Sie sind auf Seite 1von 7

BIL AKTIVITI PAK21 CARA PELAKSANAAN

Human Graphing Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak/ pattern tertentu
1
(Graf Manusia) supaya topik mudah difahami.
2 Video Clips (Klip video) Penggunaan klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan.
Using large picture
3 cards Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.
(gambar/foto besar)

Dengan menggunakan gambar/ objek, murid diminta:


I See, I Think, I Wonder (a) senaraikan/bincang apa yang mereka lihat (see),
4 (Saya lihat, saya fikir & (b) fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian/lain-lain
saya bertanya) perkara (think) &
(c) bertanya soalan-soalan yang berkaitan/relevan (wonder).

Recap Groups
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa yang
5 (mengulang/ mengingat
telah dipelajari sebelum itu.
semula)

Rocket Writing Jangka masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang
6
(Penulisan Pantas) mereka tahu berkenaan dengan topik/soalan yang diberi.

Murid berjalan/bergerak sekeliling bilik/dewan untuk


(a) melihat,
Gallery Walk (Lawatan
7 (b) berfikir &
ke galeri)
(c) berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja rakan-
rakan lain yang ditampal.
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk 'Y' dan pada setiap kertas ditulis soalan
8 Y Chart (Carta Y)
yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.
Guru mengambil hasil kerja/ pandangan setiap murid pada awal tahun
Time Capsules (Kapsul
9 (contohnya) dan membuka kapsul itu beberapa bulan kemudian untuk murid
masa)
membaca semula apa yang mereka tulis.
Murid membuat 'rantai kertas', pada setiap kertas ditulis idea/ maklumat yang
10 Chain Link (Rangkaian)
berkaitan dengan topik yang diberi.
Murid membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci
11 Survey (Tinjauan)
bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik/isu.
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi
12 Shout Out (Laungan) sumbang-saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti
seterusnya - susun semula idea-idea ini secara sistematik.
Persembahan murid dalam bentuk :
(a) lisan
(b) video
(c) powerpoint
Presentations (d) pameran
13
(Persembahan) (e) nyanyian
(f) tarian
(g) lakonan
(h) Iain-Iain yang kreatif.
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas.
Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik
(pergerakan), visual dan/atau auditori (mendengar). PdPc melibatkan aktiviti-
aktiviti mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences):
Learning
1. Verbal-Linguistic
Modalities
14 2. Logical-Mathematical
(Gaya
3. Visual-Spatial
Pembelajaran)
4. Bodily-Kinesthetic
5. Musical-Rhythmic
6. Naturalist
7. Intrapersonal
8. Interpersonal
1. Satu bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan, guru
Quadrant Activity membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian untuk satu murid).
15 (Aktiviti Berempat) 2. Setiap murid menulis jawapan/ pandangan kepada soalan yang diberi.
3 Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah
semua ahli kumpulan di dalam bulatan.
Penggunaan dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:
16 Indicator (Petunjuk) (a) hijau - Ya / Setuju
(b) merah - Bukan / Tidak setuju

1. Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif.


Build the biggest tower
2. Guru memberi bahan-bahan yang terhad kepada setiap murid untuk membina
17 (Membina menara yang
menara mereka secara kreatif.
terbesar)
3. Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.

Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan


18 Chunking (Gabungan)
pembelajaran baru untuk mempertingkatkan kefahaman mereka.
Graphic Organiser
Bentuk grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan kefahaman
19 (Pengurusan
mereka dan/atau maklumat/fakta berkaitan isu/tajuk yang dibincang.
Grafik)
Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka
20 Skits (Sketsa)
terhadap topik yang diberi.
Parachute Building
21 (Membuat payung Aktiviti inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi.
terjun)
Cafe Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang
22
(Kafe/Kedai Kopi) tentang soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table cloth).
Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan
23 IB Tree (Pokok IB)
perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.

Murid dikemukakan soalan/ situasi /isu untuk dibincangkan dan mereka


dikehendaki mengisi borang yang mempunyai empat petak:
24 SWOT
S: Strengths (Kekuatan) W: Weaknesses (Kelemahan) 0: Obstacles (Halangan/
Cabaran) T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan/kajian seterusnya).

25 Commercial (Iklan) Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk/topik yang diberi.
Sama seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan
26 Continum (Penerusan)
kefahaman dan perkembangan pelajar dalam sesuatu topik.
Checklist (Senarai Murid dikehendaki menanda item-item dalam senarai untuk menunjukkan
27
semak) kefahaman mereka.

Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan


Anecdotal Notes (Nota
28 dengan pelajarnya. Nota-nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat
anekdot)
laporan secara formal.

1. Soalan/topik di atas kertas ditampal di dinding di beberapa tempat dalam


kelas/dewan.
2. Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain
29 Bus Stop (Hentian Bas)
sambil berbincang tentang soalan/topik berkenaan.
3. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang
diperoleh.

Table Talkers Kad-kad yang mengandungi topik/isu diletakkan di atas meja untuk
30
(Perbincangan di Meja) perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.
Untuk refleksi. Contoh yang lain:
1. Light Bulb (Mentol) - 'Apakah satu perkara baharu saya pelajari hari ini?'
2. Bin. Bring. Baa -Bin (Bakul): 'Apa yang saya perlu hapuskan/keluarkan?'
31 Exit Card (Kad Keluar)
Bring (Bawa): "Apa yang saya boleh bawa untuk/kongsi bersama kumpulan
saya?'
Bag (Beg): 'Apa yang saya suka/bangga?'
Brainstorming
32 Cara yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid.
(Sumbangsaran)
Menampal kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid
33 Classification (Klasifikasi) dikehendaki berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka
suka/setuju/faham.
Satu teknik menjawab soalan-soalan yang diberi - murid bergerak dan melihat
What Matters (Apa yang
34 serta cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang
penting)
ditampal di sekitar mereka.
Personal Learning
35 Experiences (Pengalaman Murid berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/topik yang dibincang
peribadi)
1. Murid dikehendaki memikirkan topik/soalan yang diberi secara individu.
Think - Pair -Share 2. Murid diminta berbincang dengan rakan/pasangan.
36
(Fikir - Pasangan -Kongsi) 3. Mereka perlu berkongsi maklumat/hasil perbincangan dengan pasangan
lain/ kumpulan/kelas.
9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1).
Diamond Ranking (Susunan
37 Strategi ini digunakan untuk menentukan/menunjukkan susunan mengikut
Berlian)
kepentingan idea/isu/isi, pada pandangan murid.
Penggunaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang
38 Story Books (Buku Cerita) lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan
membuat refleksi.
Mewujudkan suasana berpesta dan berbincang tentang topik/isu yang
39 Party (Pesta) disediakan atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik/dewan atau diletak di
atas meja-meja atau di atas lantai.
40 Games (Permainan) Permainan dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi/ perbincangan.

Satu kaedah menguruskan perbincangan dalam kalangan murid:


1. Murid A bercakap, murid B & C dengar dan bertanya soalan.
Learning Trios A-B-C 2. Murid B bercakap, murid A & C dengar dan bertanya soalan.
41
(Tiga Serangkai A-B-C) 3. Murid C bercakap, murid A & B dengar dan bertanya soalan
4. Murid juga boleh membuat catatan bertulis hasil daripada perbincangan
mereka.
Sharing
42 Kumpulan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.
(Berkongsi)

1. Soalan-soalan diletak/tampal di sekeliling bilik.


2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan yang
lain, dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.
43 Carousel (Karusel) 3. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan mereka atas kertas.
4. Cara yang lain - murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan
mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua soalan.
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan
Read and Highlight (Baca
44 dikehendaki mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat
dan Tanda)
penting/utama.
Guru memberi konsep dan bimbing pelajar supaya mereka membina soalan-
Question Builder
45 soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep
(Pembina Soalan)
yang diberi.
Puzzle it Out Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki
46
berbincang dan menyusun maklumat.
Cloze Procedures (Isikan Murid diberi helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti
47
tempat kosong) dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai/ tepat
Carta diberi kepada murid sebelum PdPc. Pelajar diminta mengisi ruang-ruang
seperti:
1. Know (What I know about / Apa yang saya tahu) -pengetahuan sedia ada
48 KWL Chart (Carta KWL) 2 Want (What I want to know more about / Apa yang saya ingin tahu lebih
lanjut?) - soalan-soalan murid
3. Learned (What I have learned / Apa yang saya telah pelajari) - penilaian
sumatif.
Satu strategi untuk menilai pencapaian pelajar contohnya persembahan murid.
49 Rubrics (Rubrik)
Murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubrik.
Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topik
Iceberg (Bongkah ais/ yang diberi:
50
Aisberg) - Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung aisberg.
- Maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah.
Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topik - satu
51 Timeline (Garisan Masa) bentuk klasifikasi atau ranking.
Dulu Sekarang Masa depan

