Sie sind auf Seite 1von 19

MPPU1003 (03) INNOVATIONS IN LEARNING AND

TEACHING

LAPORAN AKHIR
PROJEK INOVASI

NOORAMIRA BINTI ROZALI

NUR ATIKAH BINTI HUSSEIN

SYARFA NURREZAN BINTI SALAMUN

NOOR ASMINA BINTI MOHD RASHID


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Tajuk Projek
1.2 Ahli Kumpulan
1.3 Nama Pensyarah
2.0 CADANGAN PROJEK
2.1 Latar Belakang Projek
i. Latar Belakang Masalah
ii. Analisis Masalah
2.2 Aspek Pembinaan Projek
i. Panduan Pembinaan Aktiviti
ii. Keistimewaan Modul
3.0 POTENSI PASARAN
3.1 Aspek Pasaran
i. Sasaran Modul
ii. Sasaran Pasaran
4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK
4.1 Carta Gantt dan Milestone
4.2 Prosedur Projek
5.0 KOS PROJEK
5.1 Anggaran Kos dan Bahan
6.0 FAEDAH PROJEK
6.1 Kepentingan Projek
7.0 KAJIAN RINTIS
7.1 Analisis Soal Selidik Guru
7.2 Analisis Soal Selidik Murid
8.0 PERBINCANGAN

RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Tajuk Projek

Tajuk projek yang dilaksanakan adalah projek pembinaan Modul Pembelajaran Aktif
Matematik (Statistik). Modul ini merupakan modul pembelajaran yang dikhususkan untuk
topik statistik. Skop projek bagi pembinaan modul pembelajaran adalah modul ini
mengandungi koleksi aktiviti yang dapat membina persekitaran pembelajaran sama ada dalam
mahupun di luar bilik darjah. Bukan itu sahaja, kandungan aktiviti yang dibina ini dapat
mengasah pelbagai kemahiran murid seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran interpersonal
dan kemahiran berkomunikasi. Objektif projek ini ialah membina modul pembelajaran yang
mengandungi koleksi aktiviti untuk dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah bagi
mengukuhkan pengetahuan asas statistik di samping mengasah kemahiran insaniah murid.

1.2 Ahli Kumpulan

Projek pembinaan modul pembelajaran ini mempunyai seramai empat orang ahli
kumpulan. Empat orang ahli tersebut ialah Nooramira binti Rozali, Nur Atikah binti Hussein,
Syarfa Nurrezan binti Salamun dan Noor Asmina binti Mohd. Rashid.

1.3 Nama Pensyarah

Projek pembinaan pembelajaran ini dibimbing oleh dua orang pensyarah Universiti
Teknologi Malaysia dan dua orang tersebut ialah Dr. Shaharuddin Md. Saleh dan Dr.
Norazrena binti Abu Samah.
2.0 CADANGAN PROJEK

2.1 Latar Belakang Projek


i. Latar Belakang Masalah

Statistik merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun,


menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Dalam silibus
matematik tingkatan 2, pelajar mula mempelajari topik statistik dan memahami cara-cara untuk
:
i. Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul secara mengira dan
mengukur.
ii. Mengumpul dan merekodkan data secara sistematik.
iii. Menentukan kekerapan dalam suatu data.
iv. Menentukan data yang mempunyai kekerapan tertinggi, terendah dan kekerapan
bagi suatu nilai tertentu.
v. Memperoleh maklumat daripada jadual kekerapan, piktograf, carta palang dan
graf garis.
vi. Mengurus data dengan membina jadual gundalan dan jadual kekerapan.
vii. Membina piktograf dan carta palang untuk mewakilkan data.
viii. Mewakilkan data menggunakan graf garis.
ix. Menyelesaikan masalah yang melibatkan piktograf, carta palang dan graf garis.

Pembelajaran matematik memerlukan suatu bentuk pembelajaran yang dapat


memaksimumkan keupayaan pelajar dalam belajar matematik. Kepentingannya tidak terlepas
dari peranan matematik dalam segala jenis dimensi kehidupan, misalnya dalam membuat logik,
kemampuan menghitung dan mengukur. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya fungsi
matematik, terutama sebagai sarana menyelesaikan masalah.

Mel Silberman (2009) menyatakan pembelajaran aktif boleh didefinisikan hasil


pernyataan daripada Conficius iaitu What I hear, I forget; What I hear and see, I remember a
little; What I hear, see and ask question about or discuss with someone else, I begin to
understand; What I hear, see, discuss and do, I acquire knowledge and skill; What I teach to
another, I master (Apa yang saya dengar, saya lupa; Apa yang saya dengar dan lihat, saya ingat
sedikit; Apa yang saya dengar, lihat dan tanyakan atau diskusikan dengan beberapa teman, saya
mulai faham; Apa yang saya dengar, lihat, diskusikan dan lakukan, saya memperoleh
pengetahuan dan keterampilan; Apa yang saya ajarkan pada orang lain, saya menguasainya.)

ii. Analisis Masalah

Matematik merupakan subjek yang kurang dijalankan di luar bilik darjah kerana guru
menganggap bahawa practice and drill adalah strategi yang lebih sesuai digunakan untuk
menguasai topik-topik dalam subjek matematik. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar
melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran supaya dapat mengingat maklumat
yang diperlukan. Mayer (2004) mencadangkan pelajar perlu aktif secara kognitif. Pelajar yang
terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah,
mengemukakan cadangan, memberi pengertian baru kepada sesuatu topik, dan berkebolehan
untuk menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru.

Dalam meniti abad ke-21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki
kemahiran pembelajaran dan inovasi agar dapat melahirkan pelajar abad ke-21 yang celik dari
segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Antara aspek yang
perlu dimiliki oleh pelajar adalah seperti :
i. Pelajar berupaya membuat hubung kait di antara subjek yang dipelajari dengan
keadaan sekeliling.
ii. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
iii. Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam
bilik darjah.
iv. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan
oleh guru dan juga berani mencuba.
v. Mempunyai perasaan ingin tahu.

2.2 Aspek Pembinaan Projek


i. Panduan Pembinaan Aktiviti
Elemen utama yang penting dalam pembinaan modul pembelajaran ini adalah
penyediaan aktiviti. Bagi membina aktiviti yang bertepatan berdasarkan matlamat dan objektif
pembinaan modul ini maka garis panduan dalam membina aktiviti telah disediakan. Garis
panduan adalah seperti berikut :
Kenal pasti hasil pembelajaran topik statistik tingkatan dua dan tiga
berdasarkan huraian sukatan pelajaran.
Mengambil kira faktor masa bagi satu sesi antara 40-45 minit dan dua sesi
antara 80-90 minit.
Mengutamakan penggunaan strategi pembelajaran berpusatkan murid.
Aktiviti adalah selaras untuk semua pelajar tanpa mengambil kira pencapaian
akademik mereka.
Panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di dalam dan luar bilik
darjah.

Garis panduan ini digunakan sebelum membina aktiviti yang bertujuan untuk
mendapatkan gambaran awal ciri-ciri aktiviti yang diingini. Bukan itu sahaja, garis panduan
ini juga dirujuk kembali selepas membina aktiviti untuk memastikan aktiviti yang dibina adalah
bertepatan dengan objektif pembinaan modul ini.

ii. Keistimewaan Modul

Modul pembelajaran aktif Matematik yang khusus hanya pada topik Statistik yang
bakal diterbitkan ini merupakan sebuah modul yang mempunyai keaslian tersendiri dan tidak
diciplak dari mana- mana pihak. Semestinya terdapat banyak modul bagi subjek Matematik
yang telah dihasilkan oleh pelbagai pihak, namun bagi modul ini, hanyalah menekankan dan
fokus pada topik Statistik tingkatan 2 dan 3 sahaja.

Modul ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik yang disediakan khas untuk
membantu para guru untuk mengajar topik Statistik kepada setiap murid. Tidak seperti modul
Matematik yang lain, modul ini tidak bercampur dengan soalan- soalan langsung tentang topik
Statistik seperti yang di dapati di dalam buku teks. Tetapi keseluruhan isi kandungan modul ini
hanyalah terdiri daripada projek dan aktiviti di luar bilik darjah yang mana berkait dengan
topik.

Selain itu, aktiviti modul ini juga akan dilaksanakan di luar bilik darjah. Tidak seperti
modul lain yang memerlukan murid untuk menulis dan membaca di bilik darjah. Jadi, murid
tidak perlu merujuk kepada buku teks apabila menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru.
3.0 POTENSI PASARAN

3.1 Aspek Pasaran


i. Sasaran Modul

Modul pembelajaran ini adalah untuk kegunaan para guru Matematik dalam
membantu memantapkan pengetahuan asas statistik murid melalui aktiviti yang disediakan.
Bukan itu sahaja, modul ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. Selain itu, modul ini adalah untuk kegunaan murid tingkatan dua
dan tiga sahaja. Penggunaan modul ini diutamakan untuk para guru sahaja manakala murid
akan melaksanakan aktiviti dalam modul berdasarkan soalan dan arahan guru.

ii. Sasaran Pasaran

Modul pembelajaran ini mempunyai nilai komersial yang tinggi terutamanya dalam
bidang pendidikan kerana modul ini dibina adalah sebagai panduan guru Matematik dalam
mengajar topik statistik. Bukan itu sahaja, modul ini juga membantu guru dari segi pengawalan
masa pengajaran dan memberikan guru idea dalam melaksanakan aktiviti. Selain itu, modul ini
boleh digunakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Modul ini juga
dibina bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 yang dapat melahirkan produk murid
seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK

4.1 Carta Gantt dan Milestone

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13


Analisis
Strategi
Bahan
Kertas
Kerja
Kajian
Rintis
Penilaian
Analisis
Data
Produk
Laporan
Akhir

Milestone 1: Penghantaran Kertas Kerja


Tarikh : 29 April 2015

Milestone 2: Selesai kajian rintis


Tarikh : 7 Mei 2015

Milestone 3: Hasil produk lengkap


Tarikh : 14 Mei 2015

4.2 Prosedur Projek

Projek dalam membina Modul Pembelajaran Aktif Matematik (Statistik) memerlukan


beberapa prosedur. Prosedur pertama yang diambil adalah dengan melakukan analisis terhadap
skop projek, latar belakang masalah dan analisis masalah. Prosedur ini dijalankan bagi
mengenal pasti masalah yang sering dialami oleh murid di sekolah menengah. Ianya juga
adalah bertujuan ini membantu guru dalam mempelbagaikan proses PdP di sekolah di samping
menarik minat murid untuk menerima mata pelajaran matematik sebagai salah satu mata
pelajaran yang menarik dan seronok. Masalah-masalah yang sering dialami sama ada dari
kalangan murid atau guru adalah pembelajaran yang membosankan, guru kekurangan idea
untuk memikirkan kaedah pembelajaran dan kekurangan masa untuk mencari dan berfikir idea
yang menarik. Segala aspek tersebut di ambil kira dalam menghasilkan modul ini kerana modul
ini adalah sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah, bukan
modul yang diberikan kepada murid.

Prosedur kedua adalah mengenal pasti hasil pembelajaran topik statistik bagi
Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Hasil pembelajaran ini penting sebagai asas kepada pencetusan
idea aktiviti dan strategi pembelajaran yang sesuai digunakan. Strategi pembelajaran yang
dipilih adalah strategi-strategi yang bersifat pembelajaran aktif seperti pembelajaran
berasaskan permainan (games based learning), pembelajaran berasaskan projek (project based
learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning). Strategi-strategi ini
juga dapat membantu meningkatkan penaakulan murid dalam kemahiran matematik dan
meningkatkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

Prosedur seterusnya adalah kajian rintis yang akan dijalankan ke atas modul yang telah
dihasilkan Temu bual akan dilakukan kepada dua pihak iaitu guru matematik sekolah
menengah dan murid Tingkatan 4. Temu bual yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan
kesesuaian tempoh masa dan penerimaan guru terhadap aktiviti-aktiviti yang terkandung di
dalam modul tersebut. Kajian ini juga adalah bagi memastikan keberhasilan dalam mencapai
objektif utama penghasilan modul ini iaitu bagi mewujudkan pembelajaran aktif di luar bilik
darjah bagi topik statistic. Hasil temu bual akan dianalisis bagi meningkatkan mutu modul ini.
Segala perubahan akan dilakukan mengikut saranan dan komen yang diberikan oleh guru-guru
mata pelajaran matematik. Temu bual ke atas murid pula adalah untuk mengenal pasti
penerimaan dan keterujaan mereka apabila menjalankan proses PdP di luar bilik darjah. Murid
tingkatan 4 digunakan kerana mereka telah mempelajari topik ini dan dapat memberi komen
yang wajar berdasarkan pengalaman yang lalu. Prosedur terakhir adalah penghasilan modul
yang terbaru setelah di naik taraf berdasarkan penilaian dan analisis data yang dilakukan.
5.0 KOS PROJEK

5.1 Anggaran Kos dan Bahan

Bahan Kuantiti Kos (RM)


Kertas
1. Muka depan (saiz A4 - 120gsm) 2 2.00
2. Kandungan (saiz A4 80 gsm) 40 4.00

Reka bentuk muka depan 1 50.00

Percetakan (muka depan warna ) 1 2.00

Percetakan (kandungan hitam ) 40 8.00

Binding 1 20.00

Jumlah 82.00
6.0 FAEDAH PROJEK

6.1 Kepentingan Projek

Sesebuah projek yang ingin dijalankan semestinya mempunyai faedah dan


kepentingan yang tersendiri. Bagi modul pembelajaran aktif Matematik yang khusus hanya
pada topik Statistik ini bakal menekankan konsep pemahaman terhadap semua murid
Tingkatan 2 dan 3. Para guru bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti yang telah
disediakan di dalam modul dan setiap murid akan terus memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan berdasarkan aktiviti dan permasalahan yang diberikan. Secara tidak langsung, dengan
menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut, murid terus dapat memahami setiap konsep
dan rumus di dalam topik Statistik tersebut.

Modul ini juga mengambil kira tentang suasana persekitaran sewaktu pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Suasana di dalam bilik darjah yang menjadi kebiasaan bagi setiap
murid dan guru boleh menjejaskan mood dan tahap penerimaan ilmu oleh seseorang murid.
Dalam erti kata lain, murid akan merasa bosan dan lebih tertekan jika berterusan belajar subjek
Matematik di dalam bilik darjah. Tambahan pula, subjek Matematik merupakan satu subjek
yang memerlukan kefahaman yang mendalam bagi setiap murid. Dengan melakukan aktiviti
di luar bilik darjah seperti di dalam dewan sekolah, padang sekolah, tapak perhimpunan,
mahupun di kantin sekolah, minda setiap murid akan lebih terbuka. Mereka dapat
menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru berdasarkan persekitaran di luar bilik darjah. Ini
dapat memberangsangkan minda para murid untuk lebih aktif sewaktu mempelajari topik
Statistik di samping melahirkan perasaan yang lebih teruja ketika belajar di luar bilik darjah.

Di samping itu, melalui modul ini juga, guru dapat mengesan masalah berkaitan topik
statistik yang dihadapi oleh setiap murid. Melalui aktiviti yang dijalankan, proses pembelajaran
akan bertambah mudah apabila setiap guru melihat sendiri masalah murid apabila menjalankan
aktiviti, dan bukan hanya bergantung kepada menyelesaikan soalan berdasarkan buku teks
semata. Seperti contoh, pembelajaran berasaskan masalah (Problem based learning) dapat
membantu para guru untuk melihat kelemahan setiap murid dalam menyelesaikan masalah di
dalam modul tersebut berbanding memberi soalan untuk diselesaikan oleh murid yang
berkemungkinan murid akan meniru jawapan rakan yang lain. Hal ini membuatkan guru
beranggapan semua murid telah faham apa yang diajar.
Bukan itu sahaja, modul yang bakal diterbitkan ini juga dapat mencungkil daya
kreativiti seseorang murid. Pembelajaran berasaskan projek dan berasaskan penyelesaian
masalah dapat membuat setiap murid sentiasa berfikir kaedah atau cara untuk menyelesaikan
setiap permasalahan di dalam soalan dan juga untuk menyiapkan sesuatu projek yang diarahkan
oleh guru. Secara tidak langsung, murid akan menjana kreativiti mereka dalam menyelesaikan
masalah berkaitan topik statistik sewaktu di dalam kelas mahupun sewaktu peperiksaan.

Modul bagi topik Statistik ini turut berpeluang melahirkan kemahiran insaniah dalam
kalangan murid. Murid dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan bagi menjalankan aktiviti
dan projek yang diberikan oleh guru. Sifat kepimpinan dan tolak ansur juga dapat disemaikan
dalam diri setiap murid di mana sifat sedemikian amat penting untuk mereka di masa hadapan.
8.0 KAJIAN RINTIS

8.1 Analisis Soal Selidik Guru

Latar belakang demografi responden terbahagi kepada tiga iaitu jantina, pengalaman
dan kategori sekolah. Seramai tiga orang guru perempuan dan seorang guru lelaki dijadikan
responden dalam soal selidik ini. Dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar melebihi
lima tahun dan dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar kurang dari lima tahun. Soal
selidik ini diedarkan kepada dua orang guru yang mengajar di sekolah bandar dan dua orang
guru yang mengajar si sekolah luar bandar.

