Sie sind auf Seite 1von 2

Kegunaan dan Khasiat Halia

www.sihatselalu.com.my /2010/08/kegunaan-dan-khasiat-halia.html

oleh Ramli Abdul Karim

Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-


kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan
berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah


menggunakan halia dalam amalan perubatan
sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung
kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai
penyakit seperti masalah kesejukan anggota
badan terutama di bahagian tangan dan kaki.
Gejala itu berpunca daripada gangguan atau
masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit


bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional
malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan
moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia
meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125
miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan
niasin.

Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema dan Psoriasis Pada Bayi


.

1/2
Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada
ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia
ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan
tomyam.

Buang Angin

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut.
Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh
badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia


tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat
tersebut boleh mengelakkan angin memasuki
bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit,


kekurangan tenaga, pening kepala dan demam
panas. Selain itu, halia membantu menghadam
makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan
menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan


mual atau motion sickness semasa menaiki
kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang
melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Lagi info tentang HALIA di sini.

Jom bincang artikel di atas...

2/2

Das könnte Ihnen auch gefallen