Sie sind auf Seite 1von 29

AMALAN TERBAIK PEMIMPIN SEKOLAH

BEKAS PESERTA NPQEL


BAWAH SELIAAN PN. RASHIDAH MOHD SAID

KOMUNITI RENDAH
KARBON
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA PULAI,
KULAI, JOHOR

Ditulis oleh:

AZMAN BIN SAFII,


PEGAWAI SIPARTNERS+
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI
AMALAN TERBAIK PEMIMPIN SEKOLAH
(BEKAS PESERTA NPQEL BAWAH SELIAAN PN. RASHIDAH MOHD SAID)

A. BIODATA

1. Nama penuh
2. No. kad pengenalan
3. Ambilan NPQEL/ Tahun
4. Tahun lantikan PGB
5. Nama sekolah semasa
6. Angerah selepas lantikan jika ada (APC, Hari Kualiti dsb)
7. Foto berukuran pasport

B. KANDUNGAN AMALAN TERBAIK

1. Pengenalan 3

2. Identifikasi Masalah .. 3

3. Amalan Terbaik Bawah Kepimpinan .. 5


a. Pendahuluan .. 5
b. Pelaksanaan Progam 6
c. Pengiktirafan ( dalaman atau luar) . 21
d. Keberkesanan Amalan Terbaik .. 23
( berserta bukti eg.gambar, sijil dll.)

4. Penutup . 27
a. Way forward/ Penambahbaikan 27
b. Harapan . 28

1
AMALAN TERBAIK PEMIMPIN SEKOLAH
(BEKAS PESERTA NPQEL BAWAH SELIAAN PN. RASHIDAH MOHD SAID)

A) BIODATA

1) Nama penuh : AZMAN BIN SAFII

2) No. kad pengenalan : 681113-01-5855

3) Ambilan NPQEL/ Tahun : 1/2012

4) Tahun lantikan PGB/ SIP : 1 JANUARI 2014

5) Nama sekolah semasa : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

6) Angerah selepas lantikan jika ada (APC, Hari Kualiti dsb): TIADA

7) Foto berukuran pasport :

2
B) KANDUNGAN AMALAN TERBAIK

1.0 PENGENALAN

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pulai atau ringkasnya SJK(C) Pulai, merupakan
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kangkar Pulai, dalam
Daerah Johor Baharu. Walau bagaimanapun disebabkan kedudukan sekolah ini
berada berhampiran dengan daerah Kulai, iaitu sekitar 25 kilometer sahaja,
maka secara pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat
Pendidikan Daerah Kulai.

Sehingga 31 Ogos 2017 enrolmen murid di sekolah ini seramai 834 orang.
Daripada jumlah tersebut seramai 597 orang terdiri dari murid berketurunan
Cina, 75 orang Melayu, 93 India, dan 16 bumiputra bukan Islam, 53 keturunan
lain. Bilangan guru seramai 56 orang mana kala staf sokongan seramai 6 orang.
Sekolah ini diterajui oleh Puan Lee Boh Dan selaku Guru Besar, Gred
DG44KUP. Guru Besar seorang yang sangat sangat berpengalaman dan dilantik
sebagai Guru Besar sejak 1982. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini mulai 15
Jun 2003.

Semasa sesi bimbingan mula dilaksanakan oleh SIPartners+ pada 2014,


sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah fokus PPD kerana berada pada Band
dengan Skor Komposit SKPM pada tahap 71.90%. Sekolah ini berada pada rank
yang ke 4560 daripada 7709 sekolah seluruh negara. Walaupun berada pada
Band 3 namun sekolah ini merupakah antara sekolah rendah yang berada pada
rank yang terendah dalam daerah.

