Sie sind auf Seite 1von 16

TERHAD

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PT3 TAHUN 2016
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

SMK BANDAR BARU


SRI SENDAYAN

UJIAN BERTULIS
OGOS 2 JAM

ARAHAN:
55

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.

2. Tulis Nama,Tingkatan dan Angka Giliran anda pada ruang disediakan.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang


disediakan dalam kertas soalan ini.

4. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas


peperiksaan padaUntuk
akhir Kegunaan
peperiksaan.
Pemeriksa
Nama Pemeriksa:
SAINS

Markah Markah Markah Markah


Soalan Soalan
Penuh Diperoleh Penuh Diperoleh

1 4 8 6
2 4 9 8
3 4 10 8
4 4 11 10
5 6 12 10
6 6 13 12
7 6 14 12
Jumlah
NAMA:
TINGKATAN :
ANGKA GILIRAN:

1
TERHAD

2
1. a) Oksigen merupakan salah satu komponen utama udara. Tandakan ( ) pada sifat-sifat oksigen yang
betul.

Menyokong pembakaran

Mengeruhkan air kapur

Menyalakan kayu uji berbara

Digunakan dalam respirasi

[3 markah]

b) Sebiji gelas yang diisi dengan ais ditinggalkan di dalam sebuah bilik. Selepas 10minit, titisan air kelihatan pada
permukaan gelas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dalam aktiviti ini? Bulatkan jawapan yang betul.

Udara mengandungi ( mikroorganisma / habuk / wap air )


[1 markah]

2. Rajah di bawah menunjukkan piramid makanan. Piramid makanan menunjukkan tabiat makan yang sihat
yang mengandungi jumlah yang betul bagi kelas makanan.

Padankan abjad A, B, C dan D dengan contoh makanan yang betul bagi setiap aras dalam piramid makanan.

a) Ikan, daging dan kacang

b) Mentega dan gula

c) Roti, kentang dan nasi

d) Bayam, epal dan tembikai

[4 markah]
3. Rajah di bawah menunjukkan tiga teknologi berbeza yang digunakan dalam penerokaan angkasa lepas.
Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang benar atau PALSU bagi pernyataan yang palsu.

Pernyataan BENAR atau PALSU

a) Satelit digunakan untuk menangkap gambar-gambar planet lain.

b) Kapal angkasa ulang alik boleh digunakan untuk membawa angkasawan


dari angkasa ke Bumi.

c) Stesen angkasa digunakan untuk mengendalikan kajian di angkasa.

d) Satelit mengorbit Bumi mengikut arah putaran Bumi.

[4 markah]

4. a) Tandakan () pada pernyataan yang benar dan pangkah (X) pada pernyataan yang palsu.

i) Pengguna tertier merupakan organisma yang paling sedikit bilangannya dalam ekosistem
yang mempunyai empat aras trofik.

ii) Pengeluar memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan.

[2 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan siratan makanan dalam satu ekosistem.


Berdasarkan rajah di atas, berikan contoh yang berikut.

i) Pengeluar

ii) Pengguna tertier

[2 markah]

5. a) Padankan setiap imbuhan dengan nilainya yang betul.


Imbuhan Nilai

i) 1 dekameter 10 meter

1000 meter
ii) 1 desimeter
0.1 meter

[2 markah]

b) Bulatkan jawapan yang betul tentang mesin ringkas.

(i) Mesin membolehkan kita melakukan kerja dengan kurang (daya/beban).

(ii) Tuas terdiri daripada rod yang berputar pada titik yang tetap yang dipanggil (fulkrum/daya).

[2 markah]

c) Tandakan ( ) contoh yang betul untuk tuas kelas ketiga.


[2 markah]

6. a) Rajah di bawah menunjukkan palam 3-pin yang dijumpai Mukhriz di dalam makmal kemahiran hidup.

i) Nyatakan sifat logam yang membolehkan setiap bahan yang berikut dihasilkan.

Bahan Sifat logam


Wayar kuprum
Palam pin tembaga
[2 markah]

ii) Wayar kuprum disaluti dengan sejenis bahan plastik yang dikenal sebagai polivinil klorida (PVC) supaya
selamat digunakan.
Terangkan perbezaan antara sifat wayar kuprum dengan PVC.

[2 markah]

b) Mengapakah kebanyakan wayar elektrik terdiri daripada kuprum dan tidak logam lain seperti emas atau perak?
Terangkan jawapan anda.

[2 markah]

7. a) Rajah di bawah menunjukkan dua mainan yang dipegang oleh dua magnet.
i) Pada rajah di atas, labelkan S untuk kutub selatan dan U untuk kutub utara magnet dalam kotak yang
disediakan.

