Sie sind auf Seite 1von 5

SK CENDERAWASIH,

LORONG BUKIT SETONGKOL 13,


TAMAN CENDERAWASIH,
25200 KUANTAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA JARING
KELAB BOLA JARING
SK CENDERAWASIH
2017
PROGRAM KECEMERLANGAN KELAB BOLA JARING SK CENDERAWASIH 2017

1. PENGENALAN
1.1 1M1S yang diperkenalkan telah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak SK Cenderawasih
untuk melahirkan para pelajar yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) melalui
penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk pembangunan sahsiah dan potensi individu. Dari
aspek sukan dan permainan, salah satu program tersebut adalah Program Kecemerlangan Bola Jaring bagi
tahun 2017.
1.2 Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya bola
jaring. Di samping itu, diharapkan pihak SK Cenderwasih akan dapat mengetengahkan bakat-bakat yang
sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring berkaliber yang mampu
memartabatkan sukan bola jaring di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti sukan.
2.2 Meningkatkan kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk kecemerlagan murid-
murid.

3. MATLAMAT
3.1 Membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik murid melalui program
kokurikulum yang telah dirancang sepanjang tahun.
3.2 Membantu pihak sekolah meningkatkan sahsiah diri murid melalui program Kokurikulum
yang telah dirancang.
3.3 Memberi pendedahan kepada murid aktiviti luar yang berfaedah dan sihat.

3.4 Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dalam permainan bola jaring.


3.5 Melahirkan pemain-pemain bola jaring remaja yang bakal mengharumkan nama sekolah,
daerah, negeri dan negara mahupun di peringkat antarabangsa.
3.6 Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum seperti diwarwarkan dalam Gagasan 1
Malaysia melalui permainan bola jaring.
4 SASARAN

60 orang murid Kelab Bola Jaring, 20 orang murid bukan ahli kelab SK Cenderawasih ,Kuantan.

5 TEMPAT
Padang SK Cenderawasih , Kuantan Pahang.

6 TARIKH

Hari : 21 Ogos 2017


Masa : 8.15pagi – 12.00tgh hari

7 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Kuantiti Harga


Roti 100 x 60 sen RM 60.00
Air Mineral 6 kotak x RM8.00 RM 48.00
Gula 3kg x RM2.50 RM 7.50
Sirap Kordial 1 botol x RM 2.00 RM 2.00
Hadiah (Hamper) 1 x RM 50
1 x RM 30 RM 80.00
1 x RM 20
TOTAL RM 197.50

8 SUMBER KEWANGAN
Unit Kokurikulum SK Cenderawasih
9 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Tuan Saripah Mariam binti Syed Zain ( GuruBesar )

Naib Pengerusi : Encik Mistam Bin Sarbini ( GPK Kokurikulum )

Ex Officio : Semua GPK

Penyelaras Sukan : Cik Inabah Binti Mohamad

Ketua Penasihat : Cik Nurul Hazimah Binti Mat Zin

AJK Kecil :

JK Peralatan : Pn. Rasidah Binti Abdul Rasid

Jk Laporan : Pn. Nadratul Nasuha Bt Kamarul Hatta

Jk Minuman : Pn. Nurul Aisyah Bt Mohd Bakri

Jk Tempat : Pn. Suhana Binti Abdul Wahab

Jk Khas : Pn. Nazifah Binti Puteh


10 PENUTUP :

Diharapkan Program Kecemerlangan ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dan akan dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga kejohanan ini akan dapat melahirkan lebih
banyak pemain bola jaring remaja yang berbakat besar yang bakal mewakili SK Cenderawasih ke
Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………… ……………………………………
( Nurul Hazimah Binti Mat Zin ) ( En. Mistam Bin Sarbini )
Ketua Penasihat GPK Kokurikulum
Kelab Bola Jaring SK Cenderawasih, Kuantan.
SK Cenderawasih, Kuantan.

Diluluskan Oleh :

……………………………………………………………….
(Tuan Saripah Mariam Binti Syed Zain)
Guru Besar ,
SK Cenderawasih , Kuantan.

Das könnte Ihnen auch gefallen