Sie sind auf Seite 1von 13

TAJUK 1 ZOLTAN KODALY

1.1 Latar belakang Zoltan Kodaly

Zoltan Kodaly dilahirkan pada 16 Disember 1882 dan meninggal dunia pada
16 Mac 1967. Beliau merupakan seorang tokoh pendidik yang terkemuka pada
abad ke 20 di tempat beliau dilahirkan iaitu Hungary.
Kodaly merupakan seorang pencipta dan penggubah muzik, yang telah
mewujudkan satu sintesis di antara muzik rakyat Hungary dan warisan muzik
Eropah pada ketika itu. Kodaly juga dikenali sebagai seorang ethnomuzikologis, ahli
falsafah, ahli linguistik dan pendidik.

Pada tahun 1900, negara Hungary masih di bawah pemerintahan beraja ‘Austro
yang mengagungkan seni warisan negara mereka. Zoltan Kodaly dan kawan
karibnya Bela Bartok sedar bahawa muzik rakyat mempunyai nilai estetik yang
tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan identiti negara
mereka.

Dengan kesedaran ini mereka menjelajahi seluruh negara Hungary sehingga ke


tempat yang terpencil untuk merakamkan suara-suara kaum petani yang masih
menyanyikan lagu-lagu Hungary serta mentranskripsikan irama yang dikumpulkan.

Bela Bartok kemudiannya telah meneruskan penyelidikan tentang muzik rakyat


tersebut di Sloviak, Rumania, Rusia, Asia, Chuvash, Chemish dan negara-negara
yang berdekatan. Melalui analisis, beliau telah mendapati irama dan melodi lagu-
lagu berkenaan adalah mengikut mod, skel, bentuk dan jenis kumpulan irama lagu
yang sama. Penyelidikan ini diteruskan oleh sekumpulan penyelidik dan
muzikologis dengan mengikuti perancangan Kodaly di Akademi Sains di Budapest,
Hungary.

1
1.2 Falsafah Kodaly

Menurut Kodaly muzik adalah kepunyaan setiap manusia dan nyanyian


adalah asas kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Namun, ia
perlulah menggunakan lagu-lagu dari muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Kodaly menegaskan muzik alat muzik tidak perlu digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara lain Kodaly berpegang kepada yang berikut.
• Muzik adalah kepunyaan semua manusia
i. Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat
ii. Pendidikan muzik adalah satu cara di mana muzik dapat diapresiasi
dan dihayati
iii. lebih ramai lagi orang yang melibatkan diri dalam muzik sama ada
sebagai pemuzik atau audien
iv. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak
berkembang
v. memperkembangkan aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal dan
kebudayaan seseorang kanak-kanak
• Nyanyian adalah merupakan asas dalam muzik
i. Suara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan.
ii. Nyanyian dalam lapisan suara harus diperkenalkan dalam sukatan
pelajaran sekolah rendah.
iii. Nyanyian seperti ini memperkembangkan kebolehan pendengaran
muzik yang bertekstur polifoni.
iv. Ia akan memudahkan seseorang menghayati muzik dari sastera
muzik ‘masterpieces’ tanpa perlu memainkan alat muzik.
• Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
i. Oleh kerana nyanyian merupakan asas kemahiran muzik, bahan yang
penting dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran
muzik ialah lagu rakyat Hungary.
ii. Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri barulah bahan dari luar
negara diperkenalkan.

2
• Nyanyian koir
i. Nyanyian koir adalah penting untuk menghasilkan keseronokan dari
usaha yang kolektif. Ia mewujudkan manusia yang berdisiplin,
berperibadi tinggi dan mulia.
ii. Hanya muzik ‘masterpieces’ dari negara sendiri dan luar dijadikan
bahan nyanyian koir.
iii. Ahli koir perlu diberi kemahiran dalam membaca skor muzik tanpa
tunjuk ajar dari jurulatih melalui kibod.
iv. “ .... a well-trained ear, a well-trained intelligence, a well-trained heart
and a welltrained hand.”
• Alat muzik tak perlu digunakan
i. Alat muzik seperti piano tidak digunakan untuk mendapatkan
ketepatan pic dan tidak juga digunakan untuk mengiringi nyanyian koir
ii. Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikannya dahulu dan
bukan menggunakan kibod
iii. Ada sesetengah pemimpin orkestra menyanyikan lagu yang hendak
dimainkan ketika menjalani latihan untuk memberi inspirasi dan
galakan kepada pemuziknya
• Pengajaran muzik berlaku awal di pra sekolah
i. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh.
ii. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di pra sekolah supaya
tidak akan terdedah kepada muzik yang tidak bermutu.
iii. berumur antara 6 hingga 16 tahun selalunya mudah dan cepat
mempelajari sesuatu serta berbakat dalam mengalami muzik yang
bermutu tinggi.
iv. Muzik rakyat adalah bahan yang terbaik
v. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat
memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.
vi. Kanak-kanak perlu mempelajari membaca notasi sebelum
memainkan alat muzik.

3
vii. Kelas persediaan dijalankan untuk memudah dan mengukuhkan
pembelajaran konsep muzik dan pendengaran dalaman. Kanak-kanak
didedahkan kepada asas muzik, membaca muzik secara serta-merta,
menulis muzik dan melatih pendengaran dan irama melalui nyanyian.
• Muzik jadi tunjang kurikulum
i. Muzik mengikut Kodaly, boleh membantu dalam perkembangan
emosi, intelek, jasmani dan rohani kanak-kanak
ii. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District
Project di Amerika Syarikat, tahap pencapaian murid di sekolah yang
mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik
daripada sekolah yang meluangkan masa yang sedikit untuk mata
pelajaran Muzik
iii. Walau bagaimanapun, Kodaly berpendapat tujuan muzik dijadikan
nadi adalah bukan untuk menghasilkan keputusan peperiksaan yang
cemerlang tetapi untuk dijadikan cara hidup seseorang lebih
bermakna.

1.3 Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Kodaly

1.3.1 Teknik dalam Pendekatan Kodaly ( Solfa, Isyarat Tangan, Notasi


Lidi dan Sebutan Irama )

Pada Abad ke 11 Kodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal


dari Guido Arezzo (Itali). Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam
sesebuah lagu ialah “do” dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini
memudahkan pelajaran nyanyian semerta.
a. Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem
tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui
nyanyian, membaca dan menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not
nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so – mi) merupakan pengajaran
pembelajaran asas.

4
Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini
boleh membacakan not berkenaan pada baluk di mana-mana posisi.
Kodaly berpendapat skel pentatonik (5 ton) amat sesuai digunakan kerana
skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mod minor
b. Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan
dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala
Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar akan
menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi

Isyarat Tangan menurut Kodaly

Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa menjadi mudah


dan merupakan satu persediaan untuk mendengar pertukaran `Do’. Contohnya
seorang guru menunjukkan beberapa isyarat tangan manakala murid menyanyikan
isyarat tersebut melalui solfa. Apabila guru berhenti pada `mi’, serentak dengan itu
dia akan memberi isyarat untuk `so’ dengan menggunakan tangan kiri. Murid
kemudiannya akan menyanyikan pic `so’ sama dengan `mi’. Dengan meneruskan
latihan ini secara konsisten, murid akan memperoleh kemahiran dalam menukar
nada dan solfa.

5
Berikut adalah merupakan contoh bagaimana simbol digunakan dalam bilik
darjah.

Kumpul Maklumat

Cuba lihat kontur melodi di bawah

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang ada,


1. Sila anda jelaskan apakah maksud kontur melodi di atas
2. Interpretasikan corak atau kontur melodi mengikut tafsiran anda.

6
c. Notasi lidi dan sebutan irama

4
s m s s s s m m s s

Contoh : Corak irama mudah dan menyanyi

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam
muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan
hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana
untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata
semasa menepuk irama.

