Sie sind auf Seite 1von 14

Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 191

BAB A9

PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN


DAN KESIHATAN

PENDAHULUAN

Bab ini merupakan pengenalan kepada Takaful Perubatan dan


Kesihatan dan ianya akan dibincangkan di bawah tajuk-tajuk berikut:

Pengenalan kepada Takaful Perubatan dan Kesihatan


Prinsip dan Amalan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Perundangan dan Peraturan Takaful Perubatan dan Kesihatan
Tanggungjawab Memberitahu
Perlindungan Tidak Ditamatkan dengan Bayaran Tuntutan
Risiko Meningkat mengikut Masa dalam Takaful Perubatan
dan Kesihatan
Langkah-langkah Pembendungan Kos
Kemasukan ke Hospital 'Tanpa Tunai

A9.1 PENGENALAN KEPADA TAKAFUL PERUBATAN


DAN KESIHATAN

Berdasarkan dari statistik, seseorang itu besar kemungkinan


memerlukan beberapa jenis rawatan perubatan ketika hayatnya. Tiada
siapa yang boleh meramalkan apa dan berapakah bil-bil perubatan
yang akan mereka tanggung kelak. Sekiranya berlaku kemalangan
atau penyakit kritikal, kos perubatan boleh menjadi beban yang begitu
berat untuk ditanggung. Hanya segelintir individu yang mungkin
mampu menanggung kos perubatan. Takaful Perubatan dan Kesihatan
merupakan salah satu cara seseorang itu berupaya membayar kos
rawatan iaitu melalui pengumpulan sumber-sumber kewangan dari
peserta-peserta dan dikumpulkan dalam dana Takaful.
192 Amalan Asas Takaful

Orang ramai menyertai skim Takaful Perubatan dan Kesihatan atas


sebab yang sama seperti mereka menyertai lain-lain pelan Takaful
iaitu untuk melindungi risiko kewangan mereka. Dengan Takaful
Perubatan dan Kesihatan, mereka melindungi diri dan keluarga
mereka sekiranya mereka memerlukan rawatan perubatan yang boleh
menjadi sangat mahal harganya.

Perkara 4 dalam Garis Panduan perniagaan Takaful Perubatan dan


Kesihatan mendefinisikan perlindungan Takaful Perubatan dan
Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat tertentu
seperti dinyatakan, terhadap risiko yang boleh menjadikan seseorang
itu hilang upaya sepenuhnya atau sebahagiannya, disebabkan sakit
atau lemah anggota badan. Manfaat mungkin ditawarkan dalam
bentuk bayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh
peserta sama ada dalam bentuk bayaran sekaligus daripada jumlah
perlindungan atau bayaran elaun atau aliran pendapatan sepanjang
tempoh masa yang dinyatakan, sekiranya peserta mengalami hilang
upaya dan/atau dimasukkan ke hospital.

A9.2 PRINSIP-PRINSIP DAN AMALAN TAKAFUL


PERUBATAN DAN KESIHATAN

Prinsip-prinsip Takaful yang sama dalam Takaful bukan-perubatan


digunakan dalam Takaful perubatan dan kesihatan. Antaranya ialah:

1. Kepentingan Boleh Lindung


2. Penuh Percaya Mutlak
3. Sebab Terhampir
4. Indemniti
5. Perkongsian Sama Rata
6. Subrogasi
7. Tabarru
8. Waranti
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 193

Amalan Takaful melibatkan proses berikut:

1. Pengunderaitan
2. Urus tadbir Tuntutan

A9.3 PERUNDANGAN DAN PERATURAN TAKAFUL


PERUBATAN DAN KESIHATAN

9.3.1 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan


Kesihatan

Industri Takaful telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan


perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan telah muncul sebagai
segmen perniagaan yang pesat berkembang dalam industri Takaful.
Selaras dengan pertumbuhan industri yang pesat, Bank Negara
Malaysia telah memperkenalkan Garis Panduan Perniagaan Takaful
Perubatan dan Kesihatan yang dikuatkuasakan untuk semua sijil
Perubatan dan Kesihatan Takaful yang dipasarkan atau diperbaharui
pada atau selepas 2 Januari 2008.

