Sie sind auf Seite 1von 26

RANCANGAN PERNIAGAAN KEDAI MAKAN DAN KATERING

RINGKASAN EKSEKUTIF

TOWKEY ENTERPRISE atau lebih dikenali sebagai TOWKEY GROUP merupakan sebuah syarikat yang
diusahakan oleh seorang anak muda yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun,
TOWKEY GROUP telah menjalan pelbagai sektor perniagaan di Malaysia. Antara sektor perniagaan yang
telah diceburi adalah kejuruteraan, perkhidmatan, dan pembekalan. Dan sekarang, TOWKEY GROUP
sedang mengusahakan satu lagi cabang perniagaan baru iaitu perusahaan dalam sektor makanan dan
penternakan.

Ingin menceburi dalam sektor industri makanan, berikut adalah perancangannya:-

1. Kantin/kafe

2. Kios/booth

3. Pasar/gerai

4. Katering

5. Pemprosesan makanan

Kini, TOWKEY GROUP telah berjaya membuka kantin, kios dan gerai. Dan sekarang kami ingin
berkembang lebih jauh dengan menceburkan diri dalam bidang katering.

Pengurusan pentadbiran dan operasi yang dipimpin oleh Ahmad Fahmi bin Mohd Ariff, perkhidmatan
katering yang kami tawarkan lebih kepada konsep untuk membantu kepada golongan pertengahan dan
bawahan untuk menjalankan majlis dengan kadar harga yang jauh lebih murah. Semua sedia maklum
bahawa perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh syarikat lain agak sedikit mahal. Jadi golongan
penduduk luar bandar atau kurang berkemampuan tidak akan memilih syarikat katering tersebut
disebabkan kurang berkemampuan untuk mambayarnya.

Dengan bermodalkan RM100,000 hasil titik peluh pengarah urusan syarikat TOWKEY GROUP dan
kekuatan pemasaran yang ada kami ingin menawarkan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati
pelanggan serta dapat memenuhi citarasa masakan dan makanan masyarakat yang berbilang kaum. Dan
seterusnya nama TOWKEY GROUP akan terus berkembang dan mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan ialah untuk memberi penerangan mengenai perniagaan
yang akan kami ceburi. Rancangan perniagaan kami merangkumi dari aspek pengurusan pentadbiran,
pemasaran, perancangan operasi dan perancangan kewangan.

TOWKEY GROUP telah menggariskan pelbagai tujuan untuk merialisasikan target dalam mencapai segala
yang diperlukan. Antaranya tujuannya ialah :

- Memohon geran pembiayaan kewangan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak
RM 100,000.00 (Seratus Ribu Ringgit sahaja).

- Untuk mengembangkan perniagaan Towkey Group supaya dikenali di seluruh Malaysia.

- Untuk membuka cawangan baru.

- Untuk membantu peniaga runcit kecil – kecilan bersama-sama dalam memperkembangkan


Towkey Group.
- Untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana merasai
masakan yang mempunyai rasa yang sama tetapi dengan harga yang jauh lebih murah.

- Supaya dapat mencipta inovasi tentang menu masakan dan memenuhi keperluan dan citarasa
dalam industri makanan.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : Towkey Enterprise/Towkey Group

Alamat Perniagaan : No. 62a, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Cheras

43000 Kajang Selangor

Alamat Surat Menyurat : No. 62a, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Cheras

43000 Kajang Selangor

No. Telefon : 017 6964323 / 019 6219664

Bentuk Perniagaan : Persendirian

Kegiatan Utama : Menawarkan perkhidmatan katering

Tarikh Memulakan Perniagaan : 15 Oktober 1994

Nombor Pendaftaran : 000989300 - U

Modal Permulaan : RM 100,000

Nama Bank : Bank Islam


Cimb

Maybank

LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama penuh : Ahmad Fahmi Bin Mohd Ariff

No. kad pengenalan : 900824 – 43 - 5191

Umur : 23 Tahun

Tarikh lahir : 24/8/1990

Jantina : Lelaki

Alamat tetap : No 8 Jalan 3 Taman Tenaga Off Jalan Reko 43000

Kajang Selangor

No. telefon : 017 6964323 / 019 6219664


Taraf perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Sijil Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan

Kursus yang pernah dihadiri : Kurusus Keusahawanan Mara

Kursus Masakan Katering

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Industri

Kursus Inkubator Mara

Kemahiran : Mentadbir Dan Menguruskan Perniagaan

Pengalaman : Penyelia Bahagian Makanan Di Usim

Mengendalikan Perniagaan Towkey Group

Memberi Ceramah Keusahawanan

Pekerjaan sekarang : Pengurus Towkey Group (industri makanan)


Perniagaan lain yang pernah diceburi : Consultant Engeneering

Menguruskan Perniagaan Di Pasar Malam dan Gerai

VISI DAN MISI TOWKEY GROUP

VISI

Memperkembangkan nama Towkey Enterprise/Towkey Group dalam bidang industri makanan halal
dengan harga yang kompetitif.

MISI

- Membekalkan makanan yang termurah dan berkualiti di Malaysia.

- Membantu peniaga mikro bumiputra.

- Membuka cawangan di seluruh Malaysia.

- Memenuhi permintaan dan keperluan pada golongan pertengahan dan bawahan untuk
mendapatkan perkhidmatan katering.
- Membuka peluang pekerjaan dan membantu pelajar lepasan universiti menceburi bidang
perniagaan.

- Menghasilkan pelbagai inovasi yang terbaik dalam bidang makanan.

- Membawa produk makanan Malaysia ke antarabangsa.

LOKASI PERNIAGAAN

3.4.1 LOKASI

Perniagaan ini telah beroperasi di No. 62A, Batu 12 ½, Lorong Tok Susu Off Jalan Cheras, 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan.

3.4.2 PELAN PERNIAGAAN INI BEROPERASI


3.4.3 MAKLUMAT PREMIS

Gambar diatas merupakan pandangan dari atas terhadap tempat operasi untuk menjalankan aktiviti
memasak dan pemprosesan makanan.

Gambar di atas ditunjukkan secara 3D

Gambar diatas merupakan tempat operasi untuk menjalankan perkhidmatan katering.

STRUKTUR ORGANISASI

4.1.1 CARTA ORGANISASI


4.2 SENARAI JAWATAN, BILANGAN DAN TANGGUNGJAWAB

NO JAWATAN BIL TANGGUNGJAWAB

1. Pengarah urusan 1 Menguruskan hal ehwal perniagaan secara keseluruhan.


Memastikan segala urusan perniagaan dijalankan dengan
baik dan lancar.

2. Pengurus Pentadbiran 1 Mencatat dan merekod dan mendokumentasikan segala


transaksi urusniaga.

Menyediakan invois, menerima dan membayar


perbelanjaan operasi serta mengeluarkan resit dan
menunaikan cek.

Menjalankan tugas – tugas pengurusan yang lain.

Bertindak sebagai penerima tempahan dan berurusan


dengan pelanggan.

3. Pengurus Pemasaran 1 Memasarkan perkhidmatan dan produk yang dijual.


Membuat flyers untuk diedarkan kepada orang ramai bagi
menarik minat untuk orang ramai membuat tempahan
katering kepada kami

Mencari pasaran baru di kawasan yang berpontensi tinggi


untuk memasarkan produk ataupun perkhidmatan.
Contohnya kawasan yang majoriti yang berpendapatan
sederhana, syarikat – syarikat swasta dan badan kerajaan.

Bertanggungjawab merancang kaedah dan promosi yang


akan dilakukan bagi memastikan nama Towkey Group
dapat dikembangkan.

Menjalankan tugas – tugas pengurusan juga.

4. Pengurus Operasi 1 Memastikan operasi restoran berjalan lancar.


Pengeluaran

Membantu pengurus dalam memantau pekerja – pekerja


operasi terutama tentang kehadiran pekerja di bahagian
operasi dalam menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.

IMBUHAN BALAS JASA DAN INSENTIF PEKERJA

Berikut merupakan gaji / upah yang diberikan kepada semua kakitangan Towkey Group dalam jadual
dibawah.

GAJI / KWSP PERKESO JUMLAH


UPAH 12% 2% (RM) (RM)
JAWATAN (RM)

(RM)

Pengarah Urusan 2,500 300 50 2,850

Pengurus pentadbiran 1,800 216 36 2,052

Pengurus pemasaran 1,800 216 36 2,052

Pengurus operasi pengeluaran 1,800 216 36 2,052

Juruwang 1,200 144 24 1,368


Ketua tukang masak 1,500 180 30 1,710

Tukang masak 1 1,200 144 24 1,368

Tukang masak 2 1,200 144 24 1,368

Tukang masak 3 1,200 144 24 1,368

Pembantu dapur (6 Orang) 5,400 648 108 6,156

Pelayan (10 Orang) 5,400 648 108 6,156

JUMLAH 25,000 3,000 500 28,500

LAIN – LAIN KEMUDAHAN

1) 2 x TV 42 inci dan Astro

2) Wifi

3) Tandas

4) Surau

4.5 SENARAI PERABOT DAN KELENGKAPAN PEJABAT

BIL ITEM BILANGAN KOS (RM)


1 Komputer riba 1 1,800

2 Komputer PC 1 1,800

3 Kerusi 4 400

4 Meja 4 472

5 Printer 1 150

6 Kabinet fail 1 200

7 2 x TV 42 inci dan Astro 2 2,000

8 Wifi 1 150

JUMLAH 6,972

BELANJAWAN PENTADBIRAN

PERKARA LAIN - LAIN


BIL PERKARA PERBELANJAAN ASET PERBELANJAAN PERBELANJAAN (RM
TETAP (RM) BULANAN (RM) )
Perbelanjaan Aset Tetap:

1
Perabot & Kelengkapan
pejabat 6,972

2 Perbelanjaan Bulanan

- Gaji 6,100

- KWSP 732

- PERKESO 122

- Bil Air Dan Elektrik 800

- Telefon 200

3 Lain - Lain Perbelanjaan

- Insurans 500

- Alatan Pejabat 100


JUMLAH 6,972 7,954 500

SASARAN DAN SAIZ PASARAN

I. CIRI-CIRI UMUM PERKHIDMATAN

· Towkey Group menawarkan perkhidmatan katering bagi majlis – majlis luar seperti hari perayaan,
kenduri kendara, majlis-majlis keraian dan majlis–majlis rasmi badan kerajaan dan NGO. Kami
menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu, Cina, India, Western, Thai dan sebagainya. Hidangan yang
ditawarkan dapat menepati kehendak dan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

· Kami juga menawarkan perkhidmatan sewaan alatan seperti khemah, dewan, kerusi meja dan lain-
lain. Perkhidmatan ini dijangka dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna kerana kawasan
sekitar bangi, kajang dan Kuala Lumpur merupakan kawasan Bandar yang sangat terhad dan kurang
aktiviti kemasyarakatan seperti di kampung yang mempunyai peralatan mereka yang tersendiri untuk
diberi pinjam kepada ahli masyarakat. Justeru, ini memaksa mereka yang berada di kawasan bandar
untuk mencari kawasan lain dan sewa peralatan untuk mengadakan majlis contohnya majlis
perkahwinan serta kenduri.

· Harga yang kami tawarkan merupakan antara harga yang jauh lebih rendah berbanding harga
pasaran bagi membolehkan para tetamu kepada pelanggan kami dapat menikmati layanan serta
hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Ini menepati salah satu misi kami iaitu ingin
memenuhi permintaan dan keperluan golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan
perkhidmatan katering yang sedap dan murah.

· Perniagaan ini fokus kepada aneka jenis jamuan dan majlis, maka senarai harga dibuat secara
pakej. Pelanggan akan diberikan pelbagai pakej dan menu. Pakej yang disediakan dijangka akan terus
menjadi tarikan kerana harganya yang berpatutan dengan hidangan yang sedap.
II. PASARAN AM

Perniagaan ini mensasarkan perkhidmatan kepada keseluruhan penduduk yang berdekatan dengan
Kuala Lumpur, Kajang, Bangi dan lain-lain. Kami juga turut mensasarkn perkhidmatan kepada badan-
badan khas seperti badan kerajaan, swasta dan IPT-IPT dan sebagainya. Pakej perkhidmatan sewaan
alatan serta dewan adalah untuk menarik pelanggan yang tiada lokasi untuk mengadakan majlis mereka.
Biasanya pakej ini akan dipilih untuk tujuan majlis perkahwinan dan majlis rasmi badan kerajaan dan
swasta. Pakej ini ditawarkan kerana sasaran pelanggan kami yang kebanyakannya mempunyai kawasan
yang terhad untuk mengadakan majlis di kawasan rumah mereka.