7
Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang
ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau
penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.
Instrumen Orff merangkumi alat muzik zailofon, metalofon, dan glokenspiel di
mana kepingan-kepingan besinya boleh ditanggalkan mengikut keperluan. Kaedah
ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah serta
dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain.

Panduan Pengguna

Sila rujuk pada tutor anda untuk mendapatkan penjelasan lebih


terperinci tentang bagaimana untuk merancang aktiviti berkenaan.
Anda boleh melaksanakan aktiviti seperti yang telah disarankan di atas
dengan murid anda. Catatkan pemerhatian anda terhadap respon
murid-murid tersebut dan seterusnya dokumentasikan dalam folio
anda.

8
1.3.2 Komponen Kodaly ( Nyanyian, Aktiviti berurutan, penghafazan,
pendengaran dalaman dan improvisasi )

Teknik Kodaly mempunyai kegiatan nyanyian secara berurutan bermula


daripada prinsip bunyi sebelum simbol, mudah kepada kompleks dan konkrit
kepada abstrak. Teknik-teknik ini boleh diterapkan mengikut konsep-konsep
muzikal.

i. Nyanyian
Suara adalah alat muzik yang paling semulajadi. Manusia menggunakan
suara untuk mengekpresi perasaan gembira, sedih dan seronok. Nyanyian
merupakan kegiatan muzikal yang paling asas dalam perkembangan dan
kemahiran muzik. Hampir kesemua kemahiran dan elemen muzikal boleh
diperkembangkan dalam kegiatan nyanyian.

ii. Aktiviti Berurutan


Teknik berurutan Kodaly boleh diatur dan disusun secara berurutan dalam
kaedah ini.
a) Konsep Irama
Irama asas yang diperkenalkan adalah mengikut pergerakkan seharian
kanak-kanak, seperti berjalan( krocet -1 detik), berlari(kuaver-1/2 detik). Meter
yang digunakan ialah tandamasa lazim duaan dan empatan. Meter Tigaan
diperkenalkan selepas kanak-kanak memahami konsep meter Duaan dan
Empatan.
b) Melodi
Elemen Melodi juga diperkenalkan secara berurutan. Kanak-kanak
biasanya dapat menyanyikan 5 hingga 6 ton pic dengan baik tetapi tidak dapat
menghasilkan pic semiton dengan baik. Kodaly memperkenalkan 2 pic terlebih
dahulu iaitu pic so dan mi iaitu jeda minor ke 3.
c) Penghafazan
Teknik menghafaz adalah satu teknik yang mudah dalam nyanyian. Untuk
membuat teknik ini lebih menarik ianya boleh dibuat melalui permainan. Sebagai

9
contoh guru menggunakan isyarat tangan, murid menyanyikannya isyarat tangan
guru mengikut solfa.
d) Pendengaran Dalaman
`Inner Hearing’ melibatkan kemahiran mendengar sesuatu unsur muzik
seperti melodi di dalam pemikiran tanpa membunyikannya. Terdapat berbagai
aktiviti permainan pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Contoh aktiviti : Meneka Lagu

Guru menggunakan isyarat tangan kepada suatu melodi, dan meminta


murid menyanyikannya di dalam kepala (inner hearing), setelah diulang beberapa
kali, guru meminta murid menyanyikannya di hadapan kelas.

e) Improvisasi
Merupakan salah satu cara untuk menentukan tahap kefahaman murid
berkaitan konsep muzik yang dipelajari dan merupakan cara untuk memberikan
keyakinan.
Permainan Balik Tepuk:
 Guru melatih murid untuk menepuk corak irama meter Empatan.
 Guru menepuk corak irama

 Guru membaling “ bola sakti” kepada pelajar bertuah, dan meminta


pelajar tersebut menepuk jawapan kepada tepukan guru menggunakan
corak irama yang berbeza.

10
Fikir-fikirkan

Adakah anda seorang yang mempunyai `inner hearing’ yang sangat kuat?
Bagaimanakah anda dapat mengetahui apa yang dibincangkan. Hasil
perbincangan dokumentasikan dan dimasukkan dalam folio anda.

