Sie sind auf Seite 1von 15

1.

0 Pengenalan
Perkembangan teknologi semasa pada hari ini menuntut guru untuk
menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan kreatif.
Contohnya seperti menggunakan perisian komputer yang bercirikan interaktif
multimedia dalam usaha untuk membantu dan mendidik murid dalam menguasai
suatu topik pengajaran dengan lebih berkesan. Dalam mempelajari jawi misalnya,
guru juga tidak seharusnya bergantung harap dengan penggunaan buku teks atau
buku latihan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Sebaliknya, guru perlu menggunakan bahan pengajaran yang pelbagai seperti
menggunakan bahan pengajaran yang dibangunkan dengan menggunakan perisian
komputer.

Secara umumnya, konsep teknologi pengajaran yang juga dikenali sebagai


teknologi pendidikan tidak berasal dari dunia pendidikan. Ia bermula apabila
peralatan ciptaan ahli teknologi yang tidak terlibat dalam pendidikan. Dengan adanya
peralatan dan bahan yang boleh menolong pembelajaran, maka istilah teknologi
pendidikan wujud (Ab. Rahman Selamat, 1989). Istilah teknologi dari pandangan
generasi pertama adalah suatu pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan kepada penggunaan peralatan dan kemudahan teknologi. Dalam
pada itu, teknologi pada pandangan generasi kedua pula dalah suatu yang berkaitan
dengan konsep kaedah atau metodologi pengajaran yang tidak hanya terhad kepada
aspek penggunaan bahan dan peralatan teknologi di mana kaedah dan teknik ini
digunakan secara sistematik dan tersusun dalam mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan.


Keseronokan belajar adalah suatu yang diharapkan oleh semua golongan guru
terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokkan belajar akan dapat diwujudkan sekiranya
guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan bantuan media pengajaran.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dapat
mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan pelbagai
bahan dan media pengajaran yang berasaskan ICT seperti komputer, CD, VCD, DVD
dan sebagainya dilihat sebagai suatu yang dapat meningkatkan keberkesanan

1
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Ismail Zain,
2002). Ini bermakna bahawa teknologi pengajaran adalah satu aspek teknologi yang
menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dan
melibatkan manusia dalam menggunakan dan pengaplikasikan teknologi maklumat
tersebut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian


Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran jawi, maka penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan berkesan adalah penting. Oleh itu, berikut adalah
rancangan pengajaran Jawi yang boleh digunakan untuk mengajar murid membaca,
membina dan menulis ayat mudah:-

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Tahun : 3

Masa : 60 Minit

Komponen : Jawi

Topik : Membaca, Menulis dan Membina Ayat

Standard Kandungan : 7.2 Membaca, membina dan menulis ayat mudah yang
mengandungi perkataan berimbuhan

Standard : 7.2.3 Membaca, membina dan menulis perkataan apitan


Pembelajaran yang betul

Objektif Pengajaran : Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran:-


1) Dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan
baik
2) Dapat menulis tulisan jawi dengan baik sama
ada dalam bentuk perkataan mahupun ayat
3) Dapat membina ayat dalam tulisan jawi dengan
menggunakan apitan dengan betul

2
Aktiviti : Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:-
1) Penerangan dan syarahan guru
2) Perbincangan murid
3) Soal jawab

Bahan Bantu : Perisian Power Point : Mari Belajar Jawi


Mengajar

Kaedah Pengajaran : Syarahan, Perbincangan, Soal Jawab dan Latih Tubi

EMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Kreatif dan Inovatif

Nilai : Bersungguh-sungguh dan bekerjasama

Aktiviti / Standard Aktiviti Catatan


Masa Pembelajaran
Set  Dapat membaca  Guru Kaedah :
Induksi tulisan jawi dengan memperkenalkan beberapa Syarahan dan
(3 Minit) betul dan baik perkataan dan ayat untuk Soal Jawab
dibaca oleh kesemua
murid
 Guru menyatakan
objektif pengajaran yang
ingin dicapai dan aktiviti
yang akan dilaksanakan
Aktiviti 1  Dapat membaca  Guru menggunakan Kaedah :
(25 Minit) tulisan jawi dengan perisian Power Point Syarahan dan
betul dan baik ‘Mari Belajar Jawi’ Soal Jawab
 Dapat menulis  Guru membimbing EMK :
tulisan jawi dengan murid membaca perkataan Teknologi
baik sama ada dalam dan ayat dalam Jawi Maklumat dan
bentuk perkataan dengan betul Komunikasi
mahupun ayat  Guru membimbing
murid menulis ayat dalam
Jawi
 Guru meminta murid
membaca perkataan dan