2.0 IDENTIFIKASI ISU / MASALAH

2.1 Mengenal pasti masalah

Berdasarkan kepada dapatan sesi bimbingan yang saya jalankan, saya


merumuskan bahawa isu sebenar sekolah ini adalah pencapaian akdemik yang
sangat rendah khususnya dalam UPSR. Keadaan inilah yang menyumbang
kepada rendahnya skor komposit dalam SKPM kerana pencapaian dalam
peperiksaan awam merupakan 70% daripada skor keseluruhan penarafan
sekolah dalam SKPM.

Analisis trend pencapaian UPSR yang saya lakukan ke atas sekolah ini
mendapati sekiranya pencapaian sekolah ini meningkat secara konsisten pada
tahap 3% selama lima tahun berturut-turut, sekolah ini masih belum berupaya
untuk keluar daripada band 3. Pencapaian UPSR yang tidak pernah melepasi
50% dan GPS tidak pernah berada di bawah paras 2.40 sepanjang 5 tahun
terakhir menyerlahkan betapa pihak sekolah memerlukan usaha yang berganda
sekiranya sekolah ini mahu berada pada kelompok terbaik, sama ada dari segi
band mahupun skor komposit

3
Justeru dalam sesi bibingan yangs aya laksanakan, fokus diberikan kepada
bagaimana mengupayakan Guru Besar dalam mengenalpasti bidang yang boleh
menjadi pencetus kepada semangat, keyakinan dan komitmen warga sekolah,
ibu bapa dan komuniti dalam jangka masa yang singkat. Dalam erti kata lain
sekolah perlu mencipta faktor wow yang juga lebih sinonim dengan konsep
Quick Win atau kemenangan segera.

Kemenangan segera merupakan penambahbaikan yang boleh dilihat,


mempunyai manfaat serta-merta, dan boleh dicapai dengan cepat selepas
projek bermula. Saya menyedari bahawa Quick Win tidak semistinya
mempunyai kesan mendalam atau kesan jangka panjang terhadap organisasi,
tetapi sekurang-kurangnya kejayaan awal ini dapat memberi keyakinan kepada
Guru Besar tentang potensi yang mereka miliki untuk mencipta kejayaan yang
berterusan dan akhirnya memberi kejayaan kepada fokus yang paling penting
iaitu kemenjadian murid.

Berdasarkan kepada analisis persekitaran yang dilakukan, saya melihat sekolah


ini mempunyai tiga isu utama, iaitu;

i. Pencapaian akademik yang rendah


ii. Sekolah tiada bidang kebitaraan yang boleh dijadikan sebagai identiti
atau watak sekolah
iii. Ibu bapa dan penjaga tidak ambil peduli terhadap pencapaian anak-
anak yang mengambarkan tahap kesedaran yang rendah terhadap
kepentingan pendidikan.
iv. Komoitmen ibu bapa, dan komuniti yang rendah.

Berdasarkan kepada isu-isu yang disenaraikan di atas, saya mendapati isu ii, iii
dan iv mempunyai potensi diterjemahkan dan berpotensi menjadi elemen wow
atau Quick Win sekolah. Saya berpendapat sudah tiba masanya pihak sekolah
menggunakan strategi Prinsip Pareto, iaitu berusaha menanangai 20% isu yang
paling berpengaruh, untuk mengatasi 80% isu atau masalah dengan cara
melaksanakan satu program yang paling berpotensi menghasilkan kejayaan
segera untuk melonjakkan nama sekolah.

2.2 Cadangan Intervensi

Hasil daripada bebrapa sesi bimbingan yang dijalankan, Guru Besar menyedari
tentang kekuatan yang dimiliki oleh sekolah. Strategi yang dicadangkan ialah
melaksanakan program yang dikenal pasti mampu melibatkan semua pihak yang
berkepentingan, dan program yang mempunyai potensi menghasilkan kejayaan
yang segera. Keyakinan inilah yang mendorong Guru Besar untuk
melaksanakan Program Komuniti Karbon Rendah, yang dilihat berupaya
memberi ruang dan peluang seluas-luasnya terhadap pelibatan yang aktif ibu
bapa dan komuniti. Program ini juga dipilih kerana ia bukalah baru kepada warga
sekolah kerana program telah dirintis sejak 2007 namun tidak diberikan
penekanan secara mendalam. Pelaksanaan pada skala kecil dan tidak berintensi
tinggi

4
Rasionalnya, apabila ibu bapa dan komuniti terlibat secara aktif dalam aktiviti
sekolah, maka sudah tentu pihak sekolah akan mempunyai akses yang lebih
luas untuk menyuntik kesedaran ibu bapa dan komuniti terhadap pendidikan
anak-anak mereka. Seterusnya apabila kesedaran ini dapat ditingkatkan maka
sudah tentulah secara tidak langsung isu-isu seperti pencapaian yang rendah
dalam akademik dan kemenjadian dalam sahsiah dan kokurikulum dapat
ditambahbaik dari masa ke semasa. Pada masa yang sama program ini juga
dipilih bagi memberi kesedaran kepada murid-murid, ibu bapa dan komuniti
terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar.

Bagi membantu Guru Besar dan pihak sekolah memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan lancar, saya telah memberi bimbingan kepada Guru Besar
mengenai kerangka pelaksanaan menerusi proses pengurusan melibatkan
konsep Plan, Do, Check and Action (PDCA). Beberapa alat kualiti seperti
Analisis 5W1H, Analisis Why-Why dan Tulang Ikan Ishikawa turut digunakan
supaya projek ini dapat dirancang dan dilaksanakan secara terperinci. Proses
pengawalan dan refleksi juga diberi penegasan bagi memastikan usaha-usaha
penambahbaikan dilaksanakan secara tekal.

3.0 AMALAN TERBAIK BAWAH KEPIMPINAN

3.1 Pendahuluan

Program yang dilaksanakan oleh Guru Besar dinamakan sebagai Program


Komuniti Rendah Karbon (Low Carbon Society). Program ini adalah satu strategi
pihak sekolah dalam meningkatkan pelibatan yang aktif daripada ibu bapa dan
komuniti terhadap aktiviti sekolah dan pada masa yang sama dapat memberi
kesedaran mengenai pentingnya pemeliharaan alam sekitar.

Komuniti Rendah Karbon merujuk kepada inisiatif untuk menjadikan sekolah ini
sebagai sebuah komuniti yang mengamalkan gaya hidup rendah karbon bagi
mengurangkan jumlah pelepasan gas hijau (Green House Gases/ GHG) dalam
pelbagai bentuk tindakan dan aktiviti. Matlamat program adalah melibatkan ibu
bapa dan komuniti seoptimum mungkin dalam usaha meningkatkan kesedaran
mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi mencapai objektif-
objektif berikut;

i. Mencipta kejayaan segera Quick Win sebagi pencetus komitmen,


keyakinan dan menyemarak semangat warga sekolah.
ii. Melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam program sekolah secara aktif.
iii. Mengukuhkan kerjasama dan usahasama dengan pelbagai pihak
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti memulihara dan memelihara alam
sekitar
iv. Memupuk nilai-nilai, norma-norma tingkah laku dan kod tingkah laku
murid-murid dan ahli-ahli masyarakat untuk menjadi penyumbang-
penyumbang aktif kepada budaya karbon rendah yang mapan.
v. Menyebarkan pengetahuan mengenai amalan karbon rendah bagi
murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.
vi. Membina kemahiran insaniah murid melalui pendidikan untuk
pembangunan lestari (ESD)

5
vii. Menggalakkan kecekapan dalam penggunaan sumber tenaga untuk
menjimatkan perbelanjaan sekolah.

3.2 Pelaksanaan Aktiviti Program Komuniti Rendah Karbon

Pelaksanaan Program ini memberi penekanan terhadap enam pendekatan


berikut sebagai strategi tindakan yang diharapkan memberikan impak kejayaan
yang positif;

i. Mewujudkan struktur sekolah yang menyokong usaha-usaha hijau.


ii. Pendidikan formal yang menggalakkan pendidikan alam sekitar
iii. Pendidikan tidak formal yang menggalakkan pendidikan alam sekitar
iv. Kualiti usaha-usaha hijau
v. Kuantiti usaha-usaha hijau
vi. Sesuatu yang baru daripada usaha hijau

BIL AKTIVITI

1 Menetapkan Motto Sekolah iaitu Close To Nature (Menyantuni Alam)

Semua murid akan dididik untuk mencari dan mendalami motto Sekolah
Hijau

2 Memastikan supaya struktur sekolah menyokong usaha Sekolah Hijau

1) Dewan Sekolah dibina pada satu konsep terbuka. Memperbaiki


pengaliran pengudaraan.

2) Bilik Darjah diupayakan untuk memaksimumkan penggunaan


pencahayaan semula jadi

6
BIL AKTIVITI

3) Kantin; Bumbung kantin telah dibina menggunakan bahan lutsinar -


untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

3 Memastikan struktur fizikal sekolah yang menyokong usaha-usaha hijau

Tembok Emosi -menggunakan papan hitam lama

7
BIL AKTIVITI

3 Pendidikan formal yang menggalakkan pendidikan alam sekitar

Prinsip 6R diterapkan secara mapan dalam kurikulum: Kurangkan


(Reduce), guna semula (Reuse), kitar semula (Recycle), memikirkan
semula (Rethink), pembaikan (Repair) dan bertanggungjawab
(Responsible)

3.1 Seni visual; penggunaan kitar semula bahan-bahan untuk


membuat kraf tangan, melukis poster untuk meningkatkan
kesedaran alam sekitar para pelajar.

8
BIL AKTIVITI
3.2 Perisian Interaktif; Pendidikan Moral, Bahasa Mandarin, Bahasa
Inggeris dan belajar mata pelajaran Sains mengenai isu-isu alam
sekitar seperti perubahan iklim dan pencemaran melalui video, kuiz
dan gambar. Contoh; Tahun 4 (Unit 14- Dunia Ku, Rumah Ku)

3.3 Ceramah dan bengkel - "Bersihkan Planet Kami" bengkel


pengkomposan, , ceramah bioenzyme, ceramah sisa pengasingan
dan ceramah alam sekitar.

a) Effective Microorganisms
(EM) Talk
Presented by
Dr Lee Chew Tin

9
BIL AKTIVITI

b) Bioenzyme workshop
Prensented by Miss Cheng
Xui Chein

a) Home-composting- Clean Our Plate workshop


Presented by Dr Lee Chew Tin, UTM

Murid-murid diberi peluang untuk mengalami sendiri dan membuat


kompos sisa makanan mereka dengan menggunakan Tong Kompos
yang ditaja oleh UTM

10
BIL AKTIVITI
d) Segregation of rubbish
talk
Presented by Miss Cheng
Xui Chein

4 Pendidikan tidak formal yang menggalakkan pendidikan alam sekitar


melibatkan murid, guru dan Ibu bapa serta komuniti

4.1 a) Aktiviti yang melibatkan murid di sekolah;

i) Projek Tanaman Terrarium


ii) Projek penanaman bawang
iii) Pengkomposan (Program Bumi C2)
iv) EM Program Mudball
v) 1 Murid 1 Taanaman
vi) Program Bioenzyme
vii) Pertandingan Kitar Semula Bulanan
viii) Projek penjimatan air dan elektrik
ix) Membawa beg kitar semula sendiri.
x) Dasar Tiada Plastik Dan Polystrene (menggunakan bekas makanan
yang boleh diguna semula dan botol air)
xi) Melibatkan diri dalam bengkel dan ceramah
xii) Pertandingan mereka bentuk tanglung Cina.
xiii) Bilik darjah hiasan semasa tahun baru Cina dan hari kebangsaan
yang menggunakan bahan-bahan kitar semula.
xiv) Dekorasi khemah hari sukan menggunakan bahan-bahan kitar
semula.
xv) Pertandingan Poster alam sekitar
xvi) Menghasilkan kraf tangan dengan bahan-bahan kitar semula

