Sie sind auf Seite 1von 8

NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

LAPORAN TENTANG TAHAP KESEDARAN WARGA SEKOLAH TERHADAP 5R

ATAU ELEMEN ALAM SEKITAR YANG LAIN DI SK SAINT PETER SARATOK.

PENGENALAN

Di sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik untuk menyediakan suasana

pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemiharan

Hidup. Ianya juga berasakan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak

seharusnya terikat dan tertumpu kepada yang berlaku di dalam kelas sahaja. Namun,

iya nya juga berkaitan dengan keceriaan sekolah yang meransang murid-murid untuk

berfikir dan belajar.Dengan itu, jelaslah bahawa semua warga sekolah perlu berganding

bahu dalam menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan

meningkatkan kesedaran dalam diri warga sekolah untuk menjaga kelestarian alam

sekitar.

MATLAMAT

Menjadikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan ceria, bersih dan

selesa.Pendekatan seperti ini mampu meransang (JERIS) iatu jasmani, emosi, rohani,

intelak dan sahsiah dalam diri murid-murid.Persekitaran yang bersih dan ceria juga

mampu menjadikan sekolah bebas daripada segala pencemaran. Murid-murid akan

selesa belajar. Persekitaran yang terjaga juga mampu mengelakkan daripada sebarang

penyakit.Nescaya, warga sekolah dalam bekerja dalam keadaan yang selesa dan

sejahtera.

OBJEKTIF

Mengalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan

seperti program kitar semula.

Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah dalam usaha

menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan persekitaran sekolah.

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

Memupuk nilai Cintai Alam Sekitar dalam diri warga sekolah.

Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat.

Meningkatkan kesedaran dalam diri warga sekolah bagi menjaga kelestarian alam

sekitar.

Mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam diri warga sekolah agar mementingkan

5R.

Melatih murid-murid dari akar umbi agar menjaga alam sekitar dengan baik.

FAEDAH PROJEK

Warga sekolah akan lebih menjaga kelestarian alam sekitar.

Memberikan ilmu yang baru kepada murid-murid mengenai cara penjagaan alam

sekitar dengan baik.

Penglibatan guru dan murid-murid dalam menguruskan alam sekitar pasti dapat

mewujudkan nilai kerjasama dan merapatkan ikatan silaturahim antara mereka.

STRATEGI PELAKSANAAN

Program penghijauan semula sekolah Sk. Saint Peter Saratokini dilaksanakan

sepanjang tahun.Status projek telah berjaya dijalankan.Ini menyebabkan keadaan sekolah

menjadi ceria dan bersih.Murid-murid dan guru-guru lebih bersemangat untuk mengajar dan

belajar.

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

Laporan Projek : Penghijauan Semula Persekitaran SK Saint Peter Saratok.

Projek yang dilaksanakan oleh kami di SK Saint Peter ialah Projek Penghijauan Semula di
kawasan sekolah ekoran daripada kesan isu pemanasan global yang menyebabkan suhu di
kawasan sekolah mencecah suhu yang tertinggi dan menyebabkan ketidakseimbangan
keadaan persekitaran diantara manusia dan alam sekitar.

Menurut Zoer'aini Djamal Irwan (1996), penghijauan adalah segala daya untuk
memulihkan, memelihara dan meningkatkan keadaan yang parah agar dapat menghasilkan
dan berfungsi secara optimum, baik sebagai satu lingkungan yang selamat dan sihat. Oleh
yang demikian, tujuan Projek Penghijauan Semula ini dilakukan bertujuan untuk memulihkan
dan meningkatkan keadaan isu peningkatan suhu yang berlebihan dan berusaha untuk
menstabilkan suhu yang boleh menyeimbangkan hubungan antara alam sekitar dan
manusia dalam keadaan yang baik dan selesa.

Terdapat beberapa langkah yang telah diambil dalam melaksanakan Projek


Penghijauan Semula Persekitaran SK Saint Peter Saratok.Antaranya ialah memfokuskan
tumpuan Agenda 21 iaitu mewujudkan kesedaran awam.Kesedaran awam dibangkitkan
dengan memberi pendedahan bahawa penhijauan semula sekolah SK Saint Peter Saratok
merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan pemanasan global disamping
membekalkan udara yang sejuk dan memperindahkan lagi kawasan sekolah dengan pokok-
pokok yang hijau.Sehubungan dengan itu, nilai alam sekitar yang telah diterapkan dalam
mewujudkan kesedaran awam iaitu warga sekolah ialah prinsip perlindungan dan pemulihan
ekosistem. Dengan adanya pendedahan sebegini sedikit sebanyak dapat menimbulkan
kesedaran awam tentang pemulihan yang akan dilakukan dalam menangani isu pemanasan
global yang menyebabkan peningkatan suhu yang mendadak di kawasan sekolah. Selain
itu, kesedaran awam akan terbentuk dengan sendirinya apabila menyedari kepentingan
prinsip ini dalam mewujudkan keseimbangan antara alam sekitar dengan manusia yang
mampu menyumbang kepada keharmonian antara hubungan manusia dan alam sekitar.
Antara aktiviti yang dilakukan untuk penghijauan sekolah ialah menanam pokok-pokok
bunga di sekitar kawasan sekolah dan menempatkan pokok-pokok bunga di dalam pasu di
sekitar bangunan sekolah.

