Sie sind auf Seite 1von 9

National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

HUBUNGAN MINAT DAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR


DALAM KURSUS DPA3043 AUDITING

Fazlina Binti. Abd Rahiman

Aniza Suriati Binti Abdul Shukor

ABSTRAK

Minat yang mendalam perlu hadir dalam diri pelajar bagi melahirkan penghayatan yang
baik dalam memantapkan tahap pemahaman pembelajaran. Kajian ini bertujuan
mengenalpasti hubungan minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus
DPA3043 Pengauditan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk
tinjauan yang melibatkan 80 orang pelajar semester empat (4) dan lima (5) Diploma
Akauntansi Politeknik Sultan Azlan Shah Sesi Jun 2016 sebagai responden. Analisis statistik
deskriptif dan inferansi digunakan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan
perisian IBM SPSS 23.0. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang
signifikan antara minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043
Auditing. Oleh yang demikian, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu
pensyarah dalam meningkatkan pencapaian pelajar melalui aktiviti yang dapat menarik
minat dan mengubah sikap yang merupakan faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar.

Kata Kunci: Minat, sikap dan pencapaian


National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

1.0 PENGENALAN

Kursus Auditing (DPA3043) merupakan salah satu kursus teras yang perlu dipelajari oleh
pelajar Diploma Akauntansi di Politeknik-politeknik Malaysia pada semester tiga (3) untuk
melengkapkan pengkuliahan bagi mendapatkan Diploma Akauntansi. Kursus Pengauditan ini
juga merupakan pra syarat untuk mengambil DPA5043. Kursus ini merupakan subjek yang
berbentuk teori dan dikenali sebagai kursus yang mencabar kerana secara lazimnya pelajar-
pelajar ini lebih terdedah kepada kursus yang melibatkan pengiraan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat (2007), pengauditan bermaksud pemeriksaan dan
pengesahan kira-kira (akaun). Penyemakan sistem pemprosesan untuk memastikan
pengendalian urus niaga dan data yang dikendalikan adalah tepat dan sahih.

Akumulasi dan evaluasi bukti tentang informasi untuk menentukan dan melaporkan tingkat
kesesuaian antara informasi dan kriteria yang telah ditetapkan. Audit juga harus dilakukan
oleh seorang yang bebas (Alvin A. Arens, 2011). Juruaudit perlulah bebas daripada
mempunyai sebarang hubungan dengan sesebuah syarikat yang diaudit olehnya untuk
membuktikan juruaudit berikut jujur dalam melaksanakan tugasnya.

Selain bebas dalam melakukan pekerjaan, minat dan sikap memainkan peranan yang sangat
penting terhadap suatu kejayaan. Sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh
minat, pekerjaan yang dilakukan dapat diselesaikan pada waktu yang singkat mengikut
kemampuan sendiri serta dapat mendorong seseorang melangkah kehadapan dengan lebih
jauh berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat terutamanya terhadap kursus
Auditing.

Oleh yang demikian, minat dan sikap yang baik terhadap apa jua pekerjaan amatlah penting
untuk mencapai kejayaan dan pencapaian yang cemerlang. Ini adalah kerana minat dan sikap
mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar. Jika minat dan sikap tidak
dapat diterapkan dalam diri maka kita akan mengalami kerugian dan pencapaian yang tidak
cemerlang (Zulzana, Mohamed dan Roslina, 2012).

Walaubagaimanapun, persoalannya, samaada minat dan sikap mempengaruhi pencapaian


pelajar dalam subjek pengauditan?

1.1 Pernyataan Masalah

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan kurikulum


berasaskan kepada hasil pembelajaran ataupun disebut Outcome Based Education (OBE)
kepada para pelajar bermula Sesi Jun 2010. Pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran
OBE di politeknik seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk menghasilkan graduan yang
selaras dengan keperluan dan kehendak negara serta standing dengan graduan-graduan
daripada institusi pengajian tinggi yang lain. Walaupun pelaksanaan konsep OBE ini
dititikberatkan, namun faktor-faktor lain seperti minat dan sikap para pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran perlu juga diambil kira dalam memastikan keberkesanan
pendekatan OBE (Zulzana et. al, 2012).