11
BIL AKTIVITI

Projek Tanaman Terrarium

Projek Tanaman Bawang

12
BIL AKTIVITI

Hiasan tahun baru Cina dengan bahan-bahan kitar semula

Kraftangan yang dicipta daripada bahan-bahan kitar semula

b) Aktiviti yang melibatkan murid di luar sekolah

i) Pameran Sekolah Rendah Karbon Iskandar Malaysia (Iskandar


Malaysia Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition) 2015,
2016, 2017
ii) Pertandingan cabaran Ecolife Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia
Ecolife Challenge Competition) 2013-2016
iii) Pertandingan Merekabentuk Majalah Mega Kitar Semula Yeo's dan
BH (Designing Recyclable Mega Magazine Yeos and BH
Competition) 2014.
iv) Pertandingan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari SEAMEO
Jepun (Japan SEAMEO Education for Sustainable Development
Competition) 2016
v) Rakan Eco Bengkel Kelestarian Pengkomposan Sisa Makanan
(Eco Partner - Sustainable Food Waste Composting workshop)
anjuran UTM, & AIESEC

13
BIL AKTIVITI

4.2 Aktiviti yang melibatkan guru;

i) Kompos dan Komuniti Untuk Bumi (Program C2)


ii) EM Bengkel Mudball
iii) Melibatkan diri secara aktif dalam mendidik murid-murid secara
rasmi dan tidak rasmi
iv) Pameran Kelestarian dan Sekolah Rendah Karbon Negeri Johor
(Johor Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition) 2015-2017
v) Pertandingan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari SEAMEO
Jepun (Japan SEAMEO Education for Sustainable Development
Competition) 2016
vi) Benih Harapan: pameran "Visi kemampanan, langkah-langkah ke
arah perubahan".
vii) Pameran Sekolah Rendah Karbon Iskandar Malaysia (Iskandar
Malaysia Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition) 2015,
2016, 2017.

Guru yang sanggup


mengorbankan masa
mereka untuk melukis
dan membuat pot bunga
"Minion"

4.3 Aktiviti yang melibatkan ibu bapa;

i) Bengkel Keluarga Kompos


ii) Sukarelawan sebagai penceramah / fasilitator untuk Program
Cabaran Eco-Life
iii) Penggunaan bekas makanan daripada bekas makanan mesra alam
daripada penggunaan bekas polystyrene.
iv) Menyediakan sisa makanan (kulit buah-buahan) untuk membuat
Kompos EM
v) Program Berkongsi Kereta
vi) Pertandingan Bulanan Mengumpul Bahan Kitar Semula
vii) Projek Eco-Garden
viii) Derma buku cerita lama dan DVD kepada perpustakaan sekolah
ix) Sukarelawan untuk membaiki kerosakan di sekolah seperti pintu
tandas dan bangku panjang di kantin

14
BIL AKTIVITI

Bengkel Keluarga Kompos

4.4 Aktiviti yang melibatkan komuniti setempat;

i) Bekerjasama dengan syarikat RICOH untuk guna semula katrij


pencetak laser dengan cara yang mesra alam.
ii) Persatuan Pengeluar plastik Malaysia menyediakan 2 set CD
pencinta alam semula jadi dan tong kitar semula ke sekolah.
iii) Bekerjasama dengan Syariakat Persendirian Edutech Computer
Centre (M) Sdn Bhd untuk menyumbang computer lama kepada
sekolah lain.
iv) Bekerjasama dengan Syarikat Tanah Sutera Sdn Bhd dalam
Bengkel EM mudball
v) Lawatan sambal belajar sempena Sutera Malls Good Earth
Exhibition

