Sie sind auf Seite 1von 12

SULIT 2 1249/1

1 Maklumat berikut merupakan salah satu petempatan yang terdapat dalam


tamadun Mesopotamia.

Zigurat

Apakah peranan petempatan tersebut?


A Melatih pentadbir negara
B Menyimpan harta kerajaan
C Menyediakan latihan ketenteraan
D Memajukan pendidikan masyarakat

2 Tokoh berikut merupakan pemerintah Mesir Purba yang terkenal.

Firaun Senuusret III

Apakah sumbangan beliau kepada tamadun Mesir Purba?


A Membina piramid
B Menggubal perlembagaan
C Membina sistem pengairan
D Memperkenalkan sistem tulisan

3 Senarai berikut berkaitan dengan perundangan yang diamalkan dalam tamadun


awal dunia.

Tiang Asoka
Hukum Kanun 12

Apakah persamaan perundangan tersebut?


A Dibukukan oleh pemerintah
B Menjatuhi hukuman yang berat
C Didominasi oleh golongan Brahmin
D Menitikberatkan pembacaan masyarakat

1249/1 SULIT
SULIT 3 1249/1

4 Bidang sains dan teknologi berkembang dalam tamadun Yunani dengan ketara
khususnya dalam ilmu matematik, astronomi dan perubatan.
Mengapakah berlaku peningkatan dalam bidang tersebut?
A Arahan pemerintah
B Berlaku perluasan kuasa
C Kemajuan ilmu terdahulu
D Memenuhi keperluan masyarakat

5 Peta berikut menunjukkan kerajaan maritim di Asia Tenggara

Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?

A Mempunyai pusat latihan kelautan


B Mengamalkan prinsip demokrasi
C Mahir dalam pembinaan kapal
D Mendapat bantuan kerajaan asing

6 Maklumat berikut berkaitan dengan kedatangan pengaruh agama Hindu dan


Buddha ke Asia Tenggara.

Penemuan arca dengan ikatan tali


kulit harimau di Srivijaya.

Penemuan tersebut menunjukkan pengaruh Hindu dan Buddha berkembang


ke Asia Tenggara melalui

A tentera penakluk
B ahli perdagangan
C golongan pendeta
D penyesuaian budaya

1249/1 SULIT
SULIT 4 1249/1

7 Tokoh berikut berperanan penting dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Abu Talib
Abdul Muttalib
Halimatus Sadiyah

Apakah peranan tokoh tersebut?


A Mengetuai ketenteraan
B Meramal kerasulan
C Melindungi keselamatan
D Menyediakan modal perniagaan

8 Penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya oleh


masyarakat Quraisy.

Apakah langkah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seterusnya?

A Melakukan hijrah
B Menawan Kota Makkah
C Menandatangani perjanjian
D Mendapat bantuan pembesar

9 Apakah yang terkandung dalam Piagam Madinah yang menghalang kemajuan


ekonomi?
A Mencari keuntungan
B Mengamalkan riba
C Membayar zakat
D Memberi sedekah

10 Apakah faktor yang membolehkan Nabi Muhammad SAW membuka semula Kota
Makkah pada tahun 630 M.?
A Perlanggaran perjanjian
B Penyerahan kuasa
C Pemalsuan dokumen
D Penipuan perdagangan

1249/1 SULIT
SULIT 5 1249/1

11 Bagaimanakah Khalifah Umar bin al-Khattab mengawal penyelewengan dalam


kalangan hakim?
A Mengenakan hukuman tegas
B Melucutkan jawatan
C Meningkatkan bayaran gaji
D Mengadakan kursus kehakiman

12 Senarai berikut merujuk kepada tokoh Islam.

Al-Khawarizmi
Al-Battani
Al-Bitruni

Apakah sumbangan tokoh tersebut?


A Menubuhkan pusat keagamaan
B Memajukan bidang matematik
C Menggubal undang-undang
D Mengubah struktur organisasi sosial

13 Rajah berikut berkaitan dengan penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Ulama Mengislamkan golongan raja dan bangsawan

Mengapakah ulama mengambil tindakan tersebut?


A Mengutamakan konsep daulat
B Menghormati kuasa raja
C Mengetahui kesetiaan rakyat
D Mematuhi etika berdakwah

1249/1 SULIT
SULIT 6 1249/1

14 Rajah berikut berkaitan dengan motif dalam seni ukiran kayu masyarakat Melayu.

Tumbuh-tumbuhan
Bunga-bungaan

Apakah yang dapat dirumuskan terhadap penggunaan motif tersebut?

