Sie sind auf Seite 1von 12

1.

0 Pengenalan
Adab dan akhlak adalah dua perkara yang saling berkaitan. Seseorang itu tidak
dianggap mempunyai adab sekiranya tidak memiliki akhlak yang tinggi. Sebaliknya,
seseorang yang tidak berakhlak juga tidak akan menunjukkan adab yang baik dalam
kehidupan sehariannya. Menurut Asmawati Suhid (2009), perkataan adab diambil
daripada bahasa Arab "addaba" yang bermaksud mengajarkan adab. Merujuk kepada
Kamus Dewan (2000: 6), adab bermaksud bertingkah laku sopan, berbudi bahasa, budi
pekerti yang halus dan mulia. Disini jelas menerangkan bahawa adab membawa
maksud segala tingkah laku atau perlakuan yang sopan, baik dan mulia.

Akhlak Islam dibina dengan adab-adab yang baik. Adab dalam Islam
mencantikkan dan mengindahkan lagi setiap perjalanan hidup umat Islam dalam
kehidupan ini sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Orang Islam yang menghiasi diri
dengan adab dan perilaku baik akan disanjung oleh manusia bahkan Allah juga memuji
akan orang yang baik akhlaknya. Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal
akhlak dan adab-adab bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan
akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek daripada
sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara kerana akhlak dan adab
yang baik mencerminkan bagaimana Islam itu sendiri. Islam telah menggariskan adab-
adab dan akhlak yang mulia agar manusia sejagat dapat hidup dalam suasana harmoni
dan mendapat keredhaan Allah SWT. Al-Quran telah mengisyaratkan hal yang
berkaitan dengan akhlak ini dalam memberikan sifat kepada kaum mukminin.

Indahnya Islam apabila meliputi segala aspek kehidupan manusia iaitu meliputi
aspek akidah, ibadah dan akhlak. Akhlak yang mulia ditetapkan sebagai asas dalam
Islam untuk membina peribadi dan masyarakat yang baik. Dengan akhlak, seseorang
insan itu dapat mencapai kesempurnaan agama, dunia dan akhirat secara bersamaan.
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:-

Sesungguhnya yang paling baik diatara kamu ialah yang paling baik
akhlaknya.
(Al-Bukhari)

1
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa pentingnya seseorang itu
berakhlak dengan akhlak yang baik dan berpekerti mulia. Akhlak ataupun budi pekerti
yang baik memegang peranan penting dalam kehidupan manusia sejagat. Seseorang
yang berakhlak dengan akhlak yang baik dapat menghindarkan dirinya dari pelbagai
sifat buruk yang amat dilarang dalam Islam. Manusia yang memiliki budi pekerti yang
tinggi, adab sopan yang baik serta akhlak yang mulia akan membawa kepada
kebenaran dan keadilan kepada seluruh umat manusia. Begitulah pentingnya akhlak
dan berbudi pekerti mulia dalam diri seseorang.

Pentingnya sebagai umat Islam untuk berakhlak dengan akhlak yang baik, ini
kerana semuanya telah diajar dan dipesan oleh Nabi Muhammad SAW dan baginda
sendiri telah menunjukkan akhlak yang mulia sebagai teladan utama kepada umat akhir
zaman. Allah SWT telah memberi sanjungan kepada Rasulullah SAW dengan akhlak
yang baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qalam dan surah al-Ahzab
yang bermaksud:-

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.


(Surah al-Qalam, Ayat 4)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Surah al-Ahzab, Ayat 21)

Oleh itu al-Khuluq dalam surah al-Qalam di atas merujuk kepada makna budi
pekerti iaitu akhlak dan adab. Menurut Kamus Dewan (1991: 19), akhlak bermaksud
budi pekerti, kelakuan dan tabiat. Justeru, adab sangat penting dalam konteks
kehidupan manusia agar perhubungan dan jalinan kasih sayang sesama manusia dalam
dibentuk. Ini juga adalah untuk mengelakkan agar sebarang perkara buruk tidak
berlaku dalam kehidupan seharian seperti perbuatan membuli, gangsterisme dalam
kalangan pelajar dan sebagainya.

