Sie sind auf Seite 1von 21

cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

BENGKEL BAHASA MELAYU PT3

Bahagian A : SISTEM BAHASA [ 25 Markah ]

Soalan 1 : Kesalahan Bahasa

4 soalan : 8 MARKAH

1. Tugasan itu dibuat dengan berdasarkan kepada nota yang ada dalam buku panduan.

Formula : KKTT berkan = KN

2. Sejak berkhidmat di syarikat ini,saya turut terlibat di dalam kerja-kerja sosial seperti membantu

mangsa banjir serta membantu golongan daif.

Formula : di dalam ( lubang / ruang )


dalam ( abstrak / tidak nampak)

3. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang terkenal di negara kita.

Formula : antara = ( bukan tempat)

di antara = ( tempat / jarak )

Formula : ialah = ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa nama)


adalah = ( di hadapannya perlu ada kata atau frasa sendi dan adjektif)

4. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang perkara itu lebih awal.

5. Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas
dengan penuh keceriaan.

Formula : MeN--kan(Tidak perlu ada perkataan di hadapan )


KKT Terus objek ( kata nama )

1
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

6. Pengerusi telah memberitahu ahli mesyuarat tentang aktiviti lawatan sambil belajar dalam
agenda hal-hal lain.

Formula : Hukum DM D= Diterang ( Fokus apa yang hendak diperkatakan)


M=Menerang ( Huraian Fokus- huraian tentang apa yang
diperkatakan)
cth : telur kuning - telur yang berwarna kuning

kuning telur - bahagian kuning di dalam telur.

7. Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia bertambah yakin
dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

Formula : . se / se..se = 2x ( Perlu seimbang )

8. Pelumba basikal itu saling kejar-mengejar di antara satu sama lain semasa menuju ke garisan
penamat.

Formula : saling = 1 x, ( tidak perlu diikuti kata ganda saling)

9. Pengetua menerima panggilan dari peguamnya yang memaklumkan bahawa tuduhan yang

dikenakan terhadap syarikatnya telah digugurkan.


Formula :

Dari -diikuti masa,tempat dan arah


Daripada -membuat perbandingan
-menyatakan maksud sumber
( manusia,haiwan,objek,sumber )

10.Bahasa Istana
mencemar duli- beradu-
bersiram- keberangkatan-
santap- gering-
murka- mangkat-
menganugerahkan-

2
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Soalan 2 : Kesalahan Ejaan

3 Soalan : 3 Markah

a) Kesalahan ejaan { susunan vokal a, e ,i,o , u }

cth : Pelancung ( salah )

Pelancong ( Betul )

b) Kesalahan ejaan { kata pinjaman Bahasa Inggeris}

cth : bowling ( salah )

boling ( betul )

c) Kesalahan ejaan yang menguji kefahaman{ Kata majmuk mantap dan tidak mantap }

cth : Jawatankuasa ( Betul )

Jawatan kuasa ( Salah )

Soalan 3 : Sintaksis [10 markah]

( Ayat aktif dan Pasif ,Menggabungkan ayat, mencerakinkan ayat ,Pola ayat dan Cakap
ajuk dan Cakap Pindah ).

1) Menggabungkan ayat
- pelajar perlu gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk.

contoh :

Pulau Peranginan itu Cantik.( Ayat tunggal )


Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik. (Ayat tunggal ).

Jawapan : Pulau peranginan itu cantik tetapi tidak dijaga dengan baik.

Contoh :

Suriya sedang membaca buku. ( Ayat Tunggal )


Vijay sedang menulis karangan.( Ayat Tunggal)

Jawapan : Suriya sedang membaca buku manakala vijay sedang menulis karangan.

3
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

2) Mencerakinkan Ayat

-Mencerakinkan ayat majmuk menjadi dua ayat tunggal.

contoh : Murid yang sakit itu telah pulang. ( Ayat Majmuk ).

a) Murid itu sakit.

b) Murid itu telah pulang.

contoh : Walaupun Pak Mail hidup sebatang kara namun dia tidak pernah meminta-minta daripada
sesiapa.

a) Pak Mail hidup sebatang kara.

b) Dia tidak pernah meminta-minta daripada sesiapa.

Nota :gugurkan kata hubung semasa cerakinkan ayat

Soalan 4 : Peribahasa ( 4 markah )

Arahan :Pelajar perlu tulis peribahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan.

Cth :

Jawapan : Bagai katak di bawah tempurung.


Jawapan : Bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Bahagian B ( 30 markah )

Soalan 5 - Petikan Pemahaman [ cerpen , prosa klasik dan drama ] 10 markah

Soalan 6- Puisi ( Puisi moden atau tradisional ) 10 Markah

4
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Soalan 7- Novel ( 10 Markah )

Ramalan novel.

Tajuk Jawapan
Latar Masyarakat Masyarakat orang asli yang bersatu hati.
Contoh: Masyarakat orang asli di kampung kuala Batu bergotng-royong
mengadakan kenduri untuk menyambut kedatangan pegawai pertanian.
CPU Mayarakat yang bertanggungjawab
Contoh :En.Hasrul sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli
di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat
Masyarakat yang percya kepada dukun
Contoh: Walaupun satiah menghidap penyakit barah paru-paru,Pak Morit
tetap percaya dukun berupaya mengubati penyakit anaknya itu.
Pengajaran Kita hendaklah menghormati ibu bapa kita
Contoh : Hartini dan adik-adiknya amat menghormati ibu bapa
mereka.Mereka tidak pernah meninggikan suara dan melawan cakap dengan
ibu bapa
CPU Kita hendaklah membantu orang kurang berada
Contoh : Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah sebagai anak angkat dan
membiayai kos pendidikan dan rawatannya.
Kita hendaklah mengotakan janji yang dibuat.
Contoh :sebagai contoh,En.Hasrul mengotakan janji untuk mengadakan
kenduri kesyukuran selepas kejayaan Hartini dan rakan-rakannya dalam
peperiksaan PMR.

Perwatakan watak Seorang yang berhemah tinggi.Contohnya, Doktor Fikri bersopan santun
Utama ketika bercakap dengan ibu bapa,guru-guru dan rakan-rakannya.

DSW Seorang yang tabah menghadapi cabaran


Contoh : Doktor Fikri tabah menghadapi dugaan hidup meskipun diejek oleh
rakan-rakan di sekolah kerana kecacatannya.
Seorang yang berdikari.
Contoh : Doktor Fikri menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya dan hasil
tanaman itu dijual di Pekan Tamu menggatal.

Bahagian C [ 15 Markah ]

Lihat gambar tentang langkah-langkah menjaga kesihatan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut,tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

5
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Rumus :

- Ayat topik + huraian


- 5 isi tersirat
- 3 isi tersurat
- pendahuluan ( Ayat Topik ( isi tersirat )
-Kesimpulan ( Ayat kesimpulan( isi tersirat )
- 8 hingga 10 ayat

Pendahuluan :( isi tersirat )

Rumus : Penanda Wacana + topik + huraian( isi tersirat )

Marcapada , penjagaan kesihatan amat signifikan untuk membolehkan kita melakukan


pelbagai pekerjaan dengan sempurna dan efisien.(15pp)

( isi tersurat ) Huraian isi = isi tersurat + cth + isi tersirat ( ayat kesan)
Pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dalam
pemakanan akan mencergaskan badan kita ( isi tersirat).Beriadah( isi tersurat) turut membolehkan
kita kekal sihat dengan membakar lemak yang berlebihan dalam tubuh( isi tersirat). Selain
itu, rehat yang mencukupi( isi tersurat) seperti tidur antara enam hingga lapan jam juga amat perlu
dalam mengekalkan kesihatan.Natijahnya,masalah stres dan tekanan dapat dikurangkan.
( isi Tersirat). ( 51pp)

Tuntasnya, setiap individu seyogianya menjaga kesihatan agar dapat mengelakkan diri
daripada penyakit kronik. Oleh itu, amalkanlah peribahasa mencegah lebih baik daripada
mengubati. (22pp). ( 90 PP )

Bahagian D [ 30 Markah ]

TEMA KEREMAJAAN

6
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Cara-cara menjadi Remaja Berdisiplin / berguna

1. Menetapkan dan mempunyai matlamat hidup untuk Berjaya.


-belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kecemerlangan dalam akademik
-berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan
Peribahasa : kalau tidak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
-cekal dan tabah menghadapi cabaran
-tidak mudah putus asa
Peribahasa :membujur lalu melintang patah

2. Mentaati dan mematuhi ajaran agama


-mematuhi dan mengikut suruhan agama
-suruhan agama akan menjadi benteng dan memperkukuh keimanan
Cth : rajin menunaikan solat dan mengaji al-quran
-membibitkan nilai-nilai murni yang ditekankan oleh agama
-menjauhi perbuatan mungkar / jahat
Peribahasa :ambil yang jernih buang yang keruh

3. Bergaul dan memilih rakan sebaya yang baik


-berkawan dengan seseorang sahabat yang berakhlak mulia dan bersahsiah terpuji.
-memilih seorang sahabat yang boleh membimbimng kita kea rah positif.
-Gurindam Fasal keenam mengatakan bahawa pilihlah seorang sahabat yang boleh dijadikan
ubat.
-berbincang dan berdiskusi tentang sesuatu topic secara berhemah.

4. Memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.


-meluangkan masa dengan mempraktikkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
-menepati dan menghargai masa.
-tidak membazirkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berpeleseran dan
melepak di pusat beli belah,kerap melayari media social.
-Ingatlah masa itu emas .

TEMA KEKELUARGAAN

Contoh pendahuluan :

Remaja,

Ingatlah masa depanmu,

7
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Kenanglah,

Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita.

Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa
menghargai ibu dan bapa. Umum mengetahui,para remaja marcapada terlalu leka dan lalai dibuai arus
modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen sosial sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama
perbualan orang mutakhir ini. Justeru,ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah
pertuturan dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA.

Pendahuluan :

- Pembangunan negara Malaysia semakin pesat dan rancak dasawarsa ini,sehingga kita duduk
sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
- Namun begitu,semasa kita menari bersama bayang-bayang pemodenan,polemik-polemik
tentang keluarga bahagia menjadi mauduk diskusi di dewan parlimen mahupun di kedai mamak.
- Satu soalan yang terlintas dan bersipongang di benak kita,yakni apakah penawar yang paling
mujarab untuk( TAJUK ) / merealitikan konsep Rumahku syurgaku atau Baiti Jannati dalam
kalangan mujtamak di nusa tercinta kita ?

Isi : Ibu bapa perlu mengambil berat terhadap anak-anak mereka

- Sebagaimana yang telah kita ketahui,keluarga bahagia dapat ditakrifkan sebagai institusi
keluarga yang mapan dan sentiasa diselubungi perasaan kasih sayang.
- Dalam konteks ini,ibu bapa perlu memikul dan menggalas obligasi yang signifikan untuk
memastikan prestij negara yang telah terukir di seantero dunia ini tidak tercalar.
- Ibu bapa seyogianya mengambil berat akan anak-anak mereka yang baru berumur setahun
jagung.
- Mereka yang selalunya sibuk mengejar material yang berkaitan dengan kebendaan duniawi
harus melapangkan masa untuk mendengar omelan anggota keluarga mereka terutamanya
anak-anak mereka.
- Anak-anak diibaratkan kain putih yang suci dan ibu bapalah yang disandarkan kewajipan
untuk mencorakkannya supaya menjadi insan yang mempunyai jati diri yang unggl.
- Ibu bapa perlu mendengar isi hati anak-anak mereka tanpa mengira keadaan di rumah atau di
sekolah.
- Lantaran itu,anak-anak yang mengharungi zaman memberontak tidak akan tersisih sehingga
tersasar haluan bagai layang-layang terputus tali.
- Natijahnya,( TAJUK ) jika ibu bapa mengambil perhatian dan mendengar keluhan anak-anaknya.

8
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Isi : ibu bapa perlu mengawasi dan memantau gerak-geri anak-anak mereka.

- Jika ditinjau dari dimensi lain pula,pemantauan gerak-geri anak-anak oleh ibu bapa juga
merupakan strategi yang maslahat dalam usaha menghasilkan keluarga yang bahagia.
- Mereka perlu mengetahui perilaku anak-anak di luar rumah sama ada positif atau
negatif.Amalan yang suka memanjakan anak-anak perlu dikikis. Pujian perlu diberikan kepada
anak-anak jika mereka sentiasa berfikiran positif dan mempunyai sikap mahmudah.
- Jika ibu bapa gagal memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak dari semasa ke semasa
nescaya anak-anak zaman ini terutama muda-mudi biasanya terpesong kea rah kancah
kedurjanaan dan kebejatan sosial.
- Remaja yang kurang diawasi dan dipantau akan terlibat dalam masalah sosial. Hal ini pastinya
akan mengekang terbinanya sebuah mahligai kebahagiaan.

ISi : ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan ajaran agama dalam diri anak-anak
mereka.

- Ibu bapa seharusnya mengindoktrinasikan nilai-nilai murni dalam dir anak-anak sejak kecil lagi
seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- Amalan ini dapat menjana pewaris negara yang memiliki akhlak yang mulia dan memacu negara
ke mercu kegemilangan.selain itu,ajaran agama juga perlu tersemat di dalam kalbu anak-anak
oleh ibu bapa.
- Hal ini kerana didikan agama merupakan perisai yang paling kukuh untuk membantu seseorang
menempuh segala anasir jahat
- Rentetan itu,ibu bapa dan anak-anak berada dalam keadaan yang bahagia,saling sandar-
menyandar dan menghormati antara satu sama lain.
- Izharlah bahawa anak-anak yang mempunyai didikan agama akan membentuk keluarga yang
bahagia.
-
Kesimpulan :

- Tuntasnya ,keluarga yang bahagia merupakan elemen penting untuk membina insane yang
warak,soleh dan kamil demi mengemudi bahtera negara.
- Manusia yang berstatus sebagai ibu bapa perlulah mentarbiah dan mendidik anak-anak dengan
sempurna agar sebuah keluarga bahagia dan sejahtera dapat dizahirkan.
- Keluarga yang bahagia akan menjana dan memacu pembangunan negara dan seterusnya segala
aspirasi kerajaan dapat ditunaikan dan direalitikan.

TEMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kebaikan dan keburukan Internet

1. Kebaikan- memudahkan perhubungan dan komunikasi


- perhubungan dan komunikasi melalui panggilan suara dan video
- Menggunakan aplikasi seperti facebook, Twitter,Skype dan Yahoo Messenger.
-dapat berhubung tanpa mengira jarak dan waktu.

9
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

-secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah antara ahli
ahli keluarga dan sahabat.

2. Kebaikan- Mempercepat dan memudahkan pencarian maklumat.


-segala maklumat akan berada di hujung jari
-Pencarian maklumat melalui enjin carian seperti google,Yahoo dan sebagainya.
-dapat meluaskan horizon pemikiran para remaja
Peribahasa : seperti katak di bawah tempurung.
-pelajar boleh mengakses internet untuk memuat turun pelbagai maklumat

3. Kebaikan-Menambahkan pendapatan
-menggunakan internet untuk perniagaan atas talian.
-menggunakan internet untuk menawarkan perkhidmatan profesional.
- menggunakan internet untuk urusan jual beli.
-menggunakan internet untuk menyewa tapak iklan.
Peribahasa :sambil menyelam minum air

4. Keburukan- Mengakibatkan kebejatan sosial


-meracuni pemikiran para pelajar
- mendorong dan mempengaruhi pemikiran pelajar melayari laman sesawang lucah.
-Natijahnya,pelajar akan ponteng sekolah dan berlepak di kafe siber.
-menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
Contoh :penagihan dadah, merokok

5. Keburukan-Memudahkan penyebaran maklumat palsu dan berunsur fitnah


-dikirimkan melalui laman sosial dan blog.
-disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
-menyebabkan kekecohan dan salah faham
-menjejaskan keharmonian dan keamanan negara.

Soalan :

Amalan berjimat cermat seharusnya menjadi budaya masyarakat kita. Huraikan peranan
ibu bapa dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak.

Amalan berjimat cermat merupakan ciri penting dalam pengurusan kewangan yang
berkesan. Amalan berjimat cermat dalam kalangan rakyat negara ini masih lagi rendah dan
perlu dipertingkatkan kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Amalan mulia ini

10
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh
hal yang sedemikian, peranan ibu bapa dalam pemupukan amalan berjimat cermat dalam diri
anak-anak amatlah besar.

Ibu bapa sebenarnya dapat memupuk amalan ini dalam jiwa anak-anak dengan
mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, ibu bapa
harus menjadi contoh terbaik dengan merancang setiap pembelian terlebih dahulu. Ibu bapa
haruslah menyediakan senarai pembelian bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka
dapat membezakan antara keperluan dengan keinginan. Jadi, anak-anak akan sedar bahawa
perbelanjaan secara berhemat membolehkan kita mempunyai lebihan pendapatan untuk
tabungan masa hadapan seperti yang ditegaskan dalam peribahasa sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak berjimat-cermat dalam penggunaan
air dan elektrik. Hal ini membantu kita menjimatkan kos hidup dengan mengelakkan bayaran
bil yang tinggi. Sebagai contoh, ibu bapa mengajar anak-anak sejak kecil supaya tidak
membiarkan air paip mengalir sewaktu mandi atau membasuh pakaian. Anak-anak juga
harus dilatih supaya memadamkan lampu dan kipas yang tidak digunakan. Jadi, peringatan dan
teguran ibu bapa pasti akan dapat melahirkan masyarakat berjimat cermat pada masa akan
datang.

Seterusnya, ibu bapa perlu membuka akaun bank untuk anak-anak dari kecil lagi. Hal ini
merupakan langkah awal untuk mempersiapkan mereka ke arah berjimat cermat. Usaha ibu
bapa ini sudah tentu dapat menyemarakkan semangat anak-anak untuk menabung. Langkah ini
juga akan mendorong anak-anak menjimatkan wang saku harian yang diberikan ibu bapa
untuk meningkatkan tabungan mereka di dalam bank.

Sebagai kesimpulan, sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memikul tanggungjawab
yang besar untuk mendidik anak-anak berjimat cermat. Hal ini amat penting untuk memastikan
anak-anak muda di negara kita tidak terjerat dalam krisis kewangan.

Soalan :

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat negara ini. Huraikan
faedah-faedah hidup berjiran.

Mengikut Kamus Dewan, jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang atau tetangga. Manakala semangat kejiranan pula merujuk kepada tahap keakraban

11
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

dalam hubungan sesama jiran. Pada masa ini, semangat kejiranan semakin pudar dalam
masyarakat negara ini. Hal ini berlaku kerana kebanyakan masyarakat kita lebih bersikap
individualistik. Sebenarnya, banyak kebaikan yang boleh diperoleh jika kita mengamalkan
semangat kejiranan selaras dengan mesej pepatah jiran sepakat membawa berkat.

Antara kepentingan perdana semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat
bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar duga. Antara perkara luar duga yang
boleh terjadi ialah kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu
bencana seperti rumah terbakar, jiranlah orang yang paling cepat datang membantu kita. Begitu
juga jika kita sakit, jiranlah orang yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau ke
hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan membantu menjamin keselamatan kawasan kediaman


kita. Dalam hal ini, anggota masyarakat setempat saling bekerjasama bagai aur dengan
tebing dan bersatu tenaga untuk menjaga keselamatan tempat tinggal dengan menjayakan
program rukun tetangga. Usaha ini akan memastikan kawasan kediaman kita bebas daripada
sebarang gejala negatif terutamanya kegiatan jenayah dan gengsterism. Jadi, hidup berjiran
membolehkan masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang aman, tenteram dan
harmonis.

