Sie sind auf Seite 1von 2

1) Apakah tema filem ini?

Tema filem ini ialah menceritakan tentang kehidupan seorang murid inklusif dan bagaimana
bakatnya dicungkil oleh seorang guru.

2) Siapakah watak utama dalam filem ini?


Watak utama dalam file mini ialah Ishaan Awasthi, seorang budak lelaki yang berusia 9
tahun.

3) Terangkan ciri-ciri yang terdapat pada murid yang memegang watak utama dalam filem ini.
Ciri-ciri yang terdapat pada murid tersebut ialah dia mengalami masalah untuk membaca
dan menulis serta mengalami masalah untuk membezakan huruf "d" dengan "b" atau "p".
Dia juga mengalami masalah untuk membezakan suku kata yang mempunyai bunyi yang
hampir sama.

4) Apakah sikap guru-guru terhadap murid ini?


Guru-guru ini bersifat tegas dan tidak mengenali latar belakang murid tersebut dan
menghukumnya tanpa soal jawab dan juga menganggap murid ini bodoh dan nakal.

5) Apakah sikap ibubapa terhadap murid ini?


Ibunya sangat sayang Ishaan Awasthi serta sentiasa menolong dia mengulang kaji apa yang
telah dipelajari di sekolah, tetapi mereka tidak mengetahui apa yang diperlukan oleh dia
serta punca masalahnya. Mereka sentiasa membandingkan Ishaan Awasthi dengan kakaknya
Yohan. Ayahnya pula sentiasa memarahi Ishaan Awasthi.

6) Apakah perasaan murid ini semasa di sekolah? Semasa di rumah? Semasa bersendirian?
Ishaan Awasthi lebih gemar semasa berseorangan . Hal ini kerana dia boleh melakukan
sesuatu dengan menggunakan daya imaginasinya. Dia tidak suka berada di sekolah kerana
sering dimarahi oleh guru dan dikritik oleh rakan sebaya. Semasa di rumah, dia mempunyai
kebebasan sendiri tetapi sering berada di dalam ketakutan kerana sentiasa dimarahi oleh
ayahnya.

7) Apakah sikap yang ada pada Mr Nikumbh yang dapat mengubah murid ini?
Apakah pendekatan yang beliau gunakan?
Mr Nikumbh seorang yang sabar. Dia mempunyai cara yang tersendiri semasa mengajar
seperti bermain,bercerita, menyanyi dan lain-lain lagi. Dia juga berasa sabar cuba mencari
punca masalah Ishaan Awasthi serta mencungkil kelebihannya. Mr Nikumbh juga seorang
yang bertanggungjawab, dia mencari ibubapa Ishaan Awasthi untuk lebih mengenalinya dan
menghasilkan cara penyelesaian untuk mengatasi masalahnya.
Pendekatan yang digunakan Mr Nikumbh ialah membentuk huruf dengan menggunakan
tanah liat, menulis di atas pasir, menggunakan tangga bagi menyelesaikan masalah mudah
matematik dan lain-lain lagi.
8) Terangkan pendapat anda tentang filem ini.
Apakah scene yang paling menarik bagi anda dalam filem ini?
Adakah filem ini memberi inspirasi kepada anda?
Pada pendapat saya, “scene” yang paling menarik ialah masa Mr Nikumbh ayah Ishaan
Awasthi untuk membaca perkataan Bahasa cina yang terdapat pada kotak mainan serta
semasa Mr Nikumbh menjelaskan apakah disleksia dan penderitaan yang sedang dialami
oleh Ishaan Awasthi.
Filem ini memberi inspirasi kepada saya kerana setiap orang mempunyai kelemahan dan
kelebihan tersendiri. Jika seseorang budak mempunyai masalah, orang dewasa haruslah
berbincang dengan budak tersebut dan cuba memncari penyelesaiannya dan bukannya
memberi tekanan kepada mereka.

9) Apakah yang anda akan lakukan jika berdepan dengan murid seperti di dalam filem ini?
Jika saya berdepan dengan murid seperti ini, saya akan cuba mengenali latar belakang dan
punca masalah tersebut. Selepas itu, saya akan cuba menghasilkan satu strategi yang
mampu menangani masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan bukan mengetepikan
murid tersebut serta sentisa memarahi dan memukul murid tersebut.

10) Apakah syor anda tentang filem ini berhubung dengan kursus MTES 3132?
Pendekatan Mr Nikumbh amat sesuai digunakan untuk mengajar murid berpendidikan khas
serta pendidikan inklusif. Setiap guru haruslah cuba mengenali dahulu latar belakang setiap
murid yang diajar dan menghasilkan satu strategi pengajaran yang sesuai untuk mengatasi
masalah murid tersebut. Penglibatan guru-guru serta ibubapa dalam menghasilkan murid
yang berkualiti adalah sama seperti yang dibelajari dalam kursus MTES 3132.

Das könnte Ihnen auch gefallen