Pelajar Diploma Akauntansi di politeknik ketika ini sudah terbiasa, lebih berminat dan
cenderung dengan kursus berbentuk pengiraan. Dalam kursus Auditing, terdapat lapan (8) bab
berbentuk teori dan tidak mempunyai sebarang topik pengiraan. Hal ini juga boleh menjadi
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

salah satu punca para pelajar tidak mendapat keputusan yang baik kerana kursus ini
dikategorikan sebagai kursus yang mencabar. Oleh yang demikian, timbul isu di mana pelajar
kurang berminat terhadap kursus DPA3043-Auditing dan ini akan mempengaruhi sikap
mereka terhadap kursus tersebut. Apabila pelajar tidak berminat dan mempunyai sikap yang
negatif terhadap kursus berbentuk teori, besar kemungkinan pelajar tidak mendapat
pencapaian yang cemerlang dalam kursus tersebut.

Belum ada kajian yang dijalankan tentang minat dan sikap pelajar Diploma Akauntansi,
Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043. Maka
pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian tentang minat dan sikap terhadap
pencapaian dalam kursus ini.

1.2 Objektif Kajian

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:


(a) Menilai tahap minat pelajar dalam kursus DPA3043-Auditing
(b) Mengenalpasti sikap pelajar terhadap kursus DPA3043-Auditing
(c) Menilai tahap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043 - Auditing
(d) Mengenalpasti hubungan minat dengan pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043
Auditing
(e) Mengenalpasti hubungan sikap dengan pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043-
Auditing

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap minat dan sikap pelajar terhadap
kursus DPA3043- Auditing dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus tersebut.
Ini adalah berikutan pencapaian pelajar dalam subjek DPA3043-Auditing pada Semester
Disember 2015 adalah tidak memuaskan. Bagi mengatasi masalah ini, maka kajian
dilaksanakan dengan mengandaikan faktor yang memberi kesan kepada pencapaian pelajar
dalam subjek tersebut.

Hasil daripada kajian ini diharap dapat digunakan untuk memperbaiki pencapaian pelajar
dalam subjek berkenaan pada masa akan datang. Setelah mengenalpasti hubungan yang
mempengaruhi pencapaian pelajar secara langsung, maka cara mengatasi masalah pencapaian
pelajar yang kurang memuaskan akan dapat dilaksanakan.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pendidik-pendidik politeknik
supaya mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar
dalam kursus pengauditan. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan mendedahkan
pelajar kepada dunia sebenar dengan membuat lawatan luar ke industri.

Di samping itu, pengkaji lain juga boleh menggunakan kajian ini untuk menguji sejauh mana
minat dan sikap pelajar dapat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek yang dirasakan
perlu. Sekiranya kajian dan kaedah ini dilaksanakan bersesuaian dengan permasalahan untuk
subjek lain. Maka, kajian ini akan memberikan kemudahan kepada pengkaji masa akan
datang bagi mengukur sejauh mana hubungan di antara faktor yang dinyatakan di atas dengan
pencapaian subjek. Seterusnya mewujudkan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.
Manakala, sekiranya hasil kajian tidak menunjukkan hubungan positif ke atas faktor-faktor
yang diandaikan dengan pencapaian pelajar, maka pengkaji boleh menjalankan kajian yang
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

menekankan faktor lain bagi mengenalpasti punca sebenar yang mempunyai hubungkait
secara langsung dengan pencapaian pelajar. Secara tidak langsung kajian ini dapat
mengurangkan kebarangkalian faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
DPA3043- Auditing.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Kajian Tentang Minat

Minat dan sikap terhadap pelajaran merupakan aspek penting dalam menentukan sebuah
kejayaan. Minat mempunyai kaitan dengan sikap, yang bermaksud seseorang akan bersikap
positif terhadap sesuatu perkara sekiranya meminati perkara tersebut. Perkaitan minat dan
sikap ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan (Zulzana et.al, 2012).

Nadzalinda, 2015 mengatakan bahawa kebiasaannya pelajar akan melakukan perkara-perkara


yang diminati sahaja. Malah, minat juga boleh mendorong pelajar berusaha bersungguh-
sungguh kerana minat boleh menjadi daya penggerak dan mempunyai pengaruh yang besar
kepada seseorang terhadap sesuatu matapelajaran (Syaza, Sharini & Asmawati, 2014).

2.2 Kajian Tentang Sikap

Sikap mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian sesorang di dalam pembelajarannya.