III. SASARAN PASARAN

Towkey Group membahagikan tiga jenis fokus pasaran. Ketiga-tiga jenis pasaran ini akan diuruskan
mengunakan pendekatan dan strategi pasaran yang berbeza. Jika dapat dilihat, kebanyakkan pelanggan
kami mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin memaksimumkan kepuasan pihak ketiga maksudnya
tetamu atau pelanggan mereka. Apa yang membezakan ketiga-tiga jenis pasaran ini ialah jenis kumpulan
sasaran dan juga perkhidmatan yang bakal diberikan. Pakej istimewa yang berbeza akan ditawarkan
bagi setiap majlis.

1) Majlis Rasmi :

· Majlis rasmi kebiasaannya amat mementingkan protokol majlis. Contoh majlis rasmi makan
malam, majlis pelancaran/perasmian, majlis keraian dan sebagainya.

· Aspek kekemasan pelayan, kebersihan, protokol dan sebagainya amat penting. Pelayan yang
digunakan telah diberikan tunjuk ajar dalam protokol majlis.

· Kumpulan sasaran bagi majlis rasmi ialah badan kerajaan, NGO dan pelajar institusi pengajian
berhampiran seperti UniKL, MIAT, Institut Perguruan Islam, Kolej Poly-Tech Mara, UNITEN, UPM, UKM
dan lain-lain.
2) Majlis perkahwinan / Kenduri kendara

· Sasaran bagi majlis ini lebih meluas kepada penduduk. Sasaran kumpulan ini lebih fokus kepada
penduduk Bandar di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang kerana kebanyakan penduduk di sekitar
mempunyai pendapatan yang sederhana sahaja.

· Kami menyediakan pakej hidangan buffet dengan pelbagai lauk serta perkhidmatan sewaan alatan,
sewaan dewan dan perkhidmatan fotoshoot.

· Kami juga bekerjasama dengan butik pakaian pengantin, jurugambar serta perkhidmatan andaman
yang bergerak secara kecil - kecilan untuk memenuhi pakej perkahwinan pelanggan kami. Ini dapat
memudahkan urusan pelanggan kami dalam menguruskan perkahwinan mereka disamping dapat
membantu peniaga-peniaga kecil yang lain berkembang. Ini juga merupakan salah satu misi kami dalam
membantu peniaga bumiputra.

3) Katering Harian

· Katering harian adalah hidangan yang dibekalkan kepada mereka setiap hari. Contoh pelanggan
bagi katering harian ini seperti kantin sekolah, kantin kilang dan kedai makanan yang menyediakan
makanan dalam bentuk “buffet”.

· Kumpulan sasaran bagi katering harian ialah kawasan perindustrian Bangi, Sekolah-sekolah di
sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Kajang dan sebagainya.

· Bagi kumpulan sasaran ini kami lebih fokus kepada pakej menu yang berpatutan.

IV. STRATEGI PASARAN

· Meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menjalankan perkhidmatan yang lebih profesional.

· Menawarkan pakej – pakej yang menarik serta harga promosi terutamanya kepada mereka yang
berpendapatan rendah.

· Memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

· Mengamalkan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

· Menjalankan konsep “Pelanggan Akan Bawa Pelanggan”. Jika kami memberikan perkhidmatan
yang cemerlang kepada mereka pasti suatu hari nanti mereka akan mencadangkan perkhidmatan kami
kepada rakan-rakan, saudara-mara atau jiran-jiran mereka. Konsep ini merupakan salah satu strategi
promosi secara tidak langsung.

· Menyediakan tenaga kerja yang mahir dan pakar dalam protokol majlis.
· Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan.

· Memberi jaminan kualiti peralatan dan perkhidmatan.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti di atas, Towkey Group dijangkakan akan
dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan serta dapat memberikan perkhidmatan
yang lebih efektif dan profesional.