1. Objektif

Objektif garis panduan ini ialah:

a. Mengekalkan kewibawaan dan kepercayaan orang ramai


untuk memastikan industri ini berkembang dan tumbuh
dengan pesat dan teratur.
b. Untuk mewujudkan pasaran Takaful kesihatan swasta yang
cekap dan berkesan yang menyokong matlamat dasar awam
demi memperluaskan liputan Takaful kesihatan swasta dan
melengkapi sistem penjagaan kesihatan awam yang sedia ada.

Berdasarkan dari objektif tersebut, garis panduan ini telah


menetapkan piawaian minimum yang secara keseluruhan
bertujuan untuk mencapai matlamat berikut:-
194 Amalan Asas Takaful

a. Memenuhi keperluan individu agar mempunyai akses kepada


penjagaan kesihatan swasta mengikut kemampuan komersil
yang munasabah untuk penduduk berpendapatan sederhana.
b. Menetapkan tahap perlindungan yang sesuai untuk peserta.
c. Memastikan perniagaan yang mampan melalui
pengunderaitan yang munasabah dan dasar harga yang
berpatutan.
d. Menggalakkan persaingan yang sihat dalam industri bagi
membolehkan orang ramai mempunyai akses kepada pelbagai
pilihan perlindungan Takaful perubatan dan kesihatan yang
luas dan mampu dimiliki.

2. Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini meliputi syarat-syarat dan pengunderaitan


sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan, had manfaat yang perlu
ditetapkan, penetapan harga dan rezab atas polisi / sijil,
pemberitahuan kepada pengguna dan keperluan untuk
memasarkan sijil perlindungan kumpulan tanpa menjejaskan
kepentingan Takaful.

Garis panduan ini harus dibaca bersama-sama dengan:-

a. Seksyen 25, 26, 27, 28, 35 dan 36 Akta Takaful 1984.


b. Garis Panduan Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan
Produk dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan.
c. Garis Panduan mengenai Larangan Terhadap Amalan yang
Tidak Adil dalam Perniagaan Takaful.

3. Penggunaan

Garis panduan ini adalah terpakai kepada semua jenis produk


Takaful Perubatan dan Kesihatan yang termasuk dalam takrif
umum di bawah Bahagian II, termasuk, tetapi tidak terhad kepada
yang berikut:-
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 195

a. Perbelanjaan Perubatan atau Hospital dan Takaful


Pembedahan;
b. Penyakit Kritikal atau Takaful Penyakit Merbahaya;
c. Takaful Penjagaan Jangka Panjang;
d. Takaful Pendapatan Hospital; dan
e. Takaful Pergigian

9.3.2 Piawaian Minimum mengenai Pemberitahuan Produk


dan Ketelusan dalam Memasarkan Pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan

Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah satu pelan yang kompleks,


oleh itu adalah sangat penting bagi pengguna untuk mempunyai
kefahaman yang memuaskan sebelum membuat keputusan untuk
menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali Takaful pula
mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat yang
mencukupi dan penting kepada bakal peserta untuk memastikan pelan
ini memenuhi keperluan dan kemampuan kewangan mereka.
Pemberitahuan Ini akan membantu mereka lebih memahami tentang
pelan perlindungan dan mengurangkan kemungkinan kes luput kerana
tidak membayar caruman / sumbangan.

Oleh yang demikian, surat pekeliling telah dikeluarkan untuk


menetapkan piawaian minimum bagi pendedahan produk dan
ketelusan dalam pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.
Piawaian minimum menetapkan keperluan pendedahan bahawa
semua pengendali Takaful yang mengunderait perniagaan Takaful
Perubatan dan Kesihatan perlu mematuhi piawaian minimum
tersebut. Ia juga memberitahu kepada bakal peserta tentang beberapa
perspektif maklumat yang perlu didedahkan oleh pengendali Takaful
sebelum bakal peserta membuat komitmen untuk menyertai pelan
Takaful Perubatan dan Kesihatan.

