Sie sind auf Seite 1von 14

Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

PERALATAN PEMBINAAN

1. Alat mengapit dan menyangga


2. Alat menanda dan merancang tanda
3. Alat memotong dan menajam
4. Alat menukul dan memutar

1.0 ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA

1.1. Ragum meja

Dibuat daripada besi tuang. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk. Bahagian asas
ialah sepasang gigi yang dilaras pada batang besi bergear. Ragum ini dipasak pada
meja kerja kayu.
Kegunaan untuk mengapi dan menyangga bahagian kayu semasa kerja.

1.2. Apit rencong

Dibuat dari aluminium atau besi tuang. Kegunaan untuk menetapkan kedua
bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila diglu atau dipaku. Contoh kerja
pemasangan bingkai gambar.

1.3. Apit G

Dibuat daripada aluminium atau besi tuang. Bentuk G. Berbagai saiz. Kegunaan
untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka dan kerja am.

1.4. Apit panjang

Dibuat dari besi tuang atau aluminium. Panjang 0.6m, 1.2m. 1.5m dan 1.8m.
Kegunaan untuk mengapit beberapa keping papan semasa diglu. Juga diguna
untuk memasang tanggam, pemidang pintu, tingkap, bagan perabut dsb. Untuk
mengelakkan kecacatan, pelapik hendaklah digunakan antara blok apit dengan
bahagian kayu.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

1.5 Apit pendek

Bentuk seperti apit panjang . Saiz 150mm, 300mm dan 450mm. Kegunaan untuk
merapatkan tanggam dan kerja lain yang lebar tidak melebihi panjang apit.

1.6 Kakatua

Saiz antara 125mm hingga 300mm. Bahagian kakatua terdiri dari lengan, rivet,
rahang dan kuku. Diguna untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan
sebagai lagi.

2.0 ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA

2.1. Pengukur

Terdapat pelbagai jenis; jenis lipat, jenis pita. Pengukur lipat panjang antara
600mm hingga 2.4m dan biasanya dibuat daripada kayu. Ukuran pengukur pita
antara 2.0m hingga 8.0m dan dibuat daripada keluli.
Kegunaan pengukur ialah untuk:
i. Menyukat dan menanda jarak
ii. Menentukan jarak antara tanda
iii. Menyelaraskan jarak tolok dsb.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

2.2. Pisau penanda

Pisau kecil dibuat dari keluli. Kegunaan untuk menanda garisan yang akan
dipotong dengan gergaji atau pahat. Menanda dengan pisau lebih halus dan tepat
berbanding penggunaan pensel.

2.3 Sesiku L

Terdapat pelbagai saiz.Diperbuat dari keluli. Diguna untuk menentukan ketepatan


dan menanda sudut tepat dan menanda garisan bersudut tepat dengan sesuatu
permukaan yang lurus.

2.4 Sesiku serong boleh laras.

Serupa dengan sesiku L, bezanya matanya tidak di pasang tetap. Panjang


matanya antara 150mm hingga 40mm. Sudut boleh diubah-ubah dan diketatkan
dengan skru. Digunakan untuk mananda dan menguji sesuatu garisan bersudut
selain dari 45 dan 90.

2.5 Sesiku bergabung

Mata dan badannya dibuat dari keluli. Mata boleh dikesotkan pada badannya.
Badannya mempunyai satu muka bersudut 90dan muka yang lain 45 dengan
matanya.

2.6 Tolok lurus

Dibuat dari kayu atau keluli. Kedua-dua tepinya lurus dan selari. Diguna untuk
menentukan permukaan atau tepi kayu rata atau tidak.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

2.7. Pengaras spirit

Dibuat dari logam atau kayu yang lurus pada kedua mukanya.Panjang antara
300mm hingga 2 meter. Terdapat tabung spirit/air di bahagian tengah untuk
mendapatkan aras pada permukaan kayu atau kerja bata.

2.7 Tolok lapis (rod tolok)

Merupakan sebatang kayu lurus bertanda ukuran lapisan bata, kedudukan tingkap,
pintu, ambang dan duguna dalam kerja mengikat bata. Panjang maksimum
bersaman satu tingkat bangunan.

2.9. Benang dan pin

Jangkarit ini mempunyai sepadang mata tajam dipasangkan pada sebatang kayu
lurus secara berkesot. Alat ini khas untuk menentukan lengkung atau bulatan yang
besar seperti gerbang bata.

2.10. Jangkarit

Sepasan pin berukuran antara 100mm hingga 150mm diikat pada benang,
digunakan dalam kerja mengikat bata untuk menentukan ikatan yang lurus.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

2.11. Tolok bersenggat

Merupakan sepasang jangka dibuat dari keluli. Kedua kakinya tajam seperti paku.
Kakinya boleh dibuka mengikut saiz jejari yang dikehendaki. Diguna untuk
menanda legkung atau bulatan.

2.12. Sesiku pemidang

Dibuat dari logam. Diguna untuk mengukur sudut tepat dalam kerja batubata,
mengukur dan menanda kasau bumbung, menentukan sudut tepat pemidang pintu
dan sebagainya.

3.0 ALAT MEMOTONG DAN MENAJAM

3.1. Ketam pelicin

Badan dibuat dari logam atau kayu. Kegunaan untuk mengetam permukaan kayu
sehingga licin. Panjang antara 200 250mm. Mata ketam lurus, tajam, dan lebar
antara 37-62mm.

3.2. Ketam kasar

Dari jenis kayu atau logam. Untuk mengetam permukaan kayu yang kasar dengan
cepat. Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar. Hujun mata ketam adalah
melengkung, membolehkan kayu diketam cepat tetapi permukaan kayu berparit-
parit.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

3.3. Ketam tetingkat

Digunakan khas untuk menyediakan tetingkat pada tepi atau hujung kepingan
kayu. Antara jenisnya ialah ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung
dan ketam tetingkat tepi. Dibuat dari kayu atau logam.

3.4. Ketam pangkas

Digunakan khas untuk mengetam hujung kayu secara melintang ira. Amat sesuai
untuk kerja kecil seperti menyediakan kumai serong. Biasanya dikedalikan
dengan sebelah tangan sahaja.

3.5. Ketam lurah

Untuk membuat lurah atau saluran yang selari disepanjang ira kayu dengan jarak
tertentu dari tepinya. Ketam pancaguna juga boleh membuat lurah menggantkan
ketam lurah.

3.6 Ketam golek

Untuk mengetam tepi dan permukaan kecil kayuyang cembung. Dibuat dari kayu
atau logam. Matanya jenis lengkung atau lupus untuk verja berasingan.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

3.7 Gergaji belah

Diguna khas untuk membelah kayu balak.. Gigi berbentu serupa mata pahat. Saiz
gergaji antara 600 700mm. Terdapat juga jenis gigi kecil untuk membelah papan
nipis.

3.8 Gergaji kerat

Dikenali juga gergaji tangan. Khas untuk mengerat secara melintang ira kayu.
Gigi berbentuk pisau dan panjang gergaji antara 550mm- 700mm.

3.9 Gergaji puting

Gigi kecil dan sama dengan mata gergaji kerat. Saiz antara 200mm hingga
450mm. Dikuatkan dengan patil keluli di belakang matanya. Pemegang gergaji
jenis tertutup. Diguna untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam
seperti puting dsb.

3.10 Gergaji lengkung halus

Mata gergaji sangat halus. Dipasangkan pada bingkai logam yang tegap. Panjang
mata 150mm. Digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

3.11 Pahat peraut

Mata pahat tepi serong biasanya panjang dan nipis. Pemegang berbentuk
segilapan. Sesuia digunakan untuk krja meraut seperti mengemaskan tanggam
dan acuan yang mempunyai berbagai bentuk kumai.

3.12 Pahat pelubang

Seperti pahat biasa, dengan mata yang lebih tebal. Supaya tahan diketuk semasa
memahat lubang.

3.13. Pahat kuku

Mata berbentuk lengkung. Ada dua jenis iaitu pahat kuku peraut dan pahat kuku
pengukir. Pahat kuku peraut diguna untuk memotong lengkungan pada kayu.
Pahat kayu pengukir diguna untuk membuat lurah dan ukiran biasa.

3.14. Bantalan

Pahat yang bermata lebar, biasanya 100mm. Mata dan pemegang dibuat dari besi.
Kegunaan untuk memotong bata.

3.15 Pahat jati (cold chisel)

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

Dari jenis keluli padu. Terdapat beberapa saiz. Antara 12mm hingga 37mm.
Diguna dalam kerja bata dan konkrit.
3.16 Batu asah

Kegunaan untuk menajamkan mata perkakas. Dua kategori iaitu batu asah asli dan
batu asah buatan, Batu asah asli adalah dari jenis batu galian, terdapat dalam gred
keras dan lembut. Batu asah buatan dihasilkan dari bahan las buatan, silikon
karbida dan aluminium oksida. Terdapat dalam gred halus, sederhana dan kasar.
Terdapat dalam berbagai bentuk.

4.0 ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR

4.1. Tukul besi berkuku

Dibuat dari keluli, mempunyai bentuk kuku di bahagian kepala. Pemegangnya


dibuat dari kayu atau besi. Diguna untuk kerja memaku dan mencabut paku.

4.2. Tukul besi Warrington

Lebih ringan dari tukul lain. Kepala tukul ini berbongkol baji melintang.Diguna
dalam kerja membuat perabut dan kerja ringan.

4.3. Tukul bata

Sama dengan tukul kuku tetapi kepalanya berbentuk mata pahat, Untuk kerja
memaku dan memotong bata.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

4.4. Gandin

Tukul yang dibuat dari kayu, termasuk pemegangnya. Diguna untuk menukul
pahat dan mengetatkan pemasangan tanggam.

4.5. Pembenam paku

Dibuat dari keluli dan matanya berbentuk bulat atau bersegi. Kegunaan untuk
membenam paku dalam kerja membuat perabut.

4.6 Pemutar skru

Kegunaan untuk memasang dan menanggalkan skru. Terdiri dari jenis alur dan
Philip.

4.7 Gerudi

Kegunaannya untuk menggerek dan menebuk lubang. Terdiri dari pemegang dan
mata. Pemegang dari jenis gearsala atau mesin mudahalih. Mata terdiri dari
beberapa jenis iaitu mata paku, mata pulas atau mata gerimit, mata tengah, mata
terlaras, mata pelubang benam dan mata Forstner.

4.8 Gearsala

Dikenali juga gerudi engkol. Ia memegang mata gerudi smasa menebuk lubang.
Boleh juga diguna untuk memutar skru

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

5.0 ALATAN KERJA BATA

5.1 Sudip

Alat asas dalam kerja bata. Untuk kerja mortar dan meratakan permukaan yang
telah diikat. Terdapat pelbagai saiz da bentuk. Saiz yang sesuai ialah antara
150mm hingga 250mm. Terdiri dari dua bahagian iaitu ata dan pemegang. Mata
dari jenis keluli dan pemegang dari jenis kayu.

5.2. Sudip kemas ikatan

Sudip kecil khas digunakan untuki mengemas sambungan bata. Panjang antara
100 hingga 150mm. Hujung mata runcing dan nipis.

5.3. Hawk (bekas mortar)

Dibuat dari jenis papan, papan lapis atau kepingan logam. Mempunyai pemegang
dari jenis kayu atau paip, samada di bahagian bawah atau tepi. Diguna untuk kerja
melepa mortar atau mengemas ikatan.

5.4. Pemaras kayu

Dibuat dari papan berukuran 300mm., 375mm atau 450mm panjang dan 85 atau
112mm lebar, tebal antara 12mm hingga 25mm. Digunakan untuk menyediakan
permukaan konkrit dan lepaan supaya rata, sebelum dikemaskan.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

5.5. Pemaras keluli

Dibuat dari keluli dan terdapat berbagai saiz. 250mm hingga 500mm panjang dan
75mm hingga 120mm lebar. Diguna dalam kerja konkrit dan melepa untuk
kemasan yang mampat dan licin.

5.6. Pemaras kayu panjang

Kayu panjang yang lurus tepinya. Lebar antara 62 hingga 112mmdan panjang
antara 1 hingga 2 meter. Diguna untuk memaras permukaan lepa dan konkrit
supaya rata.

5.7. Pencedok

Diguna untuk mencedok bahan binaan seperti pasir, batu baur simen untuk
bancuhan konkrit.

6.0 ALAT BERKUASA MUDAH ALIH

6.1 Gerudi

Ada 3 kategori iaitu gerudi ringan, gerudi am dan kerja berat. Dihasilkan dalam
beberapa saiz dan kelajuan. Direkabentuk untuk menebuk lubang yang berlainan
saiz pada sebarang bahan; kayu, konkrit, keluli, plastik dsb.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

6.2. Ketam berkuasa

Berupaya mengetam pelbagai jenis kiayu. Dipasang dengan mata 100mm lebar,
boleh dilaras untuk mengetam sedalam 3mm.

6.3. Gergaji jig

Diguna untuk pemotongan bahagian dalam berbagai bentuk dalam kerja kayu dan
logam nipis, loyang, aluminium, asbestos, plastik, pvc, bahan gentian dsb. Mata
gergaji jig berbagai jenis.

6.4 Gergaji berkuasa

Mempunyai mata bulat yang berbagai saiz, dari 152mm hingga 304mm. Kerja
memotong bahan berbeza seperti batu, bata, jubin, plastik, genting, bumbung,
asbestos, dsb dengan menggunakan jenis mata yang berbeza.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam


Nota kuliah: Teknologi Binaan/ SKTB 1112: Peralatan pembinaan

7.0 MESIN

7.1 Gergaji bulat

Empat bahagian utama; rangka, meja atas, motor dan mata gergaji piring.

Kolej Kesihatan Awam/Batu Rakit/Kursus Pembantu Kesihatan Awam

Das könnte Ihnen auch gefallen