Keempat-empat orang guru menyatakan aktiviti yang dibina atau dicadangkan


bersesuaian dilaksanakan dalam kawasan sekolah. Mereka menyatakan bahawa aktiviti sesuai
dilakukan di bawah pengawasan guru, melibatkan aktiviti yang berkaitan matematik, bahan
yang digunakan terdapat di sekolah dan mudah untuk dikendalikan oleh guru.

Bagi soalan kedua, mereka bersetuju bahawa aktiviti ini membantu pemahaman murid
terhadap konsep statistik. Mereka menyatakan bahawa murid akan memahami konsep jika
murid berjaya melakukan aktiviti. Selain itu, guru perlu memantau rumusan yang dibuat dan
memberi penerangan supaya konsep yang dibina adalah betul.

Modul ini juga dapat membantu memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan
aktiviti dalam bilik darjah. Ini kerana kepelbagaian aktiviti dalam bilik darjah dapat
mewujudkan suasana yang kondusif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran matematik.
Tambahan pula, aktiviti yang terkandung di dalam modul tidak melibatkan buku teks
sepenuhnya.

Berdasarkan soal selidik, modul ini mempunyai beberapa kekuatan tersendiri seperti
pelbagai aktiviti yang menarik dan kreatif, membantu pemahaman konsep statistik murid,
mengandungi kepelbagaian idea serta membantu meningkatkan minat murid untuk
mempelajari mata pelajaran matematik. Namun begitu, soal selidik ini juga perlu dilakukan
beberapa penambahbaikan seperti guru perlu menerangkan kepada murid secara lebih
terperinci. Terdapat juga soalan yang diberikan perlu diperbaiki kerana penerangannya yang
kurang jelas dan tidak berfokus. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa
aktiviti-aktiviti yang dibina adalah lebih kurang sama.
8.2 Analisis Soal Selidik Murid

Latar belakang demografi responden terbahagi kepada tiga iaitu jantina, tingkatan dan
kategori sekolah. Seramai 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan terdiri daripada
murid Tingkatan 3 telah menjawab soal selidik yang diberikan. Soal selidik diedarkan kepada
6 orang murid dari sekolah kategori luar bandar dan selebihnya dari sekolah kategori bandar.

A D A K A H T U G A S A N ATA U P R O J E K
MEMBEBANKAN MURID
Ya Tidak

8%

92%

Seorang responden (8%) menyatakan bahawa tugasan atau projek yang diberikan
adalah menambah bebanan dan tekanan sedia ada murid. Manakala 11 responden (92%) tidak
merasakan tugasan atau projek yang diberikan sebagai satu bebanan kepada mereka. Projek
atau tugasan yang diberikan ini dikatakan dapat menjimatkan masa, mengaitkan dengan
kehidupan seharian, menambah pengalaman, menguasai konsep, menarik minat, memberi
keseronokan bekerja dalam kumpulan, penggunaan teknologi dalam pengumpulan data dan
tempoh masa yang diberikan mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
ADAKAH AKTIVITI BERMAIN SAMBIL BELA JAR
MENYERONOKKAN
Ya

100%

Semua responden (100%) menyatakan bahawa aktiviti bermain sambil belajar


memberikan keseronokan kepada murid kerana aktiviti seperti ini dapat menarik minat dan
mengurangkan tekanan mereka. Selain itu, aktiviti seperti ini juga dapat menambahkan
kefahaman murid dalam topik Statistik. Tambahan pula, murid dapat berfikir secara aktif dan
berkongsi idea di antara ahli kumpulan.

A D A K A H P E M B E L A J A R A N M AT E M AT I K D I L UA R
BILIK DARJAH MEMBERI KESERONOKAN
Ya Tidak

25%

75%

Hasil soal selidik mendapati seramai 9 responden (75%) bersetuju bahawa


pembelajaran Matematik di luar bilik darjah memberi keseronokan kepada mereka.
pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat mengurangkan tekanan, mewujudkan suasana
pembelajaran baru, menambah kefahaman, memberi peluang kepada mereka untuk
mengaplikasi teori yang telah dipelajari dan memberi semangat kepada murid untuk belajar.
Manakala 3 responden (25%) tidak bersetuju jika pembelajaran dilaksanakan di luar bilik
darjah kerana pembelajaran ini mengganggu perhatian murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran di luar bilik darjah ini turut membebankan murid.
ADAKAH TUGASAN MEMBANTU DALAM
MENGAITKAN PENGETAHUAN STATISTIK DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

Ya Tidak Pasti

25%

75%

9 responden (75%) bersetuju bahawa tugasan atau projek seperti yang terkandung di
dalam modul dapat membantu murid mengaitkan pengetahuan Statistik dengan kehidupan
seharian. Murid berpendapat tugasan ini memberi peluang kepada murid untuk
mengaplikasikan teori yang terkandung dalam topik Statistik. Tambahan pula, projek atau
tugasan ini akan meningkatkan kemahiran Matematik dalam kalangan murid. Walau
bagaimanapun, 3 responden (25%) tidak pasti akan keberkesanan tugasan atau projek dalam
membantu murid membina perkaitan di antara kandungan Statistik dengan kehidupan seharian.

Berdasarkan hasil soal selidik daripada murid ini boleh dirumuskan bahawa aktiviti
pembelajaran yang dilakukan menggunakan pembelajaran aktif di luar mahupun di dalam bilik
darjah memberikan keseronokan dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Majoriti
murid menyatakan aktiviti yang dijalankan di dalam suasana yang berlainan dari biasa
membantu mereka menguasai topik dengan mudah dan mengurangkan tekanan yang mereka
alami.
9.0 PERBINCANGAN

Penambahbaikan modul dilakukan selepas mendapat komen daripada responden.


Berdasarkan analisis komen daripada responden didapati bahawa responden kurang memahami
penggunaan strategi pembelajaran di dalam modul ini. Sebagai contoh, guru menganggap
strategi pembelajaran berasaskan masalah memerlukan murid menyelesaikan masalah tersebut
sedangkan menurut Hmelo-Silver & Barrows (2006) menyatakan bahawa pembelajaran
berasaskan masalah ini tidak semestinya mempunyai satu jawapan yang tepat dan seharusnya
memerlukan penglibatan murid dalam mencari kepelbagaian jalan penyelesaian.

Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa soalan yang terkandung dalam
modul ini tidak memfokuskan kepada satu pembelajaran yang dikehendaki. Namun begitu,
keutamaan soalan yang diberikan adalah untuk mewujudkan kemahiran meta kognitif murid
kerana kemahiran ini merupakan piawaian yang perlu ada dalam pembelajaran
berasaskan masalah (Barrows, 2002). Responden juga memberikan komen terhadap hasil
pembelajaran yang perlu dicapai dalam setiap aktiviti adalah tidak relevan dengan tempoh
masa yang diperuntukkan. Walau bagaimanapun, pembinaan aktiviti yang terkandung dalam
modul ini menggabungkan hasil pembelajaran yang relevan yang dirujuk Huraian Sukatan
Pelajaran.

Modul ini mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai
fasilitator. Walker & Laery (2009) menyatakan bahawa pembelajaran berpusatkan murid dapat
memberikan galakan kepada murid mengenal pasti apa yang mereka perlu faham dan tahu
dengan mengeluarkan dan mengesan kata kunci daripada masalah yang mereka hadapi. Bukan
itu sahaja, mereka juga akan mendalami dan memperoleh maklumat tambahan.

Kesimpulannya, modul ini telah diubahsuai selepas menjalankan kajian rintis terhadap
guru dan murid. Pelbagai komen sama ada positif mahupun negatif telah membantu
penghasilan modul yang lebih baik.

RUJUKAN
Barrows, H.S. (2002). Is it Truly Possible to Have Such a Thing as dPBL? Distance
Education, 23(1), 119-122.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared for
discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National Center for
Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved from
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Hmelo-Silver, C.E., & Barrows. H.S. (2006). Goals and strategies of a problem-based
learning facilitator. The interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning, 1(1).
21-39.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan


2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mel Silberman (2009). Pembelajaran Aktif: 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Walker, A. & Leary, H. (2009). A Problem Based Learning Meta Analysis: Differences
Across Problem Types, Implementation Types, Disciplines, and Assessment Levels.
Interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning, 3(1). 12-43.

Das könnte Ihnen auch gefallen