Sie sind auf Seite 1von 3

Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan.


Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa,
iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah
menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai
digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar.

Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk


bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar
mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan
ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau
tidak langsung.

(Sumber: Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Jabatan Bahasa Melayu, Institut Perguruan Bahasa-bahasa
Antarabangsa. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf )

Permainan bahasa sememangnya aktiviti pengajaran dan


pembelajaran bahasa yang mengandungi unsur bermain yang
menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan
dan juga daya kreativiti murid-murid untuk mewujudkan suasana belajar yang
menyeronokkan, bersahaja dan bermakna.
Cara Pelaksanaan Teknik Permainan Bahasa

Bagi memastikan murid-murid mendapat banyak faedah daripada aktiviti


permainan ini, guru hendaklah berusaha supaya murid-murid sudah bersedia
untuk mengikuti permainan dengan perasaan terbuka. Oleh itu, persediaan-
persediaan yang berikut perlu dilaksanakan oleh guru.

i. Sebelum permainan
 Beritahu murid nama permainan.
 Maklumkan murid sama ada permainan itu hendak dijalankan
secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
 Lantik ketua untuk permainan secara kumpulan atau
berpasangan.
 Tentukan penjaga masa, pencatat, pelapor atau hakim mengikut
keperluan permainan.
 Jelaskan pada murid tentang cara dan peraturan permainan.

ii. Semasa permainan

Untuk permainan bahasa jenis terancang, peranan guru adalah sebagai


pemudah cara iaitu mengawas, membimbing dan membantu murid apabila
perlu. Tetapi, sekiranya murid-murid telah bersedia dengan persediaan-
persediaan yang rapi, mereka bolehlah diberi kebebasan untuk
menjalankannya sendiri.

Permainan bahasa jenis tidak terancang pula, murid-murid diberi


kebebasan bermain. Walau bagaimanapun, guru perlu mengawal suasana
permainan.

iii. Selepas permainan


 Tentukan bahan dikumpulkan semula dan disimpan.
 Guru berbincang dengan murid tentang pengetahuan bahasa,
kemahiran, sikap dan pengajaran yang diperoleh daripada
permainan itu.

(Sumber: Sapiah Hamid dan Halimah A. Rahman, 1992)


Kekuatan Teknik Permainan Bahasa

Melalui permainan bahasa, kemahiran berbahasa murid dapat dipertingkatkan


sama ada melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca atau menulis. Di
samping itu, permainan bahasa juga dapat membantu mengekalkan minat
belajar dan menggalakkan murid mengambil bahagian yang aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dengan ini, pengetahuan yang
diterima oleh murid akan berkekalan dan tidak membosankan. (Sapiah Hamid
dan Halimah A. Rahman, 1992)

Kelemahan Teknik Permainan Bahasa

Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat


berakhir di bilik darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar
hingga ke luar bilik darjah. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang
disampaikan secara bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu
yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. Oleh itu, guru bahasa perlu
mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan
sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. (Sapiah Hamid dan Halimah
A. Rahman, 1992)

Pandangan dan Cadangan

Permainan bahasa mempunyai objektif dan fungsi yang tertentu dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh itu, guru hendaklah
menggunakan permainan bahasa dengan sebaik-baiknya agar dapat
membantu meningkatkan penguasaan bahasa murid-murid. Di samping itu,
permainan bahasa juga merupakan aktiviti-aktiviti yang dapat mengisi masa
lapang dan membentuk sikap yang positif.

Das könnte Ihnen auch gefallen