Sie sind auf Seite 1von 56

MODUL LATIHAN

PEMBANGUNAN INSAN SEJAHTERA

UNIT KURIKULUM
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
SEPTEMBER 2003

0
MODUL LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN SEJAHTERA

Kandungan Modul Muka Surat

Pendahuluan 4
Rasional 9
Objektif 9
1.0 Emotional Intelligence Competence 10
1.1 Personal Competence 11
1.2 Social Competence 13
Lampiran:
Lampiran 1 16
Lampiran 2 17
Lampiran 3 18
Lampiran 4 19
Lampiran 5 20
Lampiran 6 21
Lampiran 7 22
Lampiran 8 24
Lampiran 9 25
Lampiran 10 29
Lampiran 11 31
Lampiran 12 32
Lampiran 13 33

1
Lampiran 14 34
Lampiran 15 35
Lampiran 16 36
Lampiran 17 37
Lampiran 18 38
Lampiran 19 39
Lampiran 20 40
Lampiran 21 42
Lampiran 22 44
Lampiran 23 45
Lampiran 24 47
Lampiran 25 48
Lampiran 26 50
Lampiran 27 51
Lampiran A 52
Lampiran B 53

Bibliografi 54
Panel Penggubal Modul 55

2
Senarai Grafik

Rajah I 1
Rajah I I 3
Rajah III 5
Rajah IV 27
Rajah Venn 47
Graf I 16
Jadual I 19
Jadual II 20
Jadual III 25
Jadual IV 25
Jadual V 30
Jadual VI 40

3
MODUL LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN SEJAHTERA

Pendahuluan:
Desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan
keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Keupayaan IQ tidak cukup menjamin kejayaan seseorang dalam bidang yang
diceburinya. Kompetensi Kecerdasan Emosi (EI) juga perlu bagi memastikan kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang
kehidupan.

Modul Pembangunan insan Sejahtera digubal bagi membentuk dan menyerapkan kompetensi kecerdasan emosi kepada golongan
pensyarah dan guru pelatih maktab khususnya dan pelajar sekolah amnya. Keupayaan untuk hidup sejahtera memerlukan
penghayatan dan amalan kompetensi personal dan social.

Kompetensi Kecerdasan Emosi terbahagi kepada:

- Kompetensi Personal (Personal Competence)

- Kompetensi Sosial (Social Competence)

1. Emotional Intelligence Competencies


(Kompetensi Kecerdasan Emosi)

1.1 Personal Competence 1.2 Social Competence


(Kompetensi Kendiri) (Kompetensi Sosial)

1.1.1 Self-Awareness 1.1.2 Self-Management 1.1.3 Self-Motivation


(Kesedaran Kendiri) (Pengurusan Kendiri) (Motivasi Kendiri)

4
1.2.1 Social Awareness 1.2.2 Social Management
(Kesedaran Sosial) (Pengurusan Sosial)

Rajah I

Kompetensi Personal (Personal Competence) terbahagi kepada tiga subkomponen iaitu:

- Kesedaran kendiri (self-awareness)

- Kesedaran emosi kendiri (emotional self-awareness)

- Kesedaran ketepatan kendiri (accurate self-awareness)

- Keyakinan kendiri (self-confidence)

- Pengurusan kendiri (self-management)

- Kawalan emosi kendiri (emotional self-control)

- Ketelusan (Transparensi)

- Kebolehsuaian (Adaptability)

- Motivasi kendiri (Self-motivation)

- Berorientasikan pencapaian (Achievement orientated)

5
- Inisiatif (initiative)

- Optimisme (Optimism)

Emotional Intelligence Competencies


(Kompetensi Kecerdasan Emosi)

Personal Competence Social Competence


(Kompetensi Kendiri) (Kompetensi Sosial)

Self-Awareness Self-Management Self-Motivation


(Kesedaran Kendiri) (Pengurusan Kendiri) (Motivasi Kendiri)

Achievement Orientated nitiative Optimism


(Berorientasikan Pencapaian) (Iniasiatif) (Optimisme)

Emotional Self-Control Transparency Adaptability


(Kawalan Emosi Kendiri) (Ketelusan) (Kebolehsuaian)

(Emotional self-awareness) (Accurate self-awareness) (Self-confidence)


Kesedaran Emosi Kendiri Kesedaran Ketepatan Kendiri Keyakinan Kendiri

6
Rajah II

Kompetensi Sosial (Social Competence) terbahagi kepada dua subkomponen iaitu:

- Kesedaran sosial (Social-awareness)

- Empati (Empathy)

- Kesedaran organisasi (Organization-awareness)

- Berorientasi perkhimatan (Service Orientation)

- Pengurusan social (Social-management)

- Kepimpinan inspirasi (Inspirational leadership)

- Pengaruh (Influence)

- Membangunkan individu lain (Developing others)

- Pemangkin perubahan (Change Catalyst)

- Pengurusan konflik (Conflict management)

- Membina perhubungan (Building Bonds)

7
- Kolaborasi dan kerja berpasukan (Teamwork and collaboration)

Emotional Intelligence Competencies


(Kompitensi Kecerdasan Emosi)

Personal Competence Social Competence


(Kompetensi Kendiri) (Kompetensi Sosial)

Social Awareness Social Management


(Kesedaran Sosial) (Pengurusan Sosial)

Empathy Organization Awareness Service Orientation


(Empati) (Kesedaran Organisasi) (Berorientasi Perkhidmatan)

Inspirational Influence Developing Change Conflict Building Teamwork And


Leadership Others Catalyst Management Bonds Collaboration
(Kepimpinan (Pengaruh) (Membangunkan (Pemangkin (Pengurusan (Membina (Kolaborasi dan
berinspirasi) individu lain) Perubahan) Konflik) Perhubungan) kerja berpasukan

8
Rajah III

RASIONAL

Masalah disiplin yang meningkat di kalangan pelajar termasuk pelajar terpilih dan guru menunjukkan wujudnya kegagalan dalam
kawalan dan pengurusan emosi. Lantaran itu Kompitensi Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligent Competence) amat diperlukan
untuk melahirkan insan yang selamat dan sejahtera dari segi emosi (Emotionally savvy teachers and emotionally savvy students).
Sesungguhnya emosi yang stabil dapat membantu pemikiran. Justeru itu, Kompitensi Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligent
Competence) dapat membantu individu menggunakan emosinya secara sihat dan betul dalam menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian.

OBJEKTIF

Selepas menjalani kursus ini, para pensyarah dan guru pelatih dapat:
1. mengenal kekuatan dan potensi diri
2. mengendalikan dan mengurus diri dari segi emosi, mental dan fizikal dalam usaha untuk mencapai tahap disiplin kendiri
yang tinggi sewaktu menjalankan tugas.
3. mengecam dan mengenalpasti emosi seseorang dan kesan daripada emosi itu.
4. menunjukkan keyakinan diri dan keupayaan diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
5. menggunakan emosi dalam membuat keputusan yang baik atau penyelesaian masalah.
6. bertindak secara positif dan autentik (berlaku benar terhadap diri dan orang lain) untuk menguruskan emosi.
7. menggunakan rangsangan emosinya (affect) untuk merancang (kognitif) perlakuan (behavior) dalam sesuatu tindakannya.
8. menguruskan emosi dan menangguhkan tindakan sepontan yang tidak membantu dalam proses P &P.

9
9. menangani perubahan dan halangan dengan mempertingkatkan daya tahan, daya suai, daya saing dan kreativiti.
10. melibatkan diri secara individu dan kumpulan dalam usaha meningkatkan kompetensi diri dan sosial.
11. berfikir secara metakognitif, kritis dan analitikal dalam menangani masalah, stress dan tanggungjawab yang diberikan.

1.0 EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCIES (KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI)

Objektif:

1. Memberi takrifan konsep kecerdasan emosi dan menamakan komponen-komponennya.


2. Mengenal pasti dan mengukur kecerdasan emosi diri.
3. Menyenaraikan kepentingan kecerdasan emosi dalam kehidupan seharian.