Seterusnya, aktiviti kemasyarakatan turut dapat digerakkan dengan adanya kekuatan


semangat kejiranan. Kerjasama dan hubungan intim antara jiran seperti isi dengan kuku
membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan selalu. Aktiviti sosial seumpama ini akan dapat
menjamin kebersihan dan keindahan kawasan tempat tinggal kita sejajar dengan usaha
pemeliharaan alam sekitar oleh pihak kerajaan. Walhasilnya, kita dapat menghindari penyakit
berjangkit dan menikmati kehidupan yang sihat.

Semangat kejiranan juga membantu kerajaan memupuk perpaduan dalam kalangan


rakyat berbilang kaum. Perpaduan yang terjalin melalui hubungan mesra dan kerjasama erat
antara jiran membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai. Suasana kehidupan
masyarakat yang harmonis memudahkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan
program yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

12
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Sebagai kesimpulan, sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat kejiranan banyak
mendatangkan manfaat kepada penduduk setempat, masyarakat dan negara. Semangat
kejiranan ini mampu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Tegasnya, amalan ini memberikan laluan mudah kepada masyarakat dan pemimpin untuk
merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Dalam dunia pendidikan, guru tidak boleh dipisahkan daripada pelajar. Jasa dan
pengorbanan guru dalam usaha mendidik pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan tidak
boleh dinilai dengan wang ringgit. Terangkan cara-cara pelajar boleh menghargai jasa
pengorbanan guru.

Guru ibarat lilin membakar diri ialah ungkapan yang selalu diucapkan apabila kita menyentuh
kemurnian profesion keguruan. Kerjaya keguruan merupakan satu tugas yang amat mencabar
dan menuntut pengorbanan serta dedikasi yang tinggi dalam usaha melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan. Tugas mendidik para pelajar dan menyediakan
mereka untuk menghadapi cabaran alaf baru bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya
apabila semua pihak menaruh harapan tinggi terhadap golongan pelajar yang bakal
mewarisi bangsa dan negara. Bak kata pepatah pelajar hari ini ialah pemimpin hari esok.

Sememangnya, jasa dan pengorbanan guru tidak pernah diminta balasan tetapi sebagai
pelajar yang telah diasuh dan dididik perlulah kita menunjukkan rasa berterima kasih atas
sumbangan serta pengorbanan yang dicurahkan oleh warga pendidik. Rasa hormat pelajar
terhadap guru merupakan satu bentuk penghargaan pelajar kepada guru. Penggunaan bahasa
dan nada yang lemah-lembut semasa berkomunikasi dengan guru dapat menunjukkan bahawa
seseorang pelajar itu menghormati guru. Tutur kata dan perlakuan sopan terhadap guru akan
menambah rasa kasih guru kepada para pelajar dan terus mendidik anak murid mereka.
Sebenarnya, pelajar-pelajar harus menghormati guru-guru seperti mana mereka menghormati
ibu bapa mereka kerana guru merupakan ibu bapa angkat pelajar-pelajar.

Guru-guru yang berperanan sebagai ibu bapa kedua perlu dijadikan model sempurna oleh
pelajar-pelajar dalam hidup mereka. Justeru, segala nasihat, pesanan dan tunjuk ajar yang
diberikan oleh guru perlu dijadikan sebagai panduan serta pedoman hidup oleh para pelajar.
Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar harus memastikan hubungan intim antara mereka
dengan guru-guru sentiasa terpelihara seperti isi dengan kuku. Sikap pelajar yang begitu setia
dan taat kepada guru membolehkan guru berasa diri mereka dihargai dan sangat
dikehendaki.