A Pengaruh Hindu-Buddha
B Pengaruh ajaran Islam
C Pengaruh animisme
D Pengaruh adat tradisional

15 Maklumat berikut adalah istilah bagi sultan selepas kedatangan Islam di Tanah
Melayu.

Zillullah fil-alam
Zillullah fil-ardh

Apakah yang dapat dikaitkan dengan istilah tersebut terhadap sultan?


A Ketaatan
B Kekuasaan
C Kekayaan
D Kewibawaan

16 Institusi berikut adalah pengaruh kedatangan Islam.

Baitulmal

Apakah fungsi utama institusi tersebut?


A Memantapkan hubungan diplomatik
B Meningkatkan mobiliti sosial
C Menguruskan harta kerajaan
D Mengukuhkan pertahanan negara

1249/1 SULIT
SULIT 7 1249/1

17 Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan Zaman Gelap yang berlaku di


Eropah.
Masa Peristiwa
476 M Kejatuhan Rom Barat

Apakah kesan selepas kejatuhan empayar tersebut?


A Golongan hamba berkurang
B Kemunculan golongan baron
C Taraf hidup meningkat
D Kemerosotan kuasa institusi gereja

18 Rajah berikut merujuk kepada tujuan kedatangan kuasa Barat ke Asia.

Zaman Penjelajahan Zaman Penjajahan


Mendapat rempah ratus Mendapat bahan mentah

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?


A Pertambahan penduduk
B Kemunculan golongan artisan
C Kejatuhan harga rempah ratus
D Kemajuan perindustrian berlaku

19 Maklumat berikut adalah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British pada abad
ke-20.

Enakmen Tanah Padi 1917


Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934

Mengapakah British mengambil tindakan tersebut?


A Menyekat pencerobohan terhadap tanah adat
B Melindungi kepentingan pengusaha ladang
C Menstabilkan harga tanaman tradisional
D Memperbaiki kualiti penghasilan tanaman

1249/1 SULIT
SULIT 8 1249/1

20 Jadual berikut menunjukkan pertambahan jumlah kemasukan kaum imigran ke


Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada awal abad ke-20.
Tahun Jumlah (orang)
1891 163 000
1901 300 000

Apakah kesan pertambahan penduduk tersebut?


A Pengukuhan kuasa pemimpin tempatan
B Peningkatan penempatan setinggan
C Kewujudan masyarakat majmuk
D Kemajuan pertanian sara diri

21 Kuasa Barat telah melaksanakan Sistem Birokrasi Barat selepas menguasai Asia
Tenggara.

Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

A Pelaksanaan sistem ufti


B Pelantikan pembesar daerah
C Pengekalan pemerintahan beraja
D Pengenalan undang-undang penjajah

22 Dalam bidang ketenteraan Jepun berjaya menewaskan China pada 1895 dan
Rusia pada tahun 1905.

Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia tenggara?

A Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan


B Kemunculan semangat nasionalisme
C Pengamalan semangat kenegerian
D Pengukuhan sistem pertahanan

1249/1 SULIT
SULIT 9 1249/1

23 Penghulu Dol Said berjaya mematahkan serangan British pada tahun 1831.
Apakah faktor yang membawa kepada kejayaan tersebut?
A Membacakan hikayat kepahlawanan
B Memiliki kubu pertahanan
C Mempunyai peralatan moden
D Mendapat bantuan ketenteraan

24 Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
A Menghadapi masalah kewangan
B Taraf pendidikan masih rendah
C Halangan daripada pemerintah
D Perbezaan taraf antara etnik

25 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan
Melayu Melaka?
A Kerajaan
B Pembesar
C Perlembagaan
D Perbendaharaan

26 Sultan Muhammad II (1836-1886) di Kelantan telah melantik golongan pembesar


Nik dan Wan dalam pentadbiran kerajaan.
Mengapakah baginda berbuat demikian?
A Mengukuhkan kedudukan
B Mengamalkan dasar demokrasi
C Mendapat desakan masyarakat
D Memantapkan hubungan kekeluargaan

1249/1 SULIT
SULIT 10 1249/1

27 Senarai berikut merupakan golongan yang menyokong konsep Malayan Union.

Orang dagang
Golongan Melayu radikal

Mengapakah mereka menyokong konsep Malayan Union tersebut?