Komponen Objektif Cadangan Aktiviti Catatan


1.0 Emotional Intelligence Competencies. - Menjelaskan konsep - Kenali diri Lampiran A
- Kenali diri EIC. - Refleksi diri Lampiran B
- Kenal pasti EIC - Meyedari kepentingan Rujuk folder 2, Aktiviti 2,
- Pengukuran EIC EIC dalam kehidupan Halaman 3 12, What Is
- Komponen EIC seharian. Emotional Intelligence
- Kepentingan EIC

10
1.1 Personal Competence (Kompetensi Kendiri)

Objektif:

Selepas mengikuti modul ini diharap guru pelatih dapat:

1. pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
2. membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap
positif.
3. memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru,
keluarga dan masyarakat.
4. memahami sifat individu dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang
positif.
5. membina inisiatif untuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat.

Komponen Sub Komponen Objektif Cadangan Aktiviti Catatan


1.1.1 Self-Awareness 1.1.1a Emotional Self- - Memahami kekuatan - Cermin diri 30 minit
(Kesedaran Kendiri) Awareness (Kesedaran dan kelemahan diri. Lampiran 1
Emosi Kendiri) - Memahami nilai diri
sendiri. - Aku adalah 30 minit
- Membina kepercayaan seorang.. Lampiran 2
kepada diri sendiri.
1.1.1b Accurate Self- - Membuat pendedahan - Siapa Saya? 30 minit
Awareness (Kesedaran kendiri yang sesuai. Lampiran 3
Ketepatan Diri) - Mengenal pasti sikap
positif diri untuk dihayati - Garis kehidupan. 30 minit
dan diamalkan. Lampiran 4

1.1.1c Self Confidence - Kotak ajaib. 30 minit

11
(Keyakinan Diri) Lampiran 5

- Si buta sayang. 30 minit


Lampiran 6

Komponen Sub Komponen Objektif Cadangan Aktiviti Masa


1.1.2 Self-Management 1.1.2a Emotional Self- - Mengurus diri secara - KaKAK 30 minit
(Pengurusan Kendiri) Control (Kawalan Emosi sistematik. Lampiran 7
Kendiri) - Mengurus masa
dengan baik. - Mengumpul kazanah 30 minit
- Mengawal rentak diri Lampiran 8
kegiatan.
- Membina
keseimbangan dalam
hidup.
1.1.2b Transparency - Menilai dan mengkaji - Be your own judge 30 minit
(Ketelusan) diri. Lampiran 9

1.1.2c Adaptability - Aku dan dia 30 minit


(Kebolehsuaian) Lampiran 10

1.1.3 Self-Motivation 1.1.3a Achievement - Menghargai diri dan - Wan Tan Mee Boy 30 minit
(Motivasi kendiri) Orientated orang lain. Lampiran 11
(Berorientasikan - Membina daya saing
Pencapaian). dan daya juang.
- Mencuba sesuatu yang
baru.
- Menggunakan dan
mengembangkan
potensi diri untuk
1.1.3b Initiative (Inisiatif) kesempurnaan kendiri. - Give N Take 30 minit
Lampiran 12

1.1.3c Optimism - Back to the future 30 minit


(Optimisme) Lampiran 13

12
1.2 Sosial Competence (Kompetensi Sosial)

Objektif:

Selepas mengikuti modul ini guru pelatih dapat:

1. menguasai kemahiran asas komunikasi yang berkesan dengan orang lain dalam perhubungan seharian.
2. berinteraksi dengan baik agar dapat diterima oleh orang lain.
3. menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkah laku bukan lisan.
4. memberi respon yang sesuai dan menghormati perasaan orang lain.

Komponen Sub Komponen Objektif Cadangan Aktiviti Catatan


1.2.1 Kesedaran 1.2.1a Empati - Memahami perasaan - Mentafsir gambar 30 minit
social (social orang lain dan Lampiran 14
awareness) mengambil berat
terhadap kepentingan - Menghadiri temuduga 30 minit
mereka. Lampiran 15
- Menyedari kewujudan
perbezaan individu dari - Role play 30 minit
aspek jasmani, emosi, Lampiran 16
rohani, dan intelek.
- Mengetahui dan - Ali dan monyet 30 minit
memahami keperluan Lampiran 17
individu dan kumpulan.
- Berupaya mengenal - Sedih mu, sedih ku jua 30 minit
pasti dan menggunakan Lampiran 18
1.2.1b Kesedaran peluang-peluang yang - Kuiz
Organisasi ada dari pelbagai
sumber. - Kerja berkumpulan

- Penghayatan emosi

13
bergambar.

- EQ team buiiding. 60 minit


Lampiran 19
- Ungkapan sayang dan
mengintai peluang.
1.2.1c Berorientasi - Aku budak baik. 60 minit
Perkhidmatan Lampiran 20
- Kolaborasi (Projek
mega)

- Main peranan (Pekerja


kolar putih, pekerja kolar
biru, ahli politik, ahli
koparat).

- Jejak kasih (eksplorasi


idea)

- Melawan arus (situasi)


1.2.2 Pengurusan 1.2.2a Kepemimpinan - Membina dan - Pemimpin pujaan saya 30 minit
social (social berinspirasi mengamalkan ciri-ciri Lampiran 21
management kepimpinan
1.2.2b Pengaruh bermatlamat. - Jagoan 30 minit
- Menguasai kemahiran Lampiran 22
kepimpinan berkesan.
1.2.2c Developing - Mengesan, - Saya sayang Sayang 30 minit
others menghargai dan Lampiran 23
mengiktiraf sumbangan
1.2.2d Pemangkin orang lain. - Maktab idaman ku 30 minit
perubahan - Menyedari dan Lampiran 24
bertindak sebagai agen
perubahan.
1.2.2e Pengurusan - Bertindak senagai - Tiga kisah 30 minit
konflik penasihat dan Lampiran 25
pembimbing pada orang
1.2.2f Membina lain. - Kita serupa 30 minit

14
perhubungan - Membina dan Lampiran 26
(building bonds) mengekalkan hubungan
yang positif dengan
orang lain.
1.2.2g Kolaborasi dan - Dapat mewujudkan - Mini terowong 30 minit
kerja iklim persahabatan yang Lampiran 27
berpasukan harmonis dalam
(teamwork and pasukan.
collaboration)

15
LAMPIRAN 1

EMOTIONAL SELF-AWARENESS
(KESEDARAN EMOSI KENDIRI)

Aktiviti: Cermin Diri


Masa: 30 minit
Alatan: Kertas pendua, pensil, pen.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. memupuk kekeuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.

Langkah:

1. Guru pelatih duduk dalam satu bulatan.


2. Setiap guru pelatih diberikan sehelai kertas pendua dan diminta melipat dua kertas tersebut.
3. Guru pelatih diminta memikir dan mencatat sifat-sifat positif yang ada pada dirinya di ruang sebelah kiri kertas.
4. Guru pelatih diminta memikir dan mencatat sifat-sifat negative yang ada pada dirinya diruang sebelah kanan kertas.
5. Guru pelatih menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaannya.
6. Dalam perbincangan kelompok guru pelatih dikehendaki mengenal pasti satu sifat positif paling menonjol pada diri masing-
masing.
7. Perbincangan meliputi reaksi guru pelatih terhadap sifat positif yang telah dikenal pasti dan memberi cadangan bagaimana
boleh digunakan sebaik-baiknya.

Falsafah:
1. Setiap individu mempunyai kekeuatan dan kelemahan diri.
2. Memberi kesedaran dan keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

16
LAMPIRAN 2

EMOTIONAL SELF-AWARENESS
(KESEDARAN EMOSI KENDIRI)

Aktiviti: Aku adalah seorang..


Masa: 30 minit
Alatan: Kertas pendua, marker pen.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam
2. membaiki diri apabila timbul tingkah laku negatif.

Langkah:
1. Guru pelatih membentuk kumpulan kecil.
2. Setiap orang guru pelatih diberi sehelai kertas dan diarah melengkapkan penyataan aku adalah seorang . dengan kata
sifat (20 kata sifat yang menggambarkan tentang dirinya).
3. Setiap guru pelatih dikehendaki memilih tiga kata sifat positif dan tiga kata sifat negatif.
4. Bincang mengapa enam kata sifat itu dipilih oleh mereka. Nyatakan bagaimana ia berkait dengan kehidupan mereka.

Falasafah:
1. Setiap manusia memiliki sifat baik dan buruk.
2. Sifat-sifat ini perlu dikawal untuk kesejahteraan hidup Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

17
LAMPIRAN 3

ACCURATE SELF-AWARENESS
(KESEDARAN KETEPATAN KENDIRI)

Aktiviti: Siapa Saya?