[2 markah]

ii) Magnet dengan kutub yang sama akan dan magnet dengan kutub yang berbeza
akan
[2 markah]

b) Arin diberitahu oleh ayahnya bahawa dia boleh melihat medan magnet dengan menggunakan serbuk besi. Dia
meletakkan dua magnet di atas sekeping kadbod seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah dan menabur
serbuk besi di sekeliling magnet itu.

i) Pada rajah di atas lukis garisan medan magnet daripada aktiviti ini. [1 markah]

ii) Tandakan X untuk menunjukkan titik neutral pada medan magnet. [1 markah]

8. a) i) Jadual di bawah menunjukkan satu komponen elektrik, Y. Nyatakan nama dan fungsi komponen itu.

[2 markah]

ii) Komponen elektrik Y terdiri daripada gegelung primer dan gegelung sekunder. Gegelung yang manakah
mempunyai lebih banyak lilitan? Terangkan mengapa.

[2 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan sistem penghantaran tenaga elektrik.

Terangkan kepentingan komponen P dalam sistem penghantaran tenaga elektrik.

[2 markah]

9. a) Syafiq dan Khairil membawa pasukan mereka untuk bertanding dalam acara tarik tali di padang sekolah mereka.
Kedua-dua pasukan mengenakan jumlah daya yang sama apabila pusingan pertama bermula

Ramalkan arah pergerakan reben yang akan bergerak apabila pertandingan bermula. Terangkan jawapan
anda

[2 markah]

b) Dalam pusingan kedua, pasukan yang menang berjaya menarik pasukan Iawan mereka sejauh 0.75 meter
seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
i) Pasukan yang manakah menang?

[1 markah]

ii) Kira kerja yang telah dilakukan oleh pasukan yang menang.

[2 markah]

iii) Jika acara sukan ini diadakan di pantai yang berpasir, adakah kerja yang dilakukan berbeza, sekiranya
jumlah
daya yang sama dikenakan oleh pasukan yang menang? Terangkan jawapan anda.

[3 markah]

10. a) Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis kenderaan yang berbeza.

i) Susunkan kenderaan kenderaan di atas mengikut kestabilannya, bermula daripada kenderaan yang paling
kurang stabil.

[3 markah]

ii) Terangkan mengapa salah sebuah kenderaan di atas adalah paling stabil.
[2 markah]

iii) Cadangkan satu cara lain yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan kestabilan N.

[1 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan seorang pendaki sedang menaiki bukit

Bagaimanakah pendaki itu dapat mengekalkan kestabilannya?

[2 markah]

11. Kelab Alam Sekitar SMK Cempaka menganjurkan kempen Kesedaran Udara Bersih semasa Minggu Alam
Sekitar.

a) Dalam satu aktiviti, murid-murid diberi pendedahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pencemaran
udara. Nyatakan satu contoh bahan pencemar udara.

[1 markah]

b) Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan untuk menentukan tahap pencemaran di suatu kawasan.
Jadual di bawah menunjukkan satu contoh IPU.

IPU Status Kesan kesihatan Nasihat kesihatan

0 50 Baik Tiada kesan buruk kepada kesihatan Selamat untuk aktiviti luar rumah

Tiada kesan buruk kepada kesihatan Selamat untuk aktiviti luar rumah
Sederhana
51 100
Kesan buruk terhadap pesakit
Tidak sihat
yang mengalami masalah
101 200 kesihatan berkaitan sistem respirasi

i) Cadangkan nasihat kesihatan jika bacaan IPU ialah 180. Tulis jawapan anda dalam Jadual di atas. [1 markah]

ii) Kesihatan pesakit yang menghidap penyakit berkaitan sistem respirasi akan terjejas akibat pencemaran udara.
Nyatakan satu contoh penyakit itu.

[1 markah]
iii) Cadangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk menurunkan tahap IPU.

[2 markah]
c) Dalam satu aktiviti, murid-murid ditunjukkan dengan dua gambar yang berbeza, Y dan Z

Y Z

Gambar manakah yang menunjukkan persekitaran dengan status IPU lebih baik.
Jelaskan jawapan anda.

[2 markah]

d) Salah satu daripada aktiviti semasa Minggu Alam Sekitar ialah menanam pokok-pokok di kawasan sekolah.
Terangkan bagaimana aktiviti itu menyumbang kepada penambahbaikan kualiti udara.

[3 markah]

12. a) Seorang pemain bola sepak berpeluh selepas bermain bola sepak.

i) Nyatakan satu contoh bahan kumuh yang terkandung dalam peluh.

[1 markah]

ii) Terangkan apa akan berlaku jika bahan kumuh tidak disingkirkan.

