Sie sind auf Seite 1von 2

PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA


SEKTOROPERASIPENDIDIKAN
EDUCATIONAL OPERATION SECTOR
KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA
Aras 4, Blok E2,Kompleks E
LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E
fD KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

PUSATPENTADBIRANKERAJAANPERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: 03-8884 9000
62604PUTRAJAYA Faks : 03-8884 9315
MALAYSIA Laman Web: www.moe.gov.my

KPM.100-1/7/2 Jld.4 ( 14-)


Tarikh: 3 Oktober 2017

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. DatuklDatinlTuan/Puan,

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PADA 14 OKTOBER 2017 (SABTU) DI JABATAN


PENDIDIKAN NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Hari Sukan
Negara disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dalam
pembentangan bajet 2015. Bagi tahun 2017, sambutan akan diadakan pada 14 Oktober 2017.
Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
sebagai satu langkah proaktif dalam menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dalam
kalangan rakyat Malaysia.

2. Mendasari keputusan kerajaan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


menggalakkan pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan pada 14 Oktober 2017 di peringkat
kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah adalah dimohon untuk menyokong dan melaksanakan
aktiviti seperti aktiviti sukan, rekreasi, kecergasan, program sampingan atau aktiviti-aktiviti lain
yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh pegawai, guru dan murid di semua
peringkat. Untuk makluman YBhg. DatuklDatinlTuan/Puan, usaha ini adalah sebagai
galakan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dirancang dan akan diiktiraf dalam
pemberian markah pentaksiran kokurikulum/sukan [Rujukan KPMSP.100-1/7/2 (81)
bertarikh 6 September 2016].

3. YBhg. DatuklDatinlTuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan pemaklumkan ini


kepada semua PPD dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/DatinlTuan/Puan.
Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. DatuklDatinlTuan/Puan dalam menjayakan program ini
amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
s.k.;

1. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Pengarah
Sahagian Pengurusan Sekolah Harian

3. Pengarah
Sahagian Sukan

Das könnte Ihnen auch gefallen