1. Objektif

Objektif surat pekeliling ini ialah:-


196 Amalan Asas Takaful

a. Untuk memastikan peserta diberikan maklumat yang lengkap


dan jelas mengenai produk ketika dalam proses pemasaran,
bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan
memastikan produk tersebut benar-benar telah memenuhi
keperluan mereka.
b. Untuk membantu secara konsisten dalam pendedahan
maklumat penting perniagaan Takaful Perubatan dan
Kesihatan.
c. Untuk meminimumkan kemungkinan berlakunya kesilapan
pemasaran pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

2. Penggunaan

Piawaian Minimum ini adalah terpakai untuk semua jenis pelan


Takaful Perubatan dan Kesihatan individu, termasuk rider yang
disertakan dalam pelan Takaful individu. Untuk pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, pengendali Takaful perlu
memastikan agar keperluan pemberitahuan dibuat kepada pemilik
sijil induk.

Piawaian minimum juga terpakai untuk semua saluran yang


digunakan untuk memasarkan pelan Takaful Perubatan dan
Kesihatan. Bagi maksud piawaian minimum ini, bahan-bahan
pemasaran merujuk kepada semua bahan promosi dan apa-apa
bahan lain yang digunakan dalam proses penjualan. Sebarang
bentuk hebahan atau bahan pengiklanan mengenai pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan tidak tertakluk kepada piawaian
minimum. Hebahan atau iklan ini perlu memberikan maklumat
yang mencukupi kepada bakal peserta dan maklumat yang
diberikan hendaklah jelas, adil dan tidak mengelirukan.

3. Keperluan Pendedahan Khusus

Perkara 8 garis panduan piawaian minimum menyatakan bahawa


terdapat aspek-aspek tertentu didalam sijil Takaful Perubatan dan
Kesihatan berkaitan pelan dan ciri-ciri perlindungan yang
memerlukan penjelasan yang lebih teliti. Oleh itu, pengendali dan
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 197

pengantara Takaful perlu menyediakan butir-butir yang


mencukupi mengenai ciri-ciri penting pelan Takaful Perubatan
dan Kesihatan kepada bakal peserta. Ini bermakna bahawa bahan-
bahan pemasaran hendaklah mengandungi maklumat minimum
berikut;-

a. Maklumat mengenai Pengendali Takaful

Bahan-bahan pemasaran perlu menyatakan nama dan alamat


pengendali Takaful. Maklumat mengenai pengendali Takaful
hendaklah tepat dan terkini.

b. Keterangan Produk

Pengendali Takaful perlu menyertakan satu kenyataan


ringkas yang menerangkan tentang pelan, objektif utama dan
tujuan produk berkenaan.

c. Manfaat

Maklumat khusus mengenai manfaat pelan Takaful Perubatan


dan Kesihatan yang perlu dinyatakan adalah seperti berikut:-

Bentuk dan amaun manfaat yang dibayar dibawah sijil


perlindungan; dan
Keterangan lanjut mengenai peristiwa, kejadian atau
keadaan kecemasan yang membolehkan manfaat dibayar.

Sebarang perubahan yang ingin dilakukan terhadap manfaat


pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat hanya
pada ulang tahun pelan atau apabila pelan diperbaharui.
Semua perubahan terhadap manfaat kritikal pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan hendaklah menyatakan sebab-sebab
dilakukan perubahan dan perlu diberitahu kepada semua
pemegang sijil pelan terbabit secara bertulis, sekurang-
kurangnya satu bulan sebelum tarikh pertukaran. Ini adalah
untuk memastikan pemegang sijil menyedari tentang
198 Amalan Asas Takaful

perubahan yang akan dibuat dan memberi masa yang


mencukupi untuk menilai semula keperluan Takaful mereka
dan untuk mencari pelan alternatif, jika perlu.

