Sie sind auf Seite 1von 1

RESIPI AYAM MASAK SWEET SOUR

Bahan-Bahan:

 300g dada ayam, potong dadu


 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
 1/2 biji capsicum hijau
 1 biji bawang besar
 1 biji telur
 3 ulas bawang putih, hiris nipis
 1 inci halia, hiris nipis
 1 biji tomato, potong dadu
 1 sudu besar sos ikan
 4 sudu besar sos cili
 2 sudu besar cili kisar
 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
 Nenas, potong dadu (pilihan anda)
 Daun bawang
 Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam
selama 1/2 jam.
2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung
dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan
cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato
hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak
sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah
menjadi lebih pekat.
4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula
secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Das könnte Ihnen auch gefallen