Sie sind auf Seite 1von 5

PANDUAN PENYEDIAAN ‘MY SZRZ6014 LEARNING PORTFOLIO’

1. Pendahuluan

‘My SZRZ6014 Learning Portfolio’ ini merupakan portfolio yang mengandungi rekod
peribadi tentang proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar kelas
SZRZ6014 Research Methodology yang dikendalikan oleh pengajar kursus Dr. Ruzlan
Md. Ali.

Kandungan portfolio ini merangkumi (tetapi tidak terhad kepada apa yang dinyatakan)
maklumat berkaitan dengan pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh pelajar di
sepanjang tempoh semester berkenaan. Portfolio ini merupakan rakaman atau rekod
lengkap yang menjelaskan ilmu yang telah berjaya difahami dan dikuasai oleh pelajar.
Selain itu, portfolio ini turut memuatkan rekod berkaitan dengan pengalaman aktiviti
pengajaran dan pendekatan yang digunakan oleh pengajar di sepanjang tempoh interaksi
beliau dengan pelajarnya. Portfolio ini juga merupakan perkongsian ikhlas tentang
persepsi dan perasaan pelajar di sepanjang mengharungi perjalan menguasai ilmu tentang
metodologi penyelidikan dengan Dr. Ruzlan Md. Ali dan dipersembahkan untuk tatapan
pembaca secara kreatif dan kritis.

2. Rupa Bentuk Portfolio

Portfolio ini berbentuk ‘ring file’ berkulit tebal dan bewarna putih yang tebalnya sekitar
40mm seperti berikut:
3. Kandungan Portfolio

3.1 Kulit luar portfolio perlu mengandungi maklumat seperti berikut:

- Tajuk Portfolio iaitu “MY SZRZ6014 LEARNING PORTFOLIO”

- Kod dan Nama Kursus

- Nama Pelajar

- No. Matrik Pelajar

- No. H/P Pelajar

- Tarikh Penyerahan

- Nama Pengajar

3.2 Jadual Kandungan

- Penghargaan

- Tajuk / Fokus / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1

- Refleksi 1

- Tajuk / Fokus / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 2

- Refleksi 2

- Tajuk / Fokus / Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 3

- Refleksi 3

………………….

…………………

………………….

………………….

- Refleksi Perdana (Keseluruhan)

* Yang dimaksudkan dengan “Tajuk / Fokus / Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran 1” ialah apakah topik atau isu yang dibincangkan bagi sesuatu
minggu berkenaan.
** Refleksi janganlah terlalu ringkas.

*** Pelajar boleh muatkan evidens bagi pembelajaran, contohnya, hasil tugasan
atau kerja dan juga gambar.

**** Elemen kreativiti turut diambilkiran dalam penilaian hasil akhir portfolio ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen