Sie sind auf Seite 1von 6

Bahasa Jiwa Bangsa.

Andai patah sayap rajawali,


bertongkat jua saya ke mari,
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa
Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan


Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada
saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang
saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato
saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara yang digunakan
Sebagai alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan
fikiran. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan
sebagai kumpulan individu daripada satu asal keturunan yang sama.

Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak
sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu
menunjukkanjati diri sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-
sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek
pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia

Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa


Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang
menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-
kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka,
bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa
Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan kaum-
kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu
bahasa. Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika
kaum Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa
Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa
Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat
direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan
asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan
terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1
Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan
terpancarlah `jati diri asing. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita
sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah k ita berbahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan 1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan wawasan
2020.

Hadirin hadirat sekalian,


Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya


untuk mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini,
bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara
menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa
kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa asing. Walaupun kita mempelajari bahasa
asing sebagai bahasa global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan jiwa dan
pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Cuba kita teladani , Kejayaan
pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa di benua Eropah dan
Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali
gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa
masing-masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden. Justeru, akan tercapailah gagasan
pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita sebagai rakyat
Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri, siapa lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius
untuk mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.

Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga


Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia
Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti
atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa
kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai
aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan
bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita
sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa
Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang
berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi.
Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang
memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera
Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum
sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang
kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa
sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya
selera.

Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa


Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu
tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus
memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala
tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan
memartabatkan bangsa Malaysia.

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Malaysia . Bahasa adalah penanda identiti


atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa
kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai
aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan
bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita
sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa
Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang
berbunyi, Lorong Touch n Go. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi.
Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang
memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah Lorong pacu segera
Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum
sewenang-wenang menggunakan touch n go Jika tiada azam perjuangan yang
kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa
sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch n go. Tepuk dada, tanya
selera. Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan
bahasa Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing
secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita
mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan
bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa
Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap


pantun,

Sedap makan kacang kelisa,


Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat


yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.
Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan
untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting
untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak
akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen