Sie sind auf Seite 1von 6

Tahukah Anda?

: Memahami Pelan Lukisan Binaan


1.0 Panel Tajuk Menegak Atau Mendatar

Dalam format lukisan kerja, ruang di sebelah kanan atau


bawah disediakan untuk memberi maklumat mengenai setiap
helaian pelan lukisan seperti berikut:

a. Tajuk kerja (Title) - contoh: Cadangan Membina dan


Menyiapkan Sebuah Bangunan Kediaman Dua Tingkat Di Atas
Sebahagian Lot.2033 Mukim 18, Batu Pahat, Johor Untuk Tuan
Haji Ahmad Bin Sapar.

b. Tajuk Lukisan (Subtitle) - Pelan Lokasi, Pelan Tapak Dan


Pelan Lantai.

c. Tandatangan dan Tarikh - Diperuntukan kepada mereka yang


berkuasa di atas pelan tersebut, seperti Arkitek, Tuan Punya
Tanah, Jurutera, Pengarah JKR dsb.

d. Skala (Scale) - Dalam nisbah 1:10, 1:20, 1:50, 1:100 dsb.

e. Dilukis dan Disemak oleh berserta tarikh - Pelan yang


dilukis oleh Pelukis Pelan perlu disemak dan disahkan.

f. No.Lukisan (Drawing Nos.) - contoh: BBA/M/ACG-A1,


BKP(SP)402/91/1 dsb.

g. Rujukan, Arahan atau Nota Tambahan - Item ini diberikan


untuk membantu dalam memahami pelan lukisan tersebut.
*contoh: All dimensions are to be checked and verified on
site by the Contractor before commencement of work.

2.0 Pelan Kunci (Key-Plan)

- Pelan kunci memberi panduan kedudukan tanah dan tapak


cadangan pembinaan. Sempadan mukim, daerah, arah hala-tuju,
jalan raya, sungai, bandar terdekat dan lain-lain.
Contoh Key-Plan

3.0 Pelan Lokasi (Location Plan)

- Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan


pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar,
jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.

Contoh Location Plan

4.0 Pelan Tapak (Site Plan)

- Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras


tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina.
Contoh Site Plan

5.0 Keratan-keratan Pelan (Cross-sectional Drawings)

- Pelan lukisan keratan menunjukkan bangunan, tanah yang


dipotong dari aliran utara-selatan atau barat-timur memberi
maklumat butiran isi dalaman sesebuah pelan.

Contoh Cross-sectional Drawing

6.0 Perincian (Details)


- Pelan Lukisan Perincian memberi butiran yang besar dan
lebih terperinci dan jelas seperti pintu, tingkap, cucur
atap, sambungan tiang-gelegar, pemasangan pepasang sanitari.

Contoh Lukisan Perincian (Detail Drawing)

7.0 Lain-lain Pelan Lukisan

- Pada umumnya semua ahli professional mengemukakan lukisan


mereka sendiri. Arkitek mengemukakan Lukisan Arkitek, begitu
juga Jurutera Awam Dan Struktur, Mekanikal dan Elektrikal,
Landskap, Hiasan Dalaman, Jurukur Tanah, Perancang Bandar
Dan Wilayah dan seterusnya.

8.0 Lukisan Piawai

- Lukisan-lukisan piawai adalah lukisan pelan yang


Standard dan umum seperti lurang(manholes), tangki najis,
pintu, tingkap, kelengkapan-kelengkapan pepasang sanitari,
dan sebagainya yang digunakan berulang-kali dan disesuaikan
dalam keadaan-keadaan yang diperlukan.
Contoh Lukisan Piawai untuk Pembinaan Lurang (manhole)

9.0 SKALA (scale)

- Adalah nisbah ukuran di atas pelan dan dipermukaan tanah


yang sebenar. Contohnya - 1:100 bermakna 1mm di atas pelan
bersamaan 100mm di atas permukaan tanah.
Skala di atas pelan dan Skala Sebenar di tapak

Das könnte Ihnen auch gefallen