3
ayat secara bergilir-gilir
Aktiviti 2  Dapat menulis  Guru membentuk Kaedah :
(20 Minit) tulisan jawi dengan murid dalam kumpulan Perbincangan
baik sama ada dalam kecil. Setiap kumpulan dan Latih Tubi
bentuk perkataan terdiri daripada 3 orang EMK : Kreatif
mahupun ayat murid dan Inovatif
 Dapat membina  Setiap kumpulan
ayat dalam tulisan diberikan satu lembaran
jawi dengan kerja yang terdiri daripada
menggunakan apitan 10 gambar/perkataan
dengan betul  Setiap kumpulan
perlu membina ayat
dengan merujuk kepada
gambar/perkataan yang
terdapat pada lembaran
kerja yang disediakan oleh
guru
 Guru memantau
aktiviti yang dilakukan
oleh murid
Aktiviti 3  Memperkukuhk  Guru Kaedah :
(10 Minit) an pengetahuan dan membincangkan ayat-ayat Perbincangan
kemahiran murid yang telah dihasilkan oleh dan Soal Jawab
dalam menulis dan murid EMK : Kreatif
membina ayat  Guru memilih dan Inovatif
dengan beberapa orang murid
menggunakan tulisan untuk menulis ayat yang
Jawi telah dibincangkan dalam
kumpulan mereka
 Guru meminta
pandangan daripada
kumpulan lain sama ada
ayat yang ditulis pada
papan tulis tersebut adalah
betul atau sebaliknya
 Guru
memperbetulkan ayat Jawi
yang ditulis oleh murid
Penutup  Kemahiran  Guru membuat Kaedah :
(2 Minit) murid dalam rumusan terhadap aktiviti Syarahan
membaca, menulis pengajaran dan
dan membina ayat pembelajaran yang telah
dengan tulisan jawi dilakukan
telah ditingkatkan  Guru meransang
murid agar lebih kerap

4
melakukan aktiviti
membina ayat dalam
tulisan Jawi

3.0 Bahan Bantu Mengajar Yang Digunakan dan Aktiviti Yang Dilaksanakan
Berdasarkan kepada rancangan pengajaran yang telah dinyatakan di atas,
bahan utama yang digunakan ialah perisian Power Point yang bertujuan untuk
membantu murid membaca, menulis dan membina ayat dalam tulisan Jawi. Dalam
membantu murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran Jawi yang
berkesan dan menyeronokkan, maka penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer adalah suatu perkara yang sangat perlu dan penting. Dalam
hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan
secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara
guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga
memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam
pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam
pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan
bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah
kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan
komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk
perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh
komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah
(Moersch, 1995).

Rajah 1 : Halaman Utama

5
Oleh yang demikian, satu bahan bantu mengajar Jawi yang bercirikan telah
dihasilkan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap suku kata
terbuka dan suku kata tertutup. Pembangunan perisian pembelajaran Jawi ini adalah
sebagai salah satu inovasi yang mampu meningkatkan penguasaan dan kemahiran
murid membaca dan menulis Jawi. Ini kerana, penggunaan bahan pembelajaran
seperti ini mampu merangsang murid dan mendorong murid untuk meningkatkan
fokus dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas.

4.0 Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Berdasarkan kepada penilaian yang telah dijalankan ke atas perisian Power
Point ‘Mari Belajar Jawi’, dapat dilihat bahawa perisian PPBK ini mempunyai
pelbagai kelebihan dan keunikan yang boleh digunakan dalam meningkatkan
kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang masih lemah membaca. Dalam
pada itu, perisian ‘Mari Belajar Jawi’ ini juga turut mengandungi beberapa elemen
multimedia. Multimedia merupakan satu gabungan teks, grafik, audio, video dan
animasi seperti mana yang dapat dilihat wujud pada perisian ‘Mari Belajar Jawi’ ini.
Dengan gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan
audiovisual yang bukan sahaja dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan
deria pelajar dalam pembelajaran tetapi juga dapat melayan pelbagai gaya
pembelajaran pelajar. Terdapat beberapa penggunaan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran iaitu:-
Pendidikan berasaskan video yang dikenali sebagai video
interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumat
dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor
video melalui kaedah transmisi. Melalui penggunaan video interaktif ini
membolehkan seorang pengajar pakar yang berada dalam satu lokasi mengajar
pelajar-pelajar yang berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara satu
sama lain.
Pengajaran dan pembelajaran melalui internet misalnya
pemerolehan maklumat sama ada oleh guru atau murid melalui laman web