15
BIL AKTIVITI
vi) Bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia untuk
menjalankan program bumi C2, bengkel rumah-Kompos dan bengkel
lestari pengkomposan sisa makanan (UTM, AIESEC)
vii) Bekerjasama dengan rangkaian KIKO-menyediakan bimbingan,
latihan dan sumber untuk cabaran Eco-Live
viii) Institut Penyelidaikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia
(MARDI) Johor menyediakan benih nanas dan sayur-sayuran

Bekerjasama dengan Syarikat Tanah Sutera Sdn Bhd dalam


Bengkel EM Mudball

16
BIL AKTIVITI

5 Kualiti Usaha Hijau (Green Efforts) melibatkan tiga inisiatif iaitu


Penjimatan tenaga elektrik, Penjimatan air dan Taman-Eco

a) Penjimatan tenaga elektrik

i) Hidupkan kipas di bilik darjah hanya selepas pukul 9.50 pagi.


ii) Matikan projektor dan komputer, visualiser semasa waktu rehat dan
apabila tidak dalam penggunaan.
iii) Peralatan komputer rangkaian untuk mengurangkan bilangan
pencetak

b) Penjimatan air

i) Gunakan baldi air untuk jirus tandas.


ii) Kaedah The bottles in the tank untuk menyelaras jumlah air yang
digunakan bagi setiap jirusan dan mencipta tandas jirusan rendah.
(Kemasukan 500ml botol penuh ke dalam tandas flush tangki)

c) Projek Eco Garden

17
BIL AKTIVITI

6 Kuantiti Usaha Hijau melibatkan sembilan aktiviti sekolah yang memberi


penekanan terhadap peningkatan bilangan usaha ke arah menghindari
pencemaran.
i) Guna semula kertas yang ii) Sediakan tong kitar semula
dicetak pada hanya satu di sekitar kompaun sekolah
bahagian

iii) Mewujudkan Kelab Pencinta iv) Mengunakan bekas makanan


Alam Sekitar guna semula

v) Mengasingkan
logam minuman
dalam tin dan botol
plastik vitagen

18
BIL AKTIVITI

vi) Penggunaan bag kitar vii) Kitar semula kotak-kotak


semula susu (Program 1 Susu Malaysia)

viii) Kitar semula


komputer rosak
kepada syarikat
sisa elektronik
berlesen

ix) Projek melukis mural

19
BIL AKTIVITI

7 Inisiatif Baharu Program Hijau

Terdapat dua inisaitif baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah
sebagai sebahagian daripada hasil Program Komuniti Rendah Karbon
iaitu; Pasu Bunga Tergantung dan Menara Taman Buatan Sendiri
Sistem Tanaman Menegak (DIY Garden Tower- vertical grow system)

a) Pasu Bunga Tergantung

- Bekas penanaman diperbuat daripada botol plastik


- Tumbuh-tumbuhan hanya memerlukan air minimum
- Reka bentuk pasu boleh mencegah pembiakan nyamuk
- Tumbuh-tumbuhan hiasan boleh membantu untuk menyerap
karbon dioksida dan memberi oksigen

20
BIL AKTIVITI
b) Menara Taman Buatan Sendiri Sistem Tanaman Menegak

- Menjimatkan ruang: perlukan hanya 10% ruang sahaja


- Perlukan air yang sedikit iaitu 2% daripada kaedah tradisional
- Tanaman boleh membesar dengan cepat
- Tanaman tumbuh tanpa rumpai dan kurang dijangkiti penyakit.
- Menghasilkan hasil sehingga 30% atau lebih berbanding teknik
penanaman di atas tanah
- Mempunyai nilai pendidikan: Pendidakan secara hands-on", dan
menjadi alat pembelajaran yang berkesan di bilik darjah.
- Sebagai hiasan yang menarik

3.3 Pengiktirafan ( dalaman atau luar)

Walaupun pada hakikatnya Program Komuniti Rendah Karbon hanyalah satu


strategi Quick Win dengan tujuan untuk membantu pihak sekolah menarik
perhatian murid-murid, ibu bapa dan komuniti terhadap aktiviti disekolah,
ternyata program ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan daripada masyaraat
setempat malah telah diiktiraf kebangsaan dan antarabangsa. Berikut
disenaraikan, pengiktirafan dan anugerah yang diterima oleh pihak sekolah
sepanjang program ini berjalan.

