Sie sind auf Seite 1von 3

NOOR SHAZREENA HARI

PISMP BAHASA ARAB JANUARI 2013

Sekalung apresiasi saya tujukan buat saudara pengerusi, barisan intelektual bervisi, dif-
dif kehormat yang disegani dan hadirin hadirat yang dikasihi. Assalamualaikum w.b.t
dan salam 1 Malaysia.

Tamadun dunia pada hari ini adalah cerminan sejarah pada masa lampau. George
Santayana seorang ahli falsafah terkemuka juga berkata “sesiapa yang melupakan
sejarah akan pasti mengulanginya.

Maka, saya lontarkan sebuah pidato buat renungan bersama iaitu,

GAGASAN 1 MALAYSIA BOLEH DIPERKUKUH MELALUI PENGHAYATAN


SEJARAH NEGARA.

Sebelum langkah bicara pergi lebih jauh, ayuh kita telusuri bersama pendefinisian
mauduk yang menjadi kerangka pidato saya pada hari ini.

Menurut Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia, 1
Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Frasa diperkukuh dapatlah didefinisikan sebagai diperkuat, dimantapkan atau lebih


mapan.

Penghayatan pula berasal daripada perkataan Arab, iaitu hayat bermaksud hidup.
Manakala kata kerja ‘menghayati’ membawa maksud mengalami atau merasai dan
meresap ke dalam jiwa. Oleh itu, takrif penghayatan adalah perihal merasai, perihal
mengalami dan meresap ke dalam jiwa.

Sejarah Negara merujuk kepada peristiwa yang berlaku suatu masa dahulu yang
membawakan impak dan anjakan paradigma yang besar terhadap Malaysia.

Oleh itu warga dewan, jelaslah, betapa mauduk pidato saya pada hari ini memfokus ke
arah sejauh manakah pengahayatan sejarah negera masa lalu dapat memantapkan
perpaduan rakyat Malaysia? Merungkai persoalan ini saya tampil membawakan tiga
indikator utama.
Warga dewan yang dihormati,

Ayuh kita buka layar perak, kembali berada dalam dunia hitam putih sekadar merenung
kembali apa yang terbuku dalam kitab sejarah. Indikator pertama, Sejarah Pendidikan
Negara Menuju Perpaduan.

Berat dugaan pendidikan masa dahulu dalam mendidik anak bangsa sehinggakan
mambang segala mambang pun diajar bahkan P. Ramlee mengatakan huruf jim itu jin
mata satu.Berat cabaran pendidikan. Selepas itu, munculnya sistem pendidikan.
Namun, sistem tersebut masih lagi gagal berdiri dengan sistematik sehinggakan sistem
pendidikan terungkai menjadi sistem pendidikan mengikut kaum yang menyebabkan
ikatan perpaduan dalam kalangan kaum sukar untuk dipupuk.

Namun andai kita hayati bersama, kita seakan merasai bagaimana melalui Laporan
Barnes mencadangkan agar keseluruhan sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India
dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan.
Berterusan sehingga ke Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 kita diperkenalkan
sengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR) dan (KBSM).
Tokoh sejarahwan memperjuang bahasa Melayu sebagai wadah menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan budaya. Baru-baru ini, Pelan
Pembangunan Pendidikan Negara juga telah menitikberatkan pendidikan sebagai
wadah untuk membina perpaduan. Oleh itu,jelaslah betapa sejarah pendidikan telah
berjaya memperjuangkan perpaduan .

