Sie sind auf Seite 1von 1

Assalaamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

Daun layu di tengah gurun,


nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang kami ucapkan,


Buat semua hadirin budiman,
Ke sidang majlis penuh taakulan,
Bersama merapat ukhuwwah dan taulan.

Yang berusaha .

Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana
dengan limpah kurniaNya, dihimpunkan kita di majlis yang sangat besar ertinya kepada
semua warga SK Morni Pok. Jamuan Akhir tahun dan majlis perpisahan adalah program
tahunan sebagai menghargai usaha dan pengorbanan guru dan kakitangan dalam usaha
meningkatkan nama sekolah di peringkat daerah maupun negeri.

Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing


Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang diibaratkan ibubapa dan guru
saling perlu memerlukan.
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma
bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.

Pergi ke hutan mencari berangan,


Berangan ditanam di dalam taman,
Yakin boleh dijadikan pegangan;
Kejayaan pasti dalam genggaman,

Das könnte Ihnen auch gefallen