Sie sind auf Seite 1von 12

1.

0 Pengenalan
Terdapat beberapa pengertian atau maksud laras bahasa mengikut bidang dan
tujuan sesuatu perkara. Contohnya, laras bahasa secara kasarnya dapat dikaitkan dengan
penggunaan bahasa penyampaian yang bersesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau
konteks pengucapan. Laras bahasa juga boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri khusus
penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu ujaran atau wacana digunakan, contohnya
laras bahasa doa, khutbah, upacara, sukan dan sebagainya.

Secara dasarnya, laras bahasa dipengaruh oleh beberapa faktor seperti latar,
penutur, peserta dan tujuan. Selain itu, laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa seperti
penggunaan ayat aktif dan pasif, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang
berbeza, di samping penggunaan kata-kata tertentu seperti kata-kata pinjaman dari bahasa
Arab, bahasa Inggeris dan sebagainya. Contohnya seperti berfirman (laras khutbah /
ceramah agama), multi (bahasa Inggeris) dan seumpamanya. Beberapa ahli bahasa
memklasifikasikan laras bahasa kepada beberapa bahagian. Halliday, dalam hal ini
membahagikan laras kepada tiga bahagian, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya
penyampaian.

Dalam pada itu, Ure dan Ellis (1977) mendefinisikan laras bahasa ini sebagai
‘language patterning regularly used a certain kind of situation’ iaitu pola-pola penggunaan
bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Sementara itu, halliday berpendapat
bahawa laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan kepada fungsian. Dengan ini,
laras akan sentiasa berubah-ubah menikut suasana keadaan. Dalam perbualan harian,
didapati bahawa kelainan tertentu dalam setiap penggunaan bahasa yang digunakan.
Lazimnya, seseorang itu tidak akan membuat sedikit penyesuaian mengikut situasi yang
berlaku. Sebagai contoh, semasa menulis rencana akan menggunakan bahasa yang berbeza
daripada bahasa yang kita gunakan bagi menulis teks ucapan suatu ceramah. Hal ini
berlaku kerana wujud situasi yang berbeza. Contohnya, ‘Unit kawalan ialah mekanisme
yang mengimplementasikan satu skrip pelaksanaan arahan dan operasi sistem komputer
yang telah ditentukan oleh mereka yang mereka bentuk komputer tersebut. Operasi-operasi
yang ditentukan dalam skrip ini dipanggil operasi mikro. Operasi mikro ini sebenarnya
dianggap sebagai operasi automatik ataupun operasi primitif kepada sebuah CPU’.

1
Secara amnya, laras bahasa boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama
iaitu laras bahasa biasa dan laras bahasa khusus. Laras bahasa biasa digunakan untuk
tujuan-tujuan umum seperti hiburan, pengiklanan, dan sebagainya sama ada ianya
dilakukan secara formal atau tidak formal. Sementara itu, laras bahasa khusus pula adalah
suatu laras bahasa yang digunakan secara umum tetapi hanya meliputi aspek-aspek tertentu
seperti laras bahasa yang digunakan dalam bidang akademik seperti dalam ilmu sains,
matematik dan sebagainya. Penggunaan kedua-dua laras bahasa ini adalah bergantung
kepada konsep atau situasi sesuatu keadaan. Pengucapan di khayalak ramai misalnya
memerlukan penggunaan bahasa biasa agar ianya mudah difahami oleh pendengar.
Sekiranya laras bahasa khusus dalam pengucapan ini, pendengar berkemungkinan tidak
dapat memahami keseluruhan konteks kandungan yang ingin disampaikan oleh pengucap.

2.0 Laras Bahasa


Laras ialah suatu variasi bahasa yang berlainan berdasarkan kepada fungsi tertentu.
Setiap laras digunakan secara berbeza bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam erti
kata lain, penggunaan jenis-jenis bahasa akan disesuaikan mengikut situasi yang berlainan.
Di samping itu, setiap laras juga mementingkan penggunaan kata-kata ataupun istilah yang
tertentu mengikut bidang dan menggunakan struktur ayat atau ungkapan yang berlainan
mengikut disiplin. Dalam bahasa Melayu, terdapat pelbagai bentuk laras bahasa.
Contohnya seperti laras bahasa iklan, surat rasmi dan tidak rasmi, laras ekonomi, laras
perbankn dan sebagainya. setiap laras ini memliki ciri-ciri khusus yang mungkin tidak
terdapat dalam laras bahasa lain.

