Sie sind auf Seite 1von 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH


KEBANGSAAN SRI SERDANG

Disediakan Oleh:
Unit Disiplin dan Pengawas
Sekolah Kebangsaan Sri Serdang 2018
SKRIP PENGERUSI MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI (ISNIN)
UCAPAN ALUAN PENGERUSI Assalamualikum W.B.T dan selamat sejahtera.
MAJLIS PERHIMPUNAN
Yang berusaha,
*Peringatan*
Hanya sebut guru yang ada
Encik Abu Bakar bin Mohd
sahaja Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Serdang

Yang Dihormati;
Puan Zatur Rawiyah binti Mohd Nawawi
Penolong Kanan Pentadbiran

- Puan Asmaheram binti Che Awang


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

- Puan Adibatul Anniah binti Abdul Hamid


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Hanizawati binti Noor Mohamed


Penolong Kanan Petang

Guru-guru Kanan Matapelajaran


Guru-guru Cemerlang
- Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling
- Barisan Guru

Dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.


Hari ini, Isnin, tanggal ____________, dengan penuh rasa
kesyukuran kita semua dapat berhimpun di Dewan Gemilang
yang penuh bersejarah ini.

NYANYIAN LAGU
Majlis perhimpunan rasmi hari ini dimulakan dengan nyanyian
(Lagu Negaraku, Lagu Negeri Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah, Aku
Selangor & Lagu Sekolah)
Negaraku dan Malaysia Berjaya dengan iringan muzik.

ATAU
….. tanpa iringan muzik.
(kiraan 1, 2 ,3)

Para Pentadbir dan guru-guru dimohon untuk berdiri. Murid-


murid diminta untuk menyanyikan lagu dengan penuh
semangat.

NYANYIAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


Besar, guru-guru dan murid-murid yang telah menyanyikan
lagu-lagu kebanggaan kita dengan penuh semangat dan
penghayatan.

BACAAN DOA
Majlis diteruskan dengan mempersilakan saudara
__________________________ untuk memimpin bacaan
doa.
Semua guru dan murid Islam dimohon bersedia untuk
bersama-sama mengaminkan doa. Yang bukan Islam
mengikut kepercayaan masing-masing
Majlis mempersilakan.

BACAAN DOA

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas


pimpinan bacaan doa itu tadi.

LAFAZ IKRAR SEKOLAH &


RUKUN NEGARA Majlis diteruskan lagi dengan lafaz IKRAR RUKUN NEGARA
DAN IKRAR SEKOLAH. Para pentadbir, guru-guru dan murid-
*Perhatian*
Selepas tamat sahaja ikrar,
murid diminta bersedia dan melafazkan ikrar bersama-sama
murid-murid diminta duduk dengan penuh semangat dan penghayatan. Bagi mengetuai
dalam keadaan senyap dan lafaz ikrar, Majlis mempersilakan saudara
teratur. Pengawas perlu _________________________________________________
menjalankan tugas.
LAFAZ IKRAR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan lafaz


ikrar sebentar tadi.

Murid-murid, dipersilakan duduk dalam keadaan senyap.

LAPORAN GURU BERTUGAS


MINGGU LALU Majlis perhimpunan ini diteruskan dengan mempersilakan
Cikgu_______________________________, bagi
*Keputusan kelas terbersih,
hanya jika dinyatakan sahaja*
menyampaikan laporan minggu lalu *serta mengumumkan
keputusan Kelas Terbersih.* Majlis mempersilakan.

LAPORAN MINGGUAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas laporan yang


disampaikan *dan tahniah kepada kelas yang berjaya.*

PENGUMUMAN GURU Mohon perhatian semua. Guru bertugas pada minggu ini
BERTUGAS MINGGU INI ialah:

1. ________________________________________________
2. ________________________________________________

PENYAMPAIAN MAKLUMAT /
HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN Seterusnya dipersilakan _____________________________
bagi_____________________________________________
*Peringatan*
Skrip ini hanya untuk masa yang
_________________________________________________
tertentu sahaja. Majlis mempersilakan.

MAKLUMAT / HADIAH / SIJIL / SAMBUTAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


______________________atas pengumuman sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR/


PENOLONG KANAN Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Abu Bakar
bin Mohd, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Serdang
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

ATAU

Majlis diteruskan dengan mempersilakan ______________,


Penolong Kanan ____________, Sekolah Kebangsaan Sri
Serdang bagi menyampaikan ucapan mingguan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________


atas ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

PERHIMPUNAN TAMAT
Perhatian kepada _________________________________.
*Perhatian*
Sebarang pemberitahuan Majlis perhimpunan rasmi kita tamat pada waktu ini.
mengenai aktiviti sekolah, sila
nyatakan di bahagian ini.
Para pengawas diminta berbaris bagi tujuan laluan
pemeriksaan.Murid-murid diminta bangun dalam keadaan
senyap dan teratur.