2.0 Adab Bergaul Dengan Rakan

2
Dalam kehidupa seharian, kita perlu sentiasa mengutamakan akhlak dan adab
dalam pelbagai konteks sosial. Ianya termasuklah adab bergaul sesama rakan sama ada
di sekolah, di kawasan perumahan mahupun di tempat awam. Dalam usaha untuk
menjalinkan perhubungan dengan rakan di sekolah, terdapat beberapa adab yang
seharusnya menjadi keutamaan setiap individu. Ini penting agar sikap saling hormat
menghormati sentiasa subur di dalam diri. Ini juga akan sentiasa mendorong seseorang
untuk sentiasa berbuat baik dengan rakan mereka walau dalam apa juga keadaan dan
situasi.

Salah satu adab yang perlu dalam bergaul dengan rakan adalah sentiasa
menjadikan rakan seperti saudara seIslam sendiri. Perkara ini juga akan senantiasa
mendorong seseorang untuk sentiasa melakukan perkara yang baik terhadap rakannya
dan tidak sesekali melakukan perkara buruk yang boleh menjejaskan hubungan
silaturrahim antara mereka. Dalam erti kata lain, usaha untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama mereka perlu sentiasa diutamakan dalam bergaul dengan rakan.

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu


saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka
serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi seperti ini
amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta
mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya menghina
atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan
sabdanya:-

‘Jangan sekali kati kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu
bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis.’
(Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya


mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesarna
saudara dalam, Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan.
Mulakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan
suasana dan mententeramkan.

3
Dalam pada itu, Islam juga sangat menekankan agar setiap individu berusaha
untuk mewujudkan keceriaan dalam pergaulan dengan rakan mereka. Sebenarnya,
ianya tidak hanya terhad kepada rakan semata-mata. Sebaliknya, perlu ada dalam setiap
konteks pergaulan.

Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat


fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam
(Riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi


menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan
atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu
kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain menghalangnya bahkan dianjur
supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut agar segera diperolehinya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya ke arah memberi
pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai sesuatu hajat sepertimana dinyatakan
di dalam hadisnya yang berbunyi:-

Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak
boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan
kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa
menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada
bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada
hari qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan
menutup keaibannya pada hari kiamat.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)

Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang difahamkan


dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu kewajipan ke atas orang
muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan sesama manusia dengan memberi
pertolongan, bantu-membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat sesuatu
permusuhan atau pertengkaran bersegeralah untuk mendamaikan mereka, seperti
firman Allah:-

4
Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan
menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun
mendamaikan di antara manusia yang bergaduh dan sesiapa yang
melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredhaan Allah, semoga
Allah berikannya pahala yang berlipat ganda
(Surah An-Nisa’, Ayat 114)

Ayat ini bermaksud melarang kejayaan satu golongan yang seringkali


merahsiakan dari golongan yang lain, sedangkan golongan yang menjadi mangsa itu
juga berhak menerima kejayaan yang sama, maka cara ini seolah-olah menunjukkan
sifat tamak dan belot yang seringkali terjadi di kalangan umat manusia, lebih-lebih lagi
zaman sekarang. Keadaan begini walaupun berjaya tetapi di sisi Allah adalah gagal
disebabkan tamak dan belot tadi, bahkan menimbulkan perpecahan yang merugikan
perpaduan ummah itu sendiri.

Oleh yang demikian, menjaga pergaulan sesama manusia khususnya dengan


rakan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ini adalah perlu agar rasa saling sayang
menyayangi dan hormat menghormati akan dapat dipupuk dan seterusnya dapat
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

3.0 Adab Bercakap Dengan Rakan


Selain adab bergaul dengan rakan, setiap individu juga perlu sentiasa
menerapkan adab-adab dalam bercakap dengan rakan mereka. Komunikasi baik yang
wujud di antara mereka akan sentiasa mendorong mereka untuk sentiasa bersikap
muafakat dan saling menghormati dalam berinteraksi. Salah satu adab yang boleh
diterapkan semasa bercakap dengan rakan adalah mengelakkan diri daripada
mengatakan perkara yang buruk berkenaan dengan rakan mereka atau mengelakkan
diri daripada mengatakan suatu perkara yang boleh menimbulkan kemarahan rakan
mereka. Contohnya seperti menceritakan sikap buruk rakan mereka kepada rakan-rakan
lain sehingga menyebabkan rakan tersebut merasa rendah diri atau malu. Dalam
keadaan seperti ini, pelaku tersebut dianggap telah mengaibkan rakannya walaupun
ianya dilakukan di hadapan rakannya.