Masa: 30 minit
Alatan: -
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. menyedari akan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. belajar menerima pandangan dan pendapat orang lain tentang diri sendiri.

Langkah:

1. Guru pelatih dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Dalam kumpulan masing-masing setiap ahli perlu melakukan
- nyatakan satu perkara yang menarik tentang diri sendiri.
- dengar, lihat dan beri respon terhadap maklum balas ahli kumpulan.
- nyatakan pula satu perkara yang baik tentang diri sendiri.
- dengar, lihat dan beri respon terhadap maklum balas ahli kumpulan.
- nyatakan pula satu perkara yang tidak baik tentang diri sendiri.
- dengar, lihat dan beri respon terhadap maklum balas ahli kumpulan.
3. Berdasarkan perbincangan guru pelatih diminta membuat rumusan tentang diri mereka sendiri.

Falsafah:

1. Apa yang kita sangkakan tentang diri kita tidak semestinya betul.

18
LAMPIRAN 4

ACCURATE SELF-AWARENESS
(KESEDARAN KETEPATAN KENDIRI)

Aktiviti: Garis Kehidupan


Masa: 30 minit
Alatan: Kertas pendua/kad manila, magic pen.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. menghayati pengalaman diri.
2. memberi pendedahan diri yang sesuai pada akhir kelompok
Langkah:
1. Guru pelatih duduk dalam satu bulatan.
2. Guru pelatih ditunjukkan contoh garis kehidupan

Pengalaman
Yang Positif (+) (+)

Pengalaman
Yang Negatif (-) (-)

Umur 0 4 6 12 16 20 24 28 32 36 40 44

GRAF I

3. Guru pelatih diberikan contoh dan penerangan ciri-ciri garisan kehidupan berdasarkan graf di atas.
4. Setiap guru pelatih diberikan sekeping kad manila/kertas pendua dan sebatang magic pen.
5. Guru pelatih dikehendaki melukis graf kehidupan masing mengikut pengalaman suka duka mereka.
6. Guru pelatih diminta menerangkan graf garis kehidupan masing-masing. Guru pelatih lain digalakkan bertanya, berbincang
dan berkongsi pengalaman mereka
Falsafah:

19
1. Guru pelatih dapat memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.
2. Guru pelatih dapat memahami dan berkongsi pengalaman dengan orang lain.
3. Perhubungan yang lebih mesra akan terjalin.
4. Perhubungan yang mesra dapat menghilangkan prasangka buruk terhadap seseorang.

LAMPIRAN 5

SELF-CONFIDENCE
(KEYAKINAN DIRI)

Aktiviti: Kotak Ajaib


Masa: 30 minit
Alatan: Sebuah kotak, sebuah cermin muka, sebuah meja, kertas pendua.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. menyedari bahawa dirinya penting di samping orang lain.
2. menggalakkan guru pelatih memaju dan memperkembangkan sasiah diri.

Langkah:

1. Sebuah kotak yang berisi sebuah cermin muka diletakkan di atas meja. Guru pelatih tidak diberitahu tentang cermin tersebut.
2. Semua guru pelatih diminta memikir dan menyebut seorang yang mereka anggap paling penting dalam hidup mereka.
3. Guru pelatih diberitahu bahawa mereka akan dapat melihat orang yang paling penting kepada diri mereka di dalam kotak
ajaib itu.
4. Setiap guru pelatih diminta secara bergilir-gilir melihat ke dalam kotak dan sebelum itu diminta supaya mereka tidak
memberitahu apa yang dilihat di dalam kotak tersebut.
5. Guru pelatih diminta berbincang dengan guru pelatih lain mengenai apa yang dilihatnya.
6. Secara perbincangan guru pelatih ditanya adakah apa yang mereka fikirkan sama dengan apa yang dilihat di dalam kotak.

Falsafah:
1. Diri kita sendiri adalah yang paling penting kepada kita di dunia ini.
2. Segala perubahan dan kemajuan yang kita kehendaki haruslah kiata usahakan sendiri.
3. Kita perlu menghargai dan menghormati diri kita sendiri sebelum orang lain menghargai dan menghormati kita.

20
LAMPIRAN 6

SELF-CONFIDENCE
(KEYAKINAN DIRI)

Aktiviti: Si Buta Sayang


Masa: 30 minit
Alatan: Kain penutup mata bagi setiap guru pelatih.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. menyedari tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri
sendiri dan orang lain.

Langkah:
1. Guru pelatih diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan diri A dan B.
2. Guru pelatih diberi sehelai kain penutup mata dan A menjadi si buta dengan mengikat kain itu menutup matanya.
3. Guru pelatih B yang tidak menutup mata menjadi pemandu.
4. Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si buta sambil berjalan. Si buta dikehendaki
mematuhi arahan rakannya.
5. Guru pelatih diminta bertukar peranan.
6. Selepas aktiviti perbincangan diadakan. Fokus perbincangan ialah
- mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.
- perasaan mereka semasa menjadi si buta dan pemandu.
- reaksi-reaksi yang diberi dalam aktiviti ini.
Falsafah:
1. Kita perlu yakin pada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai matlamat atau cita-cita.
2. Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.
3. Kepercayaan kepada orang lain akan menimbulkan perasaan selesa dalam diri.
4. Menghormati dan menghargai kepercayan dan daya usaha yang diberi oleh orang lain.

21
LAMPIRAN 7

EMOTIONAL SELF-CONTROL
(KAWALAN EMOSI KENDIRI)

Aktiviti: KaKAK
Masa: 30 minit
Alatan: -
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. menyedari akibat dari kepercayaan negative.
2. mengubah kepercayaan lama yang negatif kepada kepercayaan baru yang positif.
3. belajar menangani konflik dan tekanan.

Langkah:

1. Gru pelatih dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.


2. Guru pelatih diberikan penerangan cara menangani konflik/tekanan melalui konsep KaKAK.
3. Setiap kumpulan diberikan satu situasi untuk ditangani melalui konsep KaKAK.
4. Hasil perbincangan dibentangkan kepada kelas.
5. Kelas diminta memberi respon. Buat rumusan bersama.

Contoh:

KEJADIAN KEPERCAYAAN AKIBAT KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN (BARU)


Jiran sebelah rumah saya buat Sombong, Bencikan saya, Sedih, menangis, kecil hati, Terlupa, tiada di rumah semasa
kenduri, tetapi saya tidak Kedekut, Berlagak, Tak guna. menyumpah supaya turun datang menjemput, kad
dijemput. hujan lebat, sakit hati, dendam. diterbangkan angin, doakan
kenduri berjalan lancar, bagus
duit tak habis.

22
JADUAL I

1 2 3 4
SITUASI Ibu beli baju baru Sedang saya memandu Jawatan saya sama Saya cintakan dia tetapi
kepada kakak, tetapi kereta di jalan raya, tiba- dengan dia, tetapi saya dia tidak cintakan saya.
saya diberikan baju tiba datang sebuah sering diberikan lebih Sebaliknya dia cintakan
lama kakak. kereta memotong dari banyak tugas daripada teman baik saya.
belakang dengan nya.
lajunya.

JADUAL II

Falsafah:

1. Konflik/tekanan diwujudkan oleh kepercayaan seseorang.


2. Berfikir secara positif dapat mengatasi konflik/tekanan.
3. Tiada masalah yang tidak dapat diatasi.

23
LAMPIRAN 8

EMOTIONAL SELF-CONTROL
(KAWALAN EMOSI KENDIRI)

Aktiviti: Mengumpul Khazanah Diri


Masa: 30 minit
Alatan: Sekeping gambar ibu/bapa, gincu, sikat, tanda nama, gamabar kawan/adik beradik, pen Parker, sapu tangan, liquid
paper, kamera, telefon bimbit, surat nikah, kad kredit, lesen memeandu, keronsang, filem kamera, syiling 30 sen, bedak, tali leher,
radio/radio kaset/walkman, cermin mata, stapler, pen marker, pembaris, tali pinggang, dompet, jarum, benang, ubat, kalender, dairi,
RM 100.25.
Objektif: Di akhir aktiviti guru pelatih dapat
1. merasai perasaan tertekan.
2. mewujudkan kerja sama dan bertolak ansur dan mengalami pengalaman tidak mendapat apa yang diharapkan.
3. menimbulkan daya saing dalam keadaan tertekan.
Langkah:
1. Guru pelatih dipecahkan kepada kumpulan kecil.
2. Guru pelatih diberi taklimat tentang peratuaran aktiviti.
3. Peraturan aktiviti:
- senarai alatan yang perlu dikumpulkan dibacakan.
- guru pelatih tidak dibenarkan mencatat item yang dibacakan.
- guru pelatih diminta mengumpul item yang telah diberitahu dalam masa lima minit.
4. Aktiviti dijalankan.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan kepada kumpulan lain item yang telah dikumpulkan.
6. Kumpulan yang tidak berjaya mengumpulkan melebihi 25 item akan didenda. Denda hendaklah yang boleh merapatkan
perhubungan.
7. Perbincangan kumpulan diadakan.
Falsafah:
1. Menguji daya tahan menghadapi tekanan.
2. Individu akan mengalami tekanan apabila gagal memdapatkan apa yang diingini.
3. Individu harus bersedia berhadapan dengan tekanan dan bersikap positif dalam menanganinya.