Kelas Tahun __________, sila bergerak naik ke kelas anda


mengikut barisan kelas masing-masing.
‫‪DOA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI‬‬
‫الفاتحة‬
‫الر ِحي ِْم‬
‫الر ْح َم ِن َّ‬ ‫هللا َّ‬
‫ِب ْس ِم ِ‬
‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّمد| َو َعلَى آ ِل ِه‬ ‫سالَ ُم َعلَى َ‬ ‫صالَة َُوال َّ‬ ‫ب ْالعَالَ ِميْنَ ‪َ ،‬وال َّ‬ ‫ا َ ْل َح ْمدُ ِ َّ ِ‬
‫َلِل َر ِّ ِ‬
‫ص َحا ِب ِه أ َ ْج َم ِعيْنَ ‪.‬‬‫َوأ َ ْ‬
‫ان| َوالَ ت َ ْجعَ ْل ِف ْي قـُلُ ْو ِبنَا| ِغالًّ‬ ‫سبَقُ ْونَا ِب ِ‬
‫اإل ْي َم ِ‬ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا| َو ِإل ْخ َوا ِننَا الَّ ِذيْنَ َ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‪.‬‬ ‫ِللَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا| َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْو ٌ‬
‫يا هللا يا رحمن يا رحيم‬

‫| ‪Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini,| bagi melahirkan rasa kesyukuran‬‬
‫‪diatas nikmat-Mu yang tidak ternilai.| Jadikanlah kami | hamba-hamba-MU yang‬‬
‫|‪sentiasa bersyukur| di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.‬‬

‫يا ذالجالل واإلكرام‬


‫|‪Tambahkan kepada kami | kecintaan kepada segala kebaikan,| Jadikanlah kami,‬‬
‫‪guru-guru,| dan pemimpin-pemimpin kami, | terus berkhidmat dengan beristiqamah‬‬
‫‪| untuk menabur bakti | membangunkan umat, | masyarakat,‬‬
‫|‪| bangsa | dan agama.‬‬

‫ص ْو ًما‪|،‬‬ ‫اجعَ ْل َج ْمعَنَا | َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‪َ |،‬وتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه | تَفَ ُّرقا ً َم ْع ُ‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫ط ُر ْودًا | َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‪|.‬‬ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْ‬ ‫َوالَ ت َ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا | َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا َ‬
‫اب النَّ ِ‬
‫ار‪|.‬‬ ‫سنَة ً| َوقِنَا َعذَ َ‬ ‫األخ َرةِ َح َ‬
‫سنَة ً| َوفِي ِ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح َ‬
‫ب العَالَ ِميْنَ ‪|.‬‬ ‫سلَّ َم‪َ |،‬و ْال َح ْمد ِ َّ ِ‬
‫َُلِل َر ِّ ِ‬ ‫ص ْحبِ ِه َو َ‬‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّمد | َو َعلَى َءا ِل ِه َو َ‬ ‫َو َ‬
‫ب العَالَ ِم ْ‬
‫ين‪ .‬تَقَبَّل هللاُ ِمنَّا َو ِم ْن ُك ْم‪.‬‬ ‫ار َّ‬
‫آمين يَ َ‬
IKRAR RUKUN NEGARA
Maka kami,
Rakyat Malaysia
Berikrar:-
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga
Dan usaha kami,
Untuk mencapai
Cita-cita tersebut,
Berdasarkan atas
Prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
IKRAR MURID
Bahawasanya kami,
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Serdang
Berikrar:-
Mesti sabar dan tekun belajar,
Patuh kepada peraturan
dan disiplin sekolah,
Menjaga kebersihan
dan harta benda sekolah,
Menghormati dan bekerjasama
dengan rakan-rakan,
Demi menjaga
nama baik sekolah,
Dan mempertingkatkan
mutu pencapaian
dalam pembelajaran.
IKRAR PENGAWAS
Bahawanya kami,
Pengawas-pengawas sekolah kebangsaan sri Serdang
Berikrar:-
Akan menjaga nama baik sekolah,
Bertugas dengan tekun setiap masa,
Membantu menjaga disiplin,
Peraturan
Dan kebersihan sekolah,
Mewujudkan semangat
Bekerjasam
Dan memberikan kepimpinan
Berkesan.

Das könnte Ihnen auch gefallen