Selain itu, pelajar-pelajar juga harus mengawal disiplin diri dan sentiasa mematuhi peraturan
sekolah sebagai satu tanda penghargaan atas sumbangan dan jasa guru. Apabila pelajar-
pelajar menghormati undang-undang sekolah, ini bermakna mereka menghormati guru-guru
kerana guru-guru ialah pentadbir dan pelaksana undang-undang sekolah. Oleh itu, pelajar-
pelajar harus sentiasa mengawal tingkah laku mereka supaya tidak melanggar undang-
undang sekolah.

13
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Selain itu, dalam soal akademik, pelajar-pelajar harus memberikan tumpuan penuh semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini penting
kerana kejayaan pelajar melambangkan kejayaan serta kebanggaan guru-guru. Guru-guru yang
membimbing pelajar dengan penuh rasa tanggungjawab akan berasa puas hati kerana segala
usaha yang dicurahkan selama ini telah membuahkan hasil. Justeru, kerjasama dan
sokongan pelajar kepada guru-guru dalam usaha menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting.

Di samping itu, keperibadian seseorang pelajar juga melambangkan imej serta identiti guru.
Oleh itu, pelajar-pelajar harus menjaga kemuliaan peribadi mereka dengan menjauhkan diri
daripada kancah sosial yang dapat menjejaskan martabat diri pelajar itu sendiri dan guru-guru
yang mendidik pelajar itu. Oleh hal yang demikian, pandangan dan pemikiran masyarakat
terhadap profesion keguruan amat bergantung kepada perilaku pelajar-pelajar.

Sebagai kesimpulan, kerjaya keguruan yang penuh dengan pelbagai pancaroba banyak
memerlukan kesabaran dalam usaha membentuk insan yang berjaya seperti yang dituntut
dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama antara guru
dengan pelajar bagai aur dengan tebing amat penting dalam merealisasikan wawasan
pendidikan negara ini.

] Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan satu soalan
dalam Bahagian D.

BAHAGIAN A
[25 Markah]

1 Dalam petikan di bawah ini tedapat empat kesalahan bahasa. Garisi empat kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin petikan itu semula.

14
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersetuju untuk merasmikan sekolah
agama pertama di dalam penjara, iaitu Sekolah Agama Tarbiyah Husnuh Khatimah di
Kompleks Kluang. Beliau tiba pada pukul 10.00 pagi dengan diiringi oleh tiga orang
puteranya. Selepas menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, Sultan
Ibrahim dibawa melawat di sekitar kawasan sekolah. Pembinaan sekolah agama ini
bertujuan untuk membimbing sebelum banduan dibebaskan.

(i) .......................................................................................................................................
(ii) .......................................................................................................................................
(iii) .......................................................................................................................................
(iv) .......................................................................................................................................

[8 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Semua jurugambar dan model mesti berada di lokasi penggambaran itu sebelum fajar
menyinsing.

.......................................................................................................................................

(ii) Dia mengunjungi karnival itu untuk mendapatkan infomasi tentang pakaej
perkahwinan terbaik di Malaysia.

.......................................................................................................................................

(iii) Pihak pengurusan kolej sedang merancang untuk mengadakan program antidadah
kepada pelajar-pelajar pra-universiti secara dwitahunan.

.......................................................................................................................................

[3 markah]
3 Tentukan bahagian subjek dan predikat ayat-ayat di bawah.

(i) Para peniaga memperoleh pendapatan lumayan.

Subjek:............................................................................................................................

Predikat: ..........................................................................................................................
15
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

(ii) Projek perumahan itu sudah tergendala selama tiga tahun.

Subjek:............................................................................................................................

Predikat: ..........................................................................................................................

(iii) Para pelancong melawat kawasan peranginan itu sambil bergambar.

Subjek:............................................................................................................................

Predikat: ..........................................................................................................................

(iv) Kemasukan pendatang asing berpunca daripada pembangunan negara yang pesat.

Subjek:............................................................................................................................

Predikat: ..........................................................................................................................

(v) Jururawat itu terkenal dengan sikapnya yang peramah dan amanah.

Subjek:............................................................................................................................

Predikat: ..........................................................................................................................

[10 markah]

4 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa
yang sesuai.

16
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

(i) .......................................................................................................................................
(ii) .......................................................................................................................................
[4 markah]

BAHAGIAN B
[30 markah]

17
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kalau ada yang terkena campak, dipetuakan berbaring di atas pucuk pisang yang
dilampirkan daun mambu. Kalau terseliuh atau terkehel sendi, maka selepas berurut sapulah
serbuk biji pala lalu balutkan sendi yang sakit dengan daun melur. Ubi jaga, asam jawa, dan daun
kundur sangat berkesan untuk mereka yang menderita karam hangat atau demam panas.
Kalau bayimu terkena demam kuning, pesan Haji Saad Panglima, berilah minum susu
kambing. Selebihnya, hidup kami dipenuhi dengan petua yang ditinggalkan atau diajarkan oleh
Haji Salleh Pumpong, Bidan mak Besah atau Haji Tom, guru Quran.
Maka fahamlah kami akan gunanya puncak bemban kalau diserang sakit mata, atau cara
untuk meramu sarang angkut-angkut jika diketit lebah atau tebuan. Cari sarangnya, campur
dengan air, dan sapu di tempat yang terkena sengat, insya-Allah sakitnya hilang dan bengkaknya
menyurut. Kata Haji Salleh Pumpong lagi, kalau rambut bayimu jarang, ambillah daun bunga
raya, ramas dalam air lalu sapu di kepalanya,seminggu dua kemudian, lebatlah dan hitamlah
rambutnya.
Bidan Mak Besah pakar melenggang perut, ilmunya boleh mengalih bayi songsang, dan
dia paling arif perihal adat dan tertib menyambut bayi. Carikan daun sekentut, campur dengan
daun leletup, rebus sampai kering separuh airnya dan beri minum isterimu, insya-Allah akan
kecut perutnya. Orang dewasa akan tersenyum meski wajah bidan tua itu sangat serius, dan
sekelip mata akan tercegatlah si suami di sisi belukar, memetik daun-daun yang dipesan sambil
menggiring kawanan kambing mencari makan.

(Dipetik daripada cerpen Segala Yang Tercinta Ada di Sana dlm.


antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah petua-petua atau rawatan tradisional yang
sesuai untuk bayi?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[3 markah]

18
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mempopularkan
kaedah rawatan tradisional dalam kalangan masyarakat?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[4 markah]

6 Baca syiar di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

Ingat pesanku wahai belia,


Jangan berdusta jangan perdaya,
Jangan fikir kasihkan kaya,
Jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata jangan mengeji,


Jangan aniaya bengis dan benci,
Jangan takbur diri dipuji,
Jangan sekali mungkir janji.

Judi dan arak jangan biasa,


Lucah dan cabul jangan selesa,
Usah bertemu ular yang bias,
Lambat bangatnya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang,

19
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

Jangan meminta bantu sementang,


Bergantung pada orang hendaklah pantang,
Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Meminta jangan meminjam pun jangan,


Barang dipinjam kerap kehilangan,
Sahabat peminjam renggang di tangan,
Hutang merosakkan mutah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,


Ke sini tersembah ke sana terlolong,
Ikhtiar sendiri bantut bergulung,
Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Latihlah diri sifat merdeka,


Daya sendiri segenap seketika,
Jangan sombongkan asal dan baka,
Atau kelebihan adik dan kakak.

Padalah itu aku khabari,


Ingatlah semua, muda jauhari,
Kiranya kabul Allah memberi,
Dirimu jadi pemulih negeri.

(Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan,


Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(i) Berdasarkan rangkap kedua Syair Panduan Untuk Remaja, apakah perkara-perkara
yang perlu dielakkan oleh golongan remaja?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[3 markah]

(ii) Nyatakan dua ciri syair yang terdapat dalam petikan Syair Panduan untuk Para
Remaja tersebut.

20
cikgu ulagganatan / BM Coach /0125857008

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk
amalan berjimat cermat?

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
[4 markah

21

Das könnte Ihnen auch gefallen