Sikap merupakan suatu yang abstrak dan hanya akan dapat dilihat atau dirasa melalui
tindakan yang diambil. Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif seperti kesedaran
tentang pentingnya bahasa yang dipelajarinya, maka pelajar berkenaan akan cuba menguasai
bahasa tersebut dengan pelbagai cara. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa para
pelajar mempunyai sikap yang positif, bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi akan
berjaya menguasai sasaran dan begitulah sebaliknya (Zaliza dan Zaitul Azma, 2013).

Ghazali, Nik & Parilah, 2010 menyatakan bahawa sikap terhadap bahasa merujuk kepada
sikap satu kelompok masyarakat atau sesuatu komuniti terhadap sesuatu bahasa seperti
menarik, sedap didengar, mudah dipelajari dan sebagainya. Ahmad, Nurul Akmar dan
Saifullizam, 2005 pula menyatakan sikap dan minat mempunyai perkaitan yakni para pelajar
kurang minat terhadap mata pelajaran apabila sikap mereka yang menganggap sesuatu mata
pelajaran adalah susah. Bahkan, sikap juga akan memberi impak pada tahap pencapaian
pelajar samaada di sekolah ataupun di pusat pengajian tinggi (Jerie & Zamri, 2011).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Gambaran tentang kekuatan sesuatu dapatan boleh dikemukakan dalam sesebuah kajian
dalam metodologi kajian. Metodologi penyelidikan meliputi reka bentuk kajian yang
digunakan, populasi dan pensampelan, instrumen kajian dan jenis analisis data.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kaedah ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam
mengkaji tentang hubungan minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam kursus
DPA3043-Auditing.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

3.2 Populasi Dan Persampelan

Populasi kajian ini adalah pelajar semester empat (4) dan lima (5) Politeknik Sultan Azlan
Shah yang mengambil kursus DPA3043-Auditing pada Sesi Disember 2015 iaitu seramai 99
orang. Rasional pemilihan sampel kajian adalah kerana pelajar-pelajar ini akan mengambil
satu (1) lagi kursus audit iaitu DPA5043- Auditing dan Assurance yakni yang akan diambil
selepas lulus kursus DPA 3043-Auditing. Sampel kajian pula terdiri daripada 80 orang dan
responden dipilih secara rawak mengikut jadual penetuan saiz sampel Krejcie & Morgan
(1970).

3.3 Instrumen Kajian

Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembolehubah
yang dikaji. Borang soal selidik ini terdiri daripada (2) bahagian iaitu bahagian A berkaitan
demografi iaitu bangsa, jantina, kelas dan gred keputusan pelajar pada Sesi Disember 2015.
Bahagian B pula mengkaji minat yang terdiri daripada sembilan (9) soalan serta sikap
terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043-Auditing iaitu terdiri daripada sepuluh
(10) soalan. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dianalis menggunakan IBM
SPSS 23.0

4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN

Berikut adalah dapatan dan perbincangan hasil kajian berkenaan hubungan minat dan sikap
terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Auditing. Hasil kajian ini tertumpu kepada pelajar
semester empat (4) dan lima (5) Diploma Akauntansi, Politeknik Sultan Azlan Shah.

Jadual 1: Bangsa
Frekuensi Peratusan
Melayu 56 70.0
Cina 3 3.8
India 19 23.8
Lain-
2 2.5
lain
Jumlah 80 100.0

Jadual di atas menunjukkan responden terdiri daripada empat (4) bangsa iaitu Melayu, Cina,
India dan Lain-lain. Jadual 1 menunjukkan bahawa bilangan responden Melayu adalah lebih
tinggi dengan peratusan sebanyak 70% atau 56 orang. Seterusnya diikuti oleh responden
India dengan peratusan 23.8% atau 19 orang dan bangsa Cina seramai tiga (3) orang atau
3.8%. Responden yang terakhir adalah terdiri daripada bangsa lain-lain dengan peratusan
sebanyak 2.5% atau dua (2) orang. Oleh yang demikian, hasil kajian dapati bahawa
responden iaitu pelajar di Jabatan Perdagangan, majoritinya adalah berbangsa Melayu
berbanding bangsa India, Cina dan Lain-lain.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

Jadual 2: Jantina

Frekuensi Peratusan
Lelaki 12 15.0
Perempu
68 85.0
an
Jumlah 80 100.0

Jadual 2 di atas menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina. Responden


lelaki terdiri daripada 12 orang dan responden perempuan 68 orang. Nilai peratusan mewakili
responden lelaki ialah 15.0%. Manakala, responden perempuan ialah 85%.
Jadual 3: Kelas