Dalam pada itu, laras bahasa dalam Bahasa Melayu juga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis. Contohnya seperti laras bahasa sastera. Laras bahasa sastera boleh
dipecahkan kepada dua kategori yang utama iaitu laras bahasa sastera klasik dan moden.
Laras bahasa sastera klasik banyak menggunakan kata-kata yang tidak digunakan lagi pada
masa kini. Penggunaan kata-katanya banyak dipengaruhi oleh kata-kata daripada bahasa
Sanskrit dan bahasa Arab. Contoh perkataan yang digunakan seperti syahdan, tersebutlah
kisah, arakian, sebermula, dosa, wabihi nastainu dan sebagainya adalah antara istilah-
istilah yang sering diguna pakai dalam sesuatu laras bahasa sastera klasik. Petikan di
bawah adalah contoh petikan yang boleh menunjukkan penggunaan istilah-istilah dalam
laras bahasa sastera klasik.

2
Wabihi Nastainu Billah. Inilah cerita orang dahulu kala sedia ada. Adalah konon
sebuah negeri bernama Pati Talak Terengganu, rajany bernama Si Helang Mawai,
anaknya empat beradik, yang tua seorang perempuan Uli Emak Si Anjing, yang
tengah seorang perempuan Emak Hitam Pasir Panjang dan bongsu seorang
perempuan Si Helang Bakau.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda : 1)

Walau bagaimanapun, ekoran daripada perkembangan zaman dan kemajuan istilah-


istilah dalam bahasa Melayu, maka perubahan juga turut berlaku dalam pembentukan laras
bahasa sastera moden. Berbeza dengan sastera klasik, laras bahasa moden tidak
menggunakan bentuk bahasa lama. Penggunaan bahasa sastera moden lebih banyak
menggunakan bung-bunga bahasa yang terkandung dalamnya bentuk bahasa figuratif.
Walau bagaimanapun, dalam rencana berbentuk kritikan sastera, bentuk bahasanya lebih
kepada formal dan ilmiah. Bentuk-bentuk karya kreatif seperti cerpen, novel, filem, teater
dan sebaginya adalah antara elemen yang sering memuatkan istilah-istilah laras bahasa
sastera moden dalam penyampaian dan persembahan mereka. Antara istilah yang selalu
digunakan dalam membentuk laras bahasa sastera moden ini ialah plot, sudut pandangan,
kronologi, nada, ironi, metafora, imejan dan sebagainya. petikan di bawah adalah antara
petikan ayat yang selalu wujud dalam laras bahasa sastera moden.

Duduk di kerusi rotannya, dia tidak ubah seperti sebuah patung ukiran. Dia duduk
mendiamkan diri di kerusi. Kedua belah kakinya seperti melekat pada lantai nibung.
Kedua belah tangannya terlekap pada lengkung rotan, menutupi warna tuannya. Dia
sudah melihat ribuan kali senja lewat serambi rumahnya. Pemandangan seperti sore
ini terjadi selalu, kocak Sungai Usar yang sederhana, bergetar memarahi memantul
sisa warna matahari sore. Dengan itu, dia beranggapan tidak perlu lagi menikmati
sore bersungguh-sungguh. Dia pun melelapkan mata. (Petikan dari novel Arus:9)

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa ciri laras bahasa
sastera seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

(1) Bentuk Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Salah satu ciri yang dapat dilihat pada laras bahasa sastera adalah menerusi
penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk seperti yang digunakan dalam

3
kebanyakan karya sastera. Laras bahasa sastera dilihat lebih cenderung kepada
penggunaan ayat majmuk berbanding dengan penggunaan ayat tunggal. Contohnya
seperti dua atau tiga ayat tunggal dibentuk menjadi satu majmuk dengan
menggunakan kata hubung. Keadaan ini dapat dilihat dengan sangat meluas dalam
Bahasa Melayu klasik seperti dalam Hikayat Gunugn Tidar. Ini dapat dilihat dalam
beberapa contoh yang dinyatakan di bawah:-
i) Di Magelang terdapat sebuah bukit yang berada di tengah-tengah kota.
ii) Maka berkumpullah para dewa untuk membahas persoalan Tanah Jawa
yang tidak pernah tenang oleh hantaman ombak itu.
iii) Melihat kenyataan itu maka para dewa sibuk cari jalan pemecahan.

