You are on page 1of 2

AJK : PERALATAN

NAMA : NORATASAH BINTI HUSSAINI

: NUR NATASHA SYUHADA BINTI SAYUTI ANUWAR

Tugas yang perlu kami jalankan ialah untuk memastikan peralatan-peralatan


bagi sukan memanah lengkap dan barangan seperti meja, kanopi dan sebagainya
juga perlu dipastikan. Aktiviti sebelum kami memulakan pinjaman barangan, kami
berdua perlu memastikan kawasan padang selamat untuk digunakan, memastikan
peralatan memanah di stor sukan mencukupi dan memastikan keperluan yang perlu
digunakan seperti tali untuk menanda garisan setiap meter untuk jarak target board
dan jarah peserta memanah. Selain daripada itu, kami juga meminjam meter tape, 2
buah meja, 2 buah kerusi dan kanopi daripada cikgu Ahmad Firdaus Bin Saidin
untuk kegunaan kelas kami. Kami juga meminjam 6 buah kerusi daripada bengkel
Fesyen kami sendiri dan memohon pinjaman kerusi tersebut daripada cikgu Norrita
Robert Laju. Selain daripada barangan tersebut, kami berdua juga telah membuat
perbincangan terhadap cikgu Mohd Hilmi Bin Kassim tentang pinjaman bagi
peralatan memanah. Setelah pinjaman kami diluluskan, kami berdua pergi ke stor
sukan untuk memastikan peralatan memanah seperti target board, bow, dan arrow
mencukupi atau tidak, dan memastikan keselamatan penggunaan alatan selamat
digunakan atau tidak. Peralatan memanah yang terdapat di dalam stor sukan tidak
mencukupi. Oleh itu, kami berdua membuat pinjaman daripada Siti Aisyah Binti
Ahmad Ishak iaitu dari kursus BPP3 untuk meminjamkan tiga lagi target board
beserta dengan target face. Setelah kami berjumpa dengan beliau untuk
menanyakan tentang pinjaman peralatan bagi memanah tersebut. Beliau telah
membenarkan kami untuk meminjam target board dan target face tersebut.

Semasa hari kejadian pula, kami berdua perlu mengambil segala peralatan
yang telah dipinjam untuk diletakkan di tempat yang telah ditetapkan iaitu di padang.
Bukan sahaja kami yang mengambilnya, akan tetapi atas bantuan rakan sekelas
juga untuk membantu mengerahkan lagi tenaga semangat berpasukan antara satu
sama lain. Setelah segala peralatan dan barangan telah diletakkan di tempat
kejadian, kami sekelas bersama-sama untuk memasang kanopi, akan tetapi pada
mulanya kami fikirkan kanopi yang telah kami pasangkan adalah salah. Bahkan
kanopi tersebut memang seperti itu. Puas kami meminta pertolongan peserta lelaki
untuk membetulkan kanopi tersebut, bahkan tidak dapat diaturkan juga. Setelah
selesai pemasangan kanopi tersebut, kami sekelas juga berkerjasama untuk
mengangkat target board untuk diletakkan pada jarak yang telah kami tandakan
sebelum hari kejadian.

Selepas hari kejadian pula, kami berdua sebagai AJK Peralatan perlu
memastikan barangan dan peralatan yang dipinjam perlu dikembalikan seperti sedia
kala. Segala peralatan perlu disimpan ditempat yang telah ditetapkan. Peralatan
yang kami pinjam dari Siti Aisyah, kami meletakkan barang tersebut berhampiran
dengan stor sukan agar tidak berlaku sebarang kerosakkan atau kekurangan
barangan yang dipinjam. Setelah kami mengemas segala kanopi, kerusi dan meja.
Cikgu Farhain Binti Sallehuddin sudi untuk membantu kami mengankut segala
kanopi, meja dan kerusi dengan menggunakan keretanya untuk diletakkan di tempat
asalnya dan atas bantuan kami sekelas juga peralatan ini telah disimpan di tempat
asal.