Frekuensi Peratusan
DAT4A 26 32.5
DAT4B 23 28.8
DAT5 31 38.8
Jumlah 80 100.0

Jadual 3 menunjukkan bilangan responden terdiri daripada pelajar kelas DAT4A, DAT4B
dan DAT5 iaitu seramai 80 orang. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah majoriti yang
menjawab soal selidik ini adalah pelajar semester lima (5) iaitu seramai 31 orang atau 38.8%
berbanding responden pelajar kelas DAT4A, seramai 26 orang atau 32.5% responden.
Manakala, kelas DAT4B seramai 23 orang atau 28.8% adalah pelajar yang paling sedikit.
Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 3 di atas jelas menunjukkan peratusan pelajar kelas
DAT5 lebih ramai bilangan responden berbanding kelas DAT4A dan DAT4B.
Jadual 4: Gred
Frekue Peratusa
nsi n
A+ 2 2.5
A 10 12.5
B 19 23.8
B- 5 6.3
C+ 24 30.0
C- 5 6.3
D 10 12.5
E 5 6.3
Jumlah 80 100.0

Merujuk Jadual 4, didapati 31 orang pelajar, atau 39% mencapai tahap tinggi dan 29 orang
atau 36% mencapai tahap sederhana. Manakala, 20 orang pelajar atau 25% mendapat
pencapaian yang rendah. Kesimpulannya, peratusan analisis pencapaian pelajar dalam kursus
DPA3043 Sesi Disember 2015 berada paada tahap tinggi.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

Jadual 5: Tahap minat pelajar terhadap kursus DPA3043


Tahap Minat Pelajar Sisihan
Min
Piawai
Saya meminati bidang pengauditan 3.19 0.843
Saya amat gembira berpeluang mempelajari kursus DPA3043- 3.50 0.811
Auditing
Saya suka matapelajaran DPA3043-Auditing yang saya diikuti sekarang 3.43 0.808
Saya mengisi masa lapang dengan membaca berkenaan audit 2.59 0.91
Saya merujuk sumber tambahan untuk menambahkan pengetahuan 3.06 0.959
dalam bidang audit
Saya sentiasa menunggu kelas mata pelajaran DPA3043-Auditing 3.03 0.826
Saya sering menonton rancangan TV yang berunsurkan 2.34 0.899
pengauditan
Saya membaca majalah yang mengandungi pengetahuan yang berkenaan 2.47 0.842
pengauditan
Saya memberikan idea-idea yang kreatif ketika perbincangan di dalam 2.89 0.779
kelas DPA3043-Auditing
Sumber: Ramlee dan Norani (2007)
Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa rata-rata responden gembira dan suka mempelajari
kursus DPA3043 dan berminat kepada bidang pengauditan. Dapatan kajian juga mendapati
bahawa responden bersetuju merujuk sumber tambahan untuk menambah pengetahuan dalam
bidang pengauditan. Namun begitu, responden kurang bersetuju mengisi masa lapang dengan
membaca bahan tambahan serta menonton rancangan TV yang berunsurkan pengauditan.
Oleh yang demikian, pendidik perlulah sentiasa peka dengan mempelbagaikan sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat para pelajar.
Jadual 6: Tahap sikap pelajar terhadap kursus DPA3043
Sisihan
Tahap Sikap Pelajar Min
Piawai
DPA3043Auditing menarik minat saya 3.09 0.845
Saya berazam untuk skor A dalam DPA3043-Auditing 4.21 0.837
Saya mengambil bahagian secara aktif semasa sesi pembelajaran 3.28 0.795
DPA3043-Auditing
Saya ingin mempelajari DPA3043-Auditing dengan lebih mendalam 3.41 0.91
Saya sentiasa melengkapkan nota subjek DPA3043-Auditing 3.29 0.783
DPA3043-Auditing adalah sama penting dengan kursus atau modul yang 4.07 0.759
lain
Saya akan berasa kesal, jika saya tidak menghadiri kelas DPA3043- 3.89 0.968
Auditing
Saya sanggup melakukan bacaan tambahan untuk memudahkan 3.29 0.944
pemahaman saya bagi topik tertentu dalam mata pelajaran DPA3043-
Auditing
Saya bersedia menyiapkan tugasan DPA3043-Auditing saya dalam masa 3.79 0.791
yang ditetapkan
Saya memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dan 3.70 0.664
pembelajaran subjek DPA3043-Auditing
Sumber: Ramlee dan Norani (2007)
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden sangat bersetuju pengauditan