24
4. Tekanan boleh meningkatkan daya kreativiti dan produktiviti.
5. Tekanan juga boleh mewujudkan kesan positif jika diurus dengan baik.

LAMPIRAN 9

TRANSPARENCY
(KETELUSAN)

Aktiviti: Be Your Own Judge


Masa: 30 minit
Alatan: Borang maklum balas perkembangan diri.
Objektif: Di akhir aktivitiguru pelatih dapat
1. mengesan amalan tingkah laku dalam kehidupan harian
2. membuat perubahan dalam diri guru pelatih ke arah positif.
3. memberi bimbingan ke arah membina diri.

Langkah:
1. Borang maklum balas diri diedarkan kepada setiap guru pelatih.
2. Guru pelatih dikehendaki menanda ruangan yang berkaitan dengan aktiviti.
3. Analisis maklum balas dan beri pengukuhan di mana yang positif.
4. Berbincang secara kelas menegenai perkembangan diri berdasarkan borang maklum balas.
Skor: 72 - Buat refleksi kendiri dan baiki kelemahan diri yang dikenalpasti.
144
216 - Buat refleksi kendiri dan berusaha menambah baik aspek yang berkaitan.
288
360 - Tahniah, terus berusaha untuk menjadi lebih baik.
5. Rujuk kepada pakar jika terdapat isu yang tidak dapat diselesaikan.

Falsafah:
1. Jujur kepada diri sendiri.
2. Sedar bahawa ada kelemahan dalam diri.
3. Sedia menerima kelemahan diri dan berusaha menanganinya.

25
Borang Maklumbalas Perkembangan Diri

Sila tandakan (X) di ruangan yang disediakan berkaitan dengan diri anda.
Pastikan maklum balas yang anda berikan adalah secara ikhlas.

PETUNJUK
1 2 3 4 5
Sangat negatif Negatif Tidak pasti Positif Sangat Positif

Bil Kenyataan 1 2 3 4 5
PENYAYANG
1 Saya suka membantu orang lain.
2 Saya mengambil berat kesusahan orang lain.
3 Saya menyokong usaha positif orang lain.
4 Saya memaafkan kesilapan orang lain.
5 Saya tidak suka memarahi orang lain.
JUMLAH SKOR
MEMAHAMI
1 Saya sedar bahawa manusia adalah berbeza.
2 Saya tidak mudah melabel orang lain.
3 Saya menerima tindakan orang lain sebagai haknya.
4 Saya tidak mengharap orang lain bertindak seperti saya
5 Saya faham semua manusia mempunyai keperluan tersendiri.
JUMLAH SKOR
BOLEH DIPERCAYAI
1 Saya boleh menyimpan maklumat diri dan orang lain.

26
2 Saya menepati janji.
3 Saya bertugas dengan amanah.
4 Saya boleh diharap.
5 Saya menyelesaikan tugas seperti mana diminta.
JUMLAH SKOR
MENERIMA
1 Saya melayan orang lain secara saksama.
2 Saya boleh bergaul dengan semua orang.
3 Saya boleh bekerjasama dengan orang lain.
4 Saya boleh bertolak ansur dengan orang lain.
5 Saya boleh menerima perbezaan orang dengan saya.
JUMLAH SKOR
SABAR
1 Saya boleh menerima karenah orang lain.
2 Saya boleh mengawal perasaan marah.
3 Saya boleh menyelesaikan kerja yang rumit.
4 Saya boleh bekerja dengan baik dalam keadaan tertekan.
5 Saya boleh menerima sesuatu yang berlaku dengan kesyukuran.
JUMLAH SKOR
BERFIKIRAN POSITIF
1 Saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.
2 Saya boleh melihat sesuatu dari perspektif positif.
3 Saya yakin setiap arahan ketua ada kebaikannya.
4 Saya yakin tiada perkara yang semuanya positif atau negatif.
5 Jangan mengalah sebelum mencuba.
JUMLAH SKOR
MENDENGAR
1 Saya mendengar dengan penuh sabar.
2 Saya tidak mengganggu ketika orang lain bercakap.
3 Saya minta penjelasan apas yang saya tidak faham.
4 Saya membuat respon minima semasa mendengar.
5 Saya cuba memahami perasaan orang yang bercakap
JUMLAH SKOR
EMPATI
Saya boleh merasa apa yang orang lain rasa.

27
Saya boleh melihat sesuatu dari perspektif orang lain.
Saya boleh memahami perasaan orang lain.
Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.
Saya boleh menghormati hak orang lain.
JUMLAH SKOR

ASERTIF
1 Saya boleh menyatakan apa yang saya fikirkan secara sopan.
2 Saya boleh menyatakan perasaan saya secara terus terang.
3 Saya mengutamakan hak saya dan menghormati hak orang lain.
4 Saya boleh bertindah secara win-win.
5 Tindakan saya menjadikan orang okey dan saya okey.
JUMLAH SKOR

JADUAL III

ANALISIS DATA
BIL KENYATAAN JUMLAH SKOR (JS) %

1 PENYAYANG JS X 4
2 MEMAHAMI JS X 4
3 BOLEH DIPERCAYAI JS X 4
4 MENERIMA JS X 4
5 SABAR JS X 4
6 BERFIKIRAN POSITIF JS X 4
7 MENDENGAR JS X 4
8 EMPATI JS X 4
9 ASERTIF JS X 4

JUMLAH BESAR SKOR JBS 2.5

JADUAL IV

28
LAMPIRAN 10
ADAPTIBILITY
(KEBOLEHSUAIAN)

Aktiviti: Aku dan Dia


Masa: 30 minit
Alatan: Carta dan edaran gambarajah perhubungan.
Objektif: Di akhir aktivitiguru pelatih dapat
1. mengkaji perhubungan guru pelatih dengan orang lain.
2. melihat perhubungan yang berbeza antara individu.
3. mengenal pasti kebolehsuaian yang perlu dibuat dalam menerus dan mengekalkan perhubungan.

Langkah:
1. Setiap guru pelatih diberi satu gambarajah perhubungan.
2. Guru pelatih diminta memikirkan tentang perhubungannya dengan orang lain seperti yang terdapat dalam gambarajah yang
diberi.
3. Guru pelatih diminta menomborkan satu hingga enam dalam bulatan kecil mengikut keutamaan dari segi perhubungannya
dengan orang-orang tersebut.
4. Guru pelatih diminta mempamerkan perhubungan itu di hadapan kelas.
5. Guru pelatih dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing tentang pilihan masing-masing.

Falsafah:
1. Manusia berbeza dari aspek latar belakang dan pengalaman.
2. Perhubungan dengan orang lain adalah penting untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup.
3. Kebolehsuain dengan orang lain penting untuk kesejahteraan diri, perhubungan dan masyarakat.

29
IBU BAPA ADIK BERADIK

GURU RAKAN

LAIN-LAIN KELUARGA

30
GAMBARAJAH PERHUBUNGAN

RAJAH IV
LAMPIRAN 11

ACHIEVEMENT ORIENTATED
(BERORIENTASIKAN PENCAPAIAN)

Aktiviti: Wan Tan Mee Boy


Masa: 30 minit
Alatan: Keratan akhbar kisah kejayaan Ong Jin Hock, Kertas pendua.
Objektif: Di akhir aktivitiguru pelatih dapat
1. mengenal pasti dorongan dalaman yang ada dalam diri individu.
2. mewujudkan kesedaran di kalangan guru pelatih bahawa usaha gigih perlu untuk berjaya.

Langkah:

1. Guru pelatih membentuk kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan diberikan keratan akhbar untuk dibaca.
3. Semasa membaca keratan akhbar itu, guru pelatih dikehendaki mengenal pasti factor-faktor yang membawa kejayaan
kepada Ong Jin Hock. Mereka juga di kehendaki mengenal pasti masalah yang dihadapi dan usaha yang dibuat untuk
mencapai kejayaan.
4. Hasil perbincangan ditulis dalam bentuk peta minda.

Falsafah:

1. Halangan dan rintangan bukan penyekat kejayaan.


2. Kejayaan tidak datang dengan mudah.
3. Pencapaian adalah permulaan kepada kejayaan.

31
LAMPIRAN 12

INITIATIVE
(INISIATIF)

Aktiviti: Give N Take


Masa: 30 minit
Alatan: Wang sebanyak RM 6.00.
Objektif: Di akhir aktivitiguru pelatih dapat
1. memahami konflik memang berlaku dalam perhubungan kemanusiaan.
2. menyelesaikan konflik dalam suasan tenang dan kerjasama.
3. menyedari bahawa konflik tetap berlaku dalam sebarang situasi.
4. menyedari konflik yang dapat dihadapi dengan berkesan akan dapat membina kematangan diri.
5. menyedari daya usaha perlu untuk menangani konflik.

Langkah:
1. Guru pelatih dibahagi kepada beberapa kumpulan.
2. Guru pelatih diberi taklimat tentang peratuaran aktiviti.
3. Peraturan aktiviti:
- setiap kumpulan dikehendaki menyumbang sebanyak RM 6.00.
- dengan wang RM 6.00 setiap kumpulan dikehendaki membeli barangan yang terdapat dalam senarai ( tepung sekilo,
buku, biskut 1 kilo, sebatang pen, telur, gula sekilo, sardine 2 tin)
- masa setengah jam diberikan untuk berbincang dan menyelesaikan tugasan.
4. Semua barang yang dibeli dipamerkan dan dikehendaki memberi penjelasan berhubung dengan tugasan tersebut.

Falsafah:
1. Konflik merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia.
2. Hadapi konflik dengan tenang, bersikap positif dan terbuka.
3. Manusia akan merasa tercabar dan kecewa bila keperluan mereka tidak dipenuhi.
4. Konflik boleh menimbulkan daya kreatif.
5. Sikap sabar, toleransi dan kerjasama patut ditingkatkan untuk menghadapi atau menangani konflik.

32
LAMPIRAN 13

OPTIMISM
(OPTIMISME)

Aktiviti: Back To The Future


Masa: 30 minit
Alatan: Kertas pendua, magic pen.
Objektif: Di akhir aktivitiguru pelatih dapat
1. berfikir secara optimistic.
2. berfikir secara proaktif.
3. memandang ke masa hadapan secara positif dan cemerlang.

Langkah:
1. Setiap guru pelatih diberikan sehelai kertas pendua.
2. Guru pelatih diminta mencatat perkara-perkara seperti berikut:

MASA KEJAYAAN CARA MENCAPAI KEJAYAAN CARA MENGATASI RINTANGAN


JIKA ADA

JADUAL V

3. Soalan diberikan dan guru pelatih dikehendaki menjawab soalan berdasarkan perkara yang disebut di atas.
Soalan: Apakah yang akan berlaku kepada diri anda dalam masa lima tahun akan datang.
4. Guru pelatih membentangkan hasil kerja mereka.
5. Ahli kelas memberi respon dan sama-sama membuat rumusan.

33
Falsafah:
1. Kejayaan bukan satu destinasi, tetapi satu perjalanan.
2. Keyakinan dan kepercayaan boleh menjadi pendorong kepada kejayaan.
LAMPIRAN 14

EMPATHY
(EMPATI)

Aktiviti : Mentafsir Gambar


Masa: 30 minit
Alatan: Gambar Peperangan, LCD dan Notebook
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:

1. menyatakaan perasaan mereka berhubung dengan bahan rangsangan.


2. menyatakan tindakannya untuk menenangkan keadaan sekiranya pelajar berada di dalam peristiwa itu
.
Langkah:

1. Pelajar diminta melihat gambar peperangan yang dipaparkan melalui LCD. Sewaktu melihat gambar itu, guru pelatih diminta
mengandaikan mereka adalah salah seorang daripada pelaku yang berada di dalam gambar itu.
2. Guru menyoal guru pelatih tentang perasaan mereka sekiranya kaum keluarga atau diri mereka terlibat dengan peperangan
itu.
3. Guru pelatih diminta berpecah mengikut kumpulan.
4. Setiap kumpulan dilantik sebagai perwakilan dunia yang dikehendaki mengusulkan satu cadangan untuk mengembalikan
keamanan di negara yang terlibat dengan peperangan tersebut.
5. Setelah mendengar imput dari setiap kumpulan, guru /pelajar merumuskan aspek-aspek yang berikut
- Tindakan yang hendak dibuat perlu mempertimbangkan perasaan dan emosi pelbagai pihak.
- Kita harus mengabilkira pandangan dan pendapat semua pihak sebelum bertindak.
- Amalan meletakkan diri kita di tempat orang yang teraniaya atau memerlukan bantuan sebelum membuat keputusan
akan membantu kita menghasilkan satu pertimbangan yang baik.

34
LAMPIRAN 15

EMPATHY
( EMPATI)

Aktiviti: Menghadiri Temuduga (Asertif)


Masa: 30 minit
Alatan: Pemain CD/Komputer dan LCD
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:
1. mentafsirkan keadaan orang yang ditemuduga, sebelum, semasa dan selepas temuduga.
2. mengesan perasaan dan emosi orang yang ditemuduga berdasarkan keadan dan bahasa bukan lisannya.

Langkah:

1. Fasilitator menayangkan video tentang sesi temuduga (sebelum, semasa dan selepas)
2. Fasilitator mengarahkan guru pelatih melihat gerakgeri orang yang ditemuduga.
3. Guru pelatih menyatakan tafsiran masing-masing.
4. Fasilitator meminta guru pelatih menyatakan perasaan dan emosi orang yang ditemuduga.
5. Guru pelatih diminta menerangkan tentang perasaan dan emosi orang yang ditemuduga berdasarkan kepada bahasa bukan
lisannya.
6. Berdasarkan perasaan guru pelatih, Fasilitator meminta guru pelatih menyatakan tentang emosi penemuduga berdasarkan
kepada bahasa dan bahasa bukan lisannya.
7. Fasilitator /guru pelatih akhirnya membuat rumusan berikut:
- Kita harus berkeyakinan tinggi dengan membuat persediaan awal.
- Bahasa bukan lisan seseorang boleh menampakkan perasaan takut, tidak tenang, menggelabah dan tidak yakin.
- Seseorang harus menggunakan bahasa dan komunikasi bukan lisan yang dapat menenangkan emosi dan perasaan
seseorang yang berkomunikasi dengan kita.

35
LAMPIRAN 16

EMPATHY
( EMPATI)
Aktiviti : Main Peranan
Masa: 30 minit
Alatan: LCD,Notebook/Laptop /desktop/CD
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:
1. mengaitkan antara emosi dan persekitaran pada masa itu
2. menyatakan jenis emosi dan sebab-sebab emosi seperti itu wujud.

Langkah :

1. Fasilitator menunjukkan rakaman video Tunku Abdul Rahman sedang melaungkan kemerdekaan.
2. Fasilitator kemudian menayangkan slot-slot penting filem PALOH
3. Guru pelatih diminta menyatakan jenis emosi yang mereka kesan pada pelaku dan kaitannya dengan persekitaran.
4. Fasilitator meminta guru pelatih menjelaskan hubungan dan rasional antara emosi dan tindakan pelaku.
5. Fasilitator meminta guru pelatih mengaitkan emosi tersebut dengan keadaan sekarang dari segi kesesuaiannya.
6. Setelah mendengar input daripada guru pelatih, fasilitator merumuskan :
- Emosi yang negatif perlu disalurkan dengan cara yang positif dan berfaedah.
- Emosi membantu pemikiran dan seterusnya tindakan kita mencapai matlamat yang ingin dicapai.