Langkah kedua yang dilakukan dalam melaksanakan projek ini ialah dengan
melaksanakan aktiviti gaya hidup lestari. Gaya 5R sebagai cara hidup merupakan salah satu
gaya hidup lestari. 5R merupakan maksud kepada rethink, repair, reuse, recycle dan
reduce. Semasa membuang sampah, kita perlu membuang di tempat pelupusan sampah
agar memudahkan kerja pelupusan.Kertas-kertas yang tidak digunakan pula boleh diguna
pakai untuk membuat hiasan dan sebagainya.Amalan menggunakan basikal ke sekolah

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

juga merupakan cara hidup yang lestari. Hal ini demikian, basikal tidak mengeluarkan asap
jadi ia tidak menjejaskan alam sekitar. Malah, berbasikal menjadikan kita sihat walaufiat
kerana dapat mengeluarkan peluh dan meregangkan otot-otot. Tidak melakukan
pembakaran terbuka juga merupakan cara menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Menanam tanaman hijau di sekitar tempat kediaman juga merupakan salah satu kegiatan
yang melambangkan seseorang itu mengamalkan cara hidup lestari. Ini bertetapan dengan
apa yang dilakukan di Sk. Saint Peter Saratok yang mengamalkan sekolah di dalam taman
dimana terdapat bunga dan banyak tumbuhan hijau yang lain yang terdapat di kawasan
sekolah.

Langkah yang ketiga pula ialah, menekankan prinsip cintakan persekitaran.Semua


warga sekolah diberikan pendedahan tentang betapa pentingnya menyayangi dan
menghargai alam sekitar. Hal ini demikian, manusia dengan alam sekitar bergantung
kepada satu sama lain. Jadi, sebagai seorang manusia, sememangnya sudah
tanggungjawab diri sendiri untuk menjaga kelestarian alam sekitar.Misalnya di sekolah ini,
murid-murid menanam pokok bunga, menyiram pokok bunga dan banyak lagi aktiviti yang
menunjukkan kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Murid-murid sentiasa
membuang sampah ke dalam tong sampah yang ditetapkan. Tambahan pula, rutin harian
murid-murid telah pun ditetapkan agar setiap hari setiap kelas mempunyai tanggungjawab
masing-masing untuk memastikan kawasan sekolah dalam keadaan bersih.

Langkah yang keempat ialah, prinsip tanggungjawab setiap individu.Prinsip ini


bertetapan dengan kegiatan yang dilakukan di Sk. Saint Peter.Dalam hal ini, setiap warga
sekolah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi alam sekitar yang
diakibatkan oleh diri sendiri.Setiap warga sekolah mempunyai peranan masing-masing
dalam menjaga kelestarian sekolah.Seseorang itu tidak boleh memandang enteng terhadap
usaha menjaga alam sekitar. Sebaliknya, mestilah berganding bahu dalam menjaga
kelestarian alam sekitar agar tidak tercemar dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Misalnya perbuatan yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang individu ialah, membuang
sampah di dalam kelas orang lain. Ini tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan
kelas orang lain berbau busuk dan kelihatan sangat kotor. Perbuatan seperti ini
menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kelestarian
alam sekitar.

Langkah yang kelima ialah, prinsip kerjasama merupakan asas kepada


pembangunan sekolah lestari. Prinsip kerjasama ini beerti peranan semua orang dalam
memahami alam tabii dan bersatu bekerja dengan cara yang harmoni. Prinsip ini bertetapan
dengan Sk. Saint Peter kerana sekolah ini menekankan semangat kerjasama dalam mejaga

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

alam sekitar.Kebersihan dan kelestarian alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama


bagi semua warga sekolah.Tidak ada seorang pun yang tidak mempunyai peranan dalam
menjaga kelestarian sekolah. Misalnya di Sk. Saint Peter, murid-murid sentiasa
bekerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran, menjaga tanaman dan
sebagainya. Manakala guru-guru pula merupakan pengerak kepada murid-murid untuk
melakukan kegiatan melestarikan alam sekitar.Apa yang menarik ialah, sekolah ini
mempunyai Taman Herba yang digunakan untuk menanam tumbuhan yang berunsur herba.
Guru-guru dan murid-murid bertungkus lumus bekerjasama menjaga kelestarian Taman
Herba ini agar sentiasa terjaga.