Murid menanda rajah cerun/ lurah untuk menunjukkan tahap kefahaman


Dip
52 mereka berkenaan sesuatu topik.
(Cerun/Lurah)
Inquire / \ Learn (Tanya) I \ (Belajar) Understand (Faham)

Strategi ini digunakan untuk menilai persembahan atau hasil kerja pelajar. Murid
diberi borang GRASPS untuk diisi pada peringkat awal projek mereka.
-Goal (Go/Target)
53 GRASPS -Role (Peranan)
-Audience /hadirin/pembaca) -Situation (Situasi)
-Product, Performance & Purpose (Produk, Penyampaian & Tujuan) -Standards &
Criteria for Success (Ciri/ Kriteria kejayaan)

Kuiz yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan


54 Quick Quiz (Kuiz Kilat)
sedia ada atau apa yang teiah mereka pelajari (awal / akhir PdPc).

Guru memainkan muzik/lagu (jika mahu) dan murid diminta melakar/melukis


55 Artscape (Lakaran) (menggunakan warna) di atas kertas kosong apa yang mereka suka, untuk
mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari.
Persembahan murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara
56 Dramatisation (Drama)
berkumpulan selepas membuat perbincangan, perancangan dan latihan.
Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan
57 Mind Map (Peta Minda) kefahaman mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Peta minda i-think ada-
lah satu contoh peta minda yang digalakkan.
Attitude Movement Guru menampal kenyataan-kenyataan berkaitan isu/topik yang telah
58 (Pergerakan mengikut dibincang di sekeliling bilik/dewan dan murid diminta membaca setiap
Pendapat) kenyataan dan berdiri/berkumpul di tempat kenyataan yang mereka setujui.
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna
dengan membina idea-idea baru. Proses ini melibatkan:
Constructivism -Generate (Bina/Jana)
59
(Konstruktivisme) -Sort (Susun)
-Connect (Gabung/Hubung)
-Elaborate (Hurai/Jelaskan)
Murid diberi keratan ayat/ perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun
Jigsaw Reading
60 semula ayat-ayat/perengan-perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan
(Susun Suai)
cerita/kronologi/dll.
Chart and Share Borang 'Chart and Share' diberi kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi
61
(Catat & Kongsi) borang serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.
Table Cloth (Alas Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja.
62
Meja) Murid bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas itu.
Collaboration Murid diberi tugasan untuk membuat tugasan secara kumpulan dan bekerjasama
63
(Kolaborasi) dengan kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan / menyiapkan tugasan.
Guru memberi arahan/ maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu)
Stretch to Sketch
tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk
64 (Lukis mengikut
berbuat demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan memberi
Kreativiti)
pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling tepat/kreatif.
Drawing Posters Berdasarkan arahan/maklumat yang diberi, murid melukis poster secara
65
(Melukis Poster) berkumpulan, tanpa menggunakan perkataan/ayat
Satu cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat tangan
seperti berikut:
Thumbs Up (Isyarat
66 -Thumbs up (bagus/ faham)
Tangan)
-Thumbs middle (kurang faham/ kurang pasti)
-Thumbs down (tidak faham)
Selepas PdP, guru boleh mengedar borang untuk disi oleh murid secara individu :
-Excited (Seronok)
Compass Points
67 -Worrisome (Risau)
(Tanda Kompas)
-Need to know (Ingin tahu)
-Suggestions (Cadangan)
Guru menggunakan contoh-contoh yang baik dalam PdPc untuk mengukuhkan
68 Exemplars (Contoh)
kefahaman murid.
Personal Action Plan Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi berkenaan
69 (Pelan Tindakan pembelajaran mereka tentang topik/isu contohnya:
Peribadi) Segera 1 bulan 6 bulan 1 tahun

Satu cara penilaian kendiri / pada awal, semasa atau pada akhir PdPc. Tiga warna
digunakan:
Traffic Lights (Lampu
71 -Green (Hijau - Saya yakin saya tahu)
Isyarat)
-Yellow (Kuning - Rasa-rasanya saya tahu)
-Red (Merah - Saya tidak tahu)

