Sie sind auf Seite 1von 10

LAPORAN

Ujian memainkan peranan penting dalam pentaksiran pembelajaran murid. Ujian


menyediakan maklumat yang sah, boleh dipercayai dan bermakna tentang pencapaian murid.
Kesahan maklumat bergantung pada perancangan dan prosedur dalam mereka bentuk ujian
untuk mentaksir pembelajaran murid. Antara pertimbangan yang perlu diambil berat oleh guru
agar ujian yang dibina itu sah adalah tujuan utama ujian yang digubal, pembinaan spesifikasi
ujian, pemilihan jenis ujian dan item yang sesuai serta penggubalan item ujian berdasarkan
spesifikasi ujian. Saya dan rakan saya Rathi A/P Gunasegaran telah diberi tugasan untuk
membina item ujian bercirikan KBAT menurut format UPSR 2016 bagi ujian prestasi Sains
tahun empat berdasarkan jadual spesifikasi ujian.
Kami telah memulakan tugasan ini dengan pembinaan jadual spesifikasi ujian. Kami
telah mengadakan perbincangan dalam kelas untuk memilih topik-topik dari dokumen standard
kandungan pembelajaran. Kami telah memilih tahun empat untuk pengubalan soalan tetapi
sasaran murid adalah tahun 5 dengan mengambil kira penghabisan sukatan pelajaran. Item
ujian yang dibina akan diuji kepada murid-murid semasa kami menjalankan pengalaman
berasaskan sekolah. Murid-murid tahun empat tidak sempat menghabiskan keseluruhan
sukatan pelajaran. Dengan ini, kami telah memilih murid-murid tahun lima untuk menghadapi
ujian yang digubal. Kami telah mencabut topik dan membahagikan topik antara kami. Kami
telah mendapat topik empat dan lima iaitu . Dan gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.
Kami telah membina jadual spesifikasi tugasan dengan merujuk kepada contoh soalan UPSR
2016.
BENTUK
SOALAN
TAJUK/ ARAS PENGETAHUAN KEFAHAMAN KBAT JUMLAH
KEMAHIRAN ITEM
P P P P P P K1 K2 K3 K4 KB1
1 2 3 4 5 6
4.0 organ 1 1
pernafasan
haiwan
5.0 tumbuhan 1 1
bergerak balas
terhadap
rangsangan
5.1 fotosintesis

Jadual 1 ; Jadual spesifikasi ujian soalan objektif


KBAT KPS
KBAR
ARAS Jum
Pengetahuan Kefaham item
PEMIKIRAN an

TAJUK

KB1

KB2
KB3
KB4
KPS 1
KPS 2
KPS 3
KPS 4
KPS 5
KPS 6
KPS 7
KPS 8
KPS 9
KPS 10
KPS 11
KPS 12
P1
P2
P3
P4
P5
P6
K1
K2

K3
4.0 ORGAN 1
PERNAFAS
AN HAIWAN

5.0 1
TUMBUHAN
BERGERAK
BALAS
TERHADAP
RANGSAN
GAN
5.1 1
FOTOSINT
ESIS

Jadual 2 :JSU soalan subjektif

Berikut adalah jadual yang kami bina merujuk kepada topik yang kami dapat. Setelah kami
membina jadual spesifikasi ujian, kami telah menggubal item ujian. Percubaan pertama kami,
telah gagal kerana kami telah gagal mengikuti kehendak soalan iaitu soalan objektif yang
digubal mestilah mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan subjektif yang kami
gubal juga tidak ada soalan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Rajah 1 menunjukkan bahagian badan haiwan Q yang berlabel A, B, C, dan D. Yang
manakah struktur pernafasan bagi haiwan Q ?

Diagram 1 shows the parts of animal Q, labeled as A, B, C and D. Which part is the
breathing structure for animal Q ?

RAJAH 1
DIAGRAM 1
Rajah 3 : soalan objektif yang digubal (pertama)

Berikut merupakan soalan objektif yang digubal pada kali pertama. Mengikut domain
kognitif Takslomi Bloom soalan berikut merupakan aras satu iaitu mengingati. Kami sepatutnya
memilih aras mengaplikasi supaya soalan tersebut dikategorikan sebagai KBAT. Selepas
dibimbing oleh pensyarah kami telah menggubal soalan lain menepati kehendak soalan. Kami
telah mengadakan perbincangan untuk penggubalan soalan. Selepas perbincangan, kami
membuat keputusan untuk membeli buku latihan Sains untuk rujukan. Selepas membuat
rujukan kami telah mengubal soalan mengikut kehendak soalan. Kami telah membuat
penambahbaikan pada soalan-soalan tersebut dan menghantarnya kepada rakan kami, Ayati
yang membantu kami untuk menggabungkan soalan-soalan tersebut untuk dijadikan set soalan.
.
Rajah 2 menunjukkan anak benih kacang yang baru bercambah. Razak ingin membuat
penyiasatan untuk mengetahui gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan.

Pucuk Akar
(a) Nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat selepas seminggu.
___________________________________________________________________
______________________________________________________( 1 markah)__

(b) Apakah rangsangan yang menyebabkan gerak balas tersebut?


_______________________________________________________(1 markah)__

(c) Buat satu kesimpulan berdasarkan penyiasatan ini.


__________________________________________________________________
_____________________________________________________(1 markah )___

Rajah 3 : soalan subjektif yang digubal (pertama)

Berikut merupakan soalan subjektif yang digubal pada kali pertama. Antara kesalahan
yang kami lakukan adalah gambar rajah yang dipilih adalah tidak lengkap maklumat,
peruntukkan markah adalah kurang kerana mengikut format UPSR setiap soalan subjektif perlu
diberikan 5 markah sebagai markah keseluruhan dan juga tiada soalan yang berfikiran aras
tinggi. Selepas pembetulan kami telah menghantarnya kepada rakan kami, Ayati untuk
pengabunggan soalan soalan tersebut. Set item yang disemak ( rujuk lampiran 1)
Selepas penyediaan set soalan, kami telah bersedia untuk mentadbir item ujian. Saya dan
rakan saya tidak dapat melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah bersama kerana kami
telah menjalankan pengalaman berasaskan sekolah di tempat asal masing-masing. Namun,
kami telah berbincang tentang masa dan cara pelaksanaan pentadbiran ujian. Saya telah
menjalani pengalaman berasaskan sekolah di Sekolah Kebangsaan Convent Kota Taiping.
Saya telah memaklumkan guru besar tentang tugasan yang diberikan semasa pengalaman
berasaskan sekolah. Beliau telah menghantar saya kepada guru panitia Sains. Guru tersebut
telah menghantar saya kepada guru sains tahun 5, Pn Rosnani. Saya telah menghadapi
kesulitan apabila mengetahui sekolah tersebut mempunyai Dual Language Programme dan
saya satu perlu menyediakan set soalan dalam dwibahasa. Saya telah menyediakan soalan-
soalan dalam bahasa melayu sahaja. Tetapi guru tersebut bercadang supaya menjalankan
peperiksaan tersebut di kelas murid yang menggunakan bahasa melayu untuk aktivit
pembelajaran sains. Saya juga telah mengikuti cadangan beliau mengadakan peperiksaan
kepada murid- murid yang menggunakan bahasa melayu untuk pembelajaran sains. Saya telah
berbincang dengan beliau dan beliau memberikan waktu pengajaran beliau untuk
mmenjalankan ujian. Saya telah memasuki kelas 5 Kenanga pada hari selasa, 10.55 pagi. Pada
hari selasa saya telah menjalankan kertas 1 Sains dengan masa peruntukkan selama 20 minit
untuk 10 soalan aneka pilihan. Kemudian, disambungkan dengan kertas 2 dengan peruntukkan
masa selama 1 jam. Murid-murid telah memberi kerjasama yang penuh dengan mematuhi
arahan yang diberikan dengan jelas.

Rajah 3 : pelaksanaan item soalan


Saya telah menyedari terdapat beberapa kelemahan terhadap item ujian yang dibina
oleh kami. Pertamanya, soalan objektif. Kelemahan pada soala objektif nombor 4) adalah ada
1/3 pelajar yang keliru dengan pilihan jawapan. Ada seorang murid yang mengadu bahawa
tiada jawapan bagi soalan tersebut. Seterusnya, apabila kita mengkaji soalan subjektif yang
digubal, kelemahan yang dikenal pasti adalah bagi soalan berkaitan organ pernafasan haiwan.
Kekeliruan berlaku pada soalan 2 iaitu, soalan yang deberikan tidak jelas dan saya telah
membuat pembetulan pada soalan tersebut.
Soalan 2 :
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada pepatung sekiranya sebahagian badannya direndam ke
dalam bekas berisi air.
Sebahagian murid keliru bahagian mana yang telah direndam ke dalam bekas berisi air.

Pembetulan soalan 2 :
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada pepatung sekiranya sebahagian belakang badannya
direndam ke dalam bekas berisi air.

Soalan 3 yang berkaitan fotosintesis,tiada ada kekeliruan dalam kalangan murid, tetapi telah
ditegur oleh guru bahawa perkataan yang digunakan harus mengikut aras kefahaman murid.
Perkataan persamaan kimia tidak sesuai dan perlu digantikan dengan