Manfaat yang telah diperolehi daripada projek Penghijauan Semula Persekitaran Sk.
Saint Peter ialah, pertama sekali sudah pasti persekitaran sekolah menjadi semakin segar
dan bersih. Sekolah ini kelihatan seperti sekolah dalam taman. Ini menjadikan murid-murid
lebih bersemangat untuk datang sekolah kerana selesa dengan keadaan sekolah yang
cantik dan bersih.Selain itu, murid-murid juga mempunyai kesedaran mengenai pentingnya
menjaga kelestarian alam sekitar dalam kehidupan seharian setelah menjalankan projek
ini.Rata-rata murid-murid sudah semakin meminati aktiviti kelestarian alam sekitar.Misalnya,
murid-murid membantu guru dalam menyiram pokok bunga dan sebagainya.Di samping itu,
manfaat yang diperolehi daripada projek penghijauan semula persekitaran ini ialah mampu
menjauhkan sekolah ini daripada pelbagai penyakit.Hal ini demikian, projek penghijauan
semula ini sedikit sebanyak telah menjadikan kawasan sekolah bersih.Misalnya, aktiviti
pembuangan sampah ke dalam tong sampah, membuang takungan air, dan sebagainya
mampu mengelakkan segala bakteria agar tidak membiak.Jadi, kawasan sekolah yang
bersih pasti dapat mendorong sekolah ini mencatat rekod sifar terlibat dalam sakit AEDES
dan sebagainya.

Kesimpulannya, alam memiliki kemampuan untuk memberikan kehidupan bagi


penduduk dunia.Potensi yang ada pada alam untuk memenuhi keperluan hidup
manusia.Semua manusia perlu menjaga kelestarian alam sekitar.Sekiranya alam sekitar
sentiasa terjaga dan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, maka manusia yang
mendiami alam sekitar juga sihat. Hal ini demikian, manusia dan alam sekitar bergantung
kepada satu sama lain. Alam sekitar merupakan sumber kepada kehidupan manusia.Jadi,
Penghijauan Semula Persekitaran SK Saint Peter Saratok merupakan satu inisiatif yang
sangat baik untuk menyokong sekaligus mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Pendedahan telah diberikan kepada murid-murid di sekolah agar menitikberatkan amalan
mementingkan kelestarian alam sekitar agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Bukan itu sahaja, persekitaran yang bersih dan cantik dengan tumbuhan hijau juga mampu
menjadikan kawasan sekolah lebih menarik dan selesa.Nescaya murid-murid juga

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

bersemangat untuk belajar kerana persekitaran yang bersih dan selamat. Pendekatan ini
menjadikan sekolah Sk. Saint Peter dikategorikan sebagai sekolah dalam taman ibarat
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah selaras dengan sekolah-sekolah maju yang lain.
Bahkan juga dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam
apa juga bidang.

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

RUJUKAN

1. http://notejots.blogspot.com/2010/09/amalan-gaya-hidup-konsep-5r.html

2. Pasipgktb.blogspot.com/p/nota.htm

3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0617&pub=utusan_Malaysia

&sec=Gaya_Hidup&pg=Is_04.htm#ixzz33pGGdtB

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015


NAMA : MICHELLE ANAK EDWIN & GORETTI ANAK SAMEH

DRAF TUGASAN
1. Laporan Projek

Prinsip tanggungjawap setiap individu


Perlindungan dan pemulihan ekosistem
Prinsip cintakan persekitaran
Prinsip etika melebihi hokum
Prinsip kerjasama

1. Nama projek- tujuan, manfaat

2. tindakan aktiviti penghijauan (peda slide enggau point)

3. manfaat

suatu langkah penting dan strategik untuk menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemiharan Hidup.

Kesimpulan
- Alam memiliki kemampuan untuk memberikan kehidupan bagi penduduk dunia.
Potensi yang ada pada alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Semua
manusia perlu menjaga kelestarian alam sekitar. Sekiranya alam sekitar sentiasa
terjaga dan berada dalam keadaan yang bersih dan selamat, maka manusia
yang mendiami alam sekitar juga sihat.

PISMP BAHASA IBAN AMBILAN JUN 2015

Das könnte Ihnen auch gefallen