21
BIL PENGIKTIRAFAN PERINGKAT
1 Anugerah Kegiatan Kokurikulm Aktif PPD Daerah
2012- 2016
2 Anugerah Guru Inovatif (Kumpulan) - 2016 Negeri
3 Sekolah Ikon - Inisiatif untuk ibu bapa dan Daerah, Negeri,
penglibatan komuniti (Peringkat daerah dan Kebangsaan
negeri 2015, 2016)
4 Pameran Sekolah Lestari dan Karbon Negeri, Kebangsaan
Rendah UTM - Pingat Emas (2014-2016),
Penyampai Terbaik (2014), Pasukan
Terbaik (2016), Terbaik Dalam Kalangan
Yang Terbaik (2016)
5 Cabaran Rekacipta Majalah Mega Kitar Kebangsaan
Semula 2014
6 Pertandingan Kitar Semula Majalah Mega Kebangsaan
2014
7 UNESCO Associated Schools Network. Antarabangsa
2014 (Education for Sustainable
Development).
8 Iskandar Malaysia Ecolife Challenge Antarabangsa
Competition 2014
9 2016 SEAMEO-JAPAN Education Antarabangsa
Sustainable Development : 2nd Price SJK
(C) PULAI

Sijil Penghargaan PPD :


Anugerah Kualiti PPD

22
KETUA Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof (tengah) bergambar
bersama penerima anugerah tempat kedua SEAMEO-JAPAN ESD, Pegawai
Pendidikan Daerah Kulai, Ishak Mahbob (kanan) dan Guru Besar SJK(C) Pulai, Lee
Boh Dan (kiri) pada majlis makan malam bersempena Persidangan Majlis Pertubuhan
Menteri- Menteri Pendidikan Asian Tenggara (SEAMEC) ke-49 di Hotel Mulia, Jakarta.
- Foto Asyraf Hamzah

Anugerah
SEAMEO-Japan :
Penjimatan Tenaga

23
Pertandingan Kitar Semula Majalah Mega
- Anugerah cemerlang (RM1, 000 dan 20 karton paket minuman Yeo's)
- Anugerah Pasukan Terbaik (RM 500.00)

3.4 Keberkesanan Amalan Terbaik ( berserta bukti eg.gambar, sijil dll.)

Berdasarkan kepada pengiktirafan yang diterima, amat jelas sekali program


Komuniti Rendah Karbon bukan sahaja memberi pendidikan menganai
pemeliharaan alam sekitar kepada murid-murid tetapi lebih jauh daripada itu
berjaya menambat keyakinan ibu bapa dan komuniti dalam serta luar negara
terhadap kemampuan sekolah sebagai agen pendidikan mengenai alam sekitar.

Bukan setakat itu sahaja, aktiviti yang pada awalnya bersifat menerap kesedaran
sahaja, namun dimanfatkan sepenuhnya kerana setiap barangan kitar semula
tersebut mempunyi nilai ekonomi.

a) Menjual bahan-bahan kitar semula kepada SWM Environment Sdn Bhd


dan Sin Fong Trading

Penjualan Surat Khabar


Lama dan Kertas Terpakai

24
Penjualan Kotak Terpakai

Penjualan Kotak Minuman


Susu

b) Menjual Produk Program Sekolah Rendah Karbon kepada ibu bapa

Penjualan Tong Kompos


kepada Ibu bapa dan
komuniti

25
Penjualan
Bioenzime dan
EM kepada ibu
bapa dan komuniti

Dana diperoleh melalui program kitar semula (RM800.40)