Meniti adicita kedua “Sejarah negara mengajar kita mengukuhkan perpaduan


rakyat”

Perpaduan merupakan aspek terpenting dalam pembangunan negara atas rasional


kepentingan perpaduan pihak British telah menetapkan syarat agar kerjasama antara
kaum perlu diwujudkan sekiranya Tanah Melayu inginkan kemerdekaan. Bertitik tolak
daripada keperluan itu Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun
1949.Hasil daripada perpaduan yang wujud kemerdekaan kita kecapi pada tanggal 31
Ogos 1957.Namun kita leka,tercetusnya pergolakan dan rusuhan kaum 13 Mei yang
merupakan antara titik-titik hitam dan noda yang pernah melanda negara kita.Tetapi
andai kita hatai bersama, kita akan belajar erti dewasa, cetusan ideologi relevan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1970 bertujuan untuk merapatkan
jurang ekonomi yang wujud dalam kalangan kaum.Proses pemantapan perpaduan ini
diteruskan sehinggalah pada masa kini. Seterusnya, mendukung gagasan Perdana
Menteri keenam, Y.A.B Dato Seri Najib Tun Abdul Razak melancarkan gagasan ‘Satu
Malaysia’ ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa bersandarkan teras
perpaduan iaitu keadilan sosial. Intihanya, perpaduan kita kecapi. Oleh itu, jelaslah
penghayatan sejarah mendidik kita untuk mengukuhkan tali perpaduan yang
merupakan senjata paling ampuh menentukan jatuh bangun peradaban negara.

Sidang saksi pencetus revolusi,

Semangat patriotisme bukanlah setakat mengibarkan jalur gemilang tatkala langit 31


ogos menerpa , bukanlah juga sekadar berdiri tegak mengalunkan irama negaraku.
Budaya Berprestasi tinggi yang terkandung 8 nilai Satu Malaysia. Meniti ideologi
ketiga, Berpadu Melakar Sejarah Memartabat Negara.

Kesemua kejayaan ini tidak mungkin dapat dirangkul andainya semangat patriotisme
tidak diisi di jiwa mereka , menunjukkan ya sidang dewan betapa pentingnya semangat
patriotisme kearah membangunkan negara mencapai wawasan 2020 .Jika dahulu
Malaysia merupakan negara yang kecil dan dipandang enteng di mata
dunia.Sehinggakan orang lebih mengenali Singapura berbanding Malaysia.Perkara ini
mengajar kita erti dewasa. Bertitik tolakkan daripada keringat dan air mata pemimpin
dahulu.Sejarah telah bercerita kepada kita, pada tahun 1996 Malaysia melancarkan
satelit MEASAT 1 ke angkasa lepas. Pada tahun berikutnya, M. Magendren dan N.
Mohandas menjadi rakyat Malaysia yang pertama menawan puncak Gunung Everest, 7
kaki di paksi 7 kaki dari bumi hakiki menjadi saksi. Darah yang menitis , airmata yang
ditepis . dengan kayu sepanjang 13.5 cm menembusi tulang betisnya , Azizul Hasni
Awang tetap meneruskan perlumbaan untuk meletakkan Malaysia sebagai johan
keseluruhan kejohanan berbasikal siri piala dunia 2011. Dato’ Nicol Ann David
mengharumkan nama Malaysia dengan keringat yang jatuh di medan skuash.Dr.Sheikh
Muszhaphar Shukor Al Masri melakar bintang empat belas bucu jalur merah putih
dalam sejarah aero angkasa.Membuktikan kepadakita betapa kita berpadu melakar
sejarah dan semakin hampir menuju era kegemilangan dalam menjulang Malaysia di
mata dunia.

Tuntasnya, pelbagai usaha telah dikerah menuju gagasan 1 Malaysia yang berarah
berpaksikan ceritera sejarah yang membendung warga daripada berpecah. Bersamalah
kita menghayati sejarah bagi menghargai sebuah kemerdekaan dan perpaduan kerana
sejarah umpama peta yang menjadi rujukan kepada warga untuk menuju ke destinasi 1
Malaysia.

Akhir kalam, suka untuk saya memetik kata-kata John. F. Kennedy jangan bertanya
apakah sumbangan Negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa sumbangan kamu
kepada Negara.
Sekian, terima kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen