Sie sind auf Seite 1von 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO.

3
D/A PPD SUBIS, 98150, BEKENU, SARAWAK.

TAJUK:
KERTAS KERJA
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M)
PERINGKAT SEKOLAH 2018

TARIKH :
3 APRIL 2018 - 5 APRIL 2018

ANJURAN
PUSAT SUMBER SK KELAPA SAWIT NO.3

1.0 PENGENALAN
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap
cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program KM1M 2018 akan diadakan selama tiga hari dengan tema PEMBACAAN BERKUALITI
MENJANA MINDA BESTARI. Sehubungan dengan itu, diharap program ini dapat menjadi wadah
yang mampu memupuk budaya membaca dalam kalangan murid.

2.0 MATLAMAT

Matlamat Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) yang bakal diadakan ini adalah untuk
melahirkan individu yang berilmu, bijak berfikir serta sedar kepentingan membaca demi
kecemerlangan masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

1. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai penggerak utama dalam membudayakan amalan
membaca.
2. Memudahkan akses bahan bacaan di dalam dan luar pusat sumber.
3. Memupuk budaya membaca dan minat membaca dalam kalangan warga sekolah.

4.0 TARIKH

3 April 2018 – 5 April 2018 (Selasa - Khamis)

5.0 TEMPAT

Kelas dan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 3

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid SK Kelapa Sawit No. 3

7.0 SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi :
En. Linggie Anak Empading
(Guru Besar SK Kelapa Sawit No.3 )

Naib Pengerusi I :
Pn. Pauline Bungan Merang
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II :
Cik Siti Nurhidayah Binti Abdullah
(GPK HEM)

Penyelaras :
Cik Fadhlin Zahirah Binti Suhimi
(Guru Perpustakaan dan Media)

AJK :
Cik Noor Ibtisam Binti Yaakob
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)
dan guru-guru Pendidikan Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2

Cik Fadhlin Zahirah Binti Suhimi


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
dan guru-guru Pendidikan Bahasa Inggeris Tahap 1 dan 2

Pn. Farhana Binti Maliki


(Ketua Panitia Seni)
dan guru-guru Pendidikan Seni Tahap 1 dan 2

8.0 PERANCANGAN PROGRAM KM1M

BIL AKTIVITI SASARAN WAKTU TEMPAT GURU


PDP/MASA BERTUGA
S
1 PELANCARAN SEMUA GURU Selas Perhimpunan Guru
PROGRAM KM1M 2018 DAN MURID 3 APRIL 2018 Bertugas
Mingguan
2 PERTANDINGAN MURID PRA Pend. Kelas Guru Subjek
MEWARNA POSTER SEKOLAH Kesenian /
DAN TAHAP 1 DSV
3 PERTANDINGAN MURID TAHAP Pend. Seni Kelas Guru Subjek
MEREKA KULIT BUKU 2 Visual
CERITA
4 PERTANDINGAN TAHAP 1 BM Kelas Guru Subjek
TULISAN CANTIK
5 PERTANDINGAN TAHAP 2 BM Kelas Guru Subjek
MEREKA DIALOG
6 NEAT HANDWRITING TAHAP 1 BI Kelas Guru Subjek
COMPETITION
7 CROSSWORD PUZZLE TAHAP 2 BI Kelas Guru Subjek
COMPETITION
8 BENGKEL NILAM 2018 SEMUA Rujuk Jadual PSS Cik Fadhlin
MURID Dibawah
9 PENGUNJUNG SEMUA GURU SETIAP HARI PSS Cik Fadhlin
BERTUAH PSS DAN MURID

BENGKEL NILAM TAMBAH BAIK

HARI/TARIKH 0750 - 0950 0950 – 1010 1030 – 1230


SELASA KELAS TAHUN 1 REHAT KELAS TAHUN 4
3 APRIL 2018
RABU KELAS TAHUN 2 REHAT KELAS TAHUN 5
4 APRIL 2018
KHAMIS KELAS TAHUN 3 REHAT KELAS TAHUN 6
5 APRIL 2018

P/s : Diharap guru-guru dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya. Juri untuk
pertandingan bercerita dan poem recitation akan diadili oleh guru subjek BM dan BI di PSS.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan : PCG Pusat Sumber Sekolah Tahun Lepas (Stok Alatan PSS Tahun Lepas)

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA HARGA/ UNIT JUMLAH(RM


)
1 Pertandingan Mewarna
(Tahap 1) RM 3.00 x 1 org RM 3.00
Tempat Pertama RM 1.50 x 1 org RM 1.50
Tempat Kedua RM 1.00 x 1 org RM 1.00
Tempat Ketiga
2 Pertandingan Mereka Kulit
Buku (Tahap 2)
Tempat Pertama RM 3.00 x 1 org RM 3.00
Tempat Kedua RM 1.50 x 1 org RM 1.50
Tempat Ketiga
RM 1.00 x 1 org RM 1.00
3 Pertandingan Mewarna (Pra
Sekolah)
Tempat Pertama RM 2.00 x 1 org RM 2.00
Tempat Kedua RM 1.50 x 1 org RM 1.50
Tempat Ketiga
RM 1.00 x 1 org RM 1.00
4 Pertandingan Tulisan Cantik
dan Neat Handwriting
Competition (Tahap 1)
Tempat Pertama RM 3.00 x 2 org RM 6.00
Tempat Kedua RM 1.50 x 2 org RM 3.00
Tempat Ketiga
RM 1.00 x 2 org RM 2.00
5 Pertandingan Mereka Dialog
dan Word Puzzle Competition
(Tahap 2)
Tempat Pertama RM 3.00 x 2 org RM 6.00
Tempat Kedua
RM 1.50 x 2 org RM 3.00
Tempat Ketiga
RM 1.00 x 2 org RM 2.00
6 Pertandingan Resensi Buku RM 5 x 1 orang RM 5.00
(Guru)
7 Pengunjung Bertuah PSS RM 3 x 3 orang RM 9.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 70.00

10.0 PENUTUP

Program Kem Membaca 1 Malaysia ini diharap dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah ini. Semoga program yang dirancang memberi
manfaat kepada semua murid untuk menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

Disediakan oleh:

........................................................
(FADHLIN ZAHIRAH BINTI SUHIMI)
Guru Perpustakaan dan Media.

Disahkan oleh:

........................................................
(LINGGIE AK EMPADING)
Guru Besar SK Kelapa Sawit No.3.

Das könnte Ihnen auch gefallen