36
LAMPIRAN 17

EMPATHY
( EMPATI)

Aktiviti : Cerita (refleksi & Soal Jawab) Ali & Monyet Kesayangannya (Antologi Cerpen :
Beruk oleh Azizi Abdullah)
Masa: 30 minit
Alatan: Kertas Edaran dan Keratan Akhbar
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:
1. Membuat pertimbangan berdasarkan emosi mereka terhadap keadaan yang dihadapi oleh Ali .
2. Menerangkan jenis-jenis emosi yang dapat dikesan berdasarkan cerita tersebut.

Langkah :

1. Fasilitator bercerita tentang kisah Ali dan Monyet Kesayangannya.


2. Guru pelatih diminta memberikan pendapat tentang perasaan dan tindakan mereka sekiranya mereka berada ditempat Ali.
3. Guru pelatih diminta memberikan rasional antara tindakan dan emosi mereka.
4. Setelah menerima input dari guru pelatih, fasilitator menekan aspek yang berikut:
- Emosi perlu di dalam memandu kita membuat pertimbangan.
- Emosi dibawah sedar perlu di dalam tindakan sepontan.

37
LAMPIRAN 18

EMPATHY
( EMPATI)

Aktiviti : Sedihmu Sedihku Jua


Masa: 30 minit
Alatan: Tiada
Objektif: Selepas latihan ini guru pelatih dapat:

1. Faham bahawa komunikasi bukan lisan adalah penting untuk menyampaikan mesej.
2. Sedar bahawa di dalam komunikasi apa yang disebut mungkin bercanggah dengan apa yang dirasa tetapi dapat dilihat
melalui gerak-geri dan mimik muka.

Langkah :

1. Guru pelatih dikehendaki memilih pasangan masing-masing (A & B). Guru pelatih A dibahagikan kepada dua kumpulan pula.
2. Fasilitator memberi penerangan kepada guru pelatih-guru pelatih A. 3 guru pelatih B diminta tidak mendengar apa-apa yang
dibincangkan. Fasilitator memberi penerangan tentang peranan peranan guru pelatih kumpulan A. Kumpulan ini dikehendaki
meluah dan menunjukkan perasaan sedihnya kepada pasangan tentang peristiwa yang menyinggung perasaannya.
3. Fasilitator memberi penerangan pula kepada kumpulan B.Mereka dikehendaki mendengar dengan teliti dan mengesan
perasaan yang dialami oleh A walaupun tidak dinyatakan dengan perkataan tetapi dapat dikesan daripada gerak-geri, mimik
muka dan perlakuannya.
4. Setelah tamat aktiviti, semua guru pelatih diminta berkumpul dalam bulatan.
5. Kumpulan B secara bergilir-gilir memberi maklum balas berkenaan komunikasi bukan lisan yang diperlihatkan oleh
pasangan mereka dalam kumpulan A.
6. Fasilitator membimbing guru pelatih dalam perbincangan dengan memberi fokus kepada:
- Komunikasi bukan lisan itu adalah juga salah satu cara komunikasi yang berkesan.
- Penting bagi PRS yang berkesan mengenalpasti perasaan dan sikap indiividu lain melalui perubahan mimik muka dan
gerak gerinya agar indiividu inji boleh dirapatkan dan diberi bimbingan sedara positif.
- Fasilitator menghubungkaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS sebagai rakan yang peka (memahami dan
menghormati perasaan rakan, tajam pemerhatian dan bertimbang rasa.

38
LAMPIRAN 19

ORGANIZATION
(KESEDARAN ORGANISASI)

Aktiviti : EQ Team Building (Melukis Motto Kumpulan)


Masa: 60 minit
Alatan: Kertas Mahjung dan Pewarna, OHP dan Transparensi
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:

1. Menjelaskan perasaan mereka terhadap motto yang mereka hasilkan untuk kumpulan mereka.
2. Menyatakan bagaimana motto yang dibuat dapat membantu memanfaat dan membangunkan ahli kumpulan dan kumpulan
mereka.

Langkah:
1. Guru pelatih berpecah mengikut kumpulan.
2. Fasilitator mengarahkan pelajar mencipta dan melukis motto kumpulan mereka. Pastikan motto memberi makna yang
mendalam kepada kumpulan mereka.
3. Guru pelatih dalam kumpulan menjelaskan tentang motto mereka dari aspek:
- Perasaan
- Visi
- Matlamat
- Akepentingan
- Peraturan
4. Fasilitator meminta pelajar merasakan perasaan yang sama : andaikan mereka menjadi pemimpin satu-satu organisasi,
bagaimanahendak jayakan organisasi supaya menjadi terkenal dan popular.
5. Guru pelatih memberi imput.
6. Fasilitator /guru pelatih membuat rumusan iaitu:
- Sense of belonging mampu meningkatkan perasaan ingin maju bersama dan berpasukan dalam sesebuah
organisasi.
- Usaha mengejar kejayaan organisasi akan menjadi reality apabila wujud perasaan tanggungjawab dan komitmen
yang tinggi ke arah pencapaian visi organisasi.

39
LAMPIRAN 20

SERVICE ORIENTATION
(BERORIENTASIKAN PERKHIDMATAN)

Aktiviti : Aku Budak Baik


Masa: 60 minit
Alatan: Notebook, LCD, dan CD
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:
1. Menyatakan perasaan mereka terhadap gambar yang dipaparkan.
2. Menyesuaikan peristiwa bergambar dengan ungkapan-ungkapan yang bermakna dan berkesan (bertatasusila).

Langkah:
1. Fasilitator mengagihkan guru pelatih kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
2. Kumpulan A diberi kad bergambar rangsangan berikut (Seorang satu kad):
Orang tua sedang melintas jalan
Seseoang meminta tolong
Ibu sedang memasak di dapur
Ayah membasuh kereta
Tetamu datang ke rumah
Orang miskin meminta derma
Pelanggan dating ke pejabat (penyambut tetamu)
Guru membawa beban berat
Seseorang terjatuh dari motosikal
Kereta rosak
Ibu yang sakit minta ambilkan air
Kawan yang bermasalah
Tong sampah yang penuh
Meja penuh dengan sisa makanan
Seseorang dalam ketakutan
Seseorang dalam kemarahan
3. Kumpulan B menjawab secara lisan dan bahasa bukan lisan (non verbal communication) untuk mengungkapkan kata-kata
yang sesuai. Berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru pelatih dari kumpulan A secara spontan .
4. Guru pelatih menyatakan perasaan mereka berhubung dengan gambar-gambar dan menyatakan kepentingan ungkapan-
ungkapan tersebut terhadap orang yang mendengarnya.
5. Fasilitator menekankan aspek-aspek yang berikut sebelum mengakhiri kelas:

40
- Emosi dan perasaan sebagai indikator keinginan dan keperluan yang diperlukan oleh seseorang.
- Emosi berupaya memandu pemikiran supaya berhemah dan mengungkapkan perkataan yang menyenangkan
seseorang.
- Berlaku jujur kepada diri kita dan orang lain. Perlakuan kita mesti selaras dengan apa-apa yang kita katakan.

41
LAMPIRAN 21

INSPIRATIONAL LEADERSHIP
( KEPIMPINAN BERINSPIRASI)

Aktiviti : Pemimpin Pujaan Saya


Masa: 30 minit
Peralatan: Gambar foto 4 Perdana Menteri, Biodata, Edaran bermaklumat
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:
1. Mengamalkan ciri-ciri kepimpinan bermatlamat
2. Membina diri sebagai ketua pada mana-mana peringkat
3. Membimbing tindakan dan perlakuan orang lain

Langkah:
1. Tayangkan/edarkan gambar foto/ video tentang empat Perdana Menteri Malaysia
2. Edarkan artikel tentang biodata dan kejayaan masing-masing.
3. Bincangkan dalam kumpulan dan catatkan hasil/ciri-ciri yang membawa kepada kejayaan masing-masing
4. Edarkan bahan tentang jenis-jenis/ciri-ciri kepimpinan.
5. Guru pelatih memilih atau mengaitkan jenis-jenis atau ciri-ciri kepimpinan dengan tokoh yang dibincangkan.
6. Guru pelatih membuat refleksi diri dan mengaitkan ciri-ciri kepimpinan dia sendiri.
- Tindakan yang hendak dibuat perlu mempertimbangkan perasaan dan emosi pelbagai pihak.
- Kita harus mengambilkira pandangan dan pendapat semua pihak sebelum bertindak.
- Amalan meletakkan diri kita di tempat orang yang teraniaya atau memerlukan bantuan sebelum membuat keputusan
akan membantu kita menghasilkan satu pertimbangan yang baik.
- Pemimpin perlu adakan matlamat organisasi. Matlamat dapat dicapai dengan pelaksanaan langkah yang realistik