d. Pengecualian dan batasan manfaat, pra-syarat sedia ada,


penyakit yang ditentukan dan tempoh kelayakan

Kebanyakan peserta tidak menyedari bahawa bayaran


manfaat Takaful Perubatan dan Kesihatan mungkin
dikecualikan atau terhad dibawah keadaan-keadaan tertentu
dan tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada, penyakit-
penyakit yang dinyatakan dan tempoh kelayakan. Oleh itu,
maklumat mengenai pengecualian faedah dan batasan
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Panduan Pengunderaitan
Takaful Perubatan dan Kesihatan mestilah didedahkan
secukupnya dan diterangkan dengan jelas kepada bakal
peserta. Semua kemungkinan pengecualian atau batasan
dalam bahan pemasaran hendaklah didedahkan atau
diberitahu. Pendedahan sekurang-kurangnya perlu meliputi
perkara-perkara berikut:-

Sesuatu pernyataan untuk memberi amaran kepada bakal


peserta tentang fakta bahawa terdapat pengecualian dan
had batasan dalam manfaat pelan;
Menyatakan pengecualian penting dan had batasan
manfaat serta keadaan dimana pengecualian dan had
batasan digunakan;
Menyatakan syarat sedia ada yang penting, penyakit yang
dinyatakan dan tempoh kelayakan yang dikenakan;
Menyatakan tempoh menunggu, deduktibel, pembayaran
balik, Takaful bersama, pemastautin tunggal diluar
negara, rawatan di luar negeri dan keadaan yang
membolehkan pengecualian dan pembatasan digunakan;
dan
Suatu kenyataan untuk memberitahu bakal peserta
bahawa pengecualian dan pembatasan manfaat pelan
yang dinyatakan adalah tidak menyeluruh dan perlu
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 199

merujuk kepada sijil Takaful untuk mendapatkan


maklumat lanjut. Pengendali Takaful boleh menggunakan
contoh-contoh mudah untuk menggambarkan pendedahan
diatas.

e. Sumbangan

Maklumat khusus mengenai sumbangan pelan Takaful


Perubatan dan Kesihatan yang perlu didedahkan adalah
seperti berikut:-

Jumlah, kekerapan dan tempoh sumbangan perlu dibayar


untuk mendapatkan manfaat pelan;
Jadual kadar sumbangan yang menunjukkan kadar
sumbangan pelan untuk semua peringkat umur diawal
kemasukan;
Keadaan-keadaan yang mungkin membawa kepada
senario berikut ketika pembaharuan sijil:-
Sijil diperbaharui dengan sumbangan paras (level).
Sijil diperbaharui dengan sumbangan meningkat.
Sijil tidak boleh diperbaharui.

Suatu kenyataan juga perlu dibuat untuk memberi amaran


kepada bakal peserta bahawa syarat-syarat yang dinyatakan
adalah tidak menyeluruh dan kadar sumbangan mungkin akan
dikaji semula atau permohonan pembaharuan sijil ditolak atas
sebab-sebab yang wajar;

Samada ia adalah sumbangan paras atau berbeza semasa


pembaharuan. Sekiranya sumbangan berbeza-beza
sebelum ini, statistik yang menunjukkan peningkatan
tahunan dan sumbangan purata untuk pelan berkaitan
dalam tempoh tiga tahun sebelumnya, untuk contoh umur
yang dipilih pada umur kemasukan 30, 40, 50 dan 60
hendaklah didedahkan. Juga hendaklah ada suatu
kenyataan peringatan yang memberitahu bakal peserta
bahawa aliran kadar sumbangan yang meningkat pada
200 Amalan Asas Takaful

tahun-tahun sebelumnya tidak semestinya menunjukkan


aliran yang serupa pada masa akan datang;
Pengendali Takaful berhak untuk mengkaji semula kadar
sumbangan peserta ketika pembaharuan sijil; ;
Implikasi sekiranya sumbangan tidak dibayar, khususnya
untuk sijil perlindungan yang bayaran sumbangan adalah
selain dari sumbangan tunggal; dan
Apabila maklumat mengenai kelayakan mendapat
potongan cukai pendapatan atas sumbangan yang telah
dibayar dinyatakan dalam bahan pemasaran, pengendali
Takaful harus memastikan bahawa maklumat tersebut
adalah benar. Perubahan dalam sumbangan pelan Takaful
Perubatan dan Kesihatan boleh dibuat pada ulang tahun
sijil atau apabila pembaharuan sahaja. Semua perubahan
dalam sumbangan pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan
serta sebab-sebab bagi perubahan perlu dimaklumkan
kepada peserta secara bertulis sekurang-kurangnya satu
bulan sebelum tarikh pembaharuan.