[2 markah]

b) Carta pai di bawah menunjukkan isi padu air yang hilang daripada badan seorang pemain bola sepak melalui
beberapa proses semasa perlawanan bola sepak.
Pernafasan

Perpeluhan
Pembuangan air kencing
Penyahtinjaan

i) Kirakan isi padu air yang hilang melalui perpeluhan sekiranya jumlah kehilangan keseluruhan ialah 3 liter.

[2 markah]

ii) Terangkan perubahan bagi isi padu peluh semasa latihan bola sepak pada hari yang panas.

[2 markah]

c) Seorang atlet perlu mengambil banyak air selepas satu sesi latihan. Terangkan mengapa.

[3 markah]

13. a) Dahlia pergi bercuti ke kawasan tanah tinggi. Dia menginap di sebuah inap desa yang menggunakan panel
suria seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.1. Air sejuk daripada tangki dipam perlahan-lahan melalui paip
kuprum di dalam panel suria untuk memanaskannya.

Panel suria Tangki penyimpanan


Pam airair Air panas dari
Air
Bekalan
panas
paip kuprum
air
kesejuk
paip air
Paip kuprum

Rajah 13.1.

i) Nyatakan prinsip pemindahan haba dari Matahari ke panel suria.

[1 markah]

ii) Apakah yang akan berlaku sekiranya paip kuprum dalam panel suria itu digantikan dengan paip PVC?
Jelaskan mengapa.

[2 markah]

iii) Paip kuprum dalam panel suria dicat hitam. Jelaskan mengapa.

[2 markah]

b) Air sejuk di dalam tangki simpanan air dalam Rajah 13.1 tidak panas pada waktu malam disebabkan haba
terbebas daripada tangki.
Bagaimana anda boleh mengubah suai tangki penyimpanan air itu untuk mengurangkan kehilangan haba yang
ketara pada waktu malam?
Lakarkan pengubahsuaian anda pada Rajah 13.2 dan jelaskan.
Tangki penyimpanan air

Rajah 13.2

Penjelasan:

[3 markah]

c) Semasa dalam perjalanan ke inap desa itu, Dahlia memerhatikan beberapa gerai makanan mempunyai reka

bentuk bumbung yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.3.

Reka bentuk M Reka bentuk N

Rajah 13.3

Berdasarkan pengetahuan saintifik anda, reka bentuk yang manakah lebih selesa untuk diinap? Terangkan
jawapan anda.

[4 markah]

14. a) Biodiesel merupakan bahan api bersumberkan daripada minyak yang diekstrak daripada hidupan termasuk
tumbuhan dan haiwan. Minyak yang diekstrak akan mengalami beberapa siri proses kimia sebelum biodiesel
dapat dihasilkan dan digunakan oleh kenderaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.
Rajah 14

i) Alga menggunakan cahaya matahari dan karbon dioksida untuk membuat makanannya sendiri. Nyatakan
perubahan tenaga yang berlaku semasa proses itu.

[1 markah]
ii) Biodisel dianggap sebagai bahan api yang boleh diperbaharui.
Terangkan mengapa biodiesel dianggap sebagai bahan api yang boleh diperbaharui.

[2 markah]
b) Jadual 14 menunjukkan ciri-ciri biodiesel dan diesel daripada petroleum.
Ciri-ciri Biodiesel Diesel daripada petroleum

Harga Lebih mahal Lebih murah

Bahan pencemar udara Kurang Banyak

Pengeluaran Terhad Berskala besar

Sumber Biojisim Bahan api fosil

Kebolehdapatan Stesen minyak tertentu Terdapat di semua stesen minyak

Jadual 14
Biodiesel dan diesel daripada petroleum mempunyai ciri-ciri yang serupa sebagai bahan api kenderaan.
Bahan api yang manakah lebih baik? Terangkan jawapan anda.

[4 markah]
c) Kenderaan berkuasa solar membolehkan penggunaan tenaga solar untuk menggerakkan kenderaan.
Wajarkan penggunaan tenaga solar sebagai pengganti kepada bahan api fosil.
[4 markah]

d) Kajian tentang tenaga yang boleh diperbaharui telah meningkat saban tahun dan banyak penemuan baharu
telah membawa kebaikan kepada manusia. Walau bagaimanapun, penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui masih rendah, terutamanya di Malaysia.
Sebagai seorang pencinta alam, cadangkan satu cara untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui.

[1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh:

SITI ROHANI BINTI HASSAN BASARI SUHAILA BINTI SAMADI

Guru Sains Tingkatan 3 KB Sains & Matematik

Das könnte Ihnen auch gefallen