42
LEADERSHIP

Coercive Authoritative Affiliative Democratic Pacesetting Coach

In a crisis, to When change To heal rifts in a To build buy-in To get quik results To help an
When kick-start a requires a new team or to or consensus, or from a highly employee
Appropriate turnaround, or vision, or when motivate during to get valuable motivated and improve
with problem a clear direction stressful times input from competent team perfomence or
employees is needed employees develop long
term strengths

Objective Immediate Mobilize others Create harmony Build Perform tasks to a Build strengths
compliance to follow a vision commitment high standard for the future
through
participation

Impact on Strongly Most strongly Highly positive Highly positive Highly negative Highly positive
Climate negative positive

EI Drive to achive, Self- Empathy, Collaboration, Conscientiousness, Developing


Competencies initiative, confedence, building bonds, team leadership, drive to achive others, empathy,
emotional self ampathy, conflict communication initiative emotional self-
control change catalyst management awareness

JADUAL VI

43
LAMPIRAN 22

INFLUENCE
(PENGARUH)

Aktiviti : Jagoan
Masa: 30 minit
Alatan: Kad manila & Kad Arahan
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:

1. Melatih diri menjadi pemujuk.


2. Menggunakan teknik berseni untuk menarik perhatian.
3. Menggunakan teknik halus secara tidak langsung untuk mendapat sokongan.
4. Menggubah peristiwa dramatik secara berkesan dalam menegaskan fakta.

Langkah:

1. Beri kad arahan kepada kumpulan ( satu peranan bagi satu kumpulan)
2. Bincang dalam kumpulan fakta-fakta yang menyokong peranan
3. Setiap ahli bergerak ke dalam kumpulan lain mengikut arah jam (Bentuk satu kumpulan)
4. Beri kad tugasan kepada jagoan dan guru pelatih lain (jagoan perlu mempengaruhi orang lain supaya menerima pandangan
dan guru pelath lain mempertahankan idea masing-masing.
5. Kedua-dua jagoan dan guru pelatih lain berusaha menegakkan pandangan masing-masing.
6. Buat refleksi tentang peranan mempengaruhi:
- Perasaan semasa mempengaruhi
- Perasaan semasa menentang/ menegakkan pandangan masing-masing.
- Sifat diri sebagai pemujuk/mempengaruhi orang lain
- Cara membentuk diri untuk menjadi persuasive

LAMPIRAN 23

44
DEVELOPING OTHERS
(MEMBANGUNKAN ORANG LAIN)

Aktiviti : Saya sayang, Sayang


Masa: 30 minit
Alatan: Borang Keperluan Perkembangan Diri dan Pengurusan Grafik/Carta Alir Tindakan
Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:

3. Menghargai dan merakamkan tahniah atas kejayaan, kelebihan dan perkembangan orang lain
4. Memberi maklum balas yang diperlukan untuk perkembangan diri orang lain
5. Membimbing dan memberi tugasan yang mencabar perkembangan kemahiran individu

Langkah :

1. Minta guru pelatih menyenaraikan keperluan perkembangan yang dihajatkan dan cadangan cara melayani (Borang
Keperluan Perkembangan)
2. Fasilitator mewujudkan senario/situasi organisasi/pejabat berkait hubungan ketua/majikan dengan staf/pekerja berdasarkan
borang keperluan perkembangan.
3. Fasilitator menjalankan simulasi: Setiap guru pelatih akan memainkan peranan ketua/majikan pada satu pusingan.
Ketua/majikan akan melayani keperluan staf/pekerja

Memberi maklum balas


Memberi penghargaan
Memberi ganjaran
Memberi penghormatan
Menunjukkan kasih sayang
Mencabar kemahiran untuk tujuan perkembangan
Memberi sokongan moral untuk perkembangan

4. Fasilitator meminta guru pelatih mencatatkan kata-kata/frasa yang digunakan oleh majikan/ketua dalam simulasi
5. Fasilitator guru pelatih berbincang tentang cara layanan yang telah dilakonkan
6. Rancang langkah membimbing/memberi layanan yang wajar/betul
7. Buat refleksi perasaan

45
Mendapat pujian/penghargaan/kasih sayang dll
Memberi pujian/penghargaan/penghormatan/terima kasih dll
Tidak mendapat pujian dan penghargaan/penerimaan
8. Buat catatan frasa/kata-kata memberi perangsang/penghargaan kepada orang lain Paparkan pada dinding bilik kuliah untuk
diperhatikan setiap hari

LAMPIRAN 24

46
CHANGE CATALYST
(PEMANGKIN PERUBAHAN

Aktiviti: Maktab Idamanku


Masa: 30 minit
Alatan: Kertas Mahjung dan marker
Objektif: Pada akhir aktiviti guru pelatih dapat:
1. Mengenalpasti keperluan perubahan dan menangani halangan
2. Mencabar halangan untuk membawa perubahan
3. Mengepalai kumpulan pengubah
4. Menjadikan diri model perubahan yang dijangkakan

Langkah:
1. bentuk kumpulan kecil ( 6 8 orang )
2. Ahli kumpulan berbincang tentang ciri maktab perguruan idaman mereka; aspek fizikal, pengurusan, sumber manusia dsb
3. Guru pelatih melakar maktab idaman mereka pada kertas mahjong yang dibekalkan.
4. Kumpulan mempersembahkan idea perubahan masing-masing dan mengemukakan sebab yang positif
5. Dalam kumpulan besar, adakan perbincangan bagaimana satu-satu perubahan dapat direalisasikan
6. Buat refleksi tentang pengurusan perubahan yang perlu dilakukan guru pelatih sebagai guru abad 21

LAMPIRAN 25

47
CONFLICT MANAGEMENT
(PENGURUSAN KONFLIK)

Aktiviti : Tiga Kisah


Masa: 30 minit
Alatan: Edaran: Tiga Kisah

Objektif: Pada akhir pelajaran guru pelatih dapat:

1. Menggalakkan debat dan perbincangan terbuka .


2. Membentuk situasi win-win.
3. Menangani situasi tegang dengan cara berdiplomasi

Langkah :
1. Edarkan kad senario kepada guru pelatih. Minta mereka menghayati dan berbincang dalam kumpulan.
2. Arahkan pelajar melakonkan senario dalam kumpulan masing-masing
3. Pastikan setiap guru pelatih mengambil bahagian.
4. Pilih beberapa orang guru pelatih untuk melakonkan kisah tadi di hadapan kelas.
5. Bincangkan cara masing-masing menyelesaikan konflik berdasarkan tiga kisah.

Edaran: Tiga Kisah


Situasi 1: Gadis remaja dan Ibu

48
Pelajar 1: Anda berusia 20 tahun dan tinggal dengan ibu. Ibu anda amat tegas terhadap anda. Dia sentiasa bertanya ke mana
anda pergi, dengan siapa anda keluar, dan apa yang anda lakukan. Anda berasa ibu anda melayani anda sebagai kanak-kanak.
Anda berasa rimas dan tidak selesa.

Pelajar 2: Anak anda baru berusia 20 tahun dan enggan duduk di rumah. Anda tidak faham mengapa dia perlu keluar rumah
terlalu kerap dan menolak semua usaha dan pertanyaan anda tentang dirinya keluar dengan siapa, untuk apa dan ke mana. Anda
berasa amat kecewa.

Situasi 2: Majikan dan Pekerja/Staf

Pelajar 1: Anda amat sibuk dan perlu memberi laporan dalam satu mesyuarat penting. Salah seorang pekerja anda baru sahaja
memberi maklumat yang anda perlukan untuk pelaporan berkenaan, tetapi dia tidak mengemukakan butiran lengkap yang anda
perlukan. Masa amat terbatas. Kini anda dan pekerja tersebut terpaksa berjaga malam untuk menyiapkannya. Anda berasa
marah.