5
Namun begitu, kita juga kadang kala tidak menyedari bahawa percakapan kita
boleh menyingung perasaan orang lain. Dalam situasi seperti ini, komunikasi yang
berlaku mampu menimbulkan kemarahan pihak lain dan mungkin juga kita berada
dalam situasi seperti ini. Justeru, kita seharusnya menahan diri agar tidak cepat berasa
marah terhadap rakan tersebut disebabkan oleh percakapannya yang mungkin tidak
disengajakan. Oleh yang demikian, sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan
berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan
pada orang mesti diamalkan sepertimana firman Allah:-

Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang
memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang suka membuat kebaikan.
(Surah Ali Imran, Ayat 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup,
kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah
menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari
kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:-

Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh


menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari
makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia
mahu.
(Riwayat At-Tarmizi)

Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari
mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa
yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkarmya
dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti
orang-orang yang mati syahid.

6
Dan orang orang yang menahan dari kemarahan serta memberi kemaafan
pada orang lain sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang berbuat
baik
(Surah Al-Imran, Ayat 134)

Berdasarkan pengajaran dari ayat tadi Allah menyeru hambaNya melakukan


kebaikan sesama manusia apabila mereka menjalin persahabatan dalam pergaulan
seharian. Di sini kita dapati antara akhlak yang diajar oleh Allah kepada rasul-Nya
Muhammad s.a.w. ialah adab pergaulan, seperti lemah lembut, berhati mulia, sabar
dalam menghadapi situasi yang tidak diingini, pemaaf, berdamai dan menahan marah.
Sebagai dalilnya Allah berfirman:-

Ambil olehmu wahai Muhammad jalan kemaafan dan suruh umatmu


melakukan kebaikan dan berpaling olehmu dari orang-orang yang jahil.
(Surah Al-A’raf, Ayat 199)

Ayat ini menegaskan bahawa kemaafan adalah lambang kemuliaan akhlak


ketika hendak bekerjasama dengan orang lain. Sekiranya terdapat sikap atau tingkah
laku yang kurang menyenangkan, atau mempamerkan keperibadian yang kurang sopan
dan akhlak yang rendah, kita hendaklah menjauhkan diri dan jangan melayani mereka.

Dalam pada itu, adab bercakap juga perlu dimulakan dengan memberi salam
kepada rakan sekiranya bertemu. Sebelum memulakan perbualan atau interaksi, setiap
individu juga perlu memberi salam kepada rakan mereka sebagai salah satu tanda
mengharapkan kebaikan dan kesejahteraan untuk rakan mereka. Dengan memberi
salam seperti ini, maka rakan akan berasa selesa dengan kita dan seterusnya
membentuk pergaulan yang baik dan harmoni.

Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam
apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh
Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:-

7
Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang
lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke
atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.
(Surah Al-Nism, Ayat 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang
baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga kesejahteraan yang
dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam.
Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang orang Islam sama ada
kenal ataupun sebaliknya. Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:-

Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana
satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu
memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam
ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Dengan memberi salam semasa bertemu, permulaan interaksi yang baik akan
dapat diwujudkan. Ini seterusnya akan dapat memastikan kesejahteraan dan adab di
sepanjang interaksi berlaku dengan rakan.

4.0 Adab Menziarahi Rakan


Dalam konteks kehidupan seharian, ziarah-menziarahi juga adalah tuntutan di
dalam Islam. Setiap individu dituntut untuk menziarahi sausara seIslam mereka agar
dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Contohnya seperti
menziarahi rakan dalam berada dalam keadaan sakit. Walau bagaimanapun, adab dan
etika dalam menziarahi rakan perlu sentiasa diutamakan. Salah satu daripadanya ialah
hanya berada di ruangan yang telah disediakan oleh rakan mereka yang diziarahi.
Setiap individu yang menziarahi rakan mereka seharusnya berada di tempat yang telah
disediakan seperti di ruang tamu dan seumpamanya. Pelawat tersebut tidak seharusnya
bergerak ke tempat lain seperti ke dalam bilik rakan mereka, ke dapur dan sebagainya
tanpa keizinan daripada rakannya atau tuan rumah. Ini adalah untuk mengelakkan

8
pelawat tersebut terlihat keaiban yang mungkin terdapat di dalam rumah tersebut.
Perkara ini juga telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang
bermaksud:-

Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat


yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib
rumah mereka.

Dalam pada itu, seseorang yang ingin menziarahi rakan mereka juga perlulah
meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah rakan mereka. Perbuatan
meminta izin ini juga adalah salah satu adab yang perlu diutamakan oleh setiap umat
Islam yang ingin menziarahi rakan atau saudara mara mereka. Perkara ini juga telah
ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya yang bermaksud:-

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang


bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada
penghuninya. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat.
(Surah An-Nur, Ayat 27)

Walaupun telah memberi salam untuk meminta izin masuk ke rumah rakan,
namun kita tidak seharusnya terus memasuki rumah rakan berkenaan sekiranya belum
dijemput. Sebaliknya, kira perlu sabar dan terus menunggu jawapan daripada tuan
rumah atau rakan untuk dijemput masuk ke dalam rumah mereka. Dalam hal adab dan
akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan tujuan bagi menjaga
tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa yang taqwa lagi sihat, supaya
tidak tersentuh dengan situasi yang tidak menyihatkan serta boleh mengeruhkan
keadaan. Oleh itu, jelaslah seandainya kita masuk ke mana-mana tempat termasukah
menziarahi rakan, maka adalah sebaiknya kiga meminta keizinan terlebih dahulu. Ini
adalah untuk menjaga adab-adab menziarahi saudara seIslam. Walaupun individu yang
dilawat atau diziarahi tersebut adalah rakan karib, namun adab-adab dalam menziarahi
rakan juga perl diutamakan. Ini adalah untuk memastikan agar jalinan silaturrahim
sesama saudara seIslam dapat diperkukuhkan.

9
5.0 Cadangan dan Kesimpulan
Dalam usaha untuk membentuk akhlak dan adab di dalam diri setiap individu
yang bermula dari peringkat sekolah, pendidikan moral dan akhlak perlu sentiasa
disuburkan sama ada secara formal di sekolah ataupun secara tidak formal di luar
sekolah seperti di rumah dan sebagainya. Apabila diteliti maksud pendidikan itu
sendiri, sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan daripada nilai-nilai akhlak danmoral.
Justeruitu juga, berkaitan dengan faktor ini, dalamIslam, kalimah ta’dib merupakan
antara istilah pendidikan yang digunakan, yang kata dasarnya addaba bermaksud
mendidik dan mengajar adab atau akhlak. Sebagaimana dijelaskan olehAsmawati
Suhid (2005) bahawa Al-Ghazali juga menekankan maksud pendidikan ialah menanam
perangai baik dalam diri kanak-kanak supaya mereka “dapat menilai antara yang benar
dan yang salah”. Hal ini disokong pula oleh pandangan Syed Muhammad Naquib Al-
Attas (1980) yang menegaskan bahawa pendidikan merupakan proses penerapan adab
ke dalam diri seseorang. Tegasnya, menurut perspektif Islam, pendidikan memainkan
peranan penting dalam melahirkan insan yang berakhlak dan bermoral.

Realitinya, kepentingan pendidikan akhlak danmoral telah diakui oleh semua


masyarakat sepanjang sejarah sejak zaman Greek. Sebagaimana yang dijelaskan
bahawa pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada pertimbangan nilai, malahan
persekolahan itu sendiri merupakan pendidikan nilai. Justeru, sekolah dan pendidikan
merupakan wadah yang boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai akhlak mulia
dan membangunkan modal insan yang berakhlak. Ini kerana sekolah itu sendiri adalah
sarat nilai atau value laden dan guru merupakan agen moral (Asmawati Suhid 2005).
Begitu juga,mulai pertengahan 1960an terdapat satu kebangkitan semula minat
terhadap peranan sekolah dalam mengasuh moral pelajar. Greenland & Robinson
(1980), misalnya, menyatakan bahawa pendidikan akhlak dan moral telah muncul
sebagai satu disiplin dalam pengajian pendidikan atau sekolah.

