Sie sind auf Seite 1von 8

KULIAH 4 – TAMADUN CHINA

OBJEKTIF
Diakhir kuliah ini pelajar akan dapat:
1. Memahami konsep-konsep yang wujud dalam tamadun China.
2. Memahami sistem budaya dan kepercayaan masyarakat China.
3. Mengetahui sumbangan tamadun China dalam tamadun di Asia.

KERANGKA
1. Pengenalan
2. Latarbelakang kemunculan tamadun China
3. Sistem Kepercayaan dan Falsafah
4. Sistem Sosial
5. Sains dan Teknologi
6. Islam di China

Pendahuluan
- Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia.
- Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).
- Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted
Culture” dan “The Black Pottery Culture”.

Latarbelakang Perkembangan Tamadun China


a) Zaman Permulaan
- Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan
Chou.
- Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.
- Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini.
- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred
Schools of Thought.

b) Zaman Pertengahan/keagungan
- Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.
- Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China
kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains, kesusasteraan,
pentadbiran, agama dan sebagainya.

c) Zaman Peralihan
- Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke
atas China.
- Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar.
- Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa
pemerintahan Dinasti Song.
- China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming

1
- Abad ke-15, China sekali lagi diperintah oleh orang asing – orang
Manchu.

d) Zaman Moden
- Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China.
- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina.
- 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu.
- Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation”>
- China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan
Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi
gagal.

SISTEM KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH

Kepercayaan Masyarakat China


- Menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur
dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.
- Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan
kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.
- Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan
pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze.

Kosmologi Cina

a. Tian
- Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian
merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan
hidup seseorang.

b. Di/Ti
- Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana
Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara.

c. Dao/Tao
- Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan.
Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau
buruk seseorang.

d. Konsep Yin dan Yang


- Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif,
sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas,
cerah,kering, keras.

2
- Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi.

e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung


- Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu
keadaan.

f. Konsep The Grand Unity atau Ta Tung


- Merujuk kepada prinsip/cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan
serta cara mendapatkan keseronokan yang maksima.

KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA

Confucious
- Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m.
- Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan
etika manusia.
- Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan
nenek moyang.

Taoisme/Daoisme
- Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”>
- Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi
tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian.
- Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui
konsep Yin dan Yang.

Legalisme
- Dihasilkan oleh Hsun-Tzu.
- Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu
pendekatan pentadbiran yang pragmatic.
- Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undang-
undang yang ketat.
- Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik
dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.

Mo-Tzu
- Dilahirkan oleh Mo-Tzu pada akhir Dinasti Chou.
- Menekankan “universal love” dan persamaan taraf.
- Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan.
- Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan
perayaan tradisi.

Humanisme
- Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal
kemanusiaan.

3
- Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati.

Kepercayaan dan agama orang Cina – penyembahan nenek moyang,


Buddhisme, agama Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama
Islam, Kristian dan Ateisme.

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT CINA

- Sistem social masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki,


penyatuan, keharmonian social, kebaikan moral, tanggungjawab
secara kolektif dan kumpulan.
- Asas utama hubungan social ini ialah konsep jen-ch’ing –
tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.
- Perkara paling jelas dalam sistem social masyarakat Cina ialah
pentingnya konsep kekeluargaan yang dikenali sebagai Lima
Hubungan iaitu:
a. Hubungan antara suami dengan isteri
b. Hubungan bapa dengan anak
c. Hubungan adik beradik
d. Hubungan pemerintah dan rakyat
e. Hubungan antara kawan-kawan

Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat


Cina

a. Konsep Ren/Jen
- Dalam Analects of Confucious ( Lun-Yu), menjelaskan bahawa Filial
Piety (Hsiao) dan Fraternal Submission (ti) adalah asas kepada kasih
sayang dan peri kemanusiaan.
- Confucious menjelaskan Jen – love man
- Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia.
- Neo-Confucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri seseorang.
- Glongan ortodoks menganggap Jen – kunci sebuah kerajaan yang baik.
Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah.

b. Konsep Junzi
- Junzi membawa maksud personality yang ideal – berbudi bahasa,
bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan.

4
SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA

- Asas penting perkembangan sains dan teknologi China ialah


a. Konsep Yin dan Yang
b. Teori Lima Unsur

Bidang-bidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China

a) Bidang Perubatan
- Bermula sejak kurun ke-2 masehi.
- Karya perubatan yang terkenal
a. Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori-teori perubatan China.
b. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah
perubatan China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman.
c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang
Chung Ching.
d. Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia
yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan.

b) Bidang Matematik
- Dua karya matematik yang terkenal
a. Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui
baying.
b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kira-kira,
ukuran dan teori matematik.
- Ahli matematik China yang terkenal
1. Liu Hiu
2. Li Zhi
3. Li Shanlan

c) Bidang Astronomi
- Dinasti Chou – pembuatan catalog bintang, kejadian gerhana, komet dan
penggunaan gnomon dan clepsydra.

Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi


1. Alkimia
2. kompas
3. serbuk letupan
4. kertas
5. percetakan
6. seismoskop

5
ISLAM DI CHINA
- Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang
Cina. Islam dipercayai telah datang ke China pada abad ke-17.
- Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan mereka terdiri
daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar,
Tajik, Uzbek, Bao’an dan Tartar.
- Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di
China.

Catatan-catatan Tentang Islam di China


- Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang
(Maharaja Wu-Ti) iaitu:
1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).
2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

- Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik –


khalifah Bani Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja
Tang Xuan Zong (Dinasti Tang).
- Pada tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai
Ketua Kewangan Dinasti Yuan.
- Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai
Gabenor Wilayah Yunnan.
- Syed Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing) sejak abad ke-15
menceritakan tentang kehidupan orang Islam di seluruh China.

Pembesar dan Ulama Islam di China


- Cheng Ho
- Ma Huan – menghasilkan buku Ying Yai Syeng Ian.
- Liu Zhi – penulisan buku ilmu tauhid, falsafah, sirah Nabi Muhammad
dan lain-lain. Karya beliau yang terulung Tien Fang hsing li. Buku
ini mengandungi hal berkaitan kosmologi, kejadian alam, kejadian
makhluk dan keEsaan Allah.
- Ma Hua-Lung – pemimpin masyarakat Islam di China dan menjadikan
Chin-chi-pu sebagai pusat perkembangan Islam.

Sumbangan Islam Terhadap Ilmu Sains dan Teknologi

a. Bidang Perubatan
- Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China.
- Penulisan buku perubatan oleh seorang Islam bernama Li Xun.
- Buku Hui Yao (kaedah perubatan Muslim).
- Li Shu Sao menjalankan perniagaan perubatan.

6
- Yang Fen de (1833-1899) mendirikan gedung perubatan – sehnyang
chiejin tan.
- Bai yin sheng (1889-1963) mendirikan farmasi – Huaxi da yao fa.
- Ma yinsheng (1899-1984) pakar doctor wanita.
- Yang tuan shen (1898-1953) mendirikan klinik kesihatan untuk
bangsa Hui.
- Buku perubatan mata Bu Chi Fad an Ben Chao Kan Mu – menggunakan
kaedah perubatan Islam.

b. Bidang Astronomi dan Matematik


- Kaedah perkiraan dari Arab dibawa masuk ke China yang dikenali
sebagai xiyi Lishu.
- Penggunaan calendar Islam.
- Penciptaan peralatan astronomi oleh seorang Islam (Jamaluddin) iaitu
alat melihat cuaca, alat bumi, alat bebola langit, alat rata lengkongan dan
alat curang lengkongan.

c. Bidang Ketenteraan
- Afendi Shamsudin mencipta meriam Hui Hui dan meriam Xiyi.

d. Bidang Ilmu Pengetahuan


- Pembinaan masjid dan dewan untuk membaca Al-Quran, taman,
perkuburan dan seni bina Islam.

e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran


- Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik
dan Lautan Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran
dan pembinaan kapal.
- Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan
kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut.

Kesimpulan
Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika
dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan
tamadun China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh
kepada negara-negara lain di Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini
melihat kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi ”tuntutlah ilmu
sehingga ke negeri China”.

Soalan PBL
1. Pada pendapat anda, apakah elemen yang paling penting dalam
tamadun China?
2. Apakah kelebihan yang ada pada tamadun China jika dibandingkan
dengan tamadun Asia yang lain?

7
3. Bincangkan mengapakah Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan
umatnya agar menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China.
Mengapa tidak negara Arab, India atau Amerika?

Rujukan
Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain
Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000.

Gernet, Jacques, A History of Chinese Civilization, London: Cambridge


University Press, 1996.

Morton, W.Scott, China: It’s History and Culture, New York, McGraw Hill,
1995.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun


Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.

Osman Bakar, Calssifiacation of Knowledge in Islam: A Study in Islamic


Philosophy of Science, Kuala Lumpur:Inst.For Political Research.

Wang, Gungwu, The Chineseness of China, Selected Essays, Hong Kong:


Oxford University Press, 1991.

Das könnte Ihnen auch gefallen