(2) Bentuk Ayat Songsang


Penggunaan ayat songsang juga turut dapat dilihat pada laras bahasa sastera
khususnya dalam karya sastera seperti cerpen dan juga novel. Dalam laras bahasa
sastera, ayat songsang adalah antara jenis ayat yang banyak digunakan dalam
proses membentuk ayat dengan menggunakan Bahasa Melayu klasik. Perkara ini
juga dapat dilihat menerusi Hikayat Gunung Tidar yang mana turut menggunakan
beberapa ayat songsang dalam proses membentuk hikayat lama ini. Contohnya
seperti mana berikut:-
i) Sebagian besar wilayah Jawa ini dahulu masih dikuasai berbagai
makhluk halus.
ii) Konon Tanah Jawa yang dikelilingi laut ini bak perahu yang mudah
oleng oleh ombak laut yang besar.
iii) Agar seimbang, sebagian dikirim ke timur.

(3) Bentuk Ayat Pasif


Dalam laras bahasa sastera, kebanyakan bahasa yang digunakan lebih cenderung
kepada penggunaan ayat-ayat pasif. Pada kebiasaannya, ayat pasit kerap
menggunakan imbuhan kata kerja di- dan juga imbuhan kata kerja ter-. Dalam
Hikayat Gunung Tidar misalnya, berikut dinyatakan beberapa aya pasif yang dapat
dilihat dalam hikayat ini:-
i) Namanya bukit Tidar, atau lebih dikenal sebagai Gunung Tidar.
ii) Sebagian besar wilayah Jawa ini dahulu masih dikuasai berbagai
makhluk halus.

4
iii) Konon Tanah Jawa yang dikelilingi laut ini bak perahu yang mudah
oleng oleh ombak laut yang besar.

(4) Ciri Ayat Yang Panjang dan Berbelit-Belit


Ayat yang panjang dan berbelit-belit juga adalah antara ciri lain yang dapat dilihat
pada laras bahasa sastera. Ini adalah disebabkan oleh sikap masyarakat pada zaman
Bahasa Melayu klasik yang sangat cenderung untuk menghasilkan ayat-ayat yang
panjang sehingga menimbulkan kesukaran kepada pendengar untuk memahaminya.
Perkara tersebut masih dapat dilihat pada masa kini di mana laras bahasa sastera
banyak menggunakan ayat yang panjang dan sukar untuk difahami. Perkara ini
dapat dilihat dalam Hikayat Gunung Tidar yang mana turut menggunakan bentuk
dan jenis ayat seperti ini seperti mana yang dinyatakan dalam contoh ayat di
bawah:-
i) Namun, tiba-tiba Pulau Jawa kembali oleng dan berat sebelah karena
para dewa dan bala tentara hanya menempati wilayah barat.
ii) Mau tak mau para dewa harus menciptakan sebuah paku raksasa, dan
paku itu akan ditancapkan di pusat Tanah Jawa, yaitu titik tengah yang dapat
menjadikan Pulau Jawa seimbang.
iii) Menurut kepercayaan sebagian masyarakat, Gunung Tidar pada
mulanya hanya ditinggali oleh para jin dan setan yang konon dipimpin oleh
salah satu jin bernama Kiai Semar.

Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa
terdapat beberapa ciri yang dapat dikaitkan dengan laras bahasa sastera. Perkara ini juga
memperlihatkan akan keunikan aras bahasa sastera yang berbeza dengan laras bahasa yang
lain.

3.0 Penggunaan Ayat dan Perkataan Dalam Laras Bahasa Melayu


Setiap laras bahasa dilihat menggunakan perkataa yang berbeza dalam proses
pembentukan ayat yang juga menggambarkan ciri-ciri laras bahasa berkenaan. Dalam laras
bahasa sastera misalnya, terdapat beberapa jenis perkataan yang digunakan yang
memperlihatkan ciri keunikan laras bahasa sastera berkenaan. Antaranya adalah seperti
berikut:-

5
(1) Penggunaan Kata Pangkal Ayat
Penggunaan kata pangkal ayat dalam laras bahasa sastera pula lebih banyak bersifat
‘hiasan’ dan digunakan tanpa tujuan yang lebih khusus. Kata pangkal ayat yang
digunakan kadang kala hadir pada awal perenggan dan selalunya tidak
menunjukkan perhubungan atau kesinambungan di antara satu ayat dengan ayat
sebelum. Contohnya seperti dalam Hikayat Hikayat Gunung Tidar yang mana turut
menggunakan beberapa jenis kata pangkal ayat tetapi tidak mementingkan aspek
kesinambunga di antara dua ayat. Antaranya ialah kata pangkal ayat alkisah seperti
mana contoh ayat yang dinyatakan dibawah:-
i) Syahdan : Syahdan, dahulu kala Tanah Jawa ini masih berupa hutan
belantara yang tiada seorangpun berani tinggal di sana.
ii) Alkisah : Alkisah, datanglah seorang manusia yang terkenal berani untuk
mencoba membuka wilayah Tidar untuk ditinggali.

Dua contoh kata pangkal ayat yang dinyatakan di atas digunakan pada awal setiap
perenggan yang mana tidak menunjukkan sebarang perhubungan atau
kesinambungan dengan ayat sebelumnya. Sebaliknya, kata pangkal ayat ini
digunakan hanya untuk bersifat ‘hiasan’ pada ayat seperti mana yang kerap berlaku
dalam sastera klasik yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik.

(2) Penggunaan Kosa Kasa Pun dan Kosa Kata Lah


Penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah ini dalam laras bahasa sastera tidak
mengambil kira aspek jenis perkataan yang digunakan. Sebaliknya, kosa kata ini
digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai perkataan. Dalam pada itu,
penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah ini juga kadang kala dilihat sebagai
‘hiasan’ pada suatu perkataan dan tidak memperlihatkan ciri tatabahasa Bahasa
Melayu yang sempurna. Oleh itu, berikut dinyatakan contoh perkataan yang
menggunakan kosa kata pun dan kosa kata lah ini berdasarkan kepada Hikayat
Gunung Tidar:-
i) Kosa Kata Pun : Seseorangpun, Adapun, Siapapun, Iapun, Merekapun
dan juga Syekh Bakirpun
ii) Kosa Kata Lah : Berkumpulah, Diutuslah, Didapatkanlah, Datanglah,
Diseranglah, Ketahuilah, Adalah dan juga Amanlah

6
Dalam contoh perkataan yang dinyatakan di atas, kesemua perkataan ini
menggunakan kosa kata pun dan kosa kata lah dalam pelbagai bentuk perkataan.
Contohnya seperti penggunaan kosa kata lah dalam kata kerja seperti
berkumpullah. Dalam pada itu, kosa kata pun pula banyak digunakan dalam kata
nama seperti iapun, merekapun dan Syekh Bakirpun yang mana disambungkan atau
disatukan dengan perkataan yang dibina.

(3) Penggunaan Kata Ganti Nama Diri


Laras bahasa sastera lebih banyak menggunakan kata ganti nama diri dalam bahasa
Arab. Perkata ini juga dapat dilihat dengan sangat jelas dalam Hikayat Gunung
Tidar yang dianalisis di mana penggunaan kata ganti nama diri yang dipengaruhi
oleh Bahasa Arab adalah besar penggunaannya. Dalam pada itu, kata ganti nama
diri yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik juga mempunyai ciri yang
berbeza dengan kata ganti nama diri dalam Bahasa Melayu Moden. Contohnya
seperti mana yang berikut:-

Kata Ganti Contoh Ayat


Nama Diri

Ia Konon ia berasal dari negeri Turki


(Ia digunakan untuk menggantikan nama manusia)

Ia bertemu dengan Kiai Semar


(Ia digunakan untuk menggantikan nama Syekh Bakir)

Mendengar ancaman Kiai Semar, ia lalu mengalah


(Ia digunakan untuk menggantikan nama Syekh Bakir)

Syekh Konon ia berasal dari negeri Turki, bernama Syekh Bakir dan
ditemani Syekh Jangkung.

Kedua syekh ini disertai juga oleh tujuh pasang manusia

Jin Maka amanlah Gunung Tidar dari kekuasaan para jin dan makhluk
halus

Jadual 1 : Contoh Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

7
(4) Pengguguran Imbuhan Kata Kerja
Penggunaan imbuhan kata kerja dalam laras bahasa sastera sering kali mengalami
pengguguran imbuhan kata kerja. Dalam erti kata lain, frasa kata kerja yang
digunakan tidak menerima sebarang bentuk imbuhan kata kerja. Perkara ini juga
dapat dilihat dalam Hikayat Gunung Tidak seperti mana contoh yang dinyatakan di
bawah:-
i) Bukit itu sangat terkenal karena jadi salah satu tempaan para taruna
AKABRI
Kata Kerja : Menjadi
ii) Maka melihat itu para dewata segera mencari cara untuk atasinya.
Kata Kerja : Mengatasinya
iii) Diutuslah sejumlah dewa untuk tugas tenangkan pulau ini.
Kata Kerja : Menenangkan

Dalam tiga contoh yang dinyatakan di atas, ketiga-tiga frasa kerja yang terdapat
dalam ayat tersebut tidak menggunakan sebarang bentuk imbuhan kata kerja.
Keadaan ini menyebabkan bahasa perkataan yang dihasilkan tidak menampakkan
kesempurnaan kesan daripada pengguguran imbuhan kata kerja tersebut.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa terdapat


bebearpa perkataan yang digunakan dalam proses pembemtukan ayat dalam laras bahasa
sastera. Perkara ini juga memperlihatkan akan ciri-ciri keunikan laras bahasa sastera
berbanding dengan laras bahasa yang lain.

4.0 Peranan Laras Bahasa


Laras bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita saling berurusan
dengan masyarakat sama ada dalam situasi rasmi mahupun tidak rasmi dan dalam pelbagai
bidang dan cabang kehidupan. Dalam perhubungan itu, tidak semua serupa dan mengikut
kehendak, kesukaran, minat, perkara yang diperkatakan dan sebagainya. ada yang terlalu
formal dan ada juga yang tidak terlalu formal. Oleh yang demikian, ia memerlukan suatu
bentuk bahasa atau laras tertentu yang sesuai untuk digunakan mengikut situasi.

8
Di samping itu, laras juga dapat menggambarkan pernan bahasa dalam masyarakat.
Hal ini dapat dilihat apabila semakin besar peranan bahasa tersebut, maka semakin
bertambah juga bilangan laras yang digunakan. Contohnya, sekiranya bahasa Melayu
hanya digunakan sebagai bahasa pertuturan masyarakat Melayu sahaja, maka akan
terhadlah laras bahasa yang digunakan. Walau bagaimanapun, apabila semakin peranan
bahasa ini digunakan sebagai bahasa perantara dalam bidang pendidikan, maka laras
bahasa Melayu semakin bertambah kerana bahasa Melayu telah dapat digunakan dalam
pelbagai bidang seperti pengurusan, perniagaan, pelaburan, kejuruteraan dan sebagainya.

Penggunaan laras yang pelbagai ini yang mengikut bidang tertentu dapat
menunjukkan keberkesanan komunikasi seseorang individu. Hal ini adalah kerana jika
seseorang mampu mengujarkan pelbagai bentuk bahasa mengikut kesesuaian bidang yang
diperkatakan, maka individu tersebut akan kehilanagan kata-kata semasa berbicara dalam
pelbagai bidang yang berbeza. Keadaan demikian juga dapat menggambarkan
keintelektualan seseorang di mata masyarakat. Dalam masa yang sama, perkara ini juga
akan dapat mengelakkan sebarang kesalah fahaman dalam berkomunikasi. Penggunaan
perbendaharaan yang sesuai dengan suatu laras bahasa akan memastikan pendengar dan
penutur dapat memahami setiap konteks ayat yang dilafaskan. Dengan demikian, maka
masalah dalam komunikasi tidak akan berlaku.