Dalam pada itu, penerapan nilai agama di dalam diri setiap individu juga perlu
dilakukan dengan lebih berkesan. Pendidikan agama yang berkesan sama ada di
sekolah mahupun di rumah perlu sentiasa menjadi agenda utama sama ada dalam
kalangan guru mahupun dalam kalangan ibu bapa. Ini kerana, agama merupakan asas
dalam pembentukan akhlak manusia. Tanpa ikatan agama, suatu pendidikan akhlak itu
tidak akan mantap dan kekal malah hanya bersifat sementara yang akhirnya membawa

10
kepada kegagalan pendidikan akhlak. Tegasnya, pendidikan agama dipercayai
berupaya mempengaruhi cara pemikiran anak-anak khususnya remaja dan seterusnya
tingkah laku mereka. Oleh itu, orang yang berpendidikan agama lebih terarah untuk
mengamalkan nilai akhlak Islam dan mengelakkan diri daripada perbuatan buruk
(Asmawati Suhid 2005). Seperti yang dijelaskan oleh Sezali Din (1997), selain
mempunyai ketahanan diri (mental dan fizikal) dan nilai atau harga diri, individu
hendaklah memiliki pegangan agama yang kukuh dalam menghadapi cabaran hidup.

Di peringkat sekolah, guru sama ada guru Pendidikan Islam mahupun guru-
guru lain perlu peka terhadap adab-adab dan akhlak agar sentiasa menjadi ikutan
pelajar. Pengenalan komponen Adab dan Akhlak Islam (AAI) dalamPendidikan Islam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 2003 telah pun lengkap
pelaksanaannya. Dari sudut strukturnya, pembentukan kandungan dalam komponen
AAI berteraskan kepada empat aspek hubungan, iaitu hubungan dengan diri sendiri,
individu lain, alamsekitar dan negara serta Rasul dan Pencipta. Daripada teras inimaka
sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskan iaitu Adab dalam kehidupan
seharian, Adab dalam kehidupan bersosial, Adab dalam menunaikan ibadah,Adab
terhadap ibu bapa dan keluarga, Adab menuntut ilmu dan Adab terhadap Allah dan
Rasul. Bagi setiap bidang pembelajaran itu pula mempunyai 37 subbidang
pembelajaran yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak akan dapat dicapai sekiranya guru gagal
memainkan peranan mereka sebagai pembentuk adab dan akhlak pelajar di sekolah.
Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu berusaha memainkan peranan dan tanggung jawab
mereka dalam membentuk adab dan akhlak anak-anak mereka agar sentiasa
mengutamakan adab dan akhlak dalam pelbagai konteks kehidupan harian mereka.

Jumlah Perkataan : 2,935 Patah

11
Rujukan
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia.Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Abd. Rahman Ahmad. (2006). Pembangunan Modal Insan. Apa Dan Kenapa Perlu Dalam
Konteks Organisasi Di Malaysia. Kuala Lumpur: Keeweng Enterprise.

Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. (1991). Al-Musnad. Juz. 3.Kaherah:Dar Al-Fikr.

Asmawati Suhid. (2005) Kerelevanan Pendidikan Nilai Dan Agama Dalam Pembentukan
Masyarakat Madani. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 11, Bil.2, Mac 2005, Hal. 69-82.

Asmawati Suhid. (2005) Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi
Menangani Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan Dan
Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil.6, Disember
2005, Hal. 95-103.

Asmawati Suhid. (2006). Adab Dan Akhlak Islam Dalam Pendidikan Islam: Satu Kajian
Kes Di Selangor. Jurnal CITU (Centre For Islamic Thought & Understanding), Uitm.
Jilid 2,No.1, Januari 2006, Hal. 53-66.

Ghazali Basri. (1991). Pendidikan Islam Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Satu
Analisis. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 4, Disember.

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM.

Mahathir Mohamad. (1999). Ucapan Yang Disampaikan Di The International Conference


On Religious Studies: Meeting The Millennium In Kuala Lumpur, Malaysia, Pada 30
Disember 1999.

Mohd. Kamal Hasan. (1987). Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan
Islam. Bil. 8: 3

12

Das könnte Ihnen auch gefallen