"Post It" Notes Murid diminta menulis catatan di atas sekeping kad/kertas dan tampalkan di papan
72
(Nota Tampalan) kenyataan selepas PdP.
Talk Partners
Murid diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan/rakan tentang
73 (Pasangan
apa yang mereka telah pelajari.
Berbual)
Webs/
Spider Diagrams Strategi ini hampir sama dengan menyediakan peta minda. Murid digalakkan mencatat
74
(Rajah Sarang idea mereka dalam bentuk yang kreatif.
Labah-labah)
Make predictions Murid diminta membuat andaian/jangkaan sebelum demo/ ujikaji dibuat. Setelah
75 (Membuat tamat demo/ujikaji, murid diminta berbincang sama ada andaian/ jangkaan mereka
jangkaan/ andaian) betul, salah atau kurang tepat.
Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @ atas lantai.
Circle Time Guru menyediakan bola @ beg kacang. Sesiapa yang memegang bola tersebut,
76
(Bulatan masa) dikehendaki menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan dan pass bola
tersebut kepada murid lain pula untuk memberi giliran bercakap.
Setiap kumpulan diberi tugasan, Seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk
menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk/isu kepada kumpulan baru disamping
77 Envoys (Utusan)
mendapatkan pandangan dari kumpulan baru tetang tajuk itu. Utusan kembali semula
kepada kumpulan asal dengan menyatakan feed back kumpulan lain itu.

1. Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan
untuk perbincangan (home group).
Rainbow Groups
2. Selepas berbincang, bina kumpulan baru (colour group) yang terdiri daripada setiap
78 (Kumpulan
ahli dari kumpulan asal.
Pelangi)
3 Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli kumpulan
baru secara bergilir.
Guru menyatakan satu penyataan/soalan kepada semua murid.
1. Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu
Snowballing 2. Kemudian, dia berkongsi jawapannya bersama pasangan. Jadikan dua jawapan yang
79
(Bola Salji) ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama
3. Pasangan ini pula berkongsi jawapan dengan pasangan yang lain.
4. Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensintesiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.
Letakkan kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit untuk menjawab
Rotating Stations
topik yang telah ditentukan di setiap stesen. Apabila masa tamat, kumpulan itu akan
80 (Stesen
bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua
Berputar)
stesen. Setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk mencatat jawapan.

Seorang murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk menyatakan
Hot Seating (Kerusi
81 pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk
panas)
yang dibincangkan.
Goldfish Bowl Sama seperti Hot Seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu kumpulan untuk
82 (Mangkuk Ikan menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya soalan
emas) kepada kumpulan ini.
Six Thinking Hats (6 Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang telah
83
Topi Pemikir) ditentukan.
Guru @ murid bertindak sebagai penyampai radio, 4 orang murid terdiri dari
Radio Phone-in
84 pelbagai karektor berbincang tentang topik. Murid lain boleh mengemukakan
(Radio Telefon)
soalan.
TV Chat Show (Bual Guru sebagai pengacara TV. Murid terdiri dari pelbagai karektor berbincang tentang
85
TV) topik. Murid lain boleh mengemukakan soalan.
Mulakan dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasar topik. Alih
Freeze Frame
86 meja supaya ada ruang untuk bergerak . Kumpulan menunjukkan rangka beku
(Rangka Beku)
mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang dibina dan buat perbincangan.
Free Discussion Ini boleh dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh sebab tidak
87 (Perbincangan berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru @ murid yang berpengalaman
Bebas) sebagai pemudahcara.

Dua pasangan dalam satu kumpulan. (A&B) (C&D)


3 Steps Interview
1. A menemu bual B, C menemubual D.
88 (3 Langkah
2. B menemu bual A, D menemubual C.
Temubual)
3. ABCD berkongsi pandangan tentang temubual mereka secara berempat pula.
3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang sebagai penyoal, seorang yang akan
Listening Triad
menjawab soalan dan seorang lagi sebagai pencatat.
89 (Pendengaran
Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan tersebut berakhir.
Bertiga)
Untuk pdpc seterusnya, peranan seseorang itu akan bersilih ganti.
Gunakan cerita, drama , main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dgn
90 Distancing (Jarak)
topik sensitif dan emosi. Contohnya, minta murid membincangkan perasaan mereka
tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang
berkabung dan kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan
orang yang sedang mengalami situasi itu.

Das könnte Ihnen auch gefallen