1.3.3 Bahan muzikal terutamanya muzik rakyat yang diadaptasi dan


bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan

Kodaly amat menitik beratkan bahan yang digunakan dalam proses pendidikan
muzik. Misalnya dalam bidang nyanyian, hanya lagu-lagu rakyat yang digunakan.
Setelah dapat menguasai lagu lagu tempatan barulah lagu-lagu dari luar negara
diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menggunakan bahasa asing lagu asing
tersebut supaya mereka dapat mempelajari dan menjalankan kajian tentang
bahasa tersebut.
 Muzik kepunyaan rakyat atau sesuatu komuniti yang telah wujud,
dipelihara dan dinyanyikan bertahun-tahun lamanya merangkumi
pelbagai jenis lagu.
 Muzik/lagu ini diperturunkan secara lisan dari generasi ke generasi.
 Keasliannya cuba dipelihara dan dikekalkan.
 Identiti bagi sesebuah negara.
 Bahan dari bahasa ibunda mudah dikuasai oleh kanak-kanak.

11
Latihan

Anda dikehendaki menyediakan yang berikut di bawah. Salin lirik lagu-


lagu berkenaan dan berikan sipnosis untuk satu lagu dari setiap kategori
yang dinyatakan.
1. Tiga (3) buah lagu yang bertemakan lagu kanak-kanak negara
ini
2. Tiga (3) buah lagu yang berentak patriotik negara Malaysia
3. Tiga (3) buah lagu rakyat negara ini

1.3.4 Aktiviti muzikal (Pembelajaran konsep muzik melalui


Pendekatan Kodaly)
Di dalam mengaplikasikan kaedah ini anda perlu berlatih secara latih tubi
nyanyian tonik solfa, isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dahulu.
Bagaimanakah anda boleh mengaplikasikan nyanyian solfa di dalam bilik darjah?

 Mengaplikasikan pada permulaan pengajaran

i. Nyanyian
Membuat Imitasi solfa do, mi, so dan la.
 Nyanyikan dahulu nama pelajar.
 Contohnya Ali, `so’–`mi’ (minor ke3).
 Ali jawab `sa-ya’ dalam pic `so’–`mi’,
 Lee Ah Mei, `do’-`mi’-`so’.
dan lain-lain.

ii. Pendengaran Dalaman (Inner Hearing)

12
 Anda membuat tepukan pada corak ti – ti ta ta ta dan pelajar mengajuk
dengan menepuk semula.
 Anda gunakan isyarat tangan pada do, mi dan so dan pelajar ikut sambil
menyanyi.

 Mengaplikasikan pada Langkah 1.


i. Nyanyian solfa dan sebutan irama
 Anda menyanyi lagu Tepuk Amai Amai dalam tonik solfa dan pelajar disuruh
mendengar. Mereka meneka lagu tersebut.
 Mereka mengikut anda menepuk dan menyebut corak irama.

 Mengaplikasikan pada Langkah 2.


i. Penghafazan
 Anda menunjukkan 2 bar lagu tersebut dan pelajar menyanyi pada solfa.
 Kali kedua corak irama 2 bar lagu tersebut ditutup. Ini melatih mereka
menghafaz sehinggalah akhir lagu tersebut.

 Mengaplikasikan pada Penutup.


i. Pendengaran dalaman
 Anda mengguna isyarat tangan (3 pic, do- mi-so) tanpa menyanyi
sepanjang 2 bar.
 Pelajar diminta melihat isyarat tangan yang anda lakukan dan menyanyikan
di dalam hati.
 Pelajar menyanyikan balik pada la atau solfa

Panduan Pengguna

 Semua maklumat yang diperolehi yang dihasilkan hendaklah dimasukkan


ke dalam portfolio. Portfolio perlu diserahkan semasa interkasi bersemuka.

 Cuba anda aplikasikan idea anda di dalam kelas pendidikan muzik


berdasarkan kaedah di atas.

13

Das könnte Ihnen auch gefallen