Sie sind auf Seite 1von 6

EKONOMI ISLAM PADA ABAD 13M/7H-20M/14H

EMPAYAR UTHMANIYYAH
Empayar ini bermula dalam abad ke-13 sehingga awal abad ke-19 di kawasan barat laut
Anatolia. Empayar ini meluas dengan pantas daripada sebuah kuasa kecil di Turki sehingga
menjadi sebuah empayar yang hebat, berpusat di Constantinople, dan zaman kegemilangannya
bermula pada abad ke-16. Pada mulanya, empayar ini mampu bertahan tetapi disebabkan oleh
beberapa perkara, empayar ini mula mengalami keruntuhan.

Pembentukan
Orang Uthmaniyyah mula menguasai Constantinople pada tahun 1453 yang pada waktu
ini juga dikenali sebagai Istanbul. Mereka mula membuka empayar ini kerana mereka berfikir
bahawa empayar ini akan lebih maju berbanding dengan empayar yang lain.

Zaman Kegemilangan
Pada tahun 1402, Tamerlane dikalahkan oleh Bayezid di Ankara yang menyebabkan
berlakunya perang saudara selama 11tahun. Kejadian ini mungkin akan menyebabkan
bermulanya zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, sebaliknya 100 tahun kemudian, empayar
ini menjadi kuasa besar dunia, manakala empayar-empayar Timur yang lain mulai hilang.
Pemulihan empayar ini berlaku disebabkan oleh tiga faktor.
Pertama, empayar Uthmaniyyah menyerapkan prinsip bahawa empayar mereka adalah
empayar yang tidak dibahagikan. Anak Bayezid sanggup bertarung sehingga menggadaikan
nyawa daripada membahagikan empayarnya.
Kedua, pada akhir kurun ke-14 selepas empayar ini ditubuhkan, satu sistem ketenteraan
diperkenal bagi membolehkan pentadbiran diteruskan walaupun pada waktu berlakunya krisis
politik.
Akhir sekali, pertelagahan di antara musuh empayar ini menghalang mereka daripada
menjadi ancaman utama kepada empayar Uthmaniyyah. Empayar ini mencapai kegemilangan
sewaktu berada di bawah pemerintahan Sulaiman al-Qanuni yang juga dikenali sebagai The
Lawgiver, dari tahun 1520 sehingga 1566. Beliau juga dikenali sebagai Sulaiman
the Magnificent in the West (Armstrong K., 2002). Semasa pemerintahan beliau, empayar ini
berkembang dengan maju dan jayanya sekaligus meningkatkan ekonomi Islam. Selepas kematian
beliau, empayar ini diluaskan pula di wilayah jajahan Eropah, iaitu bermula dari Crimea
sehingga ke selatan Greece. Pada waktu ini juga, empayar Uthmaniyyah merupakan empayar
yang terhebat di dunia dan ekonomi pada masa itu sangat meluas dan maju. Empayar ini sama
seperti empayar yang lain kerana menerapkan sistem orientasi Islam.
Sebutan yang lain empayar uthmaniyyah adalah Turki Utsmani, pada zaman ini tidak
banyak perkembangan ilmu ekonomi Islam yang dikisahkan dari sejarahnya, melainkan hanya
cerita tentang keadaan ekonomi yang melanda pemerintahan tersebut.

Zaman Kejatuhan
Lenyapnya ekonomi Islam pada tempoh sebelum ini seiring dengan lenyapnya
sistem Islam yang menaunginya. Sejak saat itu tidak ada lagi penerapan ekonomi Islam sebagai
sebuah sistem. Yang ada hanya penerapan ekonomi Islam bagi individu masyarakat yang ingin
menerapkan untuk dirinya sahaja. Namun demikian tidak dapat memaksa agar orang lain juga
menerapkan sebagaimana yang diterapkan, hal ini kerana pada saat itu hingga saat ini ekonomi
Islam bukanlah suatu sistem ekonomi yang memaksa suatu masyarakat untuk menerapkannya.
Sesungguhnya ajaran islam itu tidak mengajar pengikutnya untuk melakukan sesuat keputusan
dalam keadaan paksaan. Hal ini kerana Islam menganjurkan konsep ikhlas dalam sesuatu
tindakan kerana dengan ikhlas datangnya keberkatan.

Ekonomi Islam sememangnya berbeza ketika awal penubuhannya, ketika kegemilangan


dan ketika kejatuhan. Pada zaman kejatuhan ekonomi Islam, masyarakat akan tetap menerapkan
ekonomi Islam hal ini kerana ekonomi Islam saat itu adalah sebuah sistem ekonomi yang
memaksa. Sebagaimana sistem ekonomi Kapitalisme saat ini yang juga memaksa. Empayar ini
mula goyang apabila para ulama mula berasa tidak puas hati apabila orang-orang kerajaan boleh
dan mengawal mereka untuk mengeluarkan subsidi (Armstrong K. 2002). Setelah itu, Syariah
mula mengenakan sistem monarki atau sistem pemerintahan beraja yang menunjukkan mereka
lebih berkuasa daripada dahulu. Perkara ini seharusnya tidak boleh berlaku kerana tujuan syariah
dibentuk adalah untuk menghalang sistem monarki tersebut daripada dilaksanakan.

