pesuruhjaya Pandu
Puteri Tunas, WPKL untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Majlis dengan penuh rasa bangga menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn Asiah Bt
Husin Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Karnival
Pandu Puteri Tunas Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan tahun 2015.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi
8. Persembahan Montaj
Majlis diteruskan dengan sajian persembahan multimedia yang memaparkan sorotan peristiwa
sepanjang Karnival Pandu Puteri Tunas ini berlangsung.
Dipersilakan........
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderamata kepada sekolah- sekolah yang
mengambil bahagian di dalam Karnival Pandu Puteri Tunas ini.
Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Zation bt Dahari,
GPK Tadbir dan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi
Yang Berusaha, Pn Hajah Sti Rokiah bt Salleh, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
untuk tampil ke pentas bagi menyempurnakan acara ini.
Dipersilakan......
Dijemput.........
10 Penyampaian Hadiah
Tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan sepanjang
karnival ini berlangsung. Untuk makluman hadirin, pertandingan yang telah dijalankan ialah
Pertolongan Cemas, Pertandingan Tarian 1 Malaysia, Pertandingan Memasak dan juga Pameran.
1. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Pn
Mastura bt Omar, Penyelaras Program Karnival Pandu Puteri Tunas Sekolah Berprestasi Tinggi,
Peringkat Kebangsaan 2015 merangkap Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Zon Keramat, Kuala
Lumpur untuk menjemput dan mengiringi, Yang Berusaha, Cik Sharmini a/p Monakeran,
Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas, WPKL untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan Pertolongan Cemas.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan Pn Mastura bt Omar, untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha, Cik Sharmini a/p Monakeran
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyempurnaan acara sebentar tadi.
2. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Tarian.
Untuk menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Yusof
b Mohammad, GPK Ko Kurikulum Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, untuk menjemput dan
mengiringi, Yang Berusaha En Mohd Najib b Ab Rahman Timbalan Pegawai Pendidikan PPW
Keramat untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, dipersilakan, En Yusof b Mohammad,
untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha En Mohd Najib b Ab Rahman.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyempurnaan acara sebentar tadi.
3. Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan
Memasak dan juga Pameran. Untuk menyempurnakan lagi acara ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berusaha Pn Hajah Siti Rokiah bt Salleh, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, Pn Asiah Bt Husin,
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan....
(rujuk senarai pemenang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seni gubah indah bermadah
Jambangan bunga harum mewangi
Rasmi sudah, penyampaian hadiah pun sudah,
Tibalah masanya membalas budi
Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diatas penyempurnaan acara
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan menyaksikan persembahan tarian kumpulan peserta yang telah
mendapat kedudukan Johan dalam pertandingan Tarian 1 Malaysia yang telah dipertandingkan
pada Jumaat malam yang lepas. untuk pengetahuan hadirin, pertandingan tarian ini telah
menyaksikan sebanyak ...................................................................................................................
............................................................................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih diatas persembahan tersebut.
12 Penutup
Hadirin sekalian,
Kita telahpun berada di hujung acara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua tetamu jemputan, ahli jawatankuasa kerja, guru-guru dan para ibubapa, serta mereka
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.
Dijemput Yang Berusaha tetamu kehormat, dif-dif jemputan serta para hadirin untuk menikmati
jamuan tengah hari yang telah disediakan.
Majlis bersurai.