Tahun 2013 2014 2015 2016

Jumlah RM 306.10 RM626.30 RM738.20 RM 800.40

26
Dana diperoleh melalui program Kompos keluarga (RM681)

c) Amalan penjimatan elektrik yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan


memperkenalkan polisi menghidupkan kipas pada pukul 9.30 pagi juga
memberi manfaat penjimatkan penggunaan elektrik ;

BULAN SEPTEMBER OCTOBER NOVEMBER

JUMLAH RM5426.90 RM 5402.16 RM3601.00

d) Penjimatan penggunaan air dengan memperkenalkan baldi air jirus


tandas;

BULAN AUGUST SEPTEMBER OCTOBER

JUMLAH RM3186.80 RM3153.80 RM2332.10

4.0 PENUTUP

4.1 Way forward/ Penambahbaikan

Memperlihatkan keberhasilan daripada pelaksanaan program Komuniti Rendah


Karbon, maka pihak pengurusan sekolah kini semakin mendapat sokongan dan
keyakinan daripada ibu bapa, komuniti dan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Oleh itu pengurusan sekolah yang diterajui oleh Pn Lee Boh Dan selaku Guru
Besar, akan memanfatkan sokongan yang diberikan tersebut untuk
mempeluaskan lagi skop pelaksanaan dan pelibatan dari pihak-pihak yang

27
berkepentingan. Antara perancangan yang akan dilakukan adalah seperti
berikut;

a) Polisi Satu Kelas Satu Tong Kompos

Setiap kelas adalah bertanggungjawab ke atas satu Tong Kompos. Semua murid
akan menjadikan sisa makanan dari kantin dan dapur rumah sebagai bahan
kompos. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan setiap
murid tentang baja kompos dan pada masa yang sama menanamkan rasa
tanggungjawab dan kasih sayang terhadap alam sekitar.

b) Program Angkat Tanaman Sayuran

Setiap kelas perlu mewujudkan kawasan tanah untuk menanam sayur-sayuran


dan menjadikannya sebagai eco-garden. Semua murid boleh menggunakan
bahan kompos yang dibuat oleh mereka sendiri sebagai baja tanaman. Projek
ini adalah satu usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran di mana
murid-murid boleh memerhati dan merekod kitaran hidup tanaman mereka
seperti anak benih, percambahan dan proses pendebungaan secara langsung.

4.2 Harapan

Program Komuniti Rendah Karbon merupakan satu program ekspiremen yang


terhasil daripada sesi bimbingan SIPartners+ dan Guru Besar iaitu Puan Lee
Boh Dan. Matlamat asalnya hanyalah untuk mewujudkan elemen Quick Win,
yang diharapkan dapat mencetus semangat bagi mengaktifkan penglibatan dan
meningkatkan komitmen warga sekolah, ibu bapa dan komuniti yang seterusnya
dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Namun demikian, kejayaan daripada pelaksanaan program ini, bukan sahaja


menjadikan sekolah ini sebagai fokus kepada pembelajaran mengenai
penjagaan alam sekitar, tetapi turut berjaya memasyarakatkan sekolah. Program
telah berjaya menarik minat ibu bapa, dan komuniti setempat dan antarabangsa
tentang kesedaran mengenai alam sekitar.

Program ini juga telah memberi platform terbaik kepada semua murid sekolah ini
mengenai kemahiran pembelajaran abad ke-21. Murid-murid telah menerima
pendedahan dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran penyelesaian
masalah, kemahiran bekerja dalam pasukan dan kemahiran berfikir secara kritis.

Bagi saya selaku Sipartners+, melihat sekolah ini mempunyai potensi yang besar
untuk dibangunkan sebagai sebuah sekolah yang menepati aspirasi sekolah
transformasi. Bermula dari pertemuan pertama pada tahun 2014, sehinggalah
kini sesi bimbingan yang dijalankan, telah berjaya menyerlahkan keupayaan
Guru Besar dalam menerajui kepimpinan sekolah dengan komitmen yang amat
tinggi.

28

Das könnte Ihnen auch gefallen