V. SAIZ PASARAN

· Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh dari tempahan katering oleh
penduduk tempatan :

Tempahan Penduduk

Jumlah Penduduk Bangi & Kajang : 98,717 orang

Bilangan rumah : 98,717 /5 (diandaikan sebuah rumah 5 orang penghuni)

= 19,743 buah rumah.

Diandaikan bulan pertama beroperasi 10% daripada saiz pasaran akan menggunakan perkhidmatan
katering sekurang-kurangnya sekali setahun dengan jumlah tempahan untuk 100 orang pada harga
RM5.00/orang, maka jumlah pasaran:

10% x 19,743 x 100 orang x RM5.00

= RM987,150.00/tahun

= RM82,263/bulan

VI. PESAING

BIL SENARAI PERNIAGAAN & ALAMAT PERKHIDMATAN & PRODUK DITAWARKAN

1. Village View Restoran & Katering

2. Langat Catering Katering


3. Santai Corner Restoran & Katering

5.2 ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN PESAING

NAMA PESAING KEKUATAN KELEMAHAN

Telah bertapak lebih 5 tahun Menawarkan harga


perkhidmatan yang tinggi
Village View kepada pelanggan
Mempunyai saiz pasaran yang besar di
Bandar Baru Bangi

Menawarkan pelbagai perkidmatan Menu masakan yang kurang


katering kepada pelanggan menepati citarasa
penduduk yang berbilang
kaum
Mempunyai saiz pasaran yang besar di
Langat Catering
Bandar Baru Bangi dan juga Kajang
Sudah lama berkecimpung
tapi tiada cawangan
Lokasi yang strategik beroperasi di
Taman Tenaga.

Mempunyai Pekerja yang mencukupi Tiada pekerja terlatih

Santai Corner
Menawarkan pelbagai perkidmatan
katering kepada pelanggan
Mempunyai pelanggan tetap

Mempunyai harga menu yang


berpatutan

4P’s (PENGIKLANAN, PROMOSI, HARGA DAN LOKASI)

I. PENGIKLANAN

· Melancarkan Laman Web Perniagaan (http://mrfoodcatering.webs.com/ ), Facebook Page dan


Twitter.

· Mengedarkan pamphlet kepada penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.

· Menampal poster di sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.

· Memasang banting di kawasan sekitar bagi memperkenalkan perniagaan katering baru.

· Mengadakan promosi pembukaan di suatu tempat yang strategik untuk memperkenalkan dan
pada masa yang sama mengedarkan pamphlet kepada bakal pelanggan.

· Mengikuti karnival –karnival dan aktiviti yang di anjurkan oleh badan swasta dan kerajaan.

II. PROMOSI

· Promosi pakej hidangan + perkhidmatan.

· Promosi pada musim perayaan.

· Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan. Strategi promosi secara tidak
langsung iaitu konsep “Pelanggan Akan Membawa Pelanggan”.

· Menyediakan pakej pelanggan ulangan. Pelanggan yang pernah melanggan akan diberikan
potongan harga pada perkhidmatan akan datang.

· Selain itu, kami juga membuat promosi semasa memberikan perkhidmatan contohnya meletakkan
kad perniagaan di atas meja makan tetamu. Saiz kad mestilah menarik dilihat agar mudah untuk
pelanggan membacanya.

· Selain daripada itu, kerja sosial juga kami tidak lupakan. Setiap minggu kami akan mencari dan
mengedarkan kupon kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk merasai hidangan kami.
Menyediakan 150 bungkus nasi untuk diedarkan dengan harga RM2 sahaja atau diberikan secara
percuma bergantung kepada keadaan seseorang.

· Dibawah merupakan contoh kupon yang akan diedarkan:-

TOWKEY GROUP

KATERING SERVICES – society responsible

III. HARGA

· Harga istimewa diberikan kepada setiap pelanggan.

· Meletakkan harga hidangan pengenalan yang jauh lebih murah daripada harga biasa.

· Meletakkan harga jualan yang rendah agar dapat menarik minat penduduk untuk menggunakan
perkhidmatan sewaan.

