Sie sind auf Seite 1von 7

BILIK DARJAH ABAD 21

1 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman
serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan
Teknologi . Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang
menghadapi masalah menyedia dan mengeluarkan sumber manusia
atau tenaga kerja yang berkualiti. Syarikat-syarikat perniagaan dan juga
agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan kurang
kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara kolaboratif dan
mengurus masa. Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa. Oleh itu,
pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan
kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran Abad
21.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah


merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025
(PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan Abad
ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Ini adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan
sistem pendidikan di negara kita.

2 RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad 21 merupakan salah satu


agenda penting yang perlu dilaksanakan bagi menyahut semangat PPPM.

3 MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad 21 dilaksanakan untuk melahirkan


murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat
global.

4 OBJEKTIF

1. Membangunkan persekitaran bilik darjah Abad 21

2. Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi Abad 21

3. Memberi kemahiran pembelajaran Abad 21 kepada murid-murid


4. Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai
strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah

5. PEMBELAJARAN ABAD 21

i. Murid belajar melalui projek yang bermakna


Murid merangka, melaksana dan mempamer projek yang menggambarkan
pandangan mereka, hubungan dengan mata pelajaran dan hubungan dengan
kehidupan dan masa depan

ii. Sekolah sebagai tapak inkuiri


Murid mempelajari kemahiran memperoleh, menilai, mengguna maklumat dari
pelbagai sumber khususnya teknologi. Pembelajaran bersambung di luar sesi
persekolahan

iii. Pendidik sebagai guru dan juga pelajar


Guru sentiasa mempelajari dan mempertingkat keilmuan dan kemahiran. Arif
tentang perubahan yang berlaku dan berinteraksi dengan rakan sejawat

iv. Murid berkolaborasi dalam pembelajaran


Murid sepatutnya lebih tahu minat mereka dan cara yang berkesan untuk
mereka belajar. Mereka berinteraksi (komunikasi) sesama mereka dan melalui
teknologi. Guru membimbing mereka memaksimumkan potensi diri

v. Pendidikan memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital


Kemahiran teknologi digital menjadi perkara wajib dikuasai oleh semua kerana ia
menjadi sumber utama pendidikan. Teknologi membantu guru mengesan
kemajuan murid. Murid menggunakannya untuk melaksanakan tugasan yang
pelbagai bentuk. Kemahiran ini adalah di antara keperluan untuk pembelajaran
sepanjang hayat.

vi. Penilaian yang berkesan (objektif, telus & berterusan)


Kemajuan murid sentiasa dipantau. Cara guru menilai akan menggambarkan
bagaimana guru mengajar. Penilaian adalah untuk penambahbaikan

Peranan Guru
Membimbing, membincang , menilai dan memberi sokongan /bantuan kepada
yang memerlukan.

6. Bagaimana persekitaran pembelajaran?

Bilik darjah sebagai bilik sumber


Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (MP) untuk MP teras atau MP
kritikal (Subject based Classroom SBC)
Makmal dan bengkel adalah/sepatutnya SBC
ABM, BBM, BBM dan bahan pembelajaran lain di dalam bilik darjah
Dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) Instant Access/
Interactive
Dilengkapi LCD dan/atau direct projector
Papan putih/soft board
Murid duduk dalam kumpulan (4 5 orang)
Hasil kerja murid dipamer
Rekod kerja murid / perkembangan murid
Bilik guru mata pelajaran
Peralatan ICT lain yang bersesuaian

Bilangan kelas terhad


Tempatkan di lokasi yang strategik yang mudah diaskses murid dan terkawal

7. Bagaimana rupa bilik darjah Abad ke 21 ?

i. Smart board / Touch screen/ LCD besar dgn komputer


Mudah demonstrasi kepada murid, bimbing murid

ii. Susunan meja-kerusi dalam kumpulan


Murid berinteraksi untuk mencari penyelesaian.
Murid bekerjasama

iii. Satu kumpulan 1 komputer


Guna sama komputer agar murid berkomunikasi melaksanakan tugasan

iv. Sambungan internet


Capaian yang baik membolehkan tugasan dilaksana dengan baik

v. Netbooks
Untuk tugasan individu dan ujian/peperiksaan

vi. Papan kenyataan


Bahan atau hasil kerja murid dipamer

vii. Bekalan elektrik


Bilangan soket elektrik yang mencukupi

8. Kesediaan Guru
i. Peranan guru
sebagai fasilitator iaitu membimbing, membincang , menilai dan memberi
sokongan /bantuan

ii. Mempertingkat keilmuan dan kemahiran


Guru juga sebagai pelajar iaitu sentiasa belajar (HOTS, PBS, pedagogi,
kandungan, kemahiran menyoal, dasar-dasar KPM dll)

iii. Pendekatan pedagogi


Menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan keperluan murid
Berpusatkan murid (cth. berasaskan projek)
Penglibatan aktif murid thinking hats, main peranan
iv. Penggunaan ICT
Mencari maklumat, memberi tugasan, menyemak tugasan, rekod
perkembangan murid

v. Penilaian berterusan
Sentiasa mengesan kemajuan murid dan membantu yang memerlukan
Objektif, telus, bermakna dan berterusan
kad penilaian evaluation tree (hujung waktu p&p)
exit cards apa yang dipelajari, apa yang mereka perlukan, apa masalah
Formatif dan sumatif

9. Cabaran

i. Pembugaran kemahiran keilmuan dan pedagogi guru peruntukan


kewangan & masa

ii. Kemudahan ICT perolehan dan penyenggaraan. Chrome book vs VID-


Thin Client ??

iii. Akses internet yang mantap

iv. Kekurangan kelas dan bilangan murid yang terlalu ramai (sekolah
tertentu)

v. Kekurangan guru opsyen bagi mata pelajaran kritikal seperti Bahasa


Melayu dan Bahasa Inggeris

vi. Kaedah penilaian akan menentukan kaedah pengajaran

Penilaian murid

Penilaian prestasi guru & PGB

Penilaian prestasi sekolah

10. Kemahiran pemudahcaraan dan pembelajaran (PdP) yang


terdapat dalam Abad ke-21 ialah:

i. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)


ii. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and
technology skills)
iii. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

11 Elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad ke-21


ialah:

i. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)


ii. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem
Solving)
iii. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
iv. Literasi Maklumat (Information Literacy)
v. Literasi Media (Media Literacy)
vi. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,
Communications and Technology Literacy)
vii. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and
Adaptability)
viii. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
ix. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
x. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
xi. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

12. Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut:

i. Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)


ii. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
iii. Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
iv. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
v. Memiliki kemahiran kaunseling
vi. Menggunakan teknologi terkini

13. Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21


ialah:

i. Berupaya membuat hubung-kait


ii. Bijak menyoal
iii. Yakin berkomunikasi
iv. Mengambil risiko
v. Dahagakan ilmu
vi. Ingin tahu
vii. Menjana idea
viii. Fleksibel
ix. Tidak berputus asa
x. Mendengar dan membuat refleksi
xi. Berkemahiran kritis
xii. Menguasai kemahiran literasi
xiii. Berani mencuba
xiv. Mampu berfikir sendiri
xv. Membuat inisiatif
xvi. Mampu bekerja dengan orang lain
xvii. Membuat perubahan
xviii. Berintegriti
xix. Berkeperibadian tinggi

14. BILIK DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:

i. Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil


usaha murid supaya menarik dan bermakna.
ii. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing,
belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah:

Bilik darjah sebagai bilik sumber

i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).


ii. Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3
unit) Instant Access / Interactive/ dilengkapi LCD dan / atau direct projector /
Papan putih /soft board.
iii. Hasil kerja murid dipamerkan.

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based


Classroom SBC)

i. Murid duduk dalam kumpulan (4 6 orang).


ii. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
iii. Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit)
Instant Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector /
Papan putih / soft board.
iv. Hasil kerja murid dipamerkan.
v. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas
yang mempunyai murid kurang daripada 25 orang / mempunyai banyak kelas
kosong
vi. Bilik darjah terbuka (Outdoor Classroom)
vii. Lorong bermaklumat
viii. Ruang santai

TUGASAN KUMPULAN

Aktiviti : 1
i. Nyatakan perbezaan pembelajaran Abad ke 20 dengan Abad ke
21.
ii. Cari persamaan antara pembelajaran Abad ke 20 dan Abad ke
21.

Aktiviti : 2
Apakah kemahiran yang perlu ada dalam pembelajaran Abad ke
21 ?

Aktiviti : 3
Apakah yang dimaksudkan pedagogi Abad ke 21 ?
Aktiviti : 4
i Setiap kumpulan hendaklah melukis Pelan Bilik Darjah Abad ke 21
mengikut kreativiti masing-masing.

ii. Pembentangan
a. Nyatakan Konsep dan ciri- ciri Bilik Darjah Abad Ke 21
b. Nyatakan sebab pemilihan konsep tersebut.

Das könnte Ihnen auch gefallen