Sie sind auf Seite 1von 2

AKTIVITI 5.

12 (PENEUTRALAN)
TUJUAN
Menentukan peneutralan antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida pada
kepekatan yang sama.
BAHAN
Natrium hidroksida (0.1 M), asid hidroklorik (0.1 M), air dan penunjuk semesta
RADAS
Buret, silinder penyukat, pipet, jubin putih, kaki retort, kelalang kon, carta warna
pH, corong turas, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, bikar dan
mangkuk penyejat.

1. Radas disediakan seperti Rajah 5.30.


2. Buret diisi dengan 50 ml asid hidroklorik.
3. 25 ml natrium hidroksida dipindahkan dengan menggunakan pipet ke dalam
kelalang kon.
4. 3 titik penunjuk semesta dititiskan ke dalam natrium hidroksida. Perubahan
warna yang berlaku diperhatikan.
5. Asid hidroklorik dimasukkan setitis demi setitis ke dalam kelalang kon.
Kelalang kon digoncang perlahan-lahan sehingga warna larutan campuran
berubah kepada hijau.
6. Bacaan akhir buret direkodkan.

Isi padu awal asid hidroklorik (ml)


Isi padu akhir asid hidroklorik (ml)
Isi padu asid hidroklorik yang digunakan
untuk peneutralan (ml)
Perubahan warna

7. Larutan campuran dituangkan ke dalam mangkuk penyejat dan radas


disediakan seperti Rajah 5.31.

8. Larutan campuran dipanaskan dan disejatkan hingga kering. Apakah bahan


yang tertinggal di dalam mangkuk penyejat?

PERBINCANGAN

1. Biasanya buret diiisi dengan asid dan bukannya alkali. Hal ini demikian
kerana alkali mungkin meninggalkan sisa yan boleh menyebabkan salur
keluar pada buret tersumbat
2. Apabila asid hidroklorik ditambahkan perlahan perlahan , kealkalian
natrium hidroksida berkurang secara beransur-ansur . Akhirnya ,pada
takat akhir , natrium hidroksida dineutralkan dengan lengkap . Campuran
ini sekarang menjadi neutral iaitu tidak berasid atau beralkali . Hali ini
menerangkan sebab warna berubah daripda ungu menjadi hijau pada
takat akhir.

3. Peneutralan ini menghasilkan natrium klorida dan air. Persamaan


perkataan untuk proses ini adalah seperti berikut

+ +
Asid hidroklorik Natrium hidroksida Natrium klorida Air

KESIMPULAN

Peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan
garam dan air.

Das könnte Ihnen auch gefallen