Sie sind auf Seite 1von 2

PANDUAN JADUAL KEDATANGAN MURID

1. Tulis nama pelajar lelaki di atas dan perempuan di bawah, mengikut abjad. Nama pelajar ditulis
dengan lengkap (ada bin/binti). Buku Jadual Kedatangan mi mesti ditulis dengan dakwat HITAM.

2. Nama pelajar yang baru masuk ditulis di bawah sekali, tidak kira lelaki atau perempuan.
Lengkapkan MAKLUMAT PELAJAR dan MAKLUMAT PENJAGA berdasarkan Borang Maklumat
Peribadi Pelajar atau APDM sebelum MINGGU KETIGA JANUARI.

3. Semak Nombor Pendaftaran Pelajar.

4. KEDATANGAN

4.1 Tandakan seperti berikut pada buku kedatangan:

/ Hadir
0 Tidak Hadir
L Datang Lewat
S Tidak Hadir Bersurat / Cuti Sakit
P Ponteng Sekolah
W Dikira Hadir, Pelajar mewakili sekolah dalam satu-satu aktiviti kokurikulum
G Gantung Sekolah
4.2 Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru kelas atau guru yang mengajar
masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir
ianya mesti ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ni mestilah ditutup
selewat-lewatnya satu jam sesudah dimulakan belajar, kemudian dihantar ke pejabat.

6. PELAJAR KELUAR / TIDAK HADIR

6.1 Sekiranya ada pelajar yang keluar,jangan garis / potong namanya. Catatkan Bertukar ke
Kelas.... / Bertukar ke SK.... / Berhenti Sekolah / Buang Sekolah. Keluarkan namanya
pada tarikh tersebut.

7. Lengkapkan ruang ANALISIS KEDATANGAN pads setiap hujung bulan.

8. Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan satu ganisan lurus sepanjang-panjang ruangan itu.
Jika hari kelepasan itu panjang, hendaklah ditulis CUTI melintang.

9. Buku Jadual Kedatangan TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KELUAR DARI SEKOLAH.

Catatan :-
a) Dianggap tidak hadir sekiranya pelajar balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.
b) Dianggap hadir kerana mewakili sekolah untuk aktiviti kokunikulum.

10. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku
Jadual Kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan dipadamkan,tetapi hendaklah
dipotong yang salah dan ditulis yang betul di atasnya.
11. Guru Kelas tidak dibenarkan mengarahkan pelajar mengambil Buku Jadual Kedatangan Pelajar di
pejabat. Sekiranya Buku Jadual Kedatangan Pelajar hilang, guru akan menanggung risikonya.

13. JANGAN GUNAKAN LIQUID PAPER ATAU BLANKO UNTUK MEMADAM KESALAHAN, BETULKAN
DENGAN MENGGARISKAN KESALAHAN DAN TURUNKAN TANDATANGAN. HATI-HATI DAN BERILAH
SEPENUH TUMPUAN SEMASA MENULIS ATAU MENGURUSKAN BUKU KEDATANGAN MURID

14. JANGAN MENAMPAL KERTAS DI ATAS BUKU KEDATANGAN BAGI MEMBETULKAN KESALAHAN DAN
SETIAP MAKLUMAT ADALAH BERTULIS BUKANNYA DICETAK DAN DITAMPAL

15. Buatkan sampul / poket dibelakang buku bagi menyimpan resit bayaran yuran dan surat cuti sakit
serta surat sebab murid tidak hadir.

14. PENGIRAAN

14.1 Purata kedatangan ialah jumlah kedatangan munid-munid itu semuanya dibahagi dengan
jumlah han persekolahan kepada angka genap yang hampir sekali.
14.2 Purata ramai murid ialah jumlah ramai murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah
han persekolahan, kepada angka genap yang hampir sekali.
14.3 Peratus Kedatangan ialah jumlah kedatangan murid dibahagikan dengan jumlah murid yang
sepatutnya hadir dan didarabkan dengan 100 (2 titik perpuluhan)

Das könnte Ihnen auch gefallen