6
(pengkalan data, dokumen maklumat kerajaan, bibliografi atas talian dan
penerbitan dan perisian computer), pembelajaran interaktif dalam talian, E-
Library, edukasi net dan pindahan fail.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan CD iaitu bahan
yang dibina menggunakan perisian Authorware Dua kategori CD iaitu cd audio
menyimpan bunyi, sementara CD-ROM menyimpan teks, audio, video, animasi
dan maklumat grafik.
 Teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu
maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer iaitu
penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia.
 Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
 Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik
dan hidup. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah
mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang
diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.
 Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi
dan membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks.
 Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu
persembahan informasi.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan DVD iaitu bahan yang
menyerupai CD. Cuma ianya mempunyai storan yang lebih besar.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian misalnya Geometer’s
Sketchpad yang digunakan dalam mata pelajaran matematik khususnya tajuk
pembinaan geometri, Authorware dan perisian MS PowerPoint.

Berdasarkan kepada penjelasan dan penerangan yang dinyatakan di atas,


berikut dinyatakan dengan lebih terperinci klasifikasi multimedia yang terdapat
dalam perisian ‘Mari Belajar Jawi’:-

a) Elemen Suara dan Bunyi


Salah satu elemen penting yang dapat dilihat dalam perisian ‘Mari Belajar Jawi’
ini adalah elemen suaran dan bunyi. Berdasarkan kepada penelitian dan penilaian
yang dijalankan, hampir setiap halaman mempunyai unsur suara yang

7
menekankan kepada arahan yang perlu dipatuhi oleh murid dalam menjalankan
setiap aktiviti yang terdapat dalam perisian ini. Oleh itu, berikut dinyatakan
contoh halaman pembelajaran yang mengandungi elemen suara dan bunyi:-

Elemen Berbunyi:
Gambar yang
menghasilkan
bunyi apabila
diklik

Rajah 2 : Contoh Halaman Yang Mengandungi Elemen Suara dan Bunyi

Dalam rajah 2 di atas, petak jawapan yang disediakan pada setiap halaman akan
dapat menghasilkan bunyi apabila diklik. Menerusi penghasilkan unsur bunyi dan
audio seperti ini, maka murid akan lebih seronok untuk menggunakan bahan
pembelajaran ini dalam mempelajari Jawi.

b) Elemen Gambar dan Animasi


Dalam pada itu, elemen kedua yang dapat dilihat pada perisian ‘Mari Belajar
Jawi’ ini adalah elemen gambar dan animasi yang juga menjadi antara tarikan
utama untuk mendorong murid mengikuti setiap aktiviti membaca dengan
menggunakan perisian PPBK ini. Dalam rajah 2 di mana terdapat pelbagai
gambar berwarna yang dimuatkan dalam halaman pembelajaran ini. Dalam
bahagian ini juga, dapat dilihat bahawa pembangunan perisian ini sangat
menekankan kepada pelbagai gambar dan animasi yang bertujuan untuk
merangsang dan mendorong murid untuk menjalankan aktiviti membaca dengan
lebih bersungguh-sungguh dan lebih bersemangat.

c) Elemen Warna dan Tulisan


Dalam pada itu, elemen lain yang turut dimuatkan dalam perisian ‘Mari Belajar
Jawi’ ini adalah elemen yang berkaitan dengan warna dan tulisan. Pemerhatian

8
dan penilaian yang dijalankan ke atas perisian PPBK ini mendapati bahawa
penggunaan warna yang pelbagai dan seragam dilihat antara ciri penting yang
dapat dilihat pada perisian ini yang juga menjadi antara tarikan dalam
merangsang minat dan kecenderungan murid menjalankan aktiviti membaca.
Contohnya seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah 3 di bawah:-

Rajah 3 : Contoh Halaman Berwarna dan Mempunyai Tulisan Berwarna

Jika diteliti kepada halaman perisian ‘Mari Belajar Jawi’ yang terdapat dalam
rajah 3 di atas, dapat dilihat bahawa setiap suku kata yang terdapat dalam
halaman tersebut menggunakan dua dan tiga warna yang berbeza yang akan
memudahkan murid membaca dengan sebutan dan ejaan yang betul. Contohnya
seperti perkataan ‘tomato’ yang mana suku kata ‘tomato’ ini diwarnakan dengan
warna biru, merah dan juga hijau. Dengan menekankan elemen warna seperti ini
juga, murid akan dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka ke tahap yang
lebih baik. Dalam masa yang sama juga, setiap halaman pembelajaran juga turut
menyelitkan pelbagai perkataan, tulisan dan suku kata berwarna yang dilihat
mampu merangsanga minat dan kesungguhan murid menggunakan perisian ‘Mari
Belajar Jawi’ ini sebagai bahan bantu belajar untuk meningkatkan kemahiran
membaca mereka.

d) Elemen Interaktif
Elemen interaktif juga sangat penting dalam pembangunan sesuatu perisian
PPBK. Contohnya seperti perisian ‘Mari Belajar Jawi’ yang mana turut
menyelitkan beberapa unsur interaktif di antara perisian dengan murid. contohnya
seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah 4 di bawah:-

9
Rajah 4 : Contoh Halaman Interaktif

Pada halaman pembelajaran ini, murid akan menggunakan komputer atau laptop
mereka untuk menjawab setiap soalan yang terdapat pada halaman ini. Menerusi
aktiviti latihan seperti ini, murid perlu mengklik empat gambar yang merupakan
pilihan jawapan. Contohnya seperti menaik kotak ‘pisang’. Ini bermakna bahawa
setiap jawapan yang ingin diberikan oleh pelajar perlu diklik pada halaman
perisian ‘Mari Belajar Jawi’. Ini juga menggambarkan bahawa murid dapat
berinteraktif dengan aktiviti yang terdapat pada perisian PPBK ini. Oleh yang
demikian, dapat dilihat bahawa perisian ‘Mari Belajar Jawi’ adalah satu perisian
yang mana tidak hanya memerlukan murid mendengar dan membaca setiap
perkataan atau ayat yang terdapat dalam setiap aktiviti membaca. sebaliknya,
murid juga boleh menjalankan aktiviti latihan yang bersifat interaktif seperti
mana yang telah dijelaskan di atas.

Hasil daripada penilaian dan penjelasan yang telah dinyatakan di atas, dapat
dilihat bahawa perisian ‘Mari Belajar Jawi’ ini mempunyai beberapa elemen
multimedia yang juga perlu ada pada setiap perisian multimedia yang digunakan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang telah dinyatakan
dalam perbincangan di atas.

10
5.0 Refleksi Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dalam menggunakan perisian Power Point ‘Mari Belajar Jawi’ yang telah
dibangunkan, terdapat banyak kesan penggunaan perisian pembelajaran seperti ini.
Antaranya adalah seperti mana yang dijelaskan di bawah:-
a) Menarik perhatian : Program tutorial hendaklah dapat menarik perhatian
pelajar. Oleh itu grafik, bunyi, warna dan animasi biasanya digunakan.
b) Memaparkan objektif : Pelajar perlu diberitahu hasil pengajaran yang
dijangka selepas mengikuti program tutorial.
c) Mengingat kembali pengetahuan sedia ada : Sesuatu program tutorial
yang baik hendaklah membantu pelajar mengingat kembali kemahiran yang
sedia ada pada pelajar dapat memahami pengajaran dengan lebih mudah.
d) Memberi panduan : Panduan diberi dalam program tutorial adalah
termasuk arahan untuk memudahkan pembelajaran. Panduan juga boleh
meliputi satu siri soalan yang dapat membantu pelajar memahami sesuatu
konsep atau peraturan.
e) Persembahan dan maklumbalas : Persembahan dan maklumbalas adalah
dua unsur yang sangat penting dalam kebanyakan program tutorial. Seseorang
pelajar akan diminta melatih kemahiran yang telah dipelajari untuk melihat
tindakbalasnya terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.
f) Penilaian melibatkan pengujian terhadap pelajar untuk mengetahui sama
ada objektif sesuatu tutorial tercapai.
g) Meningkatkan ingatan : Ingatan biasanya diabaikan dalam program
tutorial. Ingatan boleh dipermudahkan dengan memberi ulasan atau latihan
yang sesuai.

Dalam pada itu, penggunaan bahan pembelajaran seperti ini juga mampu
untuk merangsang dan menarik perhatian murid untuk mempelajari kandungan
pengajaran yang terdapat pada perisian Power Point ‘Mari Belajar Jawi’. Ini kerana,
perisian pembelajaran ini dibangunkan dengan pelbagai ciri yang menarik seperti
elemen multimedia, interaktif, grafik, audio dan sebagainya. Kesemua perkara dan
elemen ini menjadi antara faktor yang mampu merangsang perhatian dan minat murid
untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Kajian-
kajian yang telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan
Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-

11
pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat
yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka
pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988) membuktikan bahawa masalah seumpama
ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang
sesuai. Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai
kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi,
membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan
menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine 1992). Kaedah ini dapat
diadaptasikan melalui pengajaran berbantukan komputer kerana dengan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pelajar dapat
menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan berkesan.

Dalam pada itu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan


komputer ini juga mampu meningkatkan komunikasi murid semasa melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Proses pengajaran dan
pembelajaran bestari adalah berbantukan komputer . Mengikut Sander (1987),
pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-
pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran
terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund
(1980) menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-
pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk
membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.

Pembelajaran berbantukan komputer dapat memberi impak yang baik dalam


proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang
berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap
pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium
dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan
grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati
di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina
yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan
apabila saya lakukan saya akan faham” (Hizamnuddin Awang 1997 dalam Fazilah

12
1998). Kefahaman di dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang
amat diperlukan oleh pelajar untuk mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Kajian Ashfahani (2001) mendapati bahawa prestasi mata pelajaran fizik


pelajar berkebolehan rendah adalah lebih tinggi berbanding prestasi pelajar
berkebolehan tinggi dalam penggunaan komputer. Dapatan kajian yang sama juga
diperolehi oleh Mustapa dan Naufal (2005) terhadap pelajar berkebolehan rendah
dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Kajian mereka menunjukkan kumpulan tahap
kebolehan rendah berjaya mencapai keputusan yang lebih baik secara signifikan
berbanding pencapaian kumpulan tahap kebolehan tinggi (t = -5.7, p = 0.00).

Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer seperti


penggunaan perisian Power Point ‘Mari Belajar Jawi’ ialah penggunaan komputer
dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara
pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991). Pelaksanaan pengajaran berbantukan
komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu
pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan
keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya. Kemunculan Pengajaran
Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan
jawapan kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan
pengajaran dengan berkesan.

6.0 Penutup
Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem pendidikan di Malaysia
telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini tidak hanya terhad di
peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi pendidikan pada
peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian data dan pelbagai
alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikan negara semakin
berkembang maju. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidik untuk
melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam

13
sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer seperti
penggunaan perisian Power Point ‘Mari Belajar Jawi’ adalah suatu bentuk
pembaharuan yang perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah untuk memastikan agar murid dapat
dirangsang untuk mempelajari Jawi dengan lebih baik dan seterusnya dapat
meningkatkan penguasaan dan kemahiran mereka dalam membaca dan menulis Jawi.

Jumlah : 3,101 Patah Perkataan

14
Rujukan
A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, (2003). Kumpulan Kertas Kerja: Globalisasi
dan Peradaban di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hamdan Said, (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidik di Malaysia,
Jurnal Pendidikan Universiti Malaysia, Jilid 6, hal. 35-46

Ismail Zain, (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran, Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Kementerian pendidikan Malaysia (1997). The Malaysian Smart School. An MSC Flagship
Appication. A Conceptual Blueprint, Kuala Lumpur

Moeng, B. (2004). IBM tackles Learning in the Workplace. IBM Management


Development Solutions, Nov 8, 2004

Perkins, D, (1992). Smart School: Better Thinking and Learning For Every Child, New
York: The Free Press

Rosenberg, M. (2001). e-Learning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital


Age. New York: McGraw-Hill, p28

Rossett, A. & Sheldon, K. (2001). Beyond The Podium: Delivering Training and
Performance to a Digital World. San Francisco: Jossey-Bass/Pfeiffer, p274

The Delphi Group (2000). Need to Know: Integrating e-Learning with High Velocity Value
Chains. 12/14/2000

15

Das könnte Ihnen auch gefallen