· Membuat kerjasama bersama agensi serta peniaga kecil-kecilan yang lain supaya dapat
berkembang bersama. Contoh “Pakej Complete Kahwin” menawarkan Katering + Andaman +Fotoshoot.

IV. LOKASI

· Lokasi yang strategik bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur

· Merupakan laluan ke Bangi, Kajang dan Kuala Lumpur.

· Mudah untuk mengeluarkan barang produk untuk dihantar keluar atau ke tempat pelanggan.
5.4 Jadual dibawah menunjukkan belanja yang akan dilibatkan untuk mempromosikan perkhidmatan
katering kami.

PERKARA LAIN - LAIN


PERBELANJAAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN PERBELANJAAN (RM
BULANAN (RM)
ASET TETAP (RM) )

1 Perbelanjaan aset tetap

- Signboard 600

2 perbelanjaan bulanan

- Flayers 200

3 Lain - Lain Perbelanjaan

- Iklan Di Surat Khabar 1,000

- Kad Nama 100

- Banner 500

- Promosi Pembukaan 2,000

JUMLAH 600 200 3,600


SENARAI KOS BAHAN MENTAH DAN NAMA PEMBEKAL (MINGGUAN)

Bahan mentah untuk operasi perniagaan terbahagi kepada 2 iaitu bahan mentah basah contohnya ikan,
ayam dan sayur – sayuran dan bahan mentah kering contohnya susu, bawang dan rempah ratus. Bagi
katering pula, bahan mentah kering akan dibeli secara pukal juga tidak kira sama ada tempahan dibuat
atau tidak. Manakala bagi bahan mentah basah akan dibeli pada sebelum tarikh tempahan.

Berikut merupakan senarai bahan mentah kering dan basah.

HARGA
JUMLAH
BAHAN MENTAH KUANTITI SEUNIT / 1
(RM)
KG (RM)

BAHAN MENTAH KERING :

Beras Beryani 100 Kg 2.80 280.00

Beras Biasa 150 Kg 2.50 375.00

Bawang Besar 100 Kg 1.00 100.00

Bawang Kecil 20 Kg 3.00 60.00

Bawang Putih 30 Kg 4.00 120.00

Minyak Sapi Ghee 25 Tin 16.00 400.00

Halia 30 Kg 4.00 120.00

Minyak Masak 2 Tin Besar 45.00 90.00

Rempah Kari Ayam 5 Bungkus Besar 8.00 40.00

Rempah Kari Ayam 6 Bungkus Besar 8.00 48.00

Rempah Kurma 3 Kg 8.00 24.00

Cili Kering 12 Kg 8.00 96.00

Garam 12 Bungkus 0.50 6.00

Cili Sos 10 Botol 3.00 30.00

Tomato Sos 10 Botol 2.70 27.00

Kicap 10 Botol 3.00 30.00

Asam Jawa 6 Kampit 1.50 9.00


Ubi Kentang 50 Kg 1.50 75.00

Cuka 5 Botol 1.20 6.00

Bihun 30 Bungkus 1.50 45.00

Kulit Kayu Manis 2 Kg 8.00 16.00

Bunga Lawang 2 Kg 10.00 20.00

Buah Pelaga 2 Kg 10.00 20.00

Bunga Cengkih 1 Kg 15.00 15.00

Gula 50 Kg 1.50 75.00

Sirap 20 Botol 1.50 30.00

Serbuk Jintan Manis 1 Kg 15.00 15.00

Serbuk Jintan Putih 1 Kg 15.00 15.00

Serbuk Ketumbar 1 Kg 15.00 15.00

Serbuk Kunyit 2 Kg 5.00 10.00

Ikan Bilis 5 Kg 15.00 75.00

Asam Keping 2 Kg 4.50 9.00

Belacan 2 Kg 4.50 9.00

Bawang Goreng 2 Kg 1.00 2.00

Kertas Tisu 100 Kotak 2.00 200.00

Kacang Tanah 10 Kg 4.00 40.00

Bahan Mentah Basah

Ayam 100 Kg 5.00 500.00

Ikan 50 Kg 20.00 1000.00


Daging 30 Kg 10.00 300.00

JUMLAH 4,333.00

Das könnte Ihnen auch gefallen