Sie sind auf Seite 1von 4

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple
intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar
dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.
Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu
dikembangkan.
2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir
berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan?
Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh
kecerdasan berikut:
a. Bahasa
b. Logik-Matematik
c. Ruang (spatial)
d. Muzik
e. Kinestatik
f. Interpersonal
g. Intapersonal.
Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi
dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:
Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
Menulis karangan, sajak,
Penulis, penyajak,
1. Bahasa puisi, pantun dan memberi
penceramah
ucapan.
Menaakul, kiraan, membuat
2. Logik Matematik Saintis, jurutera, akauntan
analisis
Mencorak, melukis,
3. Ruang (spatial) Pelukis, pengukir
mengukir
Mencipta lagu, menyanyi, Pencipta lagu, penyanyi,
4. Muzik menikmati muzik, pemain alat muzik, peminat
memainkan alat muzik muzik.
Gerakan, tarian, lakonan, Atlet, pemain bola sepak,
5. Kinestatik
sukan, permainan peninju, penari,, pelakon.
Diplomat, ahli politik,
6. Interpersonal Perhubungan manusia
peniaga
Nilai murni, pendirian, Pengarang, penyajak, ahli
7. Intrapersonal
falsafah falsafah
Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-
aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:
i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.
ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.
iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan
kecerdasan ruang.
iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan
muzik.
Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik
matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:
i. Menaakul secara logik.
ii. Membuat kiraan.
iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun
atur, atau mentafsir.
iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v. Membuat keputusan
vi. Menyelesaikan masalah.

Apakah kemahiran Berfikir?


Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.
Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan
pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh
difikirkan bersama:
i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.
- kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan
mendalam.
Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat.
-kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.
Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu
data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis
data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas,
dan mengenal pasti sebab dan akibat.
ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang
banyak, pelbagai dan baru.
iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah
kemahiran secara kreatif.

Kemahiran vertical dan lateral.


i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis.
Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu
boleh berlaku?
ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara
logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.
Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.
Pemikiran bertumpu dan bercapah.
i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu
data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak
faham apa yang cikgu ajar?
ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak,
pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan?
Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah
tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda:
a. membuat kaitan
b. membanding dan membeza.
c. mengkelaskan
d. menilai
e. menyusun atur
f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu'
g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat
h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah
i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab
j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat
k. membuat inferens atau kesimplan awal
l. membuat generalisasi
m. mentafsir
n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci.
o. merumus dan meringkas
p. membuat keputusan
q. menyelesaikan masalah

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan?


Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk:
a. soal jawab
b. sumbang saran
c. permainan
d. pertandingan
e. kuiz
f. teka teki
g. perbahasan
h. projek:
- mereka bentuk
- mereka cipta
- mengkaji
- menyelidik
- membuat eksperimen
- menghasilkan sesuatu projek
- menyelesaikan sesuatu masalah

Das könnte Ihnen auch gefallen