Sie sind auf Seite 1von 15

1

MAJLIS ANUGERAH PERDANA KOKURIKULUM 2015

DEWAN UTAMA KPM SERI ISKANDAR

26 FEBRUARI 2016

CUE AGENDA TEKS


ILYAS Silent Hadirin sekalian,
phone Majlis akan bermula sebentar lagi, majlis memohon kerjasamaTuan2
dan Puan melaraskan mod telefon bimbit dalam keadaan senyap.

YANI Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Roseli
jemputan bin Dol, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA wakil
rasmi Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), diiringi oleh
dif-dif kerhormat.

Hadirin dipersilakan berdiri.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan
Amanah Rakyat.

ILYAS Nyanyian Bagi memulakan acara/ marilah sama-sama /kita menyanyikan /lagu
lagu Negaraku/ dan Amanah Rakyat /dengan iringan pasukan koir/ Kolej
Negaraku Profesional MARA/ Seri Iskandar.
ILYAS & Amanah
Rakyat Hadirin dipersilakan duduk.

ILYAS Sirih pinang di dalam puan,


Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
2

Buat cicipan dagang nan maulan,


Selamat datang kami ucapkan,
Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhwah dan taulan.

YANI -Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Roseli bin Dol, Pengarah
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA wakil rasmi Yang
Berbahagia Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah Majlis
Amanah Rakyat
- Ahli2 Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Yang Berusaha Puan Teh Arfah bt Kamarulzaman, Pengarah MARA
Negeri perak
- Yg Berusaha Puan Halimahtun Saadiah Bt Mohd Taib, Pengarah
Kolej Profesional Mara Seri Iskandar (KPMSI) selaku Tuan Rumah
Majlis Anugerah Perdana Kokurikulum Bahagian Pendidikan Tinggi
(BPT MARA) 2015
- Pengawal pusat dan pentadbiran institusi pendidikan mara
- finalis-finalis Anugerah,
- tuan2, puan2, seluruh warga kerja dan pelajar2 mara yang dikasihi
dan dihormati

Di tapak tangan tidak beralas,


Mekar melati kembang mewangi,
Anugerah Perdana Kokurikulum BPT 2015,
Golongan cemerlang kita hargai.

ILYAS Alhamdulillah,/ bersyukur kita ke hadrat Ilahi,/ kerana dengan izinNya/


kita dapat berkumpul bersama-sama/ pada malam yang penuh gilang
gemilang ini/ untuk mengikuti/ Majlis Anugerah Perdana Kokurikulum/
3

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT)/ Majlis Amanah Rakyat (MARA)


2015.

Untuk makluman semua,/ majlis ini diadakan khas/ untuk


menghargai/ dan meraikan pelajar-pelajar/ serta para penasihat
pelajar/ yang telah Berjaya/ mengharumkan nama /Institut Pengajian
Tinggi MARA (IPMa)/ seperti yang ditugaskan/ khususnya dalam
bidang sukan,/kokurikulum /keusahawanan /dan khidmat masyarakat.

ILYAS Bacaan Bagi memberkati majlis kita pada hari ini/ marilah sama-sama/ kita
doa. mengaminkan/ bacaan doa yang akan diketuai oleh/ Ustaz
Muhammad Sufi bin Mohd Yusoff/ Dipersilakan.

YANI Jemput *Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima
Makan kasih kepada ustaz atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan
izinnya, InsyaALLAH.
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk molek tersusun,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Sama-samalah kita menjamu selera mengalas perut sebelum ke


aturcara seterusnya.
ILYAS Persemba Hadirin sekalian
han
selingan Sedang kita menjamu selera /menikmati hidangan yang terhidang/
semasa majlis menjemput/ Band Kolej Profesional MARA Seri Iskandar/ yang
4

jamuan akan mendendangkan beberapa buah lagu buat halwa telinga.


makan
Ucapan **** SELEPAS 20 minit, MC akan mula selepas mendapat CUE dari
Aluan runner.
Oleh
YANI Pengarah Terima kasih kepada Band Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
BPT atas dendangan lagu sebentar tadi.
MARA
Hadirin yang dihormati,
Taklah molek, jika ada alu, tiada lesungnya
Taklah berguna, jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang berbicara

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Yang Berusaha Puan


Halimahton Saadiah bt Mohd Taib, Pengarah Kolej Profesional MARA
Seri Iskandar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.
*********************
YANI Majlis merakamkan/ sekalung ucapan terima kasih/ atas ucapan alu-
aluan /oleh /Yang Berusaha/ Pengarah KPMSI sebentar tadi.

ILYAS
Ucapan Untuk tidak melengahkan masa/ marilah sama-sama/ kita mendengar
Perasmian ucapan perasmian/ Majlis Anugerah Perdana Kokurikulum BPT/
oleh 2015/ daripada/ Yang Berusaha/ Tuan Haji Mohd Roseli bin Dol/
Datuk KP Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA mewakili Datuk
5

MARA Ketua Pengarah MARA. Majlis dengan penuh hormat dan takzim
mempersilakan.

Jemput Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Pengarah Kolej


YANI
Puan iring Profesional MARA Seri Iskandar ke pentas nan indah bagi mengiringi
Pengarah Yang Berusaha Pengarah BPT untuk gimik merasmian.
BPT gimik

Selepas Hadirin sekalian, rasmilah sudah Majlis Anugerah Perdana BPT 2015.
ILYAS
Gimik
Perasmian Penakik si pisau raut
Datuk Ambil galah batang lintabung
Seludang dijadikan nyiur
Setitik dijadikan laut
Sekapal dijadikan gunung
Alam terbentang dijadikan guru

Hadirin sekalian,
Majlis merakamkan/ setinggi-tinggi penghargaan/ atas kesudian/
Yang Berusaha Tuan Pengarah BPT / merasmikan/ Majlis Anugerah
Perdana Kokurikulum BPT/ 2015 sebentar tadi.

*Selepas Pengarah BPT dah duduk, baru proceed dengan next


announcement

YANI Sementelah mendengar ucapan-ucapan yang sangat bermakna buat


kita, seterusnya sama-samalah kita saksikan persembahan montaj
khas yang telah disediakan untuk Majlis Anugerah Perdana
Kokurikulum BPT 2015.
6

Terima kasih atas persembahan montaj khas Majlis Anugerah


Perdana Kokurikulum BPT 2015 sebentar tadi.

YANI
Penyampa Hadirin sekalian,
ian Sampailah kita ke aturcara utama untuk Majlis Anugerah Perdana
Cendehati Kokurikulum BPT 2015 pada kali ini. Untuk pengetahuan hadirin,
dan pencalonan bagi setiap kategori telah dilaksanakan di setiap Institut
Anugerah Pengajian MARA (IPMa) yang terlibat manakala penerima anugerah
oleh Datuk telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan oleh panel penilai
KP daripada Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA.

Dengan ini/ pihak kami/ ingin memaklumkan bahawa/ Anugerah


ILYAS
Perdana Kokurikulum BPT/ 2015 pada kali ini/ mempunyai/ beberapa
kategori anugerah tambahan/ seperti/ Kategori Pengurusan/ Unit
Bimbingan/ dan Kaunseling Cemerlang/ serta Kategori/ Kaunselor
Cemerlang. Bagi kategori Khidmat Masyarakat pula/ telah
dibahagikan kepada 2/ iaitu/ peringkat kebangsaan/ dan
antarabangsa /dan Anugerah Khas/ Jasamu Dikenang.

Jemput Tanpa melengahkan masa lagi/ majlis menjemput/ Yang Berusaha


YANI
Pengarah Tuan Hj Mohd Roseli bin Dol, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi,
BPT dan Majlis Amanah Rakyat diiringi oleh Yang Berusaha Puan Halimahton
Puan Saadiah binti Mohd Taib Pengarah, Kolej Profesional MARA Seri
Iskandar selaku Tuan Rumah Majlis Anugerah Perdana Kokurikulum
BPT 2015. Majlis mempersilakan.

Penyampa Sebelum ke penyampaian anugerah, majlis menjemput wakil setiap


YANI
ian IPMa untuk menerima cenderamata penghargaan. Dipersilakan
cenderaha wakil
ti kpd
7

kolej2
a. KM Kuala Nerang
b. KM Kulim
c. KM Seremban
d. KM Banting
e. KPM Bandar Penawar
f. KPM Beranang
ILYAS
g. KPM Bandar Melaka
h. KPM Ayer Molek
i. KPM Indera Mahkota
j. MARA Ketengah International College
k. Dan KPM Seri Iskandar

Seterusnya merupakan sesi penyampaian cenderamata kepada


peserta Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SUKIP). Dijemput
a. .
b. ..
c. ..
d. ..

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah untuk setiap


YANI
Penyampa kategori yang dipertandingkan. Buat pengetahuan hadirin hadirat,
ian pemenang akan menerima sijil, sebuah trofi khas Majlis Anugerah
Anugerah Perdana Kokurikulum BPT 2015 dan sejumlah wang tunai mengikut
kategori yang dipertandingkan.
8

(Anugerah-anugerah lain baca daripada lists Syu bagi yg dah di sync


ILYAS dgn slides)
&
YANI
rotate Sesi pertama:
i. Anugerah Badan beruniform cemerlang kokurikulum
ii. Anugerah kelab/persatuan cemerlang kokuriikulum
iii. Anugerah kelab/sukan cemerlang kokurikulum
iv. Anugerah persatuan siswa niaga (PSN) cemerlang
kokurikulum
v. Anugerah Khidmat Masyarakat peringkat Kebangsaan
terbaik
vi. Anugerah Khidmat Masyarakat Antarabangsa terbaik

YANI
REHAT Sidang hadirin yang dihormati,
Persemba
han Majlis berhenti rehat untuk seketika. Terima kasih kepada Yang
Berusaha Pengarah BPT atas kesudian menyampaikan sebahagian
daripada anugerah sebentar tadi. Sesi kedua akan disambung
sebentar lagi. Sebagai penghargaan kepada hadirin dan hadirat,
Majlis menjemput Kumpulan Bidasari KPMSI untuk mempersembah
tarian khas perak iaitu Joget Wan Lebor. Dipersilakan.

ILYAS
Terima kasih kepada Kumpulan Bidasari KPMSI atas persembahan
Joget Wan Lebor sebentar tadi. Majlis menjemput Puan Norazlina
Fazli bt Abu Hanifah untuk mendendangkan sebuah lagu yang pernah
dipopularkan oleh Francesca peter berjudul Ku Keudara Lagi. Majlis
9

mempersilakan.

Terima kasih kepada Puan Nur Azlina Fazli atas dendangan lagu
yang sungguh merdu sebentar tadi.

ILYAS
Sambung Baiklah, sudah pasti para hadirin tidak sabar lagi untuk menantikan
Anugerah sesi penyampaian anugerah yang ke2. Majlis dengan ini, sekali lagi
kedua menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Roseli bin Dol, Pengarah
BPT diiringi oleh Yang Berusaha Puan Halimahton Saadiah bt Mohd
Taib, Pengarah KPMSI untuk meneruskan sesi penyampaian
anugerah yang ke2.

YANI Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah Juri.


&
i. Anugerah Juri:Penasihat Kokurikulum Cemerlang
ILYAS
rotata ii. Anugerah Juri: pengurusan kokurikulum cemerlang
iii. Anugerah Juri: pegawai kokurikulum cemerlang
iv. Anugerah Juri: pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Cemerlang
v. Anugerah Juri: Kaunselor Cemerlang

YANI
Hadirin sekalian,
Sampailah kita ke sesi anugerah utama pada malam ini.

Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum


10

Barisan finalis untuk anugerah pelajar cemerlang adalah:


---baca ikut slides---

a. Saguhati kedua dimenangi oleh Farah Deena bt Roslan @ Rozlan


(KMKN)
b. Saguhati pertama diperoleh oleh Azznur Azzraf bin Md Sofian
(KMB)
c. Tempat ke-3 jatuh kepada Balqis bt Azhar (KMB)
d. Naib Johan dirangkul oleh Syed Syamil b Syed Osman Abadi
(KMKN)
ILYAS e. Aktif dalam pertandingan sains dan inovasi ketika di Kolej MARA
Kulim, beliau telah banyak mencapai kejayaan di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan, mahupun antarabangsa.
Beliau juga sering menceburkan diri dalam sukan dan permainan
seperti water polo, Frisbee, futsal & Bola Keranjang. Beliau telah
mewakili negeri untuk sukan Water polo pada tahun 2013. Selain
itu, beliau juga telah mewakili negara ke Kejohanan Futsal dan
Bola Keranjang Dunia di Belgium pada tahun 2015. Buat
pengetahuan semua, beliau akan sekali lagi mewakili Malaysia
ke World Water Championship di Manipal pada tahun 2016.
Bukan sahaja cemerlang dalam bidang kokurikulum malah beliau
juga cemerlang dalam bidang akademik apabila memperoleh
purata nilai gred kumulatif 4.oo pada setiap semester. Justeru,
beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar
Cemerlang MUAFAKAT tahun 2015.

ILYAS
Untuk Anugerah Perdana Kokurikulum BPT 2015 pada
kali ini, beliau telah memenangi pingat Johan untuk
Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum. Beliau yang
11

dimaksudkan ialah Saudara Mohd Amirul bin Abd


Wahab.

YANI Anugerah Ikon MARA Keusahawanan BPT----- (MUZIK)


Mempunyai butik pakaian muslimah sendiri di Bangi Sentral yang
telah dijenamakan sebagai Butik Surischa. Berbekalkan impian &
semangat yang tinggi untuk memajukan diri dalam bidang
keusahawanan, beliau kini mempunyai sebuah kilang pakaian di
Tangerang, Jakarta, Indonesia dengan 10 orang tukang jahit
professional. Selain daripada perniagaan pakaian muslimah, beliau
juga mempunyai Syarikat Konsultansi yang berdaftar dengan nama
NSF Services. Dengan kecemerlangan yang beliau peroleh dalam
bidang keusawanan di usia muda, beliau telah memenangi anugerah
The Best Student Entrepreneur Awards Malaysia 2015.

untuk Anugerah Perdana Kokurikulum BPT 2015 pada kali ini, beliau
telah dipilih sebagai penerima IKON Keusahawanan BPT. Beliau
yang dimaksudkan ialah Puan Nurul Syaza bt Fauzi. Buat
pengetahuan semua, Puan Nurul Syaza merupakan bekas pelajar
yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum Kolej
Profesional MARA Beranang.

Dipersilakan Puan Nurul Syaza untuk menyampaikan ucapan


ringkas.

ILYAS
Anugerah Khas Kokurikulum BPT------------- (MUZIK)
Memulakan perkhidmatan sebagai guru MARA pada tahun 1980.
Sepanjang 35 tahun perkhidmatan yang teramat cemerlang, pelbagai
anugerah telah beliau terima. Ratusan ceramah dan program
12

motivasi telah diberikan. Mendengar bicaranya sudah cukup


memukau tetamu yang hadir. Beliau juga telah mewakili Malaysia
dalam pelbagai pertandingan antarabangsa seperti International
Invention Exhibition di Tainan, Taiwan pada tahun 2011 dan
mendapat penghargaan daripada Pengarah Kanan BPT sempena
kemenangannya dalam International Engineering Invention and
Innovation Exhibition. Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam
akiviti khidmat masyarakat sepanjang 35 tahun perkhidmatan beliau
dengan Majlis Amanah Rakyat. Berbekalkan prinsip hidup yang
sangat positif iaitu Hari Ini adalah Lebih Baik dari Semalam,
membolehkan beliau memenangi Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang sebanyak 6 kali iaitu pada tahun 1989, 1993, 1998, 2000,
2002 dan tahun 2009. Bermula dengan hanya seorang guru MARA
pada tahun 1980 dan diberikan kepercayaan menjadi Ketua Jabatan,
Penolong Pengetua serta Pengetua sehingga 2006. Seterusnya
beliau meneruskan perkhidmatan di Kolej Mara Kuala Nerang
sebagai Pengarah sehingga 2015. Anugerah terbaru yang diperoleh
beliau adalah Anugerah Pingat Ahli Mahkota Kedah sempena
Keputeraan DYMM Sultan Kedah 2016.

Hadirin dan hadirat,


Beliau yang dimaksudkan ialah PUAN HJH SHRAIAH BINTI
DAHMAN mantan pengarah Kolej Mara Kuala Nerang.
------selepas ambil hadiah---
Dipersilakan Puan Hjh Shariah untuk memberikan ucapan ringkas.

