You are on page 1of 11

Eksperimen 1: Mengakaji hubungan antara sudut dan sudut biasan bagi cahaya yang bergerak dari

medium yang berlainan ketumpatan.

Inferens : Sudut biasan bergantung kepada sudut tuju

Hipotesis : Sudut biasan, r, bertambah apabila sudut tuju, i, bertambah

Tujuan eksperimen : Untuk mengkaji hubungan antara sudut tuju dengan sudut
biasan
Pembolehubah dimanipulasi : Sudut tuju,

Pembolehubah bergerakbalas : Sudut biasan, r

Pembolehubah yang dimalarkan : Indeks biasan bongkah kaca


Senarai Radas dan Bahan :

Susunan Radas:

Prosedur :
1. Letakkan bongkah kaca di atas kertas putih dan surihkan
garis bentuk bongkah itu.
2. Lukis garis normal di P dan dengan menggunakan
protraktor, lukis garis-garis yang membuat sudut , i=15,
30, 45, 60 dan 75 dengan garis normal itu.
3. Tujukan satu sinar cahaya pada sudut 15 dengan garis
normal dan tandakan sinar cahaya yang keluar dari
bongkah kaca dengan tanda pangkah.
4. Alihkan bongkah kaca, sambungkan lintasan cahaya dan
ukur sudut biasan, r.
5. Ulang eksperimen dengan sudut tuju, i =30, 45, 60
dan 75.
Penjadualan data:
Sudut Tuju/ o Sudut Biasan/ o Sin i Sin r
15 10 0.2588 0.1736
30 19 0.5000 0.3255
45 28 0.7071 0.4695
60 35 0.8660 0.5736
75 40 0.9659 0.6428

Analisis data:

Sin i

Sin r

Tugasan untuk pelajar ;

1. Plotkan graf sin I melawan sin r


2. Hitung kecerunan graf
3. Berapakah indeks biasan bongkah kaca tersebut.
4. Nyatakan kesimpulan berdasarkan analisis data.
Eksperimen 2: Mengakaji hubungan antara dalam nyata dan dalam ketara

Inferens : Dalam ketara bergantung kepada dalam nyata

Hipotesis : Semakin bertambah dalam nyata , semakin bertambah dalam


ketara

Tujuan eksperimen : Menyiasat hubungan antara dalam ketara dan dalam nyata

Pembolehubah dimanipulasi : Dalam nyata

Pembolehubah bergerakbalas : Dalam ketara

Pembolehubah yang dimalarkan : Indeks biasan air


Senarai Radas dan Bahan :

Susunan Radas:

Pemerhati

Bikar Pembaris
Meter
Air
Kaki Retort

Dalam Ketara

Prosedur :
1. Bikar di isi dengan air sehingga dalam nyata, D=8.0 cm
2. Kedudukan pin O dilihat secara tegak di atas permukaan air.
3. Kedudukan pin I dilaraskan sehingga ralat paralaks antara
pin I dan pin O tidak kelihatan.
4. Dengan menggunakan pembaris meter, kedudukan pin I
diukur sebagai dalam ketara, d dan direkod dalam jadual.
5. Eksperimen diulang dengan menngubah dalam nyata,
D = 8.0 cm, 10.0 cm, 12.0 cm, dan 14.0 cm
6. Graf dalam nyata, D melawan dalam ketara, d diplotkan.
Dalam Nyata , D/ Dalam Ketara, d/ cm
Penjadualan data:
cm
6.0
8.0
10.0
12.0
14.0

Analisis data :
Dalam Ketara, d/ cm

Dalam Nyata, d/ cm

Tugasan untuk pelajar ;

1. Plotkan graf D melawan d


Eksperimen 3 : Menyiasat hubungan antara dalam ketara dan ketumpatan cecair

Inferens : Dalam ketara bergantung kepada ketumpatan cecair

Hipotesis : Semakin bertambah ketumpatan cecair , semakin berkurang


dalam ketara

Tujuan eksperimen : Menyiasat hubungan antara dalam ketara dan ketumpatan


cecair
Pembolehubah dimanipulasi : Ketumpatan cecair
Pembolehubah bergerakbalas : Dalam ketara
Pembolehubah dimalarkan : Dalam nyata

Senarai Radas dan Bahan :

Susunan Radas :

Pemerhati

Bikar Pembaris
Meter
Cecair
Kaki Retort

Dalam Ketara

Prosedur :
1. Bikar di isi dengan air berketumpatan 1.0 kgm -3.
2. Dengan menggunakan pembaris meter, dalam nyata
kedudukan pin di ukur, D
3. Kedudukan pin O dilihat secara tegak di atas permukaan
air.
4. Kedudukan pin I dilaraskan sehingga ralat paralaks antara
pin I dan pin O tidak kelihatan.
5. Dengan menggunakan pembaris meter, kedudukan pin I
diukur sebagai dalam ketara =d
6. Eksperimen diulang dengan ketumpatan cecair yang berlainan,
= 2.0 kgm-3 , = 3.0 kgm-3 . = 4.0 kgm-3 dan = 5.0 kgm-3

Penjadualan data: Ketumpatan cecair, (kgm-3 ) Dalam ketara, d (cm)

1.0 6.0
2.0 5.8
3.0 4.7
4.0
3.8
5.0
2.6

Analisis data:

Dalam nyata, d

Ketumpatan cecair ,

Tugasan untuk pelajar ;

1. Dengan menggunakan data dalam jadual plotkan graf dalam nyata melawan
ketumpatan cecair.
Eksperimen 4 : Menyiasat hubungan antara pembesaran linear dan jarak objek..

Inferens : Pembesaran linear bergantung kepada jarak objek.

Hipotesis : Semakin bertambah jarak objek , semakin berkurang pembesaran


linear.

Tujuan eksperimen : Menyiasat hubungan antara pembesaran linear dan jarak objek.

Pembolehubah dimanipulasi : Jarak objek , u


Pembolehubah bergerakbalas : Jarak imej, v
Pembolehubah dimalarkan : Panjang fokus / kuasa kanta
Mendifinisi secara operasi : Semakin berkurang jarak imej semakin berkurang
pembesaran linear pembesaran linear

Pembesaran Linear, m = Jarak Imej, v / Jarak Objek, u

Senarai Radas dan Bahan :

Susunan Radas :

Prosedur : 1. Alat dan radas disusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah di
atas.
2. Objek diletakkan, u =10.0 cm daripada kanta.
3. Skrin dilaraskan sehingga imej yang tajam dibentuk pada skrin.
4. Jarak imej, v di ukur dengan menggunakan pembaris meter dan
direkodkan dalam jadual
5. Eksperimen diulang dengan jarak objek yang berlainan,
u =20.0cm, 30.0cm, 40.0cm dan 50.0cm
Penjadualan data:
Jarak Objek, u/ cm Jarak Imej, v/cm m=v/u
10.0
20.0
30.0
40.0
50.0

Analisis data:

Pembesaran linear, m

Jarak objek, u/cm

Tugasan untuk pelajar ;

1. Dengan menggunakan data dalam jadual plotkan graf m melawan u


Eksperimen 5 : Menyiasat hubungan antara jarak objek dengan jarak imej .

Inferens : Jarak objek bergantung kepada jarak imej.

Hipotesis : Semakin bertambah jarak objek , semakin berkurang jarak imej.


Tujuan eksperimen :
Menyiasat hubungan antara jarak objek dengan jarak imej .

Pembolehubah :
Pembolehubah dimanipulasi : Jarak objek , u

Pembolehubah bergerakbalas : Jarak imej, v


Pembolehubah yang dimalarkan : Panjang fokus / kuasa kanta

Senarai Radas dan Bahan :

Susunan Radas :

Prosedur :

1. Alat dan radas disusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah di


atas.
2. Objek diletakkan, u =10.0 cm daripada kanta.
3. Skrin dilaraskan sehingga imej yang tajam dibentuk pada skrin.
4. Jarak imej, v di ukur dengan menggunakan pembaris meter dan
direkodkan dalam jadual
5. Eksperimen diulang dengan jarak objek yang berlainan,
u =20.0cm, 30.0cm, 40.0cm dan 50.0cm.
Penjadualan data:

Jarak Objek, Jarak Imej, 1/u (cm-1) 1/v (cm-1)


u/ cm v/cm
10.0
20.0
30.0
40.0
50.0

1/v
Analisis data:

1/u

Tugasan untuk pelajar ;

1. Dengan menggunakan data dalam jadual plotkan graf 1/v melawan 1/u

2 Berapakah kecerunan graf itu?