Sie sind auf Seite 1von 3

Sekolah Kebangsaan Alai,

Km 8, Alai, 75460, Melaka


Melaka Bandar Bersejarah
MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA 2017

Tempat : Makmal Komputer, SK ALAI

Masa : 1.30 petang

Tarikh : 23 Mei 2017

Kehadiran : Seperti di Lampiran

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Pengerusi mengucapkan


terima kasih kepada semua guru di atas kerjasama dalam pelaksanaan program
KOKO pada tahun 2017.

2. Pembentangan Minit Mesyuarat Yang Lepas


-Pengerusi membacakan minit mesyuarat kali pertama 2017.
-En Khairul Aznor mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.
-En Azwan menyokong cadangan pengesahan.

3. Sukan Tahunan Sekolah

Sukan tahunan sekolah akan diadakan selepas Peperiksaan UPSR dan guru-guru
kelas diminta untuk menghantar senarai nama murid beserta dengan rumah sukan.

Tindakan : Guru Kelas dan Semua Guru

4. Aktiviti Kokurikulum

PK KO, En. Nasharudin bin Abdul Wahab menyatakan semua aktiviti kokurikulum
yang telah diadakan sebelum cuti sekolah iaitu perjumpaan sebanyak 19 kali sehingga
minggu tersebut dan masih berbaki 17 perjumpaan bagi melengkapkan perjumpaan
minima aktiviti kokurikulum.

Tindakan: Semua Guru


5. Pencapaian Kokurikulum

PK KO, En. Nasharudin bin Abdul Wahab menyatakan pencapaian Kokurikulum pada
tahun ini sangat memberangsangkan.

a. Terdapat murid yang telah mewakili peringkat kebangsaan di dalam


acara Gimnastik, Bola Jaring dan Tilawah Al-Quran.
b. Acara Taekwondo dikira sebagai peringkat antarabangsa.
c. 4 orang murid telah mewakili bola jaring sehingga ke peringkat negeri
dan 3 orang murid sehingga peringkat kawasan.
d. Murid mewakili acara Bola Baling sehingga ke peringkat suku akhir
e. Acara padang dan balapan, murid SK Alai telah berjaya mendapat
anugerah peserta terbaik dan mengumpul 1 pingat emas dan 1 pingat
perak
f. Terdapat juga acara lain seperti bola sepak dan renang yang
menunjukkan peningkatan prestasi yang baik.

Tindakan: Semua Guru

6. Pengurusan Pasukan dan Pengurusan Peserta

En Nasharudin mengucapkan tahniah kepada pengurus pasukan dan pengurus


peserta kerana telah berhempas pulas, memerah keringat, dan sanggup bekorban
demi melatih dan menguruskan peserta dalam semua acara untuk mewakili sekolah.

En Nasharudin juga menyebut tentang pentingnya menyediakan murid dengan lebih


awal tentang teknik dan kemahiran dalam sesuatu acara bagi mencapai hasil yang
maksima pada pertandingan akan datang.

Tindakan: Semua Guru

7. Buku Laporan PAJSK

En Nasharudin mengingatkan tentang pentingnya Buku Laporan PAJSK untuk


disemak dan dilaksanakan sepadan dengan dasar 1 Murid 1 Sukan.

Tindakan: Guru PJ dan Semua Guru


8. Buku Kehadiran Aktiviti Kokurikulum

En Nasharudin meminta semua guru untuk menandatangani buku kehadiran guru


pada setiap kali perjumpaan aktiviti kokurikulum yang diadakan.

Tindakan: Semua Guru

9. Melengkapkan Buku Perjumpaan Kokurikulum

Buku perjumpaan aktiviti kokurikulum hendaklah dilengkapkan bagi setiap kali


perjumpaan diadakan.

Tindakan: Guru Penasihat dan Semua Guru

10. Penutup

En Nasharudin berharap agar semua guru dapat mengekalkan prestasi yang baik
dalam menjayakan semua program Kokurikulum pada tahun 2017.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ___________________

NURUL ATIQAH BINTI SHAKOR


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SK ALAI

Das könnte Ihnen auch gefallen