Di Iran pula, para ulama Syiah mendapat sokongan penuh penduduk tempatan, tetapi
pada zaman pemerintahan empayar ini, para ulama dilucutkan jawatan daripada menyertai politik
dan mereka menjadi lebih konservatisme iaitu sebuah konsep dimana seseorang selalu menjaga
tradisi lama dan menentang modernitas (Charlotte Thomson,1999). Selepas pemerintahan
Sulaiman berakhir, aktiviti madrasah mula berubah dan menjadi sempit kerana bidang
pembelajaran falsafah dikurangkan dan digantikan dengan bidang Fiqh.
Pendirian utama orang-orang Islam pada zaman empayar Uthmaniyyah ini adalah
mazhab dan perkauman. Mereka merasakan bahawa mereka mampu menentang orang kafir yang
menentang dari semua arah. Empayar ini mula menunjukkan tanda keruntuhan apabila para
ulama dan sufi menerima kenyataan bahawa orang Islam berjaya menewaskan orang kafir. Para
ulama juga menentang sekeras-kerasnya terhadap percetakan buku-buku Islam. Pada kurun ke-
18, semua orang Islam dipaksa untuk menerima kenyataan bahawa Eropah mengatasi mereka.
Empayar ini juga dikalahkan oleh kuasa-kuasa Eropah sejak awal lagi tetapi hanya pada
kurun ke- 18, barulah mereka mengalah kerana mereka sudah tidak mampu bertahan. Pada akhir
kurun ke-18, empayar ini sudah berada dalam keadaan yang kritikal. Sultan Selim III
menjangkakan bahawa reformasi tentera di bahagian barat akan mengimbangkan kuasa. Namun
sangkaan beliau meleset. Pada tahun 1921, empayar ini berakhir apabila berlaku pertukaran
populasi di antara Turki dan Greece.
EKONOMI ISLAM PADA ABAD 20-21M/14-15H

Setelah berpuluh tahun masyarakat Islam hidup tanpa ekonomi Islam sebagai sebuah
sistem ekonomi yang perlu diikuti, masyarakat islam mula merindui untuk berpraktik ekonomi
dengan cara Islam. Kesedaran akan kepentingan ekonomi islam ini mula menyerap ke dalam
jiwa umat islam ketika ini sehinggakan mereka berfikir akan kepentingan menggunakan ekonomi
islam yang mana ianya dapat menjaga kemaslahatan kesemua orang tidak kira pegangan agama
orang berkenaan. Jurang perbezaan yang ketara antara ekonomi Kapitalis dengan ekonomi islam
adalah ekonomi Kapitalis tak mampu memberikan rasa adil, tak mampu menyejahterakan
masyarakat, dan semakin memperlebarkan jarak antara yang kaya dan yang miskin.
Sesungguhnya ekonomi Kapitalisme menganjurakan kekayaan yang berterusan kepada orang
kaya dan kemiskinan yang berterusan kepada yang miskin. Matlamat utama masyarakat islam
memerlukan sistem ekonomi islam adalah sebagai persiapan awal bagi mereka untuk menuju
syurga serta mencari keberkatan ilahi ketika berada di bumi Allah ini.

Dalam berlakunya kejatuhan ekonomi islam, umat Islam membangkitkan kembali tentang
isu ekonomi Islam yang mana kecintaan mereka terhadap ekonomi islam sangat mendalam dan
merupakan salah satu cara untuk mendapat redha Allah. Kebangkitan ini terbukti apabila
menegaskan, seperti berhijab untuk wanita, dimana pada keruntuhan Khilafah Turki Utsmani
berhiajb sememangnya dilarang untuk digunakan oleh rakyat Turki, namun kebelakangan ini
pakaian yang bercirikan Islam itu mula diikuti dan mula menjadi kebiasaan mereka. Termasuk di
Indonesia, kita dapat melihat perbezaannya diantara tahun 1970 dengan tahun-tahun sekarang.
Hal ini demikian menunjukkan kerinduan dan kebangkitan mereka untuk menegakkan ekonomi
islam semakin terserlah dan diluaskan supaya kehidupan mereka di dunia dan akhirat mendapat
keredhaan Allah.

Sejarah telah membuktikan bahawa ketika sistem ekonomi Islam mulai bangkit kembali
dan menampakkan fungsinya yang banyak membantu masyarakat islam serta memberikan
pulangan yang baik kepada masyarakat islam. Sistem ekonomi islam iaitu diakhir abad 20 telah
dimulai dengan majlis persidangan dan seminar ekonomi Islam dipelbagai peringkat sama ada
pada peringkat setempat suatu daerah mahupun pada peringkat antarabangsa. Sebagai titik
permulaan dari kembalinya sistem ekonomi Islam. Demikian antara catatan sejarah (Tadjuddin.
MM. 2015) :
1. Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa yang pertama, di Universiti Malik bin Abdul
Aziz, Jeddah, pada tahun 1976.
2. Persidangan Bank Islam pertama di Bank Islam Dubai, pada tahun 1978.
3. Kumpulan Kajian Ekonomi Islam dalam Lapangan Penerapan, Abu Dhabi, pada tahun
1981.
4. Seminar Ekonomi Islam di Universiti al-Azhar pada tahun 1980 dan tahun 1981.
5. Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa yang kedua, di Islamabad Pakistan pada tahun
1983.
6. Persidangan Bank Islam yang kedua di Baitit Tamwil al-Kuwaiti, Kuwait, pada tahun
1983.
7. Persidangan Sistem Ekonomi menurut Islam, antara Teori dan Praktikal, di Universiti
Mansourouh, Mesir, pada tahun 1983
RUJUKAN

Armstrong K. 2002. Islam-A Short History. New York: Modern Library.

Tadjuddin. MM. 2015. Kewirausahaan (Enterpreneurship) Sejarah Ekonomi Islam. Universitas


Muhammadiyah Tangerang

http://www.pengertianmenurutparaahli.net/pengertian-konservatif/

Das könnte Ihnen auch gefallen