Pelajar 2: Di tempat kerja, anda baru sahaja menyiapkan satu pelaporan yang besar. Anda bekerja keras untuk menyiapkannya.
Anda amat berpuas hati akan hasilnya. Namun, majikan anda tidak langsung melihat atau menyemakknya, sebaliknya memberitahu
anda bukan itu yang dijangkakan. Anda berasa kecewa dan kecil hati kerana anda sebenarnya telah melakukan sebagaimana
diarahkan.

Situasi 3: Pasangan kelamin/Suami isteri

Pelajar 1: Anda letih. Suami/isteri anda mula mengkritik anda kerana meninggalkan pinggan mangkuk kotor di dalam sinki. Anda
rasa anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Anda berasa suami/isteri anda tidak berlaku adil terhadap anda. Anda berasa amat
marah.

Pelajar 2: Suami/isteri anda telah meninggalkan pinggan mangkuk kotor di dalam sinki sekali lagi. Anda letih dan tidak mahu
membasuhnya. Anda merasakan suami/isteri anda tidak berlaku adil terhadap anda. Anda bersungut.

LAMPIRAN 26

BUILDING BONDS

49
(MEMBINA HUBUNGAN)

Aktiviti : Kita Serupa


Masa: 30 minit
Alatan: Rajah Venn
Objektif: Pada akhir aktiviti guru pelatih dapat:
1. Memupuk perhubungan/ikatan yang saling memanfaatkan
2. Mengekalkan jalinan dan jaringan perhubungan formal dan tidak formal
3. membina dan mengekalkan hubungan kekeluargaan dalam organisasi
Langkah :
1. Guru pelatih memilih pasangan masing-masing (A & B)
2. Guru pelatih diarahkan mencatatkan perkara yang diminati/kecenderungan/sifat positif/perasaan dsb
3. Guru pelatih A dan B diarah melukis rajah VENN ( dua bulatan bertindan sebahagian atas sekeping kertas)
4. Ciri-ciri/perkara yang serupa ditulis di bahagian bertindan tengah. Ciri-ciri/perkara yang tidak sama ditulis di dalam bahagian
bulatan sebelah kiri atau kanan.
5. Guru pelatih diminta berbincang dan berusaha memahami isi hati/pandangan dan perasaan rakan.
6. Pasangan membuat rumusan tentang perkara-perkara yang perlu dihayati untuk membina jalinan perhubungan.
7. Lanjutkan aktiviti ini kepada kumpulan berempat/berenam dan seterusnya untuk membentuk jaringan perhubungan saling
yang lebih bermanfaat

RAJAH VENN

LAMPIRAN 27

50
TEAMWORK AND COLLABORATION
(KOLABORASI DAN KERJA BERPASUKAN)

Aktiviti : Mini Terowong


Masa: 60 minit
Alatan: Kertas Mahjung dan kertas akhbar
Objektif:
1. Bekerjasama untuk matlamat yang sama
2. Menjalin iklim persahabatan dan koperatif
3. Mengecam dan memupuk peluang kolaborasi
4. Membentuk kumpulan semangat

Langkah:

1. Bentuk kumpulan sama homogen atau heterogen


2. Edarkan kertas mahjong dan kertas akhbar.
3. Beri arahan: tebuk lubang pada kertas mahjong/akhbar setiap ahli kumpulan perlu memboloskan diri melalui lubang
berkenaan. Tetapkan jangka masa aktiviti
4. Bincangkan cara aktiviti dilakukan, bentuk kerjasama yang wujud, perasaan diri , cara mengurus pasukan dsb
5. Buat refleksi tentang kerjasama berpasukan dan kolaborasi yang dapat dilaksanakan dalam organisasi.
6. Buat rumusan bagaimana cara membina sifat kerjasama berpasukan yang baik dalam diri guru pelatih.

LAMPIRAN A

EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCIES

51
(KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI)

Aktiviti: Kenali Diri ( Jigsaw )


Masa: 60 minit
Alatan: Borang KWL(Folder 2, Aktiviti 1, Halaman 2)
Edaran Know thyself, Passion Slaves, The Master Aptitude, The Roots of empathy dan The Social Arts (Folder 2,
Aktiviti 2, Halaman 3 12), Borang Catatan Nota
Objektif: Menjelaskan konsep Emotional Intelligence
Mengenal pasti ciri-ciri Emotional intelligence
Langkah:
1. Isi borang KWL
2. Bincang dengan pasangan tentang seorang ( tokoh) yang berjaya/tidak berjaya dalam hidup.
Fokus kepada ciri-ciri kualiti diri yang membawa kepada kejayaan atau sebaliknya.
akademik/IQ tinggi tetapi tidak berjaya dalam kehidupan
akademik rendah tetapi berjaya dalam kehidupan
3. Aktiviti Jigsaw; mengkaji konsep emotional intelligence
Beri nombor 1 5 bagi setiap ahli kumpulan
i. Ahli nombor 1 membaca Know Thyself
ii. Ahli nombor 2 membaca PassionsSlaves
iii. Ahli nombor 3 membaca The Master aptitude
iv. Ahli nombor 4 membaca The Roots of Empathy
v. Ahli nombor 5 membaca The Social Arts
Edarkan borang Catatan Nota
Setiap ahli kumpulan berkongsi pengetahuan dengan rakan dalam kumpulan secara bergilir-gilir
Bincang semula dengan pasangan ( langkah 2) tentang domain Emotional intelligence yang berkait dengan
tokoh yang dibincangkan.
4. Buat catatan refleksi tentang ciri-ciri tokoh yang dibincangkan. Jika masa mencukupi, bincangkan secara kelas.
Catatkan dapatan dan refleksi dalam jurnal refleksi.

LAMPIRAN B

EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCIES

52
(KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI)

Aktiviti: Refleksi Diri

Masa: 30 minit
Peralatan: Keratan Akhbar tentang Pelbagai Masalah Disiplin
Inventori Emotional Intelligence

Objektif: Menjelaskan kepentingan Emotional Intelligence


Mengukur tahap Emotional Intelligence sendiri
Membina teori emotional intelligence tersendiri
Langkah:
1. Edarkan keratan akhbar tentang pelbagai masalah disiplin pelajar masa kini.
2. Minta guru pelatih meneliti dan berbincang dalam kumpulan .
3. Guru pelatih memberi pandangan individu dan membentangkan pandangan kumpulan.
4. Fasilitator memandu perbincangan kumpulan tentang kemungkinan/sebab-musabab kejadian
5. Guru pelatih membuat refleksi tentang kecerdasan emosi
6. Guru pelatih kedian mengukur kecerdasan emosi sendiri denagn mengisi inventori kecerdasan emosi dalam
laman web yang dipilih.

Alamat Laman Web: //http://www.utne.com

Bibliografi:

53
Dann, J.(2001). Understanding Emotional Intelligence In A Week. London, Hodder and Stoughton.

Goleman, D. (1996). Emotional Intelligence : Why It Can MoreThan IQ. New York. Bantam Books

Sohaimi Abdul Aziz. (1998). Membentuk Kecerdasan Kanak-Kanak. Pulau Pinang,


U SM

Laman web

www.eicconsortium.org (Consortium for Research on Emotional Intelligence in Organization)


file:///AI/ON COURSE Emotional Intelligence An Intercultural Approach. htm

PENGGUBAL MODUL LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN SEJAHTERA

54
Nama Kelayakan

Dr Maznah Abd. Samad Ph.D. (Pendidikan), M. Ed. (Psikologi: Bimbingan dan


(Penasihat) Kaunseling), B.A. (Hons) Sejarah
Ketua Sub-unit Praktikum,
Unit Kurikulum, BPG
Pn Sharifah Fakhriah bt Syed Ahmad M.Ed(Pengurusan) . B. Litt(Hons)
(Pengerusi) Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit, Kuala Terengganu
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Pengalaman mengajar di maktab : 18 tahun
Pn Maznah bt Saidin M.Sc(Tek & Vok), Bac Pendidikan (ERT)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Pengalaman mengajar di maktab: 12 tahun
En. Idrul Hisham b Ismail M.Ed (Sejarah), B.A (Hons)
Maktab Perguruan Sultan Mizan,
Besut, Terengganu
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Pengalaman mengajar di maktab: 2 tahun
En. Velloo Ragavan Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah
Pensyarah Ilmu Pendidikan
Pengalaman mengajar di maktab: 12 tahun

55

Das könnte Ihnen auch gefallen