You are on page 1of 3

Pakar motivasi kekeluargaan, Datuk Dr. Mohd.

Fadzilah
Kamsah berkata, dengan adanya visi tersebut, sesuatu keluarga secara
tidak langsung mampu membentuk aura positif dan keluarga yang harmoni
tanpa sebarang perselisihan faham yang boleh mengundang kepada
masalah kekeluargaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/hubungan-


sihat-kunci-kebahagiaan-1.450065#ixzz4mAaJFjvE
Utusan Melayu (M) Bhd

isu pengabaian nafkah kepada isteri dan anak-anak. Seramai 12,300 suami
ingkar membayar nafkah kepada isteri (berita Harian, 20 Mac 2010). Di dalam agama
Islam suami dituntut memberi nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup isteri
dan anakanak dibawah tanggungan mereka. Dalam Alquran jelas menunjukkan
bahawa suami wajib memberi nafkah seperti dalam surah An-Nisa ayat 34, Suami
wajib memberikan nafkah kepada isteri apabila isteri telah menyerahkan dirinya untuk
suami (tidak menolak permintaan suami untuk melakukan istimta dan isteri
mengikut/tinggal ditempat/kediaman yang dipilih suami. Pengerusi Majlis Perunding
Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata
maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011. Ini berikutan terdapat purata 70
kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes
setahun di seluruh negara bagi tahun 2011. Datuk Seri Rohani menjelaskan, terdapat
pelbagai punca kepada kes perceraian dan antara yang paling ketara ialah tiada
kesefahaman, tidak bertanggungjawab, curang, campur tangan keluarga
mentua juga faktor kahwin muda dan enggan dimadukan suami. Di dalam kes
penceraian ini terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kes ini
berlaku. Pengurusan hubungan dan komunikasi pasangan & keluarga tidak
lancar. Tidak ambil berat tentang kesihatan, pendidikan, dan keperluan emosi
dalam keluarga. Menghadapai masalah peribadi yang tidak boleh dikongsi bersama
pasangan spt emosional, cemburu buta, mendera, & pentingkan perasaan sendiri.
Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kpd pasangan dan rumah tangga,
lebih mementingkan kerja dan kegiatan luar rumah serta tidak memahami budaya
kerja pasangan. Pasangan juga tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada
pergaulan mereka. Factor kecurangan juga memainkan peranan penting dalam usaha
merosakkan hubungan dalam keluarga. Kecurangan bermaksud perbuatan
seseorang suami atau isteri dalam bentuk menjaling hubungan secara diam-diam
dengan seseorang di luar perkahwinan dengan alasan untuk memperolehi perlakukan
atau cinta dari orang lain yang bukan pasangan sahnya. Merasaai tidak dicintai, tidak
dihargai, tidak difahami lagi oleh suami atau isteri. Mengikut Asnawi (2002) berlakunya
kecurangan adalah disebabkan kehilangan ghairah untuk berhubung rapat dengan
suami atau isteri, adanya kekerasan dalam keluarga , sarana untuk membalas
dendam, suami tidak mampu memberi keturunan, gangguan seksual pada suami,
mencari variasi hubungan seksual dan adanya masalah ekonomi. Keperluan hidup
bersama orang lain (pasangannya). Individu hidup dengan orang lain untuk mendapat
kegembiraan, memperolehi pertolongan, menjalinkan keakraban, berbagi keintiman
seksual, mendapat pujian dan lain-lain (Baron , 2007). Masih mendapat perhatian
orang lain, menguji pasaran, mudah terpikat dan tidak segan melayan orang lain
( Datuk Zaidi Zain, Peguam Syari e, 2011). Masalah poligami juga merupakan isu
yang sangat hangat diperkatakan. Boleh dikatakan keseluruhan golongan wanita tidak
dapat menerima konsep poligami dalam kehidupan mereka berkeluarga. Suami yang
ingin berpoligami semestinya menghadapi msaslah yang rumit untuk memenehui
keperluan mereka terutamanya yang kurang berkemampu untuk berpoligami. Dalam
konteks Islam, poligami satu keharusan seperti mana dalam Alquran menyatakan
poligami satu keharusan bersyarat dalam Islam (Surah An-Nisa : 3). Poligami
mempunyai syarat-syarat tertentu seperti kemampuan dalam soal nafkah zahir
(makan minum, pakaian, kediaman) dan nafkah batin (kasih sayang & hubungan
kelamin). Konsep keadilan seperti menyediakan tempat kediaman, giliran bermalam,
dan giliran bermusafir. Isu sumbang mahran juga merupakan factor penting yang
mempengaruhi keruntuhan institusi keluarga. Ia ikenali juga dengan istilah inses iaitu
perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian atau nasad
(keturunan) dengan mangsa. Hubungan jenis antara mereka yang ada tali 4
persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-
undang atau dilarang oleh adat resam dan agama. Faktor yang mendorong
berlakunya sumbang mahran ialah Kegagalan isteri memenuhi kehendak suami,
tahap iman yang lemah, pengaruh bahan lucah, tidak menjaga batas pergaulan antara
ahli keluarga, keruntuhan institusi keluarga atau perkahwinan dan pakaian tidak
menutup aurat. Isu seterusnya ialah isu anak tidak sah taraf atau anak luar nikah yang
semakin bertambah berlaku dinegara ini. Anak tidak sah taraf dalam istilah bahasa
Arab disebut walad al zina yang bermaksud anak zina atau luar nikah. Para Fuqaha
berpendapat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil
perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah.
Mengikut Berdasarkan laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara, melaporkan
terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftar tanpa catatan nama bapa sejak tahun
2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata 2,500 kes anak luar
nikah direkod pada setiap bulan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie telah menyatakan bahawa antara tahun 2008
hingga 2010 terdapat seramai 152, 182 orang anak luar nikah diseluruh Malaysia.
Negeri Sabah antara yang paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu
41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298
orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang). ntara punca timbulnya
gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman
web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela
melakukan hubungan seks.

Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan


repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri
dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak
Pegawai Kebajikan (Utusan Melayu, November 2011). Isu keibubapaan juga
merupakan isu yang sangat penting dan banyak cabarannya serta perlu diberi
perhatian oleh semua pihak. Rata-rata hasil penyelidikan berkaitan dengan
keruntuhan moral dan gejala sosial sejak tahun 1980 an hingga kini membuktikan
bahawa faktor utama keruntuhan moral dan pelbagai gejala sosial berpunca daripada
krisis keluarga. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan amanah, tugas, dan
tanggungjawab masing-masing menjadi titik tolak keruntuhan institusi kekeluargaan.