merupakan suatu kursus yang menarik minat. Responden juga bersetuju untuk memperolehi
pencapaian yang baik dalam bidang pengauditan, mereka mestilah mempunyai sikap-sikap
yang positif dalam mempelajari kursus DPA3043-Auditing, menghadiri kelas, menyiapkan
tugasan yang diberikan serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun begitu, responden tidak pasti untuk memperolehi bacaan tambahan
bagi memudahkan pemahaman serta melengkapkan nota kursus DPA3043-Auditing supaya
mendapat pencapaian yang baik.
Jadual 7: Analisis Korelasi Hubungan Antara Minat Dengan Pencapaian
Faktor Nilai Korelasi r Signifikan p
Minat 0.296** 0.008
**. Signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).

Dapatan kajian dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat
pelajar dengan pencapaian dalam kursus DPA3043 (r = 0.296, p<0.05)

Jadual 8: Analisis Korelasi Hubungan Antara Sikap Dengan Pencapaian

Faktor Nilai Korelasi r Signifikan p


Sikap 0.236* 0.035
*. Signifikan pada aras 0.05 (2-tailed).
Dapatan kajian dalam Jadual 8 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap
pelajar dengan pencapaian dalam kursus DPA3043 (r = 0.236, p<0.05).

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, didapati tahap pencapaian pelajar dalam kursus DPA3043-
Auditing berada pada tahap sederhana. Malah, terdapat hubungan yang signifikan di antara
minat dan sikap terhadap pencapaian pelajar. Penemuan kajian ini juga turut disokong oleh
penemuan dalam kajian Zulzana et. al, 2012. Kajian mereka menunjukkan tahap minat yang
tinggi terhadap kursus CC301 serta mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
pencapaian pelajar. Zulzana et. al (2012) juga mengatakan bahawa kesan dari minat dan sikap
yang positif, mampu mendorong pelajar berfikiran kritis, bersikap aktif di dalam kelas, boleh
bekerjasama dalam kumpulam, meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh Noor Emma & Leong, 2014 yang menunjukkan sikap,
minat dan pengajaran guru merupakan faktor-faktor penting dalam menentukan pencapaian
murid dalam pelajaran matematik. Kajian ini diharapkan menjadi rujukan yang lebih jelas
dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran pengauditan.
Malahan kerjasama dan kefahaman yang jelas tentang kepentingan minat dan sikap yang
positif terhadap kursus pengauditan diharapkan dapat meningkatkan pencapaian Kursus
DPA3043-Auditing.
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx17)

RUJUKAN
Ahmad Rizal Madar, Nurul akmar Kamaruddin & Saifullizam Puteh. (2005). Faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan
di Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar
Pendidikan JPPG
Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. (2010). Sikap pelajar terhadap
pembelajaran kemahiran lisan Bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
GEMA: Online Journal of Language Studies, 10(2), 15-33.
Jerie Anak Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid iban dalam
mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu; Malay Language Education (MyLEJ), 1(1), 13-25.
Nadzalinada Kamsur. (2015). Tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar Kolej Kemahiran
Tinggi Mara terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. (Doctoral dissertation,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Noor Emma Abu & Leong Kwan Eu. (2014). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru
dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan Tingkatan 4.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 96(94.9), 1-2.
Syaza Mohd Sabri, Sharini Che Ishak & Asmawati Suhid. (2014). Kajian minat dan motivasi
murid terhadap pengajaran Pendidikan Islam. Seminar Pasca Siswazah Dalam
Pendidikan.
Ramlee Mustapha & Norani Mohd. Salleh. (2007). Self-fulfilling prophecy and digital devide
revisited: vocational and it competencies of special population in Malaysia. Malaysia
Journal of Social Work, 6(1), 33-65.

Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2013). Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia-Social and Behavioral Science 134
408-415.
Zulkarnain, Z., Saim, M., & Talib, R. A. (2012). Hubungan antara minat, sikap dengan
pencapaian pelajar dalam kursus CC301Quantity Measurement. Politeknik Port
Dickson.

Buku
Arens, A. A, Elder, R. J & Beasley, M. S. (2012). Auditing and Assurance Services in
Malaysia. Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Das könnte Ihnen auch gefallen