f. Lain-lain

pendedahan maklumat lain yang berkaitan dengan pelan


Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah seperti berikut:-

Peserta diberi tempoh bebas melihat / tempoh bertenang


selama 15 hari dari tarikh menerima sijil Takaful untuk
mengkaji semula kesesuaian pelan Takaful Perubatan dan
Kesihatan yang baru disertai. Pengendali perlu
menekankan bahawa peserta boleh mengembalikan sijil,
dan potongan perbelanjaan yang ditanggung untuk
pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada caruman jika
sijil Takaful dikembalikan kepada pengendali Takaful
dalam tempoh berkenaan; dan
Terdapat kemungkinan peserta akan beralih dari satu
jenis pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada
pelan yang lain atau dari satu pembekal kepada pembekal
yang lain. Peserta perlu diberitahu bahawa sekiranya
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 201

mereka bertindak menukar pelan perlindungan, mereka


tidak akan menerima bayaran penuh sebagaimana yang
dinyatakan di bawah manfaat Takaful Perubatan dan
Kesihatan.

4. Senarai semak

Senarai semak menunjukkan pengesahan bahawa pengantara


telah memberi penerangan dengan jelas mengenai maklumat-
maklumat penting produk kepada bakal peserta.

5. Melaporkan ke Bank Negara Malaysia mengenai Semua


Produk Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Perkara 11, garis panduan piawaian menyatakan bahawa terma-


terma dan syarat-syarat, kadar caruman dan bahan-bahan
pemasaran semua pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan mesti
diluluskan oleh aktuari yang dilantik dalam mana-mana
perniagaan Takaful Keluarga dan kelulusan aktuari berkelayakan
untuk perniagaan Takaful Am, serta melaporkannya kepada Bank
Negara Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ia
digunakan untuk memasarkan pelan Takaful Perubatan dan
Kesihatan.

9.3.4 JPI/GPI 28 Garis Panduan Amalan Tidak Adil dalam


Perniagaan Takaful

Lanjutan dari Cadangan 4.27 Pelan Induk Sektor Kewangan, Bank


Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Tidak
Adil dalam Perniagaan Takaful. Ia bertujuan mengukuhkan peraturan
tingkah laku pasaran bagi menggalakkan layanan yang lebih adil dan
saksama kepada pengguna. Antara langkah-langkah yang
dilaksanakan di bawah garis panduan ini termasuklah menggalakkan
standard ketelusan, profesionalisme dan akauntabiliti yang lebih
tinggi semasa menjalankan perniagaan Takaful. Garis panduan ini
akan terus menyokong asas yang sedia kukuh bagi pembangunan
202 Amalan Asas Takaful

industri Takaful yang teratur dalam persekitaran yang semakin


kompetitif di sektor kewangan.

A9.4 PERLINDUNGAN TIDAK DITAMATKAN DENGAN


BAYARAN TUNTUTAN

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan


bayaran tuntutan sehingga ke had yang dinyatakan dalam sijil
Takaful. Had bayaran tersebut mungkin salah satu atau kombinasi
berikut:

1. Had bagi setiap hilang upaya (per disability limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta bagi


setiap hilang upaya, umpamanya bagi setiap kemasukan ke
hospital.

2. Had tahunan keseluruhan (overall annual limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam


satu tahun sijil.

3. Had sepanjang hayat (lifetime limit):

Amaun maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta


sepanjang hayatnya.

Bayaran tuntutan tidak akan menamatkan kuatkuasa sijil, kecuali


disebabkan tuntutan kematian.