Dalam pada itu, laras bahasa juga dapat menggambarkan keseluruhan pengalaman
bahasa sesebuah masyarakat atau kumpulan penutur laras bahasa berkenaan. Sama ada
masyarakt itu terpengaruh dengan terdedah dengan ilmu pengetahuan dan kemajuan
ataupun sebaliknya. Pengalaman bahasa sesebuah masyarakat itu akan terpancar menerusi
ungkapan-ungkapan atau istilah-istilah yang digunakan yang akan menggambarkan
keadaan masyarakat berkenaan. Sekiranya sesebuah masyarakt itu terdedah dengan
perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), maka masyarkat tersebut
akan mempunyai istilah khusus yang menggambarkan laras teknologi berkeanaan. Begitu
juga sebaliknya sekiranya sesebuah masyarkat itu tidak terdedah dengan perkembangan
dan dunia teknologi.

Menurut Ferguson (1968), kepelbagaian laras bahasa akan dapat menentukan


pencapaian taraf kemajuan sesuatu bahasa. Bahasa yang maju atau dinamis akan sentiasa
berupaya memperkatakan pelbagai perkara termasuk perkara-perkara baru yang belum

9
pernah diperkatakan sebelum ini. Dalam erti kata lain, laras itu penting dalam
mencerminkan keadaan sesuatu bahasa yang akan menentukan ukuran maju atau
mundurnya sesuatu bahasa. Tanda adanya laras yang berbeza, seseorang itu akan sukar
membezakan antara sesuatu situasi yang berlangusng sama ada ianya berlaku secara formal
atau tidak formal. Ini seterusnya akan membantu kepada usaha memartabatkan Bahasa
Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, laras bahasa juga sangat penting untuk memastikan Bahasa Melayu
dapat digunakan dalam pelbagai bidang. Ini kerana, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pada
masa kini berusaha untuk memastikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat
dikembalikan. Walau bagaimanapun, matlamat tidak akan dapat dicapai sekiranya
perbendaharaan kata Bahasa Melayu masih tidak sempurna. Oleh itu, peranan laras bahasa
adalah untuk mempelbagaikan perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang seterusnya akan
membolehkan Bahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai
konteks komunikasi.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa peranan dan
fungsi laras bahasa dalam konteks Bahasa Melayu seperti mana yang telah dijelaskan di
atas.

5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, gejala laras amat perlu dalam kajian bahasa kerana untuk
memahami fungsi dan keberkesanan bahasa, kita sebagai pengguna bahasa perlu merujuk
kepada pelbagai situasi dan keadaan penggunaan bahasa. Hal ini adalah kerana bahasa
tidak mudah difahami secara abstrak. Sebaliknya bahasa difahami sebagai satu peristiwa
bahasa yang dimanifestasikan dalam laras. (Halliday, 1964).

Kewujudan laras dalam bahasa adalah suatu yang tidak boleh dinafikan
kepentingannya. Dengan demikian, fungsi dan kepentingannya tidak boleh diketepikan.
Pengetahuan terhadap laras amat perlu dan penting kerana pemilikan pengetahuan ini
membolehkan para pengguna bahasa khususnya para pelajar sedar akan situasi bahasa
yang berlainan yang wujud dalam masyarakat hari ini. Hal ini akan membolehkan
seseorang berusaha untuk memilih dan menggunakan laras-laras yang sesuai untuk situasi-

10
situasi tertentu. Menurut Nik Safiah Karim (1988), jika seseorang pelajar gagal menguasai
kelainan-kelainan bahasa ini, mereka berkemungkinan tidak akan dapat menguasai ilmu ini
dengan baik. Oleh yang demikian, laras bahasa merupakan aspek penting dalam
menentukan sifat dan fungsi sesautu bahasa.

Jumlah : 2,907 Patah Perkataan

11
Rujukan
Abdullah Hassan (Ed.). (1999). Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (Ed.). (2006). Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris
bagi Mengajarkan Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah
Malaysia.

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan. (2005). Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan
Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Norhashimah Jalaluddin. (2006). ‘Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam


Bahasa Inggeris: Konflik antara Dua Darjat’ dlm. Abdullah Hassan (Ed.). Mengapa
Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan
Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Persatuan Linguistik
Malaysia. 2002. Keranda 152: Bahasa Kita, Air Mata dan Maruah Kita. Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

12

Das könnte Ihnen auch gefallen