Sie sind auf Seite 1von 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM

PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

SMK SERI KUNDANG, RAWANG, SELANGOR.

TAJUK : COOKIES CENDAWAN

PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat
murid-murid di SMK Seri Kundang untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.


2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk
baru yang berkualiti dan berdaya saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.

RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara
keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

SASARAN

Semua ahli Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seri Kundang, Rawang, Selangor.

PERNYATAAN MASALAH

Antaranya ialah :

1. Kebanyakan biskut dalam pasaran menggunakan bahan dari luar negara .


2. Terlalu tinggi kandungan gula dalam biskut/cookies di pasaran.
3. Obesiti dalam kalangan murid SMK Seri Kundang.
4. Kekurangan makanan ringan yang lebih sihat untuk kesihatan awam/murid.
SKOP DAN LIMITASI PROJEK.

Skop kajian ialah untuk menggunapakai bahan sekitar yang terdapat dalam kawasan sekolah kerana
terdapat tanaman cendawan di Bengkel Pertanian serta bahan-kering kering yang terdapat di dalam Bilik
Masakan.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Antara kepentingannya ialah:

1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk makanan tempatan yang berkhasiat
melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran KHB

ANGGARAN KOS PROJEK

Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM80.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan
ialah :

- Tepung gandum
- Tepung beras
- Gula aising
- Mentega tulen
- Minyak kelapa sawit
- Telur ayam
- Cendawan kering
- Serbuk penaik
- Garam
- Oat
- Kertas minyak

TINJAUAN DAN KAJIAN

Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak cookies atau biskut yang manis dalam pasaran
berbanding cookies savori. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada
mereka mudah mendapat kaviti gigi, masalah obes atau pun diabetes. Sehubungan itu, murid perlu
diberi didikan untuk memilih jenis makanan yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping
mampu untuk menghasilkan sendiri makanan berkhasiat.
KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyeidikan laman sesawang serta buku pastri untuk
penghasilan satu resepi yang terbaik hasil penggabungan resepi yang ada dalam pasaran.

PERANCANGAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:

1. Januari : Mesyuarat Agung Persatuan KHB = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda
mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian
resepi dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku resepi pastri untuk
menghasilkan satu resepi baru ( Makmal Komputer dan PSS )
Memulakan tanaman cendawan di Rumah Cendawan ( Bengkel Pertanian )
3. Mac : Tuai hasil ( Bengkel Pertanian )
Keringkan cendawan ( Bilik Masakan )
4. April : Memulakan penghasilan produk ( Bilik Masakan )
5. Mei : Pasaran sampel produk dalam sekolah – Kalangan guru
6. Jun-Ogos: Pasaran produk kepada semua warga SMK Seri Kundang dan PIBG
7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid
demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah
dipelajari dalam mata pelajaran KHB. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat
keusahawanan dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid,
sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.

Das könnte Ihnen auch gefallen