Sie sind auf Seite 1von 1

PROGRAM KIK DAN INOVASI PENDIDIKAN

Program KIK dan Inovasi Pendidikan telah dijalankan pada 25 April 2017 sehingga 27
April 2017. Program ini berlangsung di Dewan Nik Muhyidin Musa dan Dewan Abdul
Jalil. Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang kreatif dan berinovasi
serta menggalakkan warga kampus melaksanakan kajian-kajian mengenai isu yang
terdapat dalam pendidikan. Penglibatan KIK dan Inovasi ini adalah dalam kalangan
pensyarah dan pelajar dalam setiap pengkhususan dan bidang. Program ini telah
dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Dr Hussin. Pemenang Pingat Emas bagi KIK ialah
Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Teknologi Maklumat. Manakala bagi Inovasi pula
terdapat 15 kumpulan mendapat pingat Perak dan 5 kumpulan mendapat Pingat Emas.
Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi ialah Kumpulan Tanwa. Jabatan
Pendidikan Islam telah membawa Piala Pusingan Inovasi Peringkat IPG Kampus
Pendidikan Islam.

KARNIVAL CITRA BAHASA


Karnival Citra Bahasa yang dianjur oleh Universiti Malaya telah menjemput pelajar IPTA
seluruh Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan bahasa yang dipertandingkan.
IPG Kampus Pendidikan Islam telah menghantar beberapa orang wakil pelajar bagi
menyertai pertandingan antaranya ialah Pertandingan Puisi Artistik dan Pertandingan
Syair. Wakil pelajar yang dihantar telah mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada
pensyarah-pensyarah Jabatan Bahasa Melayu. Antara pertandingan yang telah
dirangkul oleh wakil pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam ialah :
 Johan dan Naib Johan Puisi Artistik
 Johan dan Naib Johan Pertandingan Syair.

Das könnte Ihnen auch gefallen