Soalan 3b) :
Berikut merupakan persamaan kimia bagi proses fotosintesis

Perkataan berikut merupakan sukar untuk kefahaman murid. Justeru, perlu membuat
penambahbaikan dari segi penggunaan perkataan.
Saya juga telah membuat analisis terhadap item soalan yang dibina oleh rakan rakan saya.
Dalam soalan objektif, tiada ada kekeliruan tetapi terdapat satu gambar rajah yang tidak jelas
tetapi setelah diberi penjelasan murid dapat menjawabnya. Apabila kita melihat soalan subjektif
yang telah disediakan oleh rakan rakan saya terdapat kekuatan dan kelemahan tetapi kita boleh
membuat penambahbaikan terhadap kelemahan tersebut. Kekekuatan adalah item yang dibina
mengikut aras taksonomi Bloom iaitu terdapat aras rendah dan soalan berciri KBAT. Selain itu,
item yang dibina juga telah memenuhi kriteria pemarkahan iaitu semua soalan mempunyai
jumlah markah sebanyak 5 markah, mengikuti format UPSR. Kelemahan yang dikenal pasti
adalah, gambar rajah yang kurang jelas dan arahan soalan yang kurang jelas. Contohnya,
gambar rajah 10 dalam soalan objektif tidak jelas. Saya terpaksa menjelaskannya kepada murid
tentang gambar rajah tersebut. Seterusnya, dalam gambar rajah 11, terdaapt perkataan tidak
jelas dan telah dibetulkan. Secara keseluruhannya, saya mendapat soalan soalan yang digubal
mengikut dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid.
Semasa proses penyemakan kertas para murid, saya mendapati soalan yan dibina
bersesuai kerana sebahagian murid dapat menjawab soalan soalam berikut. Selain itu, saya
mendapati para murid dapat menjawab soalan-soalan KBAT dengan bersungguh-sungguh.
Saya telah menganalisi keputusan murid-murid dalam penilaian kertas 2 dan kertas1.
Pencapaian murid-murid secara keseluruhan adalah baik.

MARKAH DIPEROLEHI BAGI SETIAP SOALAN


NAMA PELAJAR
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
DURATUL AINA DZULHAIMI 1/5 0/5 4/5 0/5 3/5 3/5
NOR FATIHAH BT BASIR 3/5 0/5 4/5 0/5 1/5 3/5
NUR ALILAH AMIRAH BT 4/5 1/5 4/5 2/5 2/5 3/5
ABDULLAH
MALISSA ZALIA 3/5 1/5 3/5 2/5 2/5 3/5
NARISHA NOR ALYSHA BT 2/5 2/5 2/5 1/5 2/5 2/5
AHMAD
SITI HAURAZAHRA
SRI VAISNAVI
NOR ATIQAH NAJIHA BT
NOR ASMAD
ANIZAH BT AMIN
PUTERI ALESYA SOFIEA BT
MOHD AZHAR
NUR DINI THAQIFAH BT
OMAR
RASHVEEN KAUR A/P
PARAMJIT SINGH
AFIF KHADYEEJA
SARAH NUR BATRISYA
PRATIKA A/P SATHIVELL
NUR AINA SAFIYYAH
ARFINA ZAHIDAH BT
SAHRUL NIZAM
NIK AMLEYA ZULAIKHA
NUR IZZATI BT SHARUDDIN
KRITIKA A/P MUNIANDY
ADRIANNA ALYSSA
FAIRYLYN NOEL AK
TIMATHY
NOR ATIQAH NAJUWA BT
NOR ASMANI
NUR FATIHAH AYUNI BT
ABDULLAH
TEOW ZI XUAN
ANG VINA

Jadual 5 :Set data markah diperolehi untuk soalan subjektif

MARKAH
NAMA PELAJAR
DIPEROLEHI
DURATUL AINA DZULHAIMI
NOR FATIHAH BT BASIR
NUR ALILAH AMIRAH BT ABDULLAH
MALISSA ZALIA
NARISHA NOR ALYSHA BT AHMAD
SITI HAURAZAHRA
SRI VAISNAVI
NOR ATIQAH NAJIHA BT NOR ASMAD
ANIZAH BT AMIN
PUTERI ALESYA SOFIEA BT MOHD
AZHAR
NUR DINI THAQIFAH BT OMAR
RASHVEEN KAUR A/P PARAMJIT
SINGH
AFIF KHADYEEJA
SARAH NUR BATRISYA
PRATIKA A/P SATHIVELL
NUR AINA SAFIYYAH
ARFINA ZAHIDAH BT SAHRUL NIZAM
NIK AMLEYA ZULAIKHA
NUR IZZATI BT SHARUDDIN
KRITIKA A/P MUNIANDY
ADRIANNA ALYSSA
FAIRYLYN NOEL AK TIMATHY
NOR ATIQAH NAJUWA BT NOR
ASMANI
NUR FATIHAH AYUNI BT ABDULLAH
TEOW ZI XUAN
ANG VINA
Jadual 6 : set data markah diperolehi untuk soalan objektif
Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa murid-murid dapat menjawab item ujian yang digubal.
Kesimpulannya, tugasan pentadbiran item ujian ini banyak memberi pengetahuan tentang
pentaksiran dalam pendidikan. Jadual pentaksiran ujian merupakan satu blueprint bertulis yang
terperinci mengenai sesuatu ujian yang merangkumi huraian objektif ujian dan sasaran
berdasarkandomain bloom semakan semula, kandungan, dan jenis item serta bilangan item,
aras kesukaran item yang diuji.

Das könnte Ihnen auch gefallen