YANI
Anugerah Khas Jasamu Dikenang BPT
Merupakan seorang insan hebat yang pernah hadir di persada
MARA. Ketokohannya sebagai peneraju utama begitu menyerlah
apabila beliau diangkat dari satu institusi MARA ke satu institusi yang
13

lain. Bermula dengan IPM K.Lumpur dari Bahagian Perjawatan,


beliau kemudiannya telah memberi nafas baru kepada IPM
Cawangan Pembelajaran Komers. Beliau turut menabur bakti di KPM
Beranang, KPM Melaka, KPM Indera Mahkota dan kemudiannya Ke
KPM Seri Iskandar sebagai Pengarah yang pertama pada tahun
2003. Beliau kemudiannya diangkat ke Bahagian Pendidikan Tinggi,
MARA untuk seketika dan di sanalah beliau telah didiagnos dengan
penyakit diabetis. Selama di KPM Beranang itulah juga beliau
berjuang melawan penyakitnya di samping sokongan daripada
keluarga dan sahabat handai yang mengenalinya.
Namun Allah lebih menyayanginya apabila beliau akhirnya
menghembuskan nafas terakhir pada Disember 2015. Bagi sesiapa
yang pernah mengenalinya, sudah tentu masih terbayang-bayang
perwatakannya yang serius dan tegas namun begitu mesra pula
dengan staf dan pelajarnya. Warga KPM juga pasti ingat tentang
kelibat beliau yang sentiasa turun padang dan melakukan segala
daya untuk membangunkan sukan di KPM. Sebagai ketua di baris
hadapan pula, staf nya pasti masih mengenang budinya yang
sentiasa menyokong dan mempertahankan anak buahnya selain
sangat perihatin tentang kebajikan staf dan para pelajarnya. Tidak
hairanlah insan ini sangat dekat di hati orang-orang yang
mengenalinya.

Sesungguhnya hadirin dan hadirat,


Beliaulah yang selayaknya menerima Anugreha Khas Jasamu
Dikenang untuk Majlis ANugerah Kokurikulum Perdana BPT 2015.
Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr Yatim bin Nawai.
Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham Dr Mohd Yatim bin
14

Nawai bersama orang-orang yang beriman. Dijemput wakil untuk


menerima anugerah.

ILYAS
Penyampa Majlis seterusnya menjemput/ Yang Berusaha/ Puan Halimahton
ian Saadiah bt Mohd Taib/ Pengarah KPMSI/ untuk menyampaikan
Cenderam cenderahati penghargaan/ kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd
ata Roseli bin Dol/ atas kesudian beliau/ merasmikan/ seterusnya/
kepada menyampaikan Anugerah/ kepada para pemenang/ Dipersilakan.
Perasmi
YANI
Terima diucapkan kepada Yang Berusaha Pengarah BPT atas
kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Majlis juga turut
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Pengarah
KPMSI atas penyampaian cenderamata kepada Yang Berusaha Tuan
Hj Mohd Roseli sebentar tadi.

YANI Persemba Mekar mawar mekar kenanga


han Bunga dipetik buat jambangan
Sebagai memenuhi halwa telinga
penutup Persembahan penutup kami tampilkan

Majlis mempersilakan.

--------selepas persembahan--------

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas Persembahan penutup


yang ditampilkan khas daripada Kelab Bidasari KPMSI sebentar tadi.

Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,


ILYAS
&
Dengan itu, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Perdana
Jamuan Kokurikulum BPT 2015. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
ringan.
Kata orang lama,
Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
15

YANI Kok berlari dah sampai ke garisan


Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun
tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

ILYAS
Akhir kalam, saya Muhammad Ilyas Abd Majid dan saya Norilyani Abd
Rahman..pengacara majlis pada malam ini memohon ampun dan
maaf atas segala khilaf sepanjang mengacarakan majlis.

Y&I
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

ILYAS
Sesi Majlis menjemput para pemenang anugerah utama bersama-sama
fotografi dengan barisan VVIP untuk kepentas bagi sesi fotografi.

Das könnte Ihnen auch gefallen