Sie sind auf Seite 1von 4

Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Tanah dan Tapak.

TEKNOLOGI BINAAN: TOPIK 1 : NOTA 1

1.0 TANAH DAN TAPAK

1.1. JENIS TANAH

Secara amnya, tanah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

i. Tanah jeleket, dan


ii. Tanah tanpa jeleket

i. Tanah jeleket

Tanah yang melekit seperti tanah liat atau lanar yang juga mengandungi
sedikit butiran halus.

Mempunyai lebih banyak zarah halus. Zarah halus ini berupaya melekat
antara satu sama lain menjadikan tanah yang padu dan berupaya menyimpan air.
Contoh tanah jeleket ialah: tanah liat, tanah merah dan tanah gambut.

ii. Tanah tak jeleket

Tanah yang mengandungi pasir atau batu kelikir dan mempunyai kekuatan
yang bergantung sepenuhnya kepada tegasan normal, atau sudut geseran di antara
zarah-zarah tanah.

Zarahnya lebih kasar, kurang berupaya menyimpan air. Zarah kasar ini
tidak melekat antara satu sama lain. Contoh : kelikir dan pasir.

1.2. CIRI FIZIKAL TANAH

1.2.1. TEKSTUR DAN STRUKTUR

i. Tanah liat

- deposit (endapan) semulajadi


- mengandungi silika dan alumina paling halus hasil luluhawa batuan
- licin, rasa bergris, melekat di jari
- mengering perlahan
- susut agak ketara bila dikeringkan
- kekuatan bertambah bila kering

ii. Kelikir (kerikil)

deposit semulajadi mengandungi fragmen batuan


banyak partikel melebihi saiz 2mm

/Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Tanah dan Tapak.

iii. Pasir

endapan (sedimen) semulajadi


mengandungi hasil luluhawa batuan - kebanyakan siliseus granular
saiz partikel antara 0.06 dan 2 mm

iii. Pasir bergred baik

- mengandungi perkadaran semua partikel pasir dengan kandungan utama


gred kasar

iv. Kerikil padat dan pasir

- sukar di korek

v. Keupayaan tanggung tanah

- Keupayaan tanggung ialah kebolehan tanah menanggung beban binaan.


- Keupayaan tanggung bagi tanah adalah bergantung kepada:
- sifat fizikal butiran tanah ( saiz, bentuk, kejeleketan, geseran dan
daya menyimpan air.
- kandungan kelembapan
- perubahan cuaca ( hujan, panas dsb)
- Tanah lembut biasanya kurang mampat dan mendapan boleh berlaku.
- Kadar mendapan berbeza mengikut jenis tanah.
- Tanah pasir dan tanah kelikir kurang memendap berbanding tanah liat
lembut dan tanah gambut.
- Lapisan tanah atas biasanya tidak begitu mampat dan boleh
mengakibatkan mendapan. Lapisan ini perlu dibuang sebelum bangunan
dibina.
- Lapisan tanah bawah mempunyai sifat yang berlainan dan perlu dikaji
dahulu untuk menentukan keupayaan tanggung sebelum pembinaan.

2.0 PENGHALAAN BANGUNAN

Penghalaan bangunan merujuk kepada arah normal kepada paksi panjang


bangnan; jika panjang bangunan ialah timur barat, maka penghalaannya ialah utara
selatan.

Matlamat utama penghalaan bangunan ialah untuk mewujudkan keselesaan fizikal


dan psikologikal kepada penghuni dalam bangunan. Mewujudkan keadaan atau suasana
sesuai bagi mencegah dan menjauhi kesan cuaca yang tidak diingini.

/Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Tanah dan Tapak.

Bagi tujuan penghalaan, zon asas penghalaan dibahagikan kepada 3 (tiga) zon iklim,
iaitu:
i. Panas dan gersang
ii. Panas dan lembab dan
iii. Sejuk

Perlu diingat bahawa setiap zon tertentu itu tidak mengalami faktor sempadan
iklim yang seragam, di mana mungkin berbeza di waktu siang dan malam pada kawasan
zon yang sama. Setiap zon, adalah sama,

Faktor mempengaruhi penghalaan bangunan

i. Iklim
Suhu dan sinar solar
Awan
Kelembapan bandingan dan angin lazim
ii. Aspek cahaya siang
iii. Menanam pokok

Dari sudut pencahayaan dan pengalihudaraan, faktor iklim berikut mempengaruhi


orientasi bangunan:
Radiasi solar dan suhu
Awan
Kelembapan bandingan
Angin lazim

Radiasi solar dan suhu


Bangunan harus menerima sinar solar yang baik (maksimum di musim
sejuk dan mimimum di musim panas)
Tempoh sinaran matahari?
Awan
Awan mengurangkan radiasi terus

Kelembapan bandingan
Sangat kering, kering, lembab dan sangat lembab.
Bagi tujuan orientasi, perlu diketahui kelajuan dan arah angina

Aspek pencahayaan siang


Elakkan pancaran terus matahari dan silau

Penanaman pokok
Perlu mengambilkira faktor teduhan tanpa menghalang arah angin

/Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Tanah dan Tapak.

RUJUKAN

1. Azizan Mohd Noor, 2003, Ringkasan Implementasi Kerja Bangunan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Barry R, 2001, Kursus Seni Bina Jilid 1, Ibs Buku Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor
3. Hamidon Abdul Ralim, 1988, Asas Pembinaan Rumah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
4. Mahyuddin bin Ramli, Ir, 1990, Kamus Kejuruteraan Bangunan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
5. Sharma S.K. 1996, A Text Book of Building Construction, S. Chand & Company Ltd,
New Delhi, India.
6. Tan Boon Tong, 1990, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
7. Tan Boon Tong, 2004, Lukisan Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

/Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam

Das könnte Ihnen auch gefallen