A9.5 RISIKO MENINGKAT MENGIKUT MASA

Takaful Perubatan dan Kesihatan melibatkan morbiditi


(kebarangkalian hilang upaya akibat dari kemalangan atau penyakit).
Secara umumnya, risiko meningkat seiring dengan peningkatan usia.
Lain-lain faktor-faktor luaran seperti pekerjaan dan faktor-faktor alam
sekitar juga boleh mempengaruhi risiko.
Pengenalan Takaful Perubatan dan Kesihatan 203

A9.6 LANGKAH-LANGKAH MEMBENDUNG KOS

Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful


Perubatan dan Kesihatan menjadi kurang menguntungkan. Bagi
membendung kos dan penyalahgunaan yang timbul daripada tuntutan
yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh pengendali
Takaful, termasuk kaedah berikut:

1. Had kawalan dalaman


2. Jadual prosedur pembedahan
3. Tempoh maksimum pampasan
4. Tempoh masa kos perbelanjaan akan dibayar
5. Pembayaran bersama untuk menaik-taraf bilik
6. Deduktibel
7. Panel hospital

A9.7 KEMASUKAN KE HOSPITAL TANPA BAYARAN


TUNAI

Dibawah konsep kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai, apabila


pemegang sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dimasukkan ke
hospital, kemasukan ke wad hospital panel diuruskan dengan adanya
surat jaminan dan pihak hospital tidak lagi memerlukan bayaran
deposit. Apabila pemegang sijil mendaftar keluar dari hospital, ia
tidak perlu membayar bil rawatan. Semua faedah rawatan yang layak
diterima oleh pemegang sijil akan ditanggug oleh pengendali Takaful.
Pengendali Takaful yang diwakili oleh pentadbir pihak ketiga (Third
Party Administrator TPA) akan berurusan dengan pihak hospital
dan menyelesaikan semua bayaran bil rawatan. Pemegang sijil hanya
perlu membayar caj yang tidak ditanggung oleh pengendali Takaful.

Perlu dinyatakan bahawa urusan kemasukan ke hospital tanpa


menggunakan wang tunai ini biasanya dibuat tanpa ikatan kontrak
tetap, kecuali sekiranya ia dinyatakan secara khusus dalam kontrak
Takaful. Kemudahan ini dianggap sebagai khidmat nilai tambah yang
disediakan oleh pengendali Takaful kepada pemegang sijil yang
layak.
204 Amalan Asas Takaful

1. Pentadbir Pihak Ketiga (Third Party Administrator TPA)

Pentadbir Pihak Ketiga adalah wakil kepada pengendali Takaful,


yang bertanggungjawab menyelesaikan pembayaran balik
tuntutan dan tuntutan tanpa tunai. Pentadbir pihak ketiga juga
yang meluluskan permintaan pihak yang menuntut (pemegang
sijil) perkhidmatan tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan
tersebut. Fungsi tugas pentadbir pihak ketiga adalah seperti
berikut:

a. Perkhidmatan Tanpa Wang Tunai


Perkhidmatan tanpa wang tunai adalah salah satu fungsi
penting pentadbir pihak ketiga, yang bermaksud sekiranya
peserta dimasukkan ke hospital yang disenaraikan dalam
senarai panel pengendali Takaful, bil rawatan akan dibayar
secara langsung oleh pengendali Takaful dan peserta tidak
perlu membayar apa-apa.

b. Penyelesaian Tuntutan
Pentadbir pihak ketigalah yang bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal tuntutan dari menerima notis
pemberitahuan tuntutan, menasihati pelanggan mengenai
pilihan hospital panel, meluluskan tuntutan tanpa tunai dan
pembayaran balik, dan sehinggalah membayar tuntutan
kepada pelanggan.

c. Menyelenggara Pengkalan Data


Apabila sijil Takaful telah dikeluarkan, semua rekod
pemegang sijil akan disampaikan kepada pentadbir pihak
ketiga. Semua urusan komunikasi peserta adalah dengan
pentadbir pihak ketiga dan tidak dengan pengendali Takaful.
Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir pihak ketiga untuk
menyelenggara pangkalan data peserta dan mengeluarkan kad
keahlian kepada mereka dengan nombor pengenalan yang
unik.

Das könnte Ihnen auch gefallen