A Membela masyarakat pribumi
B Mengukuhkan institusi raja
C Melicinkan pentadbiran kerajaan
D Menjamin keselamatan serantau

28 Maklumat berikut berkaitan dengan hasil Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


1948.

Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu

Apakah tujuan prinsip kerakyatan tersebut diperkenalkan?


A Mengukuhkan kuasa pembesar
B Mengimbangi jumlah penduduk
C Menggalakkan kemasukan orang dagang
D Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu

29 Jadual berikut menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan


Persekutuan 1955.

Pilihan raya Majlis Perundangan


Parti Bertanding Jumlah kerusi
yang dimenangi
Perikatan 51
PAS 1

Apakah faktor kemenangan Perikatan dalam pilihan raya tersebut?


A Matlamat manifesto jelas
B Mempunyai sumber kewangan
C Memperjuangkan persamaan hak
D Mengadakan kerjasama dengan penjajah

1249/1 SULIT
SULIT 11 1249/1

30 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu


dan British pada 15 Ogos 1957.
Apakah kepentingan perjanjian tersebut?
A Meningkatkan pelaburan Barat
B Menentukan dasar pengagihan kekayaan
C Memberi hak mutlak rakyat dalam pentadbiran
D Mendukung prinsip kesamarataan pelbagai kaum

31 Senarai berikut adalah parti politik di Singapura yang menentang pembentukan


Malaysia.

Parti Buruh
Barisan Sosialis
Parti Rakyat Bersatu

Bagaimanakah penentangan tersebut diatasi?


A Mengadakan pungutan suara
B Menyekat kegiatan politik
C Mendapat persetujuan parlimen
D Memenjarakan pemimpin tertinggi

32 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di


Singapura pada Julai 1961 dan telah dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Apakah fungsi jawatankuasa tersebut?
A Membincangkan hak istimewa pribumi
B Mengadakan pilihan raya umum
C Menggubal perlembagaan negara
D Menerangkan tentang gagasan Malaysia

33 Antara berikut, yang manakah menjadi asas pembentukan parti politik di Malaysia?
A Amalan kepercayaan
B Persamaan ideologi
C Pengaruh individu
D Petempatan kaum

1249/1 SULIT
SULIT 12 1249/1

34 Badan pelaksana mempunyai kuasa-kuasa eksekutif yang termaktub dalam


. perlembagaan dan undang-undang.
Kuasa eksekutif tertinggi bagi kerajaan Persekutuan ialah
A Perdana Menteri
B Menteri Besar
C Ketua Hakim Negara
D Yang di-Pertuan Agong

35 Maklumat berikut berkaitan dengan sebahagian lirik lagu kebangsaan.


.
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta.

Apakah yang dapat digambarkan dalam lirik lagu tersebut?


A Kesetiaan rakyat
B Kemajuan ekonomi
C Perubahan taraf hidup
D Menjaga hubungan diplomatik

36 Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada
. bulan Mac 1982.
Apakah matlamat dasar tersebut?
A Membuka tanah baharu
B Memajukan bidang pertanian
C Mengurus projek industri berat
D Mengurangkan beban kewangan kerajaan

37 Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965 melalui
Kajian Aminuddin Baki.
Apakah matlamat sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?
A Melahirkan tenaga kerja mahir
B Mengurangkan sekolah vernakular
C Menempatkan murid kelainan upaya
D Memendekkan tempoh pembelajaran

1249/1 SULIT
SULIT 13 1249/1

38 Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan temasya sukan yang diadakan 2 tahun


sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia ?
A Memantapkan hubungan serantau
B Mengeratkan perpaduan kaum
C Memudahkan perkongsian kepakaran
D Memperkasakan semangat kenegerian

39 Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.

Blok Kapitalis

Apakah ciri blok tersebut?


A Mengamalkan pemerintahan demokratik
B Mengutamakan satu parti politik
C Memiliknegarakan perniagaan
D Menggalakkan perlumbaan senjata

40 Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama serantau pemimpin Asia Tenggara.

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN yang


diadakan di Kuala Lumpur pada November 1971
telah menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur

Apakah yang dimaksudkan dengan deklarasi tersebut?


A Pengisytiharan zon berkecuali
B Penentangan keganasan
C Penekanan industri berat
D Perjanjian ketenteraan

KERTAS SOALAN TAMAT

1249/1 SULIT

Das könnte Ihnen auch gefallen