Sie sind auf Seite 1von 2

Khasiat Sebenar Halia tips awet muda

puanbee.com /khasiat-sebenar-halia-tips-awet-muda/

puanbee

Teh halia untuk kesihtan..jom tengok khasiat halia untuk kesihatan korang dan saya juga..s ebenarnya dulu saya
selalu amalkan teh halia nih..entah kenapa sejak akhir-akhir nih saya lebih suka kepada indocafe..sehari tak
perkena indocafe tuh ibarat macam tak lengkap lah hidup saya nih..

Tapi.. sekarang badan dah terasa sengal-sengal dan selalu juga kaki terasa kebas , letih-letihkemudian ada
nenek kat rumah nih cakap..darah tak mengalir dengan baik..itu pasal lah kaki tu selalu kebas sejuk-sejuk
katanyanenek tu cadangkan pada saya untuk minum air halia kaw kaw punyer campo daun pandan sikit ..wah
saya tak sanggup lah nenek hahaaa! tapi saya boleh minum kalau halia tu campur dengan teh..ok lah kanso
kena amalkan balik minum teh halia untuk kesejahteraan diri sendiri.

KHASIAT TEH HALIA


{sumber : http://www.sihatselalu.com.my}

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan
berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan
anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah
pengaliran darah.

Halia dalam perubatan moden

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah
dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia
meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125
miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan
niasin.

Halia sebagai perisa Masakan

Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada
ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia
ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan
tomyam.

Buang Angin dengan halia

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut .
Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh
badan.

1/2
Banyak Kegunaan Halia

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh
mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga,pening kepala demam panas. Selain itu, halia
membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